Jumaat, 21 Februari 2014

Serba sedikit yang aku tahu tentang E.M.

Assalamualaikum...

Hai korang yang nak tau BIODATA ENCIK MIMPI tu, meh singgah sini sat! Aku nak kasi sikit info beliau. Aku tau ni pun sebab aku rajin la sangat2 nye stalker dia habis-habisan. Thankz pada sumber page Facebook, Twitter, Blogger, Instagram and tak lupe gak dari MR GOOGLE yang awesome gitu!

[Aku nak gitau awal2 ni, yg dalam ni..takde gamba EM. Kalau nak, google sendiri k. Kat hp aku byk. Tapi Takleh upload. Pasal blog ni aku update pakai BlackBerry je.]

Nama ENCIK MIMPI yang sebenar aku memang tak tau. Encik Mimpi bin Haji Saleh mungkin lahir kat SARAWAK pada tarikh 1 MEI 1988 (haa..dah tau kan? Jgn lupe kasi adiah tau kat EM!) Dibesarkan di KUALA LUMPUR. Pernah belajar kat TRINIDAD. Umur sekarang 26TAHUN.

Peminat tegar ARSENAL. Keje sebagai penyanyi tu sambilan je. Encik Mimpi sendiri bekerja di sebuah company, bahagian komputer. IT. Kat selangor je. Company ape tu memang tak di nyatakan. Takut peminat serbu ramai-ramai. Eh? Baru perasan, dekat ngan kawasan aku je? Ntah-ntah pernah bertembung!

EM suka makan cokelat! Coklat fevret EM adalah cadburry. So kalau-kalau korang nak bagi adiah, baik bagi je selambak coklat cadburry. Kasi Encik Mimpi makan sampai lebam!

Hahaha!!

“Ape? Nak no henpon? Takleh kasi laa kat sini, private k! Haha~ aku tipu je! Takde no EM oke!” Alamat? Tak tahu laa.. Kalau nak tahu, nah email;



Atau...


Dari blog, masuk ke youtube, pastu masuk fb, then feymes kat tv. Start feymes dgn lagu RINDUKANLAH ost 'Playboy Itu Suami Aku'.

Nak blog EM tak? Boleh baca2 kan. Sambil tu boleh la dengar lagu2 yg EM nyanyikan. Nah ni blog EM;


Nak bace tweet2 EM? Kekadang2 ade tweet2 yg awesome. Boleh jugak maen mention2 EM. Nah;


Eh..eh! Ade lagi laa..facebook EM? Tanak usha page dia? Leh tahu perkembangan dia, kan. Dah bukak jangan lupe tekan button LIKE page dia k! Aku dah, kau bile lagi? ^^


Yang ade instagram, rajin2 ah follow Encik Mimpi kat insta. Leh tengok gamba2 EM. Untung ar..aku takde instagram. Isk..isk! Sedih! Aku takde link instagram beliau. ︶︿︶

Opss..ade lagi info. Dia ada Dremeers Club. Ada studio sendiri. Iaitu ENCIK MIMPI PRODUCTION (EMP). Ape yg aku suke sgt kat EM ni;

-PERIBADI MISTERI

-JAGA SYARIAT

Encik Mimpi sendiri SEORANG PERAHSIA. Dia tak nak orang tahu siapa dia sebenarnya. Biar peminat menilai suaranya, bukan paras rupa. Betul tak? Aku tak suka bila ada orang mintak Encik Mimpi bukak topeng. Tolong ye, hormat EM.

Jaga syariat tu aku tak sure, sebab aku sendiri pun tak pernah jumpe EM. Cuma de satu time tu aku de baca satu status facebook someone. Dia cakap EM tolak baik-baik bila ade prmpuan hulur tangan. Aku doakan Encik Mimpi tetap Encik Mimpi yang aku kenal. Bukan senang woi nak cari lelaki camtu. Ecehh~

Tapi yang buat aku betul-betul terharu, sebahagian BARANGAN JUALAN dari fans club EM sendiri, Dreemers Club akan mendermakan pada kanak-kanak pesakit kanser. Lagilah terharu hati ni.

NotaDahi: harap2 Encik Mimpi tak baca entri aku ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.