Isnin, 1 September 2014

7 things you should know about me - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...

Ahai..macam Liebster Awards je bunyinye kan. Btw thanks kat Kak An sebab tag ana. Then disebabkan ana takut berhutang banyak entri, so ana pun buatlah entri ni. ^_^

1. Kuat merajuk
Ekceli ana ni sensitif orangnye. Kekadang orang cakap sikit dah tacing. Tapi di sebabkan sombong sokmo, tak mau la nampak merajuk tu. Nampak huduh! Haha. So merajuk tu ana simpan je dalam hati. Sejujurnya sampai sekarang rajuk tu ade, cuma one day kalau tak tahan sangat. Mungkin ana akan pegi jauh untuk lupakan semua. :)

2. Tak makan pujuk
Kekadang merajuk ana ni diperasan orang. Hihi. Di perasan bila orang cakap sikit, ana tacing lebih then lari masuk bilik sensorang. Nanti ade la orang whatsapp, pujuk. Takpun orang ketuk-ketuk pintu bilik. Alah, cam dalam drama tu. Haha. Tapi jenis ana, semua tu tak mampu pujuk ana. Melainkan bukak lagu kuat-kuat sampai tak dengar suara orang lain melainkan muzik, barulah ana rasa lebih baik. ^_^

3. Keras kepala
Kalau nak tahu, ana nih keras kepala tau! Ana suka buat something ikut kepala sendiri. Tak mau dengar cakap orang. Kalau ana kata 'A', 'A' lah jawabnye. Takde sape leh lawan. Haha. >< Kalau ana kata TAK NAK, jawapannya tetap sama sampai bebila. Nampak kedegilan di situ. Haha :D

4. Hati batu
Dahlah keras kepala, hati batu lak kan. Haha. Ana ni agak susah sikit nak menangis sebab hal remeh temeh. Kecuali kalau dah lama sangat simpan dalam hati, barulah ana nangis. Tu pun berkurung satu hari dalam bilik. Siyesly air mata ana susah ngat nak keluar, melainkan tengok drama korea! Hahaha. Yang ada part heroin dia nangis atau hero dia nangis. Time tu, memang eksited kot ana nangis. Wuuu~

5. Alergik
Ana alergik pada habuk. Kalau datang uma orang yang karpetnya dah setahun tak bertukar ganti, mula laaa ana ni tergaru-garu macam beruk montot merah. Camtu jugak dgn katil ana, kalau ade orang lain duduk datang bersembang kat situ. Ana memang takleh tidur satu malam melainkan tukar cadar. Sebab tu tiapkali kengkawan datang ke or whatever, perkara pertama yang ana warning jangan masuk bilik ana then duduk atas katil. Tak dibenarkan sama sekali!

6. Malas lipat baju
Err..err.. Ana ni memang laa pemalas yang amat bab lipat baju. Kekadang dah siap mendobi, pastu sidai. Lepas je da kering, angkat baju masuk bakul. Pastu biar selonggok 3 4 hari. Haha. Bila da berlonggok macam baju bundle, mulalah rase cam nak hantuk kepala kat dinding laju-laju. -_-

7. Masak ikut mood
Masak pun kene ikut mood gak. Kalau dah malas, memang tak berasap la dapur. Paling-paling pun beli yang dah siap masak kat luar. Tak pun makan roti/biskut je. Kalau tak lalu sangat, ade la masak megi cup. Tapi kalau mood masak tu tengah membuak-buak, rekues je apa nak makan bisa aja patik sediakan. Keh3

Nota Tambahan : ana tak tau nak tag sape, hihi. Rasenye macam ramai dah blogger wat entri pasal ni. Ana je kot yang lambat. ^_^ 

39 ulasan:

  1. haha..kak Sal pun ada tag ana la

    yang nombor 6 tu sama lah kita.kalau tak keran takut Mak membebel, tak berlipat lah baju semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh..ade ye? Hihi. Tak perasan. Alolo..sory.

      Ana bukan tunggu umi ana membebel, tp ana tengok agak2 dah takde ruang nak tido baru la berlipat baju tuh. Haha..malas tahap ultraman pencen.

      Padam
  2. mcm akak...masak ikut mood..kalau rajin bykla masak..kalu tak mmg makan kt luar..seb baik en hubby jenis sporting jerk..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..untungnye dapat asben sporting. Keh3. Isteri dia malas masak, layannn. Hahaha XD

      Padam
  3. sama tang bab masak tu.. rajin mama datang mama masak le. tak rajin, start kete carik kedai.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sib baik hade kedai makan kat luar. Senang keje. Hehe. Terbaik mama! (Y) thumbs up gitew.

      Padam
  4. alergik tu mmg tak tahan lah. krne habuk hidung keje nak gatal je. masak pon same, kalau dtg rajin mmg rajin sungguh. tp tibe malas, alahaiiiii. hehe.

    ehemm, sy pon ada tag awk jugak tau. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak resdung eh? Mmg la. Tak tahan kan. Huhu. Ade tag ana kan? Hihi..maseh sayang. :*

      Padam
  5. Assalamualaikum dan singgah ptg dik Ana...yg no6 dan no7 ngam dgn akak...bab2 lipat kain memang akak mls sangat...memasak pun kena ada mood...klu mood memasak tak dtg...alamak En.Huby terpaksa mkn maggie ler jawapnya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sian asben akak.. Ekekeke.. isteri takde mood nak masak, suami yg kene makan megi.

      Padam
  6. wah kuat merajuk, sukar dipujuk dan keras kepala..cukup satu team Ana..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa..hakikatnye camtu laa kak. >< Berpakej gitew!

      Padam
  7. Cara penulisan Ana dalam blog tak menampakkan Ana keras kepala dan hati batu. Tapi keras kepala sekali sekala bagus juga bagi mengelakkaan kepala dipijak orang. Hati batu dalam mempertahankan hak-hak kita dan kebenaran juga bagus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Haha..ana rase ana mmg keras kepala. Sampai orang kata ana ni degil sesangat. ^_^ adekah ana nampak terlalu sopan? Hehe.. n_n

      Padam
  8. Rajinnya menjawab ye, liebster award aritu ada org tag pun akak tak jawab2..aduyai, harapnya dia tak kecik ati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang da tag kita kak, kene la rajin jawab. Hehe. Ni pun kalau ade GA main tag2 tu, ana tak join. Huhu

      Padam
  9. yay sama .. yaya pun sensitive jgk orgnyaaa. hehehe . amboiii malas lipat baju . hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..kita geng. Err..part malas tu..kenyataan ah yaya! Haha.. ><

      Padam
  10. Hat no 6 tu..rasanya ramai pun mcm tu..termasuk akak..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak fuza kan. Membasuhnye rajin. Nak lipat aih, malas bebenor. Keh3

      Padam
  11. perempuan dengan merajuk memang takleh berpisah..hehe
    lelaki kena la pujuk selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa pasal. Nak buat camne, hati perempuan kan sensitif. Isk! Haha.. Mangsa pujuk of course laaa lelaki. Hahaaaa XD

      Padam
  12. ain pun alah habuk..bilik mesti sentiasa vacuum. kalau balik dari kolej lepas sebulan, kena pakai mask nak kemas bilik.kalau tersedut habuk,mau bersin sampai demam2.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadoi..sampai demam2 ye kak Ain. Alolo..siann. Ana takat ni gatal2 je. Tak tahan. Huhu

      Padam
  13. sama jugalah dengan akak..masak ikut mood..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Takde mood, makan kat luar je la jawabnye. :D

      Padam
  14. Kuat merajuk tu tak tagan tuuu..mcm akif jugak la ana nie hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi.. :D
      Akif pun kuat merajuk jugak. Keh3. Kami geng! :p

      Padam
  15. Balasan
    1. Kan..sensitif je kulit ni ngan habuk.

      Padam
  16. alamak..malas lipat baju...samalah ngan akak heheheh

    BalasPadam
  17. Amboii.. Dh kantoi dh dia jnis cmne.. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..alkisahnye semua ni adelah secara jujur. :D

      Padam
  18. Ana samalah kuat merajuk , malas lipat baju...banyak persamaan kan ? hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu..kuat merajuk? Yeayy same! Hahaha ><

      Padam
  19. yg no 6 tu kita sama..lya pun memag mls amat nak melipat kain baju..suka cuci je

    BalasPadam
  20. kuat merajuk? mcm sis susah nak merajuk sbb dari kecik takde istilah merajuk.. merajuk kena kurung dalam toilet

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.