Selasa, 9 Mei 2017

Bila tiba musim peperiksaan.

Assalamualaikum..

Harini dapat bukak belog lagi, walaupun bukak belog dalam keadaan curik-curik. Haha!

Bila dah jadi cikgu sekolah rendah ni, masa aku lebih padat dari dulu. So memang curik-curik masa la jugak. ^^

Bila tiba musim peperiksaan aku paling mujahadah part tanda kertas periksa. Wuwuwu~ aku paling tak suke sebab mata ni akan jadi layu dan kuyu dan tetibe..eh eh..kepala dah atas meja.

Ekikiki..naseb baek guru besar tak nampak. ><

Siyesli, memang ngantuk giler part nak tanda kertas periksa. Tak caye? Cer tanye kengkawan korang yang da jadik cikgu, ke hakak2 atau abang2 yang cikgu.

TAPI..ehem..ade tapi pulak en. Bile bukak belog je, eh segar pulak mata nih. Ececeh. Tetibe je kan. Ahaks! Oke la nak gi bekpes dulu. Satgi sambung tanda kertas periksa.

Bile laaaa nak abes niiii tanda kertas periksaaa.. T_T

Isnin, 8 Mei 2017

Akibat buat suami marah

Assalamualaikum...

Lama tak conteng diari di sini. Semuanya atas sebab aku lupe password blog. Haha!

Arini try punye try, eh eh..boleh bukak pulak. Ngeee~

Hurm..aku nak citer satu kisah ngeri ni berlaku kat diri aku kira-kira 7 bulan yang lalu gitulah. Fuhhh..lame punye cite.

Masa tu nak solat isyak. Punye laa bizi haku ni sampaikan sidai baju pun memalam. Time ni aku sidai baju, pasal aku asyik keluar pagi balik malam, maka memang memalam tu terpaksa laa aku mendobi.

Entah macammana, kaki aku terlanggar ampaian. Ampaian yang ade roda tu tapi yang jenis pattern lama. Masa tu aku rasa macam pedih kejap, pastu tak rasa ape dah. Tetibe budak uma aku cakap...

"Ehhh..ade darah!"

Aku toleh belakang. Eh, darah apa yang banyak ni. Aku panik kejap! Pastu baru otak antar isyarat 'sakit'. Barulah rasa sakit kat kaki. Kepala pun rasa macam nak pitam. Wuwuwu~

Pastu housemate aku pun ape lagi, depe tolong apa yang patut. Siap tolong ikatkan kaki, sebab darah tak berhenti. Aku telefon encik asben, tapi tak dapat-dapat..aku call orang lain mintak tolong. Alhamdulillah, 15 minit pastu kereta datang bawak gi klinik terdekat.

Tengok henpon, encik asben da call banyak kali tp aku pulak tak angkat. Kalut sangat. Anak aku yang tengah tido lena pun, aku angkut. Sebab masih breastfeed lagi.

Lama gak tunggu giliran. Sempatlah lantai klinik tu kotor sebab darah aku. Sampai je giliran aku. Doktor tanye:

"Ya, ada masalah apa?"

Aku dengan toya nye tayang kaki.

"Nilah masalahnye doktor."

"Eh, awak cedera ni. Kenapa tak cakap awak berdarah macamni? Sampai da kering darah awak ni."

"Saya tak tahu pulak boleh terus masuk."

"Lainkali terus cakap kat nurse. Awak akan terus masuk bilik rawatan."

"Tapi saya tak pasti lagi ni koyak atau sekadar luka je."

"Oke, kita cuci dulu. Kita tengok kalau perlu tampal, kite tampal je. Kalau perlu jahit, kita jahit oke?"

"Ok." Nebes sebenarnye..cuak kalau kene jahit. Dalam hati cakap, harap2 luka kecik je.

"Ok, cik. Luka ni kene jahit ye. Sebab koyak banyak dan dalam luka nya."

Dalam hati cakap, ok je. Rela dalam terpaksa. Hihi.

Adelah dalam sejam camtu kaki kene jahit. Bila ditanya-tanya berapa jahitan. Doktor cakap 14. Fuhhh..!

Keluar-keluar, anak aku air mata dia menjejeh duduk dalam pelukan encik asben.

Kos semua rawatan RM280.00 standartlah klinik swasta. Huhu.

Sebenarnya....sebelum terjadinye kejadian ngeri ni. Aku adalah buat dosa dengan encik asben. Encik asben ajak balik rumah. Aku malas. Aku mengelat. Huhu.

Rupa-rupanya, encik asben marah kat aku time tu. Jauh hati gitu. Akhirnya bila suami jauh hati, maka datanglah kemarahan Tuhan.

Lepas kejadian tu, aku pun mintak maaf kat encik asben. Insaf. Takmo buat lagi dah.

"Mujur Allah bagi luka je. Kalau mati macamana? Agak-agak syurga tak?"