Ahad, 27 Julai 2014

Ramadan yang akan pergi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Semalam baru ana dapat cuti raya seminggu. ehem. Taklah lama mane pun! Ecehh..berlemak pulak nak cuti sampai dua minggu. Hehe

Dan semalam jugak ana berjalan sakan kat jalan TAR, kL. Mencari keperluan diri, bukan keperluan raya tau. Dari utara sampai selatan sane nuu. Haha. Macam nak tercabut kaki ku. Puasa lak tu. Perghh..

Gila sesak ah semalam kat jalan TAR wpun stok semua dah nak habis. Jalan laga-laga bahu, tolak menolak. Ekceli ni first time ana membeli dgn keadaan sesak2 camtu. Ana tak pernah pun ke jalan TAR sebab arwah ayah ana tak bagi.

Hari ni, baru nak carik kerepek. Lambat kan? Ahahaa..biar lambat asal selamat. Celah mane ntah selamat ana pun tak tau. Hihi.

Sedihnya RAMADAN kian melabuhkan tirainya. Syawal dengan sepantasnya datang. Sedih pulak rasa. Semoga ana dan semua rakan-rakan blogger, di rezekikan lagi bertemu Ramadan hadapan. T_T

Tahun ni ana tak beraya kat mana-mane kot. Duduk ah depan tv, raya ngan tv jek. Sedih sebenarnye. Yelah, umi ana tak dapat balik semenanjung lagi. Tiket dah dua kali burn. Pastu sekarang harga tiket mahal. Mungkin raya kedua baru dapat balik sini.

Tu pun ana call umi, tacing. Sebab nak rendang umi jugak, tanak masak sendiri. Nampaknya hari raya pertama ana kali ni mungkin, raya seperti anak yatim. No rendang, no ketupat, no kuah kacang.

KL lengang. Sebab perantau2 kL semua pulang ke kampung. Bestnya balik kampung!! Wuuu~nak nangis ah cenni. Ana tak balik lagi sebab tunggu umi sampai sini dulu, baru boleh plan nak balik kampung ke tak. Siyesly, sedih. Oke la, tanak sedih2.

Ana cuma nak ucap, andai TERsalah kata, TERsilap komen, TERbuat sesape terluka, TERlanjur berbicara. Sudi-sudilah maafkan diri ana.

Kita kosong-kosong eh.

Maaf zahir dan batin. Yang dah selamat sampai ke destinasi, alhamdulillah. Yang baru nak bertolak, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Dan SELAMAT HARI RAYA.

Rabu, 23 Julai 2014

Senyum! Tak perlu cakap pape.

Assalamualaikum...

Ada satu hari tu ana, kak Mah and Faten gi Meidin. Kitorang nih nak membeli tudung raya untuk bebudak rumah memasing.

Pastu memasing bawak beg. Dalam tuh bawak kain baju kurung. Sebab nak carik tudung mecing. Sampai je kat pintu masuk hakak guard tu muka dia garang giler, pandang cam kitorang penjenayah nak rompak Meidin. Maklumlah, beg besar gedabak kau. Leh masuk Mydin dalam beg la katakan. ><

Me : eh?? Baru teringat laa. Mane leh bawak beg masuk dalam.

Faten : alah, dah tu cemane ni?

Kak Mah : abis tu?

Me : jap! Hakak, boleh tak kitorang bawak masuk kain ni ke dalam. Sebab nak carik tudung yg mecing.

Guard : takleh! Gi letak kat tempat letak beg!

Me : pergh..garang benor hakak nih. (Cakap lam ati je la)

Faten : dah tu cemane nak tengok mecing tak mecing?

Guard : kan dah kata tak boleh. Tak bolehlah.

Me : lek lek. Mende leh settle. Nak plastik jarang meidin tuh. Kitorang bawak kain je. Hakak toksah risau. *senyum manis*

Barulah hakak guard tu bagi. Dengan reaksi muka masam cam ayam berak kapur pun hade. Dahlah kita senyum, hakak tu tanak senyum. Tah pape je. -__-'

Yelah, paham ler penat keje. Kot ye pun balas laa senyuman ana ni. Bukan senang ana nak senyum kat orang tau! Eii..geram pun ade.

Hari ni pun same. Beli cekodok cempedak kat Bazaar. Nak buat tak rajeen jemah, jadi jawapannye beli je lah. Boleh fulak hakak tu masam muka ngan kite. Punye laa ana senyum semanis yang boleh. Sian ana, senyum sensorang. Cam senyum ngan dinding jek! *kuciwa*

Cuba jadi cam uncle kat kedai runcit tuh. Walaupun cina, tapi still leh gurau2 dengan orang melayu Islam. Tabik spring ah kat uncle tuh.

p/s : Ekceli ramai sangat pembaca misteri belog ana ni. Salah seorangnye, cik Naziha. Seronok stalker my blog? Hahaha.. Bagi kaki kang. Diam2 ubi berisi kau! XD

Ahad, 20 Julai 2014

Jet jet semut sape sakit naik atas

Assalamualaikum...

Kerja masih tak settle lagi. Tapi otak dah macam nak meletup fikir bajet tu bajet ni. Takpe lah, buat kerja kerana Allah.

Semalam, dari pagi ana ngan kawan-kawan pergi shopping kasut raya dan tudung raya untuk anak2 yatim bebudak rumah ana tu. Mak aih, nak carik saiz yang tepat tu jenuh bebenor.

Ade gak la 2 3 kasut ana main rembat je. Test mane padan, isnin kang keluar lagi nak tukar mane yang tak sesuai. Ana tak bawak budak-budak. Sebab full giler AEON.

Pastu sampai ke belah petangnye, bila kira-kira balik. Tak sempat ni nak balik rumah nak tukar baju. Dgn jalan jem lagi. Memang tak sempat. Pasal ana ade jemputan berbuka kat Ampang. Perghh..busuk-busuk pas shoping tu terus gi kat majlis berbuka.

Penat sangat tak terkata. Yang kawan-kawan lain ade nampak Heliza. Diorang ajak menyapa & bergambar ngan Heliza, ana cakap tak larat dah. Hehehe. Padahal gambar selpie ngan Heliza dah berlambak. Tu yang juai mahal tuh.

Ni esok nak kena keluar lagi, settle barang2 raya bebudak uma ana. Pastu berbuka luar lagi. Dah janji dengan orang. Cehh.. Jadual padat macam mak Datin kau. Hahahaa~ mohon yang lain jangan jeles.

Poyo je bizi ana ni kan? XD

Hari ni seharian kat rumah sebab nak selesaikan masalah baju kotor yang dah 3 bakul tak sempat basuh. Kemas rumah lagi. Kat sana sejemput barang2 sekolah tak berkemas. Kat sini baju tak berlipat. Hadoi..bizi memanjang sampai bw pun tak sempat. Selalu ade gak ana komen2 kat blog korang kan? Sorry, kali ni tak sempat.

Bukan takde time rehat tau. Ade. Tapi bila ada time rehat. Konfem ana lena giler. Sebelum ni kalau time rehat, ana habiskan dgn bw. Ni pun kawan2 ana sampai marah2 sebab ana asyik tak balas whatsapp. Betapa bizinya diriku ini~ T_T

Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 sekali lagi menggemparkan Malaysia

Assalamualaikum...

Berikut adalah berita dari hasil google :

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah
disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah
ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi...baca berita penuh DI SINI

Sekali lagi Allah menguji rakyat Malaysia dengan tragedi menyayat hati semalam. Belum basi lagi tragedi MH370, kini hangat pula tragedi MH17 yang disahkan terhempas. Ada yang mengatakan di tembak dulu baru terhempas.
Wallahualam

Salam takziah dari ana buat keluarga mangsa. Tak nak komen apa-apa sebab dah banyak sangat tukang ulas. Bersabarlah. Bukan mudah menerima kenyataan ini. Al-fatihah buat mangsa-mangsa tragedi yang beragama Islam.

NOTADAHI : Jangan pandai2 buat spekulasi kalau tak tahu cerita sebenar. Jangan sebar video palsu atau cerita palsu macam kau ada kat tempat kejadian! Kongsikan mana yang fakta je.

Khamis, 17 Julai 2014

Terima kasih

Assalamualaikum...

Hari ni happy sangat. Sebab abam posmen bawak 'surat cinta'. Alahai 'surat cinta' la sangat! Hehehe. :D

Ana dah dapat kad raya dari kawan-kawan blogger. Antaranya kak Nani dan Kak Farihan atau nama penanya Dik An. Terima kasih kak nani, terima kasih kak Farihan.

Masa dapat surat tu jiran ana kemain tegur; "amboi, sengih-sengih tu nape?"

"Dapat kad raya. Hehehe."

Of course la happy. Sejak dari minggu lepas sampai ke minggu ni ana busy busy dan busy. Keluar pukul 3 petang balik pukul 11 malam. Keluar pukul 9pagi balik 6petang. Siyesly, kebizianku ini berterusan sampailah seminggu lepas raya. Macam tahun-tahun yang lepas. Sama jek.

Perghh..pergh. Penat sangat2. Jadi time untuk bw tu takde. Kekadang tengah2 komen, ana sampai tertidur2. Bangun2 tengok ana taip separuh je. Selebihnya ayat jadi camni → pdsbcfhevsauswv.

Hahahaha

Terima kasih pada yang memberi serta menghargai. Terima kasih jugak pada yang datang blog budak sengal ni, pastu rajin pulak jari tu tinggalkan komen. Banyak pulak terima kasih. Huhuhu.. Semangat kus kus. XD

Ada orang tanya ana, dah beli baju raya ke? Dah ada kuih raya ke? Balik mana raya ni?

Fyi, ana ni sangat2 la malas nak beli baju raya ke hape. Pasal ana ni selalu raya depan tv jek. Adik beradik lain yang akan datang uma ana ni and stay sini sementara cuti.

Tapi tahun ni macam lain sikit KOT. Hehe. Kot tu tanda tak sure lagi. Yang sorang ajak ana balik Melaka, sorang lagi ajak ana ke Johor, sorang lagi ajak ana ke Perak. Yang sedihnya takde sape pun ajak ana ke Korea ke, Jepun ke. Ecehh! Cita2 tinggi. Hahaha.

Disebabkan ana ni dah last minit baru pikir nak beli baju raya. Maka jubah kembang payung adalah baju raya ana. See..! Nampak tak kemalasan di situ. ><

Isnin, 14 Julai 2014

Kecoh di malam Ramadan ke17

Assalamualaikum...

Nak citer alkisah duwa jam yang lalu nih. Fresh lagi taw. Hahahaha. Mase lepas berbuka tu, bebudak rumah jagaan ana ni gi lah naik bilik atas. Pastu tetibe ana dengar gedegung gedegang orang lari. Ingatkan ape, sekali dengar sorang budak nih jerit.

“Ade burung terbang2!!”

Me : burung tu waner hitam eh?

“A'ah.” Semangat kau bebudak nih citer kat ana.

Me : jap. Nak gi tengok.

Ecece..dengan penuh keberanian, ana pun naik bilik atas. Gelap. Ana pun bukak lampu. Sekali terbang. Hulamak kau! KELAWAR rupenye. Ape lagi lari tak berirama laa ana pun. Hahahaha..wpun ana sendiri dah agak, mesti kelawar sesat masuk uma. Tapi still nak lari gak. Tak tau nape. XD

Pastu ajak kakak naik atas tengok kelawar, siap bawak ridsect, penyapu dan bulu ayam. Kekonon nak halau. Dah macam superwoman gak la rupe kitorang time tuh.

Sekali tengok kelawar tu terbang mengganas. Ana ngan kakak pun ape lagi, larilah! Tapi kali ni lain siket. Kitorang lari berirama. Budak2 yang naik separuh tangga, turut lari gak. Bergegar rumah. Sebab kitorg jerit ramai2. Hahahaha.. Adui..lawak pulak bile teringat balik.

p/s : Ekceli kelawar tu sesat dari rumah kosong sebelah uma ana duduk nih. Dahlah sesat, tak jumpe lak jalan keluar. ><

Ahad, 13 Julai 2014

Busy busy busy

Assalamualaikum...

Nampaknye ramai jugak yang rindu ana singgah blog dia. Adudu.. Sabar sabar. Hehe. Ana bizi sikit 3 4 hari nih. Tak sempat blogwalking.

Kalau ikut perancangan..esok, ana nak kena keluar seharian. Nak pergi carik baju raya untuk anak-anak yatim jagaan ana. Itupun kalau ana bertuah dapat settle kan baju raya diorang dalam mase sehari. Kalau tak 2 3 hari jugaklah kena keluar mencari.

Ramai jugak ana nak kena tolong carikkan nih. Dalam 17 orang. Pergh! Ramai kan? Orang yang anak 2 3 je, nak carik pun payah. Ape kan lagi 17 orang.

Pengsan!

Apa-apa pun, ana harap taklah penat sangat macam tahun lepas. Korang pulak macammane? Dah ade baju raya?

Okey, blogwalking time!!

Rabu, 9 Julai 2014

Pecah berderai...

Assalamualaikum...

Amboii tajuk entri. Kemain! Hahaha.. Sebenarnye nak share story alkisah petang tadi. Seketika di bazar.

Dari first Ramadhan ana sangat-sangatlah teringin air teh bunga. Febret lak tu. Tapi sebab tak nak membazir ana tahan je laa keinginan tu.

Pastu tadi kak Farah, kawan kakak ana datang. Dia kata nak gi bazar. Jadi bertigalah kami ke bazar. Ana dah beli siap-siap air teh bunga. Pastu nampak lak murtabak. Beli la murtabak. Masa nak bayar tu tetiba entah cemane, plastik air teh bunga jatuh dan PECAH. Pecah wooo.

Waktu tu rasa nak nangis pun ade. Rasa nak baling murtabak pun ade. Tergamam la kejap! Senyum je laa kat pacik jual murtabak tu.

Balik uma terus nangis kat ketiak kura-kura. Pastu ngadu air teh bunga dah pecah. Tak tau laa kura-kura tu paham ke tak bahasa ana. Hadoii.. -__-'

Pujuk diri sendiri "takpe ah! Takde rezeki." Sian ana kan? kan?

Selasa, 8 Julai 2014

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm

Isnin, 7 Julai 2014

Sekali lagi

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Semalam alhamdulillah, ana and my family berkumpul. Kami buat majlis berbuka bersama kat rumah abang long 'kawasan'. Cam formal sangat je ayat aku kali nih. Hahaha.

Thanks akak Tiymah masakkan udang masak lemak tempoyak cili api. I love you so much much much. *muncung mulut gitew* Udang febret ku! Wpun alah udang, ana tetap makan gak. Heran hape. ><

Dek kerana kepenatan melampau tahap ultraman melawan raksasa. Ana pun tidur, bak kata kakak ana berdengkur macam gajah. Mohon bakal mak mertua tak baca entri nih. Tak buleyh wat menantu anak gadis cenni. XD

Then pepagi tu cam biasa, bangun awal masak untuk sahur. Sambil masak, sambil tu usha fb. Eh, ade orang add. Yayy, EM dah add. Terharu k. Happy tak terkata. Sampai sengih-sengih je la ana pagi tuh. Ty so much EM!!

Masa ngah sahur tuh, sempat ah ana & kak Syirin bergosip isu semasa dunia. Tetiba hakak ana cakap....

kak Syirin : kau tau kan onyang kau meninggal malam tadi. Kak Eja ngan kak mama kau nak balik kampung katanye. Gi ziarah.

Me : hah? Siyes? Innalillah wa innalillahi rojiun...

Bile dapat tau tu, rasa sedih tu macam takde sangat. Sebab ana sendiri tak rapat. Dulu masa kecik2, rapatlah sangat ngan arwah atuk, arwah onyang. Bila dah besar je tak rapat.

Pastu umi lak bbm. Tetiba umi cakap; “tau kan? Dulu kat rumah onyang tu la ana lahir, onyang lah yang sanggup jadi bidan terjun time tu. Sebab ana tak sabar2 nak tengok dunia.”

Seriously ana tak tahu. Yang ana tahu, ana lahir kat rumah tu je. Tak tahu sape yang sambut. Selama 21 tahun ana kat dunia, baru hari ni ana tahu sape yang sambut ana... Terus ana nangis beria sambil peluk bebear kat belakang pintu...

Abang ana lak nak bertolak dah ke kampung, konvoi ngan pacik Man yang dok Sg Buloh tu. Tak dapat ana nak join sekali. Dek kerana urusan kerja dan masalah kenderaan. Terkilan sangat tak balik kampung. Tetiba je macam lagu-lagu sedih bermain kat minda. Alahai....

AlFatihah untuk arwah onyang. Semoga bahagialah arwah di sana. Sekali lagi ana terpaksa berdepan dengan kehilangan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Alamak!!

Assalamualaikum...

Disebabkan cuaca panas terik, terasa haus yang amat. Ana pun ke dapur nak minum air. Bukak peti ais pun slow-slow je. Tanak bebudak uma yang lain perasan. Tengah sesedap teguk air, tetiba...

“Kak aa.. Eee! Tak puasa.” Si Siah nampak pulak ana tengah teguk air. Alamak, Kantoi!

Dah tu kalau diam2 dia sorang je takpe. Dia gi depan cakap ngan kengkawan dia, ana tak puasa. Hampeh betul laa! -__-'

Kononnye nak gi depan nak tengok diorang buat kerja sekolah, sekali tengok semua pandang ana semacam. Adehh..ape salahku? Saya tak bersalah!

Then petangnya pulak ade jemputan berbuka dengan KKMM kat Putrajaya. Perjalana dari Rawang ke Putrajaya adalah makan masa dalam 2 jam je.

Memula ingat isu kantoi 'tak puasa' setakat kat rumah je. Sekali sampai kat sana. Ada sorang pacik ni, dia tanya bebudak tu. "Sape tak puasa?"

Laju je tangan Siah tuding jari kat haku. Erkk! Apa nak jawab ni? Hahaha. Mengong punye budak! Tak pasal2 jek. Pacik tu pulak sengih-sengih je. Muka ana memang merah ah pastu. Malu lah!

Aiseyy..takleh simpan rahsia betul laa Siah ni. Geram betul. 

Menu berbuka dia nasi mandy. Siyesly ana dah pernah makan 8 catering dari restoran arab menu nasi mandy, semuanya tak sedap.

Paling sedap, nasi mandy kat area Shah Alam. Nama kedai dia 'Fried Chicken House'. Yang tu nasik mandy dia memang TERBAIK. Korang boleh cuba. Pastu kalau dah merasa jangan lupa kabar kat orang lain.

Eh eh..terpromote free pulak. Kebetulan Ana sendiri tengok proses diorang cuci ayam masak semualah. Dapur dia memang bersih sangat-sangat. Ayam goreng dia paling tip top sekali.

Takde kat kepci, mekdi or meri bron. Hanya di Fried Chicken House. Macam iklan pulak bunyinye. Hahaha.

Khamis, 3 Julai 2014

Bila aku start membebel macam mak jemah

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua. Macammana puasa korang, okey ke? Best baca story masing-masing.

Ana tak update sebab senggugut datang sejak Ramadhan kedua sampai hari ni. Banyak minum ais agaknya. Sampai terpaksa seterika perut sendiri. Aipss! Bukan iron gitu je tau. Hehe. Alas dengan selimut then iron. Memang lega la pastu. Then banyak tidur dari berjaga.

Tak nak update pape, cuma nak luah perasaan sikit. Ramadhan kali ni, banyak kekurangan dari sebelumnya. Dahlah demam fifa world cup bertembung dengan Ramadhan (mohon peminat bola tak bash ana).

Lepas tu iklan tv nak bawak aura Ramadhan pun cam ade takde je. Dulu-dulu lagi 2 minggu nak puasa, kemain iklan yusuf taiyoblah, Ribena lah, Petronas lah keluar dengan tema Ramadhan. Tahun ni? Krikk krikk.

Kelmarin dan semalam ana tengok sembang sahur. Bagus rancangan SEINDAH RAMADHAN ni. Tapi sayang! Mereka seolah-olah tak menghormati Ramadhan. Almy Nadia tak pakai tudung, pengacara Sembang Sahur pun tak pakai tudung. Cantik sangatlah camtu. Sekurang-kurangnya, hormatilah Ramadhan. Berselendang pun dah okey.

Sedih tau tak perasaan ni. T_T

Opss..sensitif pulak hati ni. Huhu. Bukak facebook baca status kengkawan:

“Hari ni menu berbuka mak masak masakan pebret aku. Aku cakap je nak apa. Macam-macam juadah ada. Love you mom.”

“Teringin nak makan kuih pelita, kuih karipap. Teringin nak makan murtabak. Beli bazar je la terus. Senang.”

“Puasa kali ni aku target nak turun 5 kg. Mesti kurus sebelum raya.”

“Baju raya dah beli 6 pasang.”

“Korang berbuka kat hotel mana? Buffet apa yang best?”

“Hari ni kami satu family dah start shopping baju raya, kasut raya. Cuma tak jumpa tudung raya. Korang tau tak tudung apa paling best?”

Alahai..sedih.

Banyak yang kita terlepas tentang bulan puasa nikan. Ramai yang tak gunakan sebaik-baiknya. Bulan Ramadhan ni bukan bulan pesta makan-makan ye. Bulan Ramadhan adalah bulan pesta ibadah. Ingat tu.

Banyakkan berdoa, kerana bulan Ramadhan ni. Apa-apa doa kita Allah makbulkan, insya-Allah.

Banyakkan amalan, kerana pahalanya berganda dari bulan biasa. Tak ke rugi kalau kita terlepas membuat amalan. Sekurang-kurangnya bersedekah itu paling mudah.

Banyakkan memohon keampunan pada-Nya. Kerana pintu kemaafan dibuka seluasnya.

Kalau nak cakap tentang kebaikan Ramadhan, sampai esok tak habis. Jadi ana nak ajak kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik semua..

Jom kita manfaatkan Ramadhan..!!

Okeylah, entri ni bosankan? Mesti korang skip skip je baca. Takpe, its okay. Ana cuma meluahkan je rasa tak puas hati. Bercampur pulak dengan perasaan sedih. Takut tak sempat jumpa Ramadhan tahun depan.