Isnin, 7 April 2014

Really?

Assalamualaikum~~

Aku dalam tak sihat tu nak pegi satu tempat. Aku ade la mintak tolong adik aku hantarkan, tapi dia ade keje sikit katanya. So dia suruh aku tunggu jap.

Yelah, takkan aku lak drive kan. Aku mane pandai drive kete. Aku tak pandai kawal stering kete ag.

Sementara tunggu tu, aku gi jumpe buah hati aku. Sape lagi lau bukan EM. Heee~

Me: nak sangat tengok muke EM tanpa topeng. Boley ker?

EM: serius? Nak tengok? Tapi jangan jerit tau!

Me: yela..janji tak jerit.

EM: nanti kalau EM tak hensem camne?

Me: tetap sayang. Sebab ana jatuh cinta ngan EM sorang je. Takde lelaki lain.

EM: okey.

Belum sempat Encik Mimpi bukak topeng misteri beliau tibe-tibe......

"Ku benar-benar sayang pada dirimu oh kasihku.. Janganlah engkau ragu pada diriku. Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan..dari terbitnya sang suria hingga tenggelam. Daku ingin cinta sejatimu..Daku ingin harapan hatimu, oh janganlah engkau bersedih..."

Ehh..??

Alaaa!! Mimpi jek rupenye! Eee..mencii. Ingatkan betul2. Hm... Rupenye alarm phone aku dah berdering-dering lagu Encik Mimpi. Sedih je rase..baru nak tengok muke incik mimpi. Takpe laa..ade jodoh ade la..kan..kan?

Okey, pastu nak jadi citernye..aku bukak facebook. Perkara first aku buat, bukak inbox! Kot Encik Mimpi balas ke tak text aku yang semalam. Pastu baru stalker page fb beliau. Hehe.. perangai buruk.

Encik Mimpi ade status baru update la!

Music Video #Ayuhtinggalkandia telah pon siap dan akan di lancarkan pada 14 April 2014.. apakah EM akan membuka topeng di MTV tersebut..sama sama kita menghitung hari ke 14 April 2014. Thanks to Benang Emas Production. -7 April 2014-

Eh? Adekah same ngan mimpi aku? Wahhh..teruja sgt! Tapi aku harap sangat EM tak bukak topeng. Aku jatuh cinta dengan penampilan rahsia EM. Please dear Encik Mimpi, dont do this! Wuuu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.