Rabu, 30 November 2016

Pengalaman bersalin anak pertama : normal atau czer?

Assalamualaikum...

Amaran keras! Entri ni panjang berjela. Sila luangkan masa 30minit utk bace entri ni. Keh keh keh.

Okeh laaa dah ade yang perli pasal aku asyik menyepi. Ekiki..ampun ya. Bizi sangad! *rolling eyes*

Nah, ni sambungannya. Sila baca sampai muntah. >< ahaks!

21 feb 2016

Esok pagi tuu nurse datang. Dia pasang lagi CTG kat perut, sebab nak tau keadaan baby lam perut.

Alhamdulillah baby semua oke jek! Cuma baby asyik tido je. Jenuh pujuk bagi bangun. Akhirnya nurse bagi minum air sejuk, barulah baby bangun. Hik hik! Pastu cek bukaan. Pun masih 0cm. Nurse cakap;

"Puan, 8pagi nanti kita akan induce. Puan kena baring je kat katil selama 1jam. Jadi, kalau nak buang air ke apa ke kene sekarang."

Fuhh..kene paksa bersalin jugak rupenye kes haku ni. Induce kot!

Jd aku pun cepat2 laaa gi toilet bagai sebelum pkul 8 tu. Then diorg pun induce aku. Dia kata nanti depe akan dtg lagi cek bukaan. Aku pun oke je la.

Induce kali pertama tak bagi kesan pape pun kat aku. Aku rilex je. Orang katil sebelah siap tanye aku, tak sakit2 lagi ke? Aku cakap ah "takk"

Poyo kan? Hahaa

Dokter datang cek bukaan. Dia kata still 0cm. Depe cakap anak aku degil takmo kua. Dia syok agi dok lam perut nih. Hoho.

Pastu nurse induce aku lagi sekali. Kiranye kali kedua induce ah ni. Kak y & abg aku datang lawat, depe tanye dah ade bukaan belum. Aku geleng je la sambil melantak nasik goreng pedas kaw kaw. Huhu.

Tetiba petang tu. Eh eh..nape perut ngeras-ngeras je ni. Tiap kali tegang perut, pinggang aku sakit. Eh, ni contraction ke?

Nurse pasang CTG lagi, tetibe perut aku ngeras. Carta CTG aku dah lain.

"Eh, awak dah contraction ye?" Tanye nurse tu. Aku angguk je la. Sakitnya Tuhannn..!! Tapi aku pujuk je dalam hati. Sakit sikit je ni.

Time melawat ptg tu aku dah parah dah. Sakitnya! Wuwuwu~ Siap terduduk2. Masih boleh bertahan. So aku gi laa jenjalan ke katil, sbb nak bagi cepat bukaan.

Malam tu dokter dtg cek "eh, dah 3cm. Boleh masuk labourroom dah. Nanti saya suruh nurse hantar awak ke labourroom ye? Bertahan ye puan."

Part ni aku dah tahap guling-guling dah tahan sakit. Kejap2 pegang besi sisi katil. Urghh..tarik napas hembus, tarik hembus. Okeh, tak berkesan!

Dalam pukul 11lebih, nurse datang. Dia masukkan sejenis cecair. Katanya utk keluarkan najis, supaya nanti teran takdelah terteran najis sekali. Dia masuk je terus berlari aku ke bilik air. Fuhhh..lega! Tetiba contraction kuat!

Aduhh!!!

Hampir jatuh. Aku pegang besi kat toilet tu kuat-kuat. Aku keluar bilik air dalam keadaan menggigil, nurse dah berdiri dengan wheelchair. Aku naik wheelchair sambil pegang baju baby. Alolo..tak sabonye nak tengok anakku! Adudu..

Terus dibawa ke labourroom.

Aku baring. Pasang alat ctg, nurse cakap eh..nape bunyi lain. Kalut panggil doktor. Dalam hati aku cakap ahh..sudah! Jangan laaa berlaku apa-apa.

Aku dah contraction seminit seminit. Bukaan baru 4cm. Nurse cakap nak tunggu 10cm subuh esok baru leh teran ni. Aku dah hitung jam..uishh..lagi 5jam.

Boleh tahan ke?

"Maaf puan, kita pecahkan air ketuban ye. Untuk kepastian, risau baby dah berak dalam perut."

Kalau korang tengok muka aku, dah macam ayam berak kapur agaknye time tu. Tahan sakit lagi, risau lagi. Dalam hati terus terlintas..oh, ini rupanya sakit bersalin yang dikatakan sakit macam nak mati tu. Sakit sangat!!

Terus teringat kat umi, macamane agaknye umi aku bersalinkan kami adik beradik seramai 8org. Hurm..

Besar pengorbanan seorang ibu.

Rupa-rupanya air ketuban jernih je. Takde jangkitan pun. Hmm..

CTG bunyi lagi. Kali ni heartbeat baby dah makin menurun. Doktor dengan nurse dah bincang-bincang.

"Puan, kite terpaksa operate. Sebab kalau ikutkan baby puan hampir lemas." Dah agak dah!

Mase tu dalam hati dah jerit; taknak! Taknak!

"Takde cara lain ke doktor? Saye tanak operate." Luah aku. Terpaksa.

"Kalau nak normal, boleh je puan. Tapi kita tak makesure baby selamat ke tak. Sebab jantung baby dah lemah. Kita tak nak ada komplikasi apa-apa." Fuh..panjang lebar nurse tu cakap.

Akhirnya setelah aku di yakin-yakin kan, terpaksa laa aku rela je dibedah. Kerana terpaksa, aku relakan. Isk!

"Oke, puan. Kalau setuju bedah tolong tandatangan ni." Aku time tu dahla contraction kuat. Org yang pernah induce je tau camne azabnye sakit dia. Sakit!

Tandatangan tu dah serupa conteng2 je. Hahaha..

Di bilik pembedahan

Memang aku dah macam ayam togel dah. Terbaring. Masuk tiub air shishi. Dah takleh bangun.

Pastu part cucuk drip air. Jenuh nurse yang bantu bedah nak jumpe urat. Hua hua hua..kiri kanan tak jumpe. Lame gak la depe terkial-kial carik urat. Aku dalam hati nak gelak, tapi sakit punye pasal tak jadi gelak.

And then part nak bius separuh. Depe suruh tegakkan badan. Aku ni dahla contraction setiap saat. Mau terbongkok2, jenuh plak dokter pakar bius tu pujuk nak bius aku.

Tak lama kemudian, kaki kanan aku macam kene karen.

"Oke, da siap!"

5 saat kemudian, depe suruh aku angkat kaki. Aku angkat lah! Pastu suruh angkat lagi. Aku angkat lagi, lagi tinggi. 5 minit kemudian. Pun aku still boleh angkat kaki.

"Masih rasa contraction puan?"

"Ye, masih." Aku masih lagi rasa contraction. Makin kuat ade la!

"Puan, kita terpaksa bius penuh. Tapi akan ada komplikasi. Kemungkinan puan akan kekurangan darah. Jadi kita akan masukkan darah lain. Dan darah itu kita tak pasti ada jangkitan ataupun tidak."

Aku dah cuak! Rasa macam nak lari je dari bilik operate ni. Wuwuwu~

"Keputusan di tangan puan. Puan fikirkanlah demi baby." Doktor tu psiko aku dah. Siap pegang perut. TAKPELAH! DEMI BABY, AKU SANGGUP!

Bila aku iye kan je. Terus ada kertas 2 3 helai lagi utk aku t/tangan. Wpun tandatangan aku time tu bulat2, nurse tuu layan je. Ahaks!

Aku setuju je terus depe baringkan aku then pasang menatang oksigen tu. Sesaat dua saat..aku dah lalok. Ooo..ni rupanya ubat lalok. Hohoho. Terus tak sedar ape dah.

Dup dap dup dap!

22 feb 2016

Jam tepat 4.30 pagi aku sedar. Perkataan pertama aku sebut, sakittt. Fuh, memang sakit kat perut aku. Rasa macam perut kene toreh. Padahal time tu semua dah selesai. Mungkin sebab kesan bius dah habis kat aku. Tu yang sakit je rasa perut tu.

Keadaan aku time tu lemah sangat. Suara perlahan sangat. Wuwuwu..aku tarik baju pembantu doktor yang tengah catit ape ntah kat buku dia.

"Nurse, anak saya selamat ke?"

"Selamat."

"Nurse, anak saya kuning tak?"

"Tak."

"Nurse anak saya lelaki ke perempuan?"

"Perempuan."

"Nurse, saya tambah darah tak?"

"Tak."

"Baby saya besar tak?"

Nurse diam.

"Anak saya berapa kg?"

"3kg"

Ekikiki..banyak betul soalan aku. Sedangkan keadaan aku time tu lemah.

"Nurse...sakit..."

Pastu aku asyik ulang ayat yang sama. Nurse tu tengok aku kesian.

"Jap gi pakar bius datang. Sabar ye puan."

Aku diam. Tak lama kemudian, doktor pakar bius datang, pasang tiub bius. Katanya kalau aku sakit tiap 5 minit tekan sekali. Aku angguk faham. Try tekan. Yeayy! Dah tak sakit.

"Puan, kita akan bawak puan ke wad. Memandangkan puan tak ada komplikasi apa-apa." Waktu tu dalam hati TERIMA KASIH YA ALLAH!!

Masa nak ambik baby kat wad baby. Aku nampak nurse bawak anak aku. Anak yang belum aku pegang lagi. Eh, kecik je.

"Nurse..ni anak saya ke?"

"A'ah."

"Eh, kecik je. Salah kot."

"Eh, budak ni. Tak padan dengan baru bersalin." Nurse tu seloroh dgn aku. Geram sebab aku asyik tanye je.

Masa dalam perjalanan ke wad. Mulut aku bebel, suruh nurse tutupkan aurat aku. Memula nurse tu tanak. Dia cakap bukan sape2 nampak pagi buta ni. Tapi aku tetap bebel. Akhirnya barulah nurse tutup selimut sampai leher. Keliling kepala aku tutup dengan tuala.

Nampak encik asben senyum2 tengok baby aku. Masa tu aku lemah sangat then tak sedar apa. Terus lena. Sampailah pukul 8pagi, aku dikejut nurse.

Oke, panjang lebar. Sampai sini dulu eh. Sila tatap gamba anak aku. Sekiann~

Jumaat, 25 November 2016

Kena warded!

Assalamualaikum..

Sekian lama aku menyepi. Huhu. Baru harini nak kembali. Rasenye dah setahun aku tak jengah blog. Try log in malam tadi, eh bnyawa lagi belog aku nih.

Aku tau takde daa orang nak usha blog bersawang aku ni. Wuuuu~ Its okay. Aku saje tulis kisah aku ni supaye aku tak lupe. Aku ni pelupa orangnyeee. Hua hua hua.

Okelah! Start story!

20hb feb 2016
Ekceli due aku sepatutnya 14hb. Tapi baby ni takmo keluar lagi tarikh tu. So doktor kate tunggu lagi sminggu. Kirenye aku ni overdue laaa. Then mase 20hb ni tetibe je aku rase baby macam tak aktif. Aku pun suspen ah. Cakap ngan kakak and abg. Tak rase gerak bby sgt. Terus depe soh kemas brg. Sebab nak terus ke spital.

Fuhh..nebes! Gi spital, cakap ngan akak nurse kaunter luar. Nak bawak kakak teman. Dia kate, emm..sepatutnye mak atau suami je bole teman masuk daftar. Pastu aku cakap laa asben sakit. Barulaa nurse tu kate boleh. Yihuuu!

Daftar ape sume. Tetibe name kene panggil. Okeh, cek ctg. CTG yang menatang macam tali pinggang tu. Nak cek gerakan baby + jantung. Nurse kata baby oke, sihat and aktif. Kata dokter maybe aku tak perasan kot sebab aku aktif sgt. Aku ye kan je la.

Pastu nama kene panggil lagi utk scan. Dan nurse cakap "besar jugak baby you ni." Aku dah cuak! Aduh, canner nak teran kalau besar. Rasa nak lari dari spital, tanak bersalinnn.. TT

Datang dokter pakar dia cakap "eh, taklah. Anggaran 3kg je ni. Biasa je." Lega!

Masa aku nak keluar dari bilik scan datang laa sorang doktor pelatih, dia interview aku macam-macam. Aku? Layan je la. Then datang sorang lagi doktor pelatih. Dia cakap nak cek cm. Lepas da cek dia kata takde bukaan lagi. Tapi aku dah kene masuk wad. Sebab? Overdue.

Part nak cucuk mende alah jarum kat tangan tu yang tak best tu. Memula nurse pelatih perempuan cucuk kat aku. Lama gak dia carik urat. Then jumpe katanye. Pastu cucuk kiri kanan banyak kali baru keluar darah. Pedih!

Sementara tunggu katil, aku da perasan darah leleh2 banyak kat tempat cucuk tu. Then menitik. Nurse cakap, aku tumpah darah ke? Aku kata, tak. Ni tangan.

Dia panggil lak doktor pelatih lelaki. Doktor pelatih lelaki tu cek tangan aku. Dia kata. "Ni salah cucuk ni." Dia pun betul kan.

Lame gak la tunggu katil. Ade laa dalam 30 minit. Pastu nama aku di panggil utk masuk wad. Maka tepat jam 8malam aku pun di wadkan. Di wad 5C katil 16.

Then esoknya.. bersambung..

Cukup laa sampai sini dulu. Panjang lagi kisah akuuuu.

Jumaat, 6 November 2015

4 situasi yang mengharukan

Assalammualaikum...

Bizi bebenau aku, sampaikan masa utk reply komen pun tak sempat. Tenggssss korang sudi singgah sambil meninggalkan jejak disini. I will komen back belog korang. (okeh, ayat nih pening!) ><

Sebab sebenar aku tak sempat hapdet belog, sebab aku bizi dengan keje. Entahlah. Sejak mengandung ni, rajin benoo aku bekerja full day. Haha. Siapkan kertas periksa lagi, jadi witress kat Bake & Cafe kakak aku lagi. Pergh..pergh..bizi gila haku.

Okaylah!

Ekceli dalam entri ni aku nak citer 4 situasi yang mengharukan berlaku dalam satu hari sejak bergelar mommy to be neh. Huk3

First sekali time aku naik monorail. Kalau korang selalu ke Jalan Imbi konfem korang tau cemane sesaknye monorail dari kL Sentral ke Jln Imbi. Jenis aku ni pulak kalau dah sesak macam sardin memang tak naik ah, tetibe ade sorang abam polis ni tiup-tiup wisel dia.

“Ke tepi! Ke tepi! Bagi laluan kat ibu mengandung!”

Aku toleh ah kiri kanan. Rasenye takde orang pun kat kiri kanan aku tu. Tinggal aku sorang je kat luar monorel tuh. Rupenye abam polis tuh maksudkan 'ibu mengandung' tu adelah aku. Aduduhh..terharu ai orang prihatin. Isk!

Dalam mase yang same ade sorang mamat ni ngah duduk dengar lagu kat kerusi, pun diminta bangun untuk bagi aku duduk. Ish, terharu lagi. Huhu. Bayangkan sesardin manusia lam monorel tu terpaksa bagi laluan utk aku duduk. Wuuu..mekasih rakyat Malaysia atas keprihatinan anda. T_T

Pastu situasi kedua masa kat dalam KTM dari kL Sentral ke Rawang. Aku ni pulak silap planning waktu. Set time nak balik pukul 5 ptg, alamatnye memang sesak ah KTM sebab orang baru balik keje. Disebabkan aku punye laa gigih nunggu KTM setengah jam yang lalu, dgn penuh redho aku pun naik je la KTM. Wpun coach wanita, tapi sangatlah full. Dek kerana full aku terpaksa berdiri.

Tetibe haku dengar kecohh-kecoh satu kelompok yang aku rasa tak jauh pun dari aku.

“Eh, adik tu mengandung kan? Kenapa dia tak duduk?”

“Dia tak dapat tempat duduk.”

“Siannye. Ish, diorang yang duduk ni tak prihatin ke?”

Pastu ade laa dua tiga orang yang berdiri tak jauh dengan aku sambil mata menyorot ke arah perut aku. Isk! Malu jemah oi!

“Eh!! Iyelah, dia mengandung. Kesiannya tak dapat tempat duduk.”

Ekceli aku tak kisah pun kene berdiri. Sebab aku paham orang baru balik keje, letih kot! Tetibe ade sorang auntie cina ni berdiri. Terus kelompok tadi cop kan tempat duduk untuk aku.

“Dik, duduklah. Bahaya berdiri.”

Wuuu..terharunye dengan sikap rakyat Malaysia cenni. Sungguh prihatin. Teruslah aku dapat tempat duduk. Tengs sangat kat 'kakak-kakak' yang tolong cop kan tempat duduk utk aku.

Situasi seterusnya lepas aku turun stesen Rawang. Lepas je sampai kat Rawang terus rasa nak terkucil. Hadeii..tengok plak kat tandas awam berderet orang beratur nak masuk tandas. Tetibe ade sorang acik cleaner ni tegur;

“Kalau boleh bagi kat orang mengandung ni masuk dulu. Orang mengandung ni bukan boleh tahan.”

Terus aku dapat masuk bilik air dulu. Alolo..terharu lagi. Isk! Jiwa ni cepat nau rase terharu.

Situasi keempat masa aku nak kejar bas nak balik Bkt Beruntung. Jalanraya punye laa bizi, aku dengan selamba je tahan bas, sebab malas nak naik atas bukit gi bas stop. Nak bawak badan lagi..pergh..memang tak ah untuk aku naik bukit gi kat bus stop.

“Nasib baik awak mengandung. Saya faham awak terdesak tahan bas, kan? Itupun saya nampak perut awak dulu, baru nampak tangan awak lambai-lambai tahan bas.”

Haha..pak cik ni! -_-'

Pacik drebar bas ni pun leh tahan gak ayat dia. Haha. Aku iye kan aje. Sampai jek uma terus gi kat cermin usha perut. Haha. Iyelah, perut da boyot sikit. Ekekeke!

Ahad, 25 Oktober 2015

Mommy to be story

Assalamualaikum...

Sambung entri...

Ceh..ajet2 retis fulak. Ahaha. Bukannye orang bace sangat belog kau nih ana. Hik hok. Pedulik ah. Yang penting, ade catitan. Boleh baca untuk rujukan akan datang. :P

Kengkonon aku nak sorok dari pengetahuan encik asben, tetibe di suatu petang dikala aku sedang lipat baju encik asben tegur aku.

Encik asben : Mengandung ke?

Eh eh..tetibe jek! Macamane dia boleh tau aku pun tak tau. Isk! Takleh jadi nih.

Me : Eh, kenapa? Saya nampak makin gemuk ke?

Encik asben : taklah. Muka tu. Pucat macam muka orang mengandung.

Me : Hm..mungkinlah. Hari tu test upt, double line.

Encik asben : yelah tu, mengandung la ni. (Sambil pegang perut kita yang muncit. Ahaks!)

Ekceli aku tak yakin pun aku pregnant selagi aku tak buat pemeriksaan doktor. Pasal aku langsung tak kene morning sickness lagi time tuh. Tapi dalam hati berdoa, moga dengan berkat bulan puasa ni aku direzekikan zuriat. Btw aku dapat tau aku pregnant pun time bulan puasa.

Kemudian, 3 hari lepas tu. Tiba-tiba lepas je aku balik dari keje darah keluar lagi. Kali ni banyak sikit. Dalam hati aku dah cakap 'ah, sudah. Jangan-jangan..' Tapi sedapkan hati je la. Sebab time tu keluar fresh blood. Bukan macam sebelum ni, kaler coklat2. Dahlah tengah puasa ni. Aku fikir, nak berbuka ke tak ni. Aku sedapkan hati lagi, spotting bleeding kot. Aku teruskan puasa. Memang betul, darah aku keluar time tu je.

Macam biasa, keje aku tanya pacik google itu ini. Dan aku dapat jawapannya! Memang 3 bulan pertama, 70% wanita mengandung alami gangguan spotting bleeding. Cuma macam biasalah, aku dapat banyak gila jawapan. Ada yang cakap sebab stress, apa semua.

Memang aku agak stress time tu. Sebab lepas je aku mengajar tadika, aku akan ke bakeri kakak aku tolong buat biskut raya yang tempahan dia beratus-ratus kotak. Beribu-ribu balang. Yes, aku terlalu penat.

Pastu dah hujung-hujung Ramadhan bermula laa episod aku punya morning sickness, afternoon sickness, evening sickness and night sickness. Bukan muntah makanan pun, muntah kuning je. Tekak pahit-pahit je time tuh.

Tekak aku mula memilih makanan. Tak nak makan nasi putih. Nak nasi goreng atau nasi ayam je. Aku yang tak suka kari tetibe nak makan kari dikala sahur. Haha. Lawak pulak bila terfikir balik. ><

Sebelum ni aku memang febret tomyam and lauk paprik. Tiap kali beli lauk sahur, encik asben mesti beli nasi putih lauk paprik je. Sebab dia tau tu febret aku. Sampailah satu hari tu, aku terus muntah lepas makan paprik. Bau daun limau pun takleh. Haha. Teruk betul!

Sejak tu aku cakap dgn encik asben. Jangan beli makanan yang ade kaitan dengan daun limau. Encik asben gelak je. Dulu aku selalu kutuk orang mengandung ni manjalah, mengada-ngadalah. Rupa-rupanya ni bukan mengada-ngada, memang tekak orang mengandung camtu. Huhu.

And then raya. Time raya tu memang aku lembik gila. Pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur. Lepas tu, malam terkebil-kebil. Haha. Kekadang aku tak tidur siang, tapi malam tetap takleh tidur. Bila aku buat research, rupa-rupanya orang mengandung memang akan alami gangguan tidur malam. Isk! Sabar je la!

Mujur family aku faham. Diorang tak kisah pun aku tak buat kerja. Melembik diruang tamu. Hihi. Nak buat camne, memang badan tak larat.

Ada sekali tu, aku gi buang sampah. Pasal hari tu hari orang kutip sampah. So aku tarik ah sampah tu, dan dalam masa yang sama aku lupa malam tadi hujan lebat. Lantai basah, kasut aku tu memanglah dah licin. Then aku terjatuh. Fuh! Mujur aku tahan dengan tangan daripada punggung aku terhempas ke lantai. Tergeliat gaklah tangan aku dibuatnya.

Lega sebab takde pape yang tak diingini berlaku. Bila citer kat encik asben, kemain risau lagi dia. Hehe. Bukan aku nak buat dia risau, aku cuma nak dia tau je. Sebaliknya dia risau gila.

Rupanya sejak lepas aku jatuh, lagi parah alahan aku. Makan sikit muntah, tak makan langsung gastrik. Parah la jugak keadaan aku time tu. Paling pedih, takleh minum air masak langsung. Tekak aku nak air coke, tapi pepaham je la..takkan aku nak ambik air gas. Masih di awal kandungan kot! Bahaya. Akhirnya tekak aku boleh minum air teh 'o' panas dan makan nesvita. Barulah lega. Tu pun aku takleh telan air masak. Mana puas minum manis. Mesti nak minum air masak jugak.

Ahad, 27 September 2015

Servis katering paling teruk

Assalamualaikum...

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, pergi majlis kahwin makanan habis?

Yes, itu pernah berlaku dalam hidup aku untuk pertama kalinya! Bukan kat majlis orang lain, majlis keluarga sendiri pulak tu! Memang agak terkilan jugaklah dengan ape yang berlaku.

Actually, baru-baru ni kakak aku ade buat majlis kahwin. Kali ni special sikit, buat majlis time malam. Ala-ala macam retisss gitu. Ahad, 20 september. Tu tarikh kahwin dia.

First sekali aku memang tak tahu menahu pun pasal menu majlis tu. So aku memang tak komplain pape pasal menu. Rupa-rupanya kakak aku, kak Q yang deal pasal menu tu. Kak Q cakap, dia mintak nasi lain. Tapi katering tu bagi nasi lain. Okay, part menu dah salah.

And then mengenai lauk. Dia isi lauk ayam masak merah, daging, acar semua tak penuh pun dalam tray tu. Ade sekali tu aku pantau lauk, tengok lauk tinggal ayam 2 ketul jek! Tak sensitif langsung orang katering tu. Sepatutnya cepat-cepatlah tambah. Aku pun apelagi, bebel2 laa macam mak jemah suruh tambah.

Tepat je jam 8.30 malam, pengantin pun tiba. Lepas je pengantin datang, tetamu pun datang macam tsunami. Selonggok gitu! Sampai tak cukup tangan ah kitorang dibuatnya, nak bagi goodies lagi, sambut tetamu lagi. Perghh..

Tetiba pacik katering datang jumpa abang aku and he say “lauk dah habis.”

What? Lauk habis? Masa tu kami saling berpandangan. Biar betul lauk habis. Cepat gila. Padahal ade 2 jam lebih lagi majlis ni open.

Kitorang ni taklah bodoh sangat. Sebab dah hampir 4 majlis kot kitorang handle sendiri. So kami tau laa sangat bajet makanan untuk 500 orang macammane. Yes, kakak aku memang bajet untuk 500 orang. Dan sepatutnya makanan tu cukup. Dan kenapa tiba-tiba jadi tak cukup?

Sebab, pertama sekali. Katering yang kakak aku ambik ni sebenarnya bukan katering. Mereka adalah kafe. Atau bahasa mudah restoran. So bila kita deal bajet untuk 500 orang, diorang akan masak ayam 500 ketul. Kalau servis katering, bila kata bajet 500. Diorang akan spear lauk lagi 200. Supaya tak berlaku kejadian tak cukup lauk nih.

Bayangkan kalau seorang tetamu ambik ayam 2 ketul. Pastu dia tambah nasi, dia ambik lagi 2 ketul. Pastu tetamu lain pun macam tu, memang tak cukup ar lauk tu kan. Tetamu nak ambik berapa banyak, dia punye sukalah. Tak jadi masalah pun. Yang jadi masalah bila pihak 'katering' tak pandai bajet. Tu yang jadi makanan tak cukup tu!

Oh, ya. Aku lupa nak bagitau korang, katering yang kitorang ambik tu nama dia KATERING MASJID AL GHUFRAN.

Sebab kedua yang aku perasan makanan dia tak cukup, sepatutnya nasi dalam termos tu kena full. Tapi masa family aku baru sampai, kitorang bukak termos sebab nak check nasi apa. And kami dapati sukatan nasi dia adalah suku termos. Tak penuh pun. Sedangkan tetamu tak sampai 10 orang pun yang baru datang.

Sebab ketiga yang paling ketara kitorang perasan, pihak 'katering' refill makanan hanya 3 kali sahaja! Itupun lepas kene bebel dengan aku pasal lauk tak penuh dalam tray. Kalau kata bajet 500, diorang kena refill 5 kali. See..terserlah yang mereka masak bajet sebenarnya tak cukup untuk 500 orang. Anggaran aku, diorang bajet masak hanyalah untuk 250 orang. Separuh okey.

Dan sebab akhir sekaliii..goodies bag yang kami siapkan untuk 500 orang. Dan goodies baru habis 3 kotak. Ada 2 kotak lagi. Tak patut betul 'katering' tu wat kami camni.

Akhirnya kakak aku ambil alternatif lain, kami pergi beli makanan tambahan. Itupun makan masa, adelah dalam setengah jam pegi beli makanan tambahan. Hm.. Kesian sebenarnya bila tengok tetamu datang, ada yang tak sempat makan. Datang dengan perut kosong, balik dengan perut kosong.

Seriously aku cakap kat korang, tak payahlah. Janganlah ambik Katering MASJID ALGHUFRAN kat Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konfem korang akan menyesal. Dahlah servis teruk, masak pun tak cukup. Bayangkan pukul 9.45, 'katering' tu dah lipat meja. Apa korang rasa sebagai tetamu bila tengok meja dah dilipat-lipat. Teruk gila ah katering ni! Takde bintang untuk katering servis buruk camni.