Ahad, 29 Jun 2014

First day puasa

Assalamualaikum...

Nak story first day puasalah, boleh tak? Ala, boleh la. Tak kire, nak story gak, sebagai kenangan. Eceh. Haha. Gila awal ana bangun hari ni, pukul 3.50 pagi. Awalkan? Tu pun sebab perut tetiba sakit pulak. Salah makan agaknya.

Disebabkan risau jap gi takleh bangun sahur. Lepas je keluar toilet terus ke dapur masak sahur. Menu; kari daging, sayur kobis tumis & ayam goreng segera.

Pastu bersahurlah ana & kakak berdua. Bersama suasana yang masih krik krik. Muahahaha. Mujurlah ana bangun awal, dapatlah sahur best sikit. Selalu payah jugak ana ni nak bangun awal kalau hari cuti. Lagi-lagi malam tadi layan X-Factor. Punyelah nak tau sape juara, sanggup tahan mata. Akhirnya Alex & Sierra adalah pemenangnya. Sedih. Suka lagi kat Jeff Gut. Ah, pape je la. Haha.

Setakat ni alhamdulillah, gastrik tak datang. Syukur sangat. Almaklumlah, first day ni selalunya gastrik suka tetiba menyerang. Sebab perut terkejut, kata orang la. Hehe.

Btw pagi ni memang ngantuk yang parah. Sampai tertidur lalu termimpikan Encik Mimpi pulak. Rindu kat Encik Mimpi agaknya. Hik3. Gatal! Selalu pepagi, ana layan korea kat 8tv pukul 7pagi. Tapi semalam tamat pulak citer Protect The boss tu. Alahai..

Haa..korang punya first day puasa acane? Sempat sahur? Makan ape? Eh, menyibuk pulak jemah! Haha ><

Khamis, 26 Jun 2014

Perlu ke menangis kerana hal yang remeh ?

Assalamualaikum...

Hari ni ana terpaksa menangis setelah sekian lama tak menangis. Bak kata orang, hati sekeras kerak nasik akhirnya akan lembut juga jika di rendam.

Perempuan memang emosi memacam. Tetiba mood nak maki hamun je. Tetiba mood diam je. Tetiba mood nak nangisss. Alahai, kenapalah jiwa ni tak kuat. Cengeng pulak ana hari ni.

Dahsyatnya perasaan perempuan ni, kan?

Sedangkan hati ni dah lama janji tanak menangis akan hal2 dunia yang remeh temeh. Nampaknya ana dah mungkir janji dengan hati sendiri! T_T

Saya benci perasaan sedih.....

Tadi kakak ana tidur petang sampai pukul 6 lebih. Maybe sebab penat keje+tak sihat (agaknyelah). Lepas je bangun, dia marah pulak sebab ana tak tolong tarikkan ampaian baju. Tapi takdelah dia marah maki2 ana. Tak! Cuma kakak ana marah kali ni dengan mendiamkan diri sambil tarik muka masam mencuka!

Bukan ana tanak tolong tarikkan, ana ingat kakak ana akan tarik sendiri. Rupanye tak pun. Tak pasal2 je ana kene ngadap muka masam mencuka kakak ana.

Sedih ah cenni.

Terase pun hade tau.

Nak makan pun tak selera terus! Pagi tadi ade la alas perut dengan cucur ikan bilis. Tengahari sampai malam terus tak makan-makan. Sememangnya ana tak selera makan. Konon tadi nak pujuk diri suruh makan, sebab gastrik dah start lancarkan perang. Disebabkan kena marah centu, terus rasa nak makan tu takde!

Seriously, ana paling tak suka orang marah dengan mendiamkan diri. Atau ayat paling mudah 'perang dingin'.

Rabu, 25 Jun 2014

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA

Assalamualaikum...

Sedikit ingatan ana kongsikan di sini buat kita semua yang kadang-kadang dah baca tapi terlupa. Moga ingatan ini menjadi saham akhirat. Amin..

“Sesungguhnya ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.”

Begitulah maksud sepotong hadis yang ditujukan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA, selepas sahaja beliau kembali dari perjalanan Isra Miqraj.

Rasulullah telah dipertontonkan oleh Allah SWT tentang azab di dalam neraka, dimana kaum hawa menjadi golongan yang terbesar mendapat pembalasan dan hukuman Allah SWT di akhirat nanti.

Nauzubillah

Sebab musabab kenapa dan mengapa jadi demikian telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA dan siapakah mereka yang dimaksudkan :

Mereka yang tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan dan kesusahan, tidak sabar apabila ditimpa musibah. Mereka yang tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

Mereka yang mengkufuri nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah Mereka yang memperbanyak kata-kata yang sia-sia,
banyak bicara yang tidak bermanfaat.

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “wahai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini..”

Dan Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut telah dirumuskan seperti berikut:

Bahawa wanita yang mengingkari kebajikan atau kebaikan yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah. Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

Bahawa isteri yang memandang jahat dengan menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya, Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami-Nya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

Bahawa wanita yang mengerjakan solat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan solatnya.

Bahawa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek- robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

Bahawa wanita yang berzina akan disebat dihadapan semua makhluk di depan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan elapan puluh sebatan dari api.

Bahawa isteri yang mengandung baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

Bahawa isteri yang bersalin melahirkan, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritanya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya. Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar dari
menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Wallahualam..

Selasa, 24 Jun 2014

Tak boleh blogwalking, why?

Assalamualaikum...

Lepas je ana baca entri kak Sal di sini, baru laa ana tahu bahawa sesungguhnya bukan ana sorang je alami masalah teknikal. T_T

Memula tu pelik gak lah, apesal laa takleh nak blogwalking nih? Pasal dia keluar satu entri je. Patutnye banyak-banyak entri. Refresh banyak kali pun, camtu jugak rupa dia.

Sampai tidur malam tadi terbawak-bawak dalam mimpi entri kembali full. Haha. Teruk betul laa aku ni?

Jadi pagi ni lepas subuh, baru dapat tahu yang blog alami masalah teknikal. Harap-harap cepatlah selesai problem ni. Hurm..

Sabar je laa...

Maybe buat masa ni ana blogwalking pada yang komen entri ana je.

Di kesempatan ni, ana nak ucapkan SALAM RAMADHAN pada semua! Hope puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya.

Wah, tak caye lah. Lagi 4 hari je kita semua akan berpuasa. Teruja yang amat! Paling mencabar sembahyang terawih kat masjid 20 rakaat. adeh..

Salam Ramadhan Al Mubarak

Sabtu, 21 Jun 2014

Resepi : Rahsia sardin tanpa rasa hanyir

Assalamualaikum...

“Cemane kau masak sardin? Sedaplah.” -eyka-

“Akak suka sardin kau je. Sardin orang lain akak tak suka. Hanyir. Cemane kau masak eh?” -kak syirin-

“Ani, kau kena belajar ngan adik ipar kau ni cara2 masak sardin. Abang suka lauk ni.” -abang ube-

Baiklah. Disebabkan ramai sangat nak tahu resepi rahsia ana. Meh sini nak share sikit. Eceh! Resepi rahsia konon. Haha. Biasa kalau orang masak sardin, tumis bawang pastu tumis cili sikit pastu baru masukkan sardin kan? Tapi cara ana lain sikit.

Suka hati koranglah nak tiru ke tak. Adakala, kita perlukan kelainan dalam cara memasak. Ye dak? Dah, dah. Tanak bebel panjang-panjang. Nah resepinya:

Bahan :

2 tin sardin
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1 inci halia *hiris
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu cili boh
7 tangkai cili api *belah tengah, jangan putus
1 keping asam jawa
2 sudu besar gula
Garam

Cara-caranya :

A) Mula-mula sekali haruslah bukak tin sardin tu. Then keluarkan ikannya. Panaskan kuali untuk menggoreng. Ikan yang dalam tin sardin tu wajib di goreng dulu, supaya tak rasa hanyir sardin tu nanti. Goreng sampai garing.

B) Tumis bahan hirisan dan cili api sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili boh. Pastu masukkan sos tiram. Kacau. Then masukkan kuah sardin tanpa ikan ke dalam kuali. Juga masukkan sos cili dan kacau. Kalau nak banyak kuah letaklah air sukatan tersendiri. Kalau boleh jangan banyak-banyak. Nanti cair sangat tak sedap. Kuah mesti pekat & likat. Masukkan ikan yang di goreng tadi. Masukkan gula & garam secukup rasa. Pastikan kuahnya agak manis. Kemudian masukkan asam keping. Kalau nak letak tomato dalam sardin, tak perlu masukkan asam keping. Nanti masam jadinya. Bila dah mendidih, tutplah api tu ye. Dah siap dah pun. Then hidang bersama nasi putih. Nyummy!

Jumaat, 20 Jun 2014

Tujuan utama berblog

Assalamualaikum...

Mulai hari ni, kata ganti diri dari "aku" kepada "ana". Sebab menghormati, kakak-kakak & abang-abang yang singgah blog ana.

Tujuan asal ana buat blog sebenarnya hanyalah SS je. Tau tak apa tu SS? Suka-suka. Atau dalam bahasa mudah, syok sendiri. Jadi ana nak cakap awal-awal.

Ada giveaway atau segmen tertentu je yang ana boleh join. Ada juga, yang ana tak dapat nak join. Contoh, copy banner. Bukak blog pakai browser blackberry memang tak boleh copy banner. Seriously, blackberry memang kedekut. Takde aplikasi blog. Tak boleh tepek gambar. Jadi ana nak cakap, kalau ada GA yang mintak tag. Jangan tag ana boleh?

Kalau ada sesiapa yang pernah on blog kat blackberry, dan boleh tepek gambar. Ajar ana please.

Minta maaf sangat kalau ada yang terasa...

Ana masih baru dalam dunia blog ni. Nuffnang pun ana tak tau mende. Orang kata tu syarikat pengiklanan. Ana pun "Ooo.." kan je.

Bila ada orang buat entri bahasa omputeh, jangan tanya kenapa ana tak komen blog anda. Sebab ana memang tak pandai BI.

Orang suruh ana tambah widget, sebab blog kosong. Terkial-kial ana pikir, cemane nak tambah widget. See..nampak tak kebengapan ana di situ.

Mohon tunjuk ajar dari semua. ^_^

Sebenarnya blog ana ni hanyalah diari. Kisah sendiri. Tak cilok kisah orang lain. Ana ni pelupa orangnya. Nanti dah tahun 2015, ana akan lupa apa yang ana dah lalui pada tahun 2014. Ish, terukkan?

Nota selit : nombor maxis ana 017-377**** dah expired hari ni. Malas nak topup. Just pakai 018-269**** je.

Selasa, 17 Jun 2014

Penangan si keropok lekor cap cikai

Assalamualaikum...

Hari rabu hari tu aku ade beli keropok lekor. Sebenarnya aku teringin sangat nak keropok lekor Terengganu. Tapi tak dapat pulak. Jauh sangat. Pasal aku teringin sangat nak tak nak terpaksalah beli keropok lekor mentah cap cikai. Yang biasa dijual kat pasar malam tulah.

Selalu aku beli yang dah siap masak terus. Senang. Tapi tak nak yang dah sejuk. Tu yang gatal sangat beli yang mentah. Kengkonon nak goreng sendiri je kat rumah.

Then hari jumaat tu, aku pun masak la keropok lekor dengan api yang besar. Sambil aku bancuh teh tarik, sambil tu aku menggoreng. Tiba-tiba...

Keropok lekor tu meletup...!!

Minyak panas percik kat muka ngan tangan kanan aku...

Masa tu pijar gak ah muka aku. Laju-laju aku kecik kan api. Tu pun meletup jugak. Tapi kena kat tangan je, pasal tangan aku lindung muka aku. Wuuu~sakit.

Ambik ubat gigi sapu kat tempat yang kena minyak panas. Pedih sangat.. Selalu aku wat camtulah kalau kena minyak panas.

Tetiba hari ni aku tengok kulit bibir aku cam gelembung sikit. Cam ade air dalam gelembung tu. Dah macam Angelina Jolie pun hado. Adui..kalau kena kat tangan ke kaki ke, aku takla kisah sangat. Ade parut lagi macho. Ni kalau dah kena kat muka, ape pun tak boleh.

Kecewa ah cenni...

Ahad, 15 Jun 2014

Satu hari di hari sabtu

Assalamualaikum...

(Entri ni agak panjang)

Semalam aku hangout kat e-Curve ngan kawan aku. Semata-mata nak tengok wayang kat situ. Aku nak tengok Pengantin Malam. Tapi kawan aku ni penakut sikit. Pastu aku cakap nak tengok Hantu Nan Sempit ah, sebab ada Jue Aziz. Tapi kawan aku tak nak. Dia nak layan Dragon 2.

Last-last aku cakap "whateverlah." Kawan aku pun beli la tiket wayang citer yang aku nak tu, Hantu Nan Sempit. Yeayy..takdir berpihak pada aku. Lalala. Sekali masuk wayang, ceh! Kitorang berdua je hado. Hahaha. First time aku masuk wayang takde orang. Lawak k. L A W A K. Hahaha.

Krik krik je bunyinye. Citer melayu memang slow! Zzz.. Lepas tengok wayang laparlah pulak. Singgah la satu restoran ni. Restoran tu bukan aku pilih, kawan aku. Sebab Damansara tu memang kawasan dia, dia tahu mana sedap mana tak sedap. Kawasan aku Rawang je.

Aku nak komen sikitlah. Aku ni memang sensitif sikit bab kebersihan dari segi hukum syarak & hukum akal. Huhu. Aku order nasik goreng pataya ngan ayam paprik. Baru aku nak tarik pinggan tetiba aku rasa something kat pinggan. Aku tengok la ape yang something, rupa-rupanya pinggan dia sumbing.

Di ulangi..SUMBING.

You know what sumbing? Of course la tahu, kan. Bukan ke dalam islam mengatakan MAKRUH hukumnya makan atau minum dalam pinggan sumbing? Kalau datang rumah orang, kita pahamlah sikit. Ni restoran. Takkan itupun tak sensitif. Aku mohon sangat pada peniaga kafeteria atau restoran atau whatever. Tolong jangan hidang makanan pada pelanggan anda dengan pinggan sumbing. Makruh ye hukumnya.

Jadi aku pun panggil la acik cashier tu. Aku pun luahlah apa yang aku tak puas hati. Acik tu pun serba salah je. Masalahnya betul laa ape yang aku tegur tu. Boleh pulak mamat thailand kat belakang tu cam nak gaduh lak ngan aku. Tampar kang, baru kau tahu hebat tak hebat penangan gadis melayu nih.

Pastu aku pun balik ah. Dah penat keluar, nak la rehat kat umah. Tetiba akak aku dari subang call. Cakap nak datang umah. Biasa kalau cakap camtu mesti ade masalah apa-apa tu. Jadi aku pun alu2 kan je akak aku datang.

Lepas maghrib centu, hakak aku cakap dia nak gi wayang layan citer hantu ngan kak syirin, diorang pelawa aku join sekaki. Aku ape lagi horey la. Punye la sangap citer hantu, cepat2 je aku bersiap. Muahahaha. Tengah otw nak gi AEON rawang, ade pulak customer bakery akak aku call. Nak ambik kek. Niat nak tengok wayang terpaksa di cancelkan, pasal aeon nak tutup dah. Isk..isk! Sedih ah cenni.

“Kite gi karok je la nak tak?” Cadang kak Estella.

“Karok? Yeayy..jom. Jom!” Kesedihan bertukar menjadi happy. Ah, lantaklah. Suara aku sedap ke tak. Yang penting dapat melalak. Ngeh3.

Pergh..pergh! Setting mic dia tak best langsung. Dahlah echo tinggi. Aku tanye akak kaunter tu caner nak setting mic. Pastu hakak tu cakap tu standart setting. Aku pun "okey" je la. Padahal geram giler ngan mic tu. Suara pun jadi sengau abadi. Dek kerana dihasut setan berpuluh kali, muzik karaoke tu kitorang pasang kuat2. Tahap maksimum! Muahahaha. Stress punye pasal.

Dua jam gak la kitorang karok. Hahaaha..lepas dah puas keringkan anak tekak memasing. Terasa lapar pulak. Singgah Cafe Ayob's. Yang katanye masakan dia sedap. Tiptop. Entahlah. Seriously susasana dia nice sangat. Sebab cam suasana rumah kampung. Dengan kerusi kayu, ada lampu pelita. Comel je. Kami order lamb chop ngan chicken chop. Kongsi bertiga. Sekadar nak makan gitu-gitu je.

Chicken chop dia? Not bad laa. Tapi dia bagi ayam dada. Takde lemak! Tak best! Lamb chop dia aku suka. Tapi agak liat. Sos dia memang sedap dari banyak2 kedai yang aku makan. Cumanya, takde pelanggan sangat. Atau mungkin kitorang datang di saat kedai nak tutup. Mane taknye, nak pukul 1 pagi kot baru kitorang datang makan situ.

Di sebabkan aku tak dapat tahan rasa nak terkucil, jadi aku pun pegilah dapur dia. Fyi, aku paling tak suka gi dapur kafe. Sebab aku tak nak nampak keburukan dapur sesebuah restoran tu. Tapi pada waktu tu, aku ternampak keburukan dapur kafe tu! Erh, silap. Bukan dapur. Bilik air.

Orang kata, kalau nak tau. Seseorang tu pembersih ataupun tidak tengok bilik air dia. Pastu aku pun masuk ah bilik air dia. Bau hancing dia..ya ampun. Tak mampu! Nak tanak terpaksalah aku jadi cleaner tak berbayar kat situ. Aku cuci tu ini, baru aku selesa nak guna toilet tersebut.

Sempat ah aku citer kat kak Syirin pasal bilik air. Beliau pun tak jadi guna bilik air restoran tu. Seriously, aku ngan kak syirin memang jenis sensitif sikit bab bilik air. Huhu.

Mase otw balik, boleh pulak ade roblock. Adehz! Hakak aku yang lagi sorang nih. Dia masih baru lagi memandu. Kereta pun baru 2 bulan dia pakai. Lesen pun P lagi. Kan selalu kalau ade roblock dia letak papan tanda 'Sila perlahankan kenderaan anda untuk pemeriksaan polis.'

Akak aku lak tak nampak. Perasaan nebes memandu di tambah pulak dengan stress dengan entah ape yang ade dalam otak dia pun aku tak tau. Laju je dia meluncur. Ape lagi. Polis tu tahan la. Dia ingat kitorang penjenayah. Muahahaha.

Polis : ni nape laju-laju ni. Awak ada buat apa-apa ke? Bak lesen.

Kak Estella : saya tak nampak encik.

Polis : awak tak nampak ke saya berdiri kat situ?

Kak syirin : maaf encik. Kami ni nak cepat.

Polis : kalau langgar saya tadi cemane.

Dek kerana aku tak paham ape yang kecoh2 kat set pemandu ngan penumpang sebelahnye. Aku pun nyampuk.

Me : huk alorh, banyak cekadah ah. Bagi lesen kat polis tu. Huh!

Polis tu pun tengok lesen hakak aku pastu dia angguk2 gitu.

Kak syirin : comelkan orangnye. Takyah tenung lama2. Dia tunang orang encik.

Polis : err.. Ye2. okey, lain kali hati2 ye.

Hahahaha..lawak ah akak aku dua ekor kat depan ni. Nervous sangat. Sampai terlupe bagi lesen. XD

Jumaat, 13 Jun 2014

Kenduri lagi ??

Assalamualaikum...

Hai.. sebenarnye aku terlupa yang aku dah publishkan entri Siapakah dia lelaki idaman saya ?

Opsss.. Hahaa! Tulah pasal aku tak reply komen. Sekali tengok, dah bederet orang komen. Thanks kepada hakak-hakak and abang-abang serta adik-adik yang komen entri tu. Nanti ana balas eh.

Lagipun sekarang aku busy sikit. Pasal lagi dua hari, cuti sekolah akan berakhir. Sibuk buat itu ini. Aku bw yang mana sempat je. Huhu.

Dua hari lepas, kawan aku ada buat kenduri. Yang bestnya kenduri tu bukan 1 pasang. 18 pasangan. Muahahaha.. Ramai giler! Pastu aku bahagian siapkan flower girls. Comel-comel belaka kau flower girls aku. Ngeh3

Ade la dalam 8 pengantin yang aku kenal. Yang lain tu kebanyakannya sedare mara diorang jugaklah. Buat satu majlis. Haa..kan senang gitu. Takdelah susah2 aku nak gi 8 kenduri dalam satu hari. XD

Yang bestnye; mak andam tu salah sorangnye kawan aku. Amboi, dah pandai mekap pengantin gamaknye.

Me : weh, kau ke yang mekapkan angah?

Ida : a'ah. Asal? Cantik?

Me : cantik ah! Aku nak guna servis kau masa weeding nanti boleh tak?

Ida: bisa aja dong. Disebabkan kau kawan aku, aku kasi free. Hehe. Amacam?

Jimat bajet aku! XD

Me : hulamak! Eh..aku belum nak kahwin lagi dalam masa terdekat ni. Ade problem. Tapi kalau aku kawin, aku ambik kau ah sebagai mak andam aku eh.

Ida : yelah macik! Yang penting bagitahu awal-awal. Kang kalau aku fly sane sini jangan membebel macam mak nenek kat wechat okeh?

Me : ahahaha..baik moyang!

Okey, mak andam dah ade. Haa..ape lagi? Jom kahwin. Hahahaa.. Opss! Terselah kegatalan di situ! ><

Kawan aku tu sebenarnya memang dah lama sangat simpan hasrat nak mekapkan kawan dia sendiri sebagai pengantin. Tu yang dia boleh bagi caj free je kat aku. Hehe. Bertuahkan ramai kawan. ^__^

“Selamat pengantin baru dear all my friends.”

Rabu, 11 Jun 2014

Siapakah dia lelaki idaman saya ?

Assalamualaikum...

Dalam dunia ni, perempuan mana yang takde lelaki idaman. Lelaki mana yang takde wanita idaman. Mesti ada kan..? Kan? Tak ngaku ah tu. Semalam kakak aku cabar, suruh aku listkan ciri-ciri lelaki idaman aku.

CABARAN DITERIMA! (Tulisan besar tande emosi tahap ultra XD)

Tapi siapa lelaki idaman tu?

Semua orang nak lelaki idamannya: beriman, baik hati, bersifat pemimpin, kuat pegangan agama. Tapi bagaimana ciri-ciri fizikalnya? Baca ni:

1) Tinggi
Mesti kena tinggi sikit dari aku. Rasanya ramai je lelaki tinggi dari perempuan. Tapi aku tak suka lelaki tinggi sangat. Sebab nanti bila nak cakap mesti aku yang kena dongak kepala. Maklumlah aku ni pendek je orangnya.

2) Berpenampilan kemas
Of course ramai perempuan suka lelaki yang pengemas & smart termasuk aku. Aku suka lelaki berbaju kemeja. Sebab aku rasa lelaki berkemeja ni nampak awesome. Aku pun tak tau kenapa citarasa aku lelaki berkemeja tu nampak awesome, maybe terpengaruh dengan pemakaian abang aku atau adik-adik aku. Tapi tak bermakna lelaki tak berkemeja ni tak awesome tau.

3) Suka Senyum
Aku suka lelaki yang suka senyum ni sebab bila aku stress dia akan tenangkan aku dengan senyuman. Wah! Dengan syarat gigi dia mesti kena menawan macam iklan colgate tu.

4) Bercermin mata
Opss..bercermin mata tak semestinya budak skema okey. Bagi aku lelaki yang bercermin mata ni dia ada karisma tersendiri. Dia ada tarikan sebagai lelaki yang bertanggungjawab. Bukan aku cakap tau, arwah ayah aku cakap.

5) Tidak merokok
Walaupun orang kata, lelaki merokok ni macho. Tapi tidak pada aku. Bibir tak merah. Tanak ah centu. Menurut fakta; lelaki yang merokok jangka hayatnya tidak panjang. Wuuu~aku tak nak hidup sorang-sorang.

6) Ada rupa
Handsome? Tak perlu. Bukanlah bermaksud aku tak suka lelaki hensem. Kalau boleh muka tu tak payah hensem sangat. Asal ada mata, kening, hidung, mulut. Da cukup dah! Yang penting ada rupa lelaki melayu sejati. Tak naklah muka jambu. Takmo yang camtu. Nak yang kulit hitam manis je. Baru nampak original lelaki melayu sejati. Kualiti terbaik!

Bagaimana akhlak secara mata kasar?

1) Tak pernah tinggal solat.
2) Menghormati wanita.
3) Rajin berkhidmat pada kedua orang tuanya.
4) Peramah & 'gila-gila'.
5) Berdikari.
6) Penyayang.
7) Berprinsip.
8) Suka kanak-kanak.

Okeylah. Tu je ciri-ciri lelaki idaman aku. Hehe. Sebenarnya aku taklah memilih sangat pun. Kalau tak dapat lelaki idaman pun takpe. Jodoh tu kan milik Allah. Dia tahu mana yang terbaik buat kita. Right?

Isnin, 9 Jun 2014

Seronok tapi penat

Assalamualaikum...

Baru 3 hari aku tak bukak blog, rasa macam dah lama je tak bukak blog. Ececehh! >< Rindu betul nak bw. ^_^

Jadual weekend aku kali ni agak padat. Huhu. Sampaikan baju sebakul pun tak sempat pusing. Alahai..nampak naa kebiziannye disitu. Hik hok!

Hari sabtu ary tu, aku ke UiTM. Ada kerja sikit kat situ. Seharian jugaklah aku kat sana. Dari pukul 9pagi sampai pukul 6petang, termasuk kiraan perjalanan. Lamakan? Heh! Padahal taklah lama mane pun. Tapi sebab drebar asyik salah jalan je maka jadilah perjalanan yang setengah jam jadi satoojamlebey. Haha.

Balik dari UiTM terus ke kenduri jiran jauh. Hulamak, penat tak terkata ko. Muka pun layu je. Nak jaga hati jiran punye pasal, tu aku gagah gak gi kenduri dia tuh.

Pastu ahad tu aku ingat nak rileks2 ah sikit pasal semalam (sabtu) seharian aku keluar. Sekali tengok nota fon, 'majlis merisik kak Eja'?! Adudu..hampir-hampir je aku terlupa. Kelam kabut iron baju nak siap gi majlis hakak aku pasal jap gi abang aku datang nak ambik.

Jadi pukul 10 camtu kitorang satu family terus bertolak. Memula tu singgah meidin dulu sebab nak carik minyak ape entah. Minyak tu hanya di jual kat meidin je. Sementara tunggu umi carik minyak tu, sempat gak ah aku membeli. Beli syampu je pun! Haha.

Sampai je rumah kakak, sibuklah tolong itu ini. Yelah, kitakan tuan rumah. Opkos la kita yang faling bizi. XD

Pastu pihak merisik lelaki pun datang. Sembang tu ini, tu ini. Jam dah pun ke pukul 6petang. Kak Eja pun dah selamat jadi tunangan orang. Alhamdulillah.

Lepas je pihak merisik balik. Tetiba hakak aku wat pengumuman, jap gi maghrib keluarga tunang kak Mama ajak datang rumah. Ada makan-makan sikit. Fulak dah! Baru aku nak ngelat tanak pegi, tetibe hakak Mama cakap;

“Ko jangan ngengade eh. Kene pegi. Jumpa bakal abang ipar tu. Hari tu hakak tunang engko kan takde.” Oke, fine! Kena pergi. Isk3..

So lepas maghrib tu kitorang bertolaklah satu family. Konvoi 4 kereta. Alolo..comelnye konvoi. Hokey, sembang diorang pacik-pacik punye ah lama. Sudahnye gerak balik umah kakak pukul 10 lebih.

Tunggu abang aku on the way pun dah masa tau. Satu jam jugaklah baru abang aku sampai utk amek kitorang utk balik Tasik Puteri. Tu pun muka aku dah macam beruk tak makan seminggu. Stress! Haha. Sampai je rumah, jam dah pun 12.30 malam.

Memang penat sangat-sangat...tapi seronok... Tapi penat jugak la. Eh? Banyak pulak tapi tapi. Hahaha :D

Khamis, 5 Jun 2014

Nak jubah kembang payung

Assalamualaikum...

Idea nak menaip hilang terus bila entri yang aku baru update tadi terdelete. Sadis betul! T_T

Setelah 3 hari berlalu, baru hari ni aku dapat update entry. Dan sambung kerja aku yang agak tertangguh dek gangguan kesihatan.

Tengah aku sibuk reply inbox facebook tetiba aku ternampak gambar gadis-gadis menawan pakai jubah kembang payung. Aku memang nak Jubah kembang payung pun! Nak sangat! Berkenan pulak tengok kakak-kakak aku pakai. Ehem! Gadis-gadis yang aku maksudkan tadi tu kakak-kakak aku ler. Hehe. Molek gitu. 

Terus aku inbox kakak aku, Estella Anabelle (nickname je ni). Pasal yang jual jubah tu kakak aku je. Huhu. Tu pun aku baru nak mintak maaf sebab tak dapat datang majlis tunang dia hari tu. Dia pun tacing gak bila aku tak datang. Nak buat camne, sakit menggugat penampilan. Eceh! Penampilan la sangat. Haha.

Kakak aku ada buat promosi tau, 10% untuk hari raya. Jadi kalau cik abang yang nak belikan untuk cik tunang ataupun wife, boleh PM kat page. Nombor whatsapp pun ada tau. Cik kakak atau adik-adik yang nak nampak menawan dan solehah bolehlah usha sekejap. Manalah tahu berkenan. Harga pun berbaloi.

Kalau korang nak usha page facebook kakak aku. Klik sini, Hijab Ummu Official

Opss, sebelum aku terlupa. Nak habaq sat. *tetibe* Ahad ni kakak aku lagi sorang tu nak bertunang. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye. ^_^

"Selamat bertunang ye kak Eja."

Isnin, 2 Jun 2014

Jangan salahkan Islam

Assalamualaikum...

Tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku rasa macam nak sentuh sikit bab ni. Maybe sebab aku terbaca blog seseorang. Atau maybe aku terbaca kat post facebook seseorang?

Entri ni agak berat bagi aku. Kalau tak paham boleh contact terus kat email aku. Aku boleh bagi hujah panjang lebar yang korang nak.

Cuma aku agak sensitif bila orang kata;

"Eh, kau ISLAM tapi kau kapel pegang-pegang tangan."

Dan lebih panas lagi;

"kau tu ISLAM. Tapi cakap macam orang takde agama!"

Amboi, cantik ayat. Aku tak kisah kalau orang nak maki hamun kat twitter, facebook or blog atau whatever. Tapi tolong, tolong jangan libatkan ISLAM. Aku sensitif.

Bukan semua orang ISLAM betul-betul kuat dengan pegangan ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab lahir dalam keluarga ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab ikut-ikut kerana dikatakan ISLAM tu indah. Adakala orang itu ISLAM kerana keturunannya ISLAM, itu yang dikatakan ISLAM pada ic.

Memang aku akui, yang mencuri itu agamanya ISLAM. Yang membunuh itu agamanya ISLAM. Yang merogol itu agamanya ISLAM. Yang berzina itu agamanya ISLAM.

Tapi cuba korang tanya pada orang yang mencuri, membunuh, merogol dan zina tu. Dia tahu tak apa itu tauhid. Konfem semua tak boleh jawab! Aku yakin. Sebab aku sendiri pernah wawancara budak banduan.

Tak payah cari jalan jauh, pergi kedai mamak. Cuba suruh dia mengucap. Tak pun suruh dia baca ayat AL-QURAN yang dia frame kat dinding tu. Mesti terkulat-kulat mamak tu.

Yang dekat facebook, kat bio agamanya ISLAM. Tapi suka mengutuk orang. Jangan salahkan ISLAM. Salahkan individu tu.

Kadang-kadang kita lupa, dalam diri kita ada nafsu. Ada syaitan kiri kanan menghasut. Tapi kita tak nampak nafsu dan syaitan. Sebab tu takde orang salahkan nafsu, takde orang salahkan syaitan. Yang salah ISLAM. Sebab yang dia nampak orang tu ISLAM.

Biasalah, salah dan silap tu lumrah setiap manusia. Adakala alpa, terlupa, lalai dan terleka, itu memang sifat manusia.

Namun bukan semua orang islam tu mulutnya jahat. Tak semua orang islam tu perangainya nakal belaka. Kadangkala tercelupar tu tak sengaja. Mana ada kat dunia ni orang baik sangat, orang ISLAM bukan malaikat.

Maaf andai yang terasa. Cuma aku tak tahan. Aku tak suka orang yang menyalahkan ISLAM. Tolong jangan salahkan ISLAM.

Allahurobbi...

Wallahualam

p/s: andai ada salah dalam entri ni mohon tunjuk ajar.