Sabtu, 29 November 2014

Tukar kerja baru lagi!

Assalamualaikum...

Alahai..lama tak bukak blog. Serius rindu nak main blog. Tapi tu la. Tak banyak masa untuk berblog macam dulu.

Oh, ya. Fyi, ana dah tukar kerja baru. Ana sekarang kerja kat Ampang. Kih3. Gedik, kan! Asyik tukar kerja je. Haha. Nak wat camne, kerja sebelum ni macam tak ngam sangat.

And now, ana kerja kat The Little Khalifah Shop (LKS). Sebagai Teaching Asisstant. Huhu. Teaching asisstant sangattt! Ekekeke.. Pembantu art craft gitu. Untuk cuti sekolah, LKS ada buat kelas memasak, kelas menjahit, story telling.

Yang menariknya, story telling tu semua tentang kisah-kisah nabi. Then diorang akan buat art berkisarkan kisah tu. Contohnya, kisah nabi Sulaiman dan semut. Jadi bebudak tu akan diberi t-shirt putih untuk lukis semut atas t-shirt.

Next entri ana akan story camne ana boleh dapat kerja ni dan saat-saat mencari bilik sewa. ^_^

Rabu, 19 November 2014

Dilamar Penthouse Kondominium

Assalamualaikum...

Maaf lama menyepi. Seminggu kot blog ni tak hapdet2. Kan? Busy sangat! Tangan dibahu sambil mata ke atas gitew. Hahaha.

Ada satu malam tu, ana ngan kawan buat kerja gila jap. Pergi naik apartment tingkat 12 (tingkat 12 jer pun). Pastu tengok bawah, mak aihhh..gayat! Ketak2 lutut. Ekekeke

“Oihh..kalau kat tingkat 12 pun dah gayat, acane nak duduk penthouse nanti? Lagi gayat tau. Paling atas tu.” Wuuu~

Ekceli ana ngan kawan selalu usha kondo tengok yang paling atas. Yang penthouse tu la. Berangan satu hari nanti kitorang miliki rumah camtu. Ahahaha. Tapi tu semua angan2 mat jenin je la. Hik3

Esoknya pulak tu, ana ngan kawan ana gi lagi tingkat 12 tu, ehh..dah tak gayat dah. Huhu. Try naik tingkat 19, gayat pun dah takde. Kawan ana cakap "kalau dah siang tak rasa gayat sangat. Malam je." Gitu pulak! Huhu.

Semalam keluar jap, konon nak pergi baiki cermin mata kawan ana. Tapi semua kedai cakap, tak boleh baiki. Kene beli baru terus. Cehhh -__-

Sudahnya kami berjalan yang sia-sia je la semalam. Tetiba ternampak pameran rumah kondo. Terus ah singgah. Usha2 untuk 'masa depan' (kononnye), sambil tu snap gambar bangunan pelik2. Kih3.

Sambil usha sambil berangan, 'ni bilik kau' 'ni bilik aku'. 'Dapur ni kita cat biru laut letak tile biru. Nak tak?' 'Bilik aku nak pasang wallpaper hijau, bilik kau wallpaper pink.'

Tetibe ada sorang auntie ni tegur;

“Ehh..you all nak beli rumah ke? Auntie ada nak jual rumah. Kondo je. Dari rumah tu, semua pemandangan kL you all boleh nampak. KLCC, kL tower. Bila ada acara main bunga api, dari rumah tu you all boleh tengok dengan jelas. Berminat tak?”

“Anak auntie yang lelaki tu tengah study pilot, biasalah pilot kan. Banyak pakai duit. Jadi auntie ingat nak jual. You all berdua minat tak nak beli. 500k ke atas je. Takpelah, camni kalau ada kawan2 you all cari rumah, contact auntie ye. Nah ambik nombor.”

Erkk! Hambek kau! Tukar nombor pulak.

Tergamam jap! Hahaha. Tak tau nak respon apa. Sungguh2 pulak tu auntie tu nak jual. Katanya lagi, dia dah beli rumah lain. Rumah kat penthouse tu dia tak guna pun. Sayang. Tu yang dia nak jual sangat tu. Huhu.

Walaupun tu rumah idaman, tapi ana tak mampu beli. Iskk, sadiss je kan. Hihihi.

Selasa, 11 November 2014

Hobi baru atau mungkin tabiat buruk

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..ana dah boleh suaikan diri disini. Macam yang JR cakap, lepas 2 minggu nanti okeylah. Thank you sooooo muchhh atas kata-kata semangat kawan-kawan blogger semua. Lebiuuu koranggggg. Rindu nak aktif kat blog macam dulu. ^_^

Memula tu memang ana rasa, alahai..stressnya kerja baru ni! Bila lelama rasa. Eh eh..macam best pulak kerja sini. Mana taknya, lepas je habis kerja..terus merayau ke mall The Curve. Wakakakka.

Tetiba jdi hobi pulak gi The Curve hari-hari. Dah jadi tempat lepak pulak The Curve tu. Dekat sangat The Curve ngan tempat kerja ana. Jalan kaki pun tak sampai 10 minit, dah pun sampai. Hihi. 

Minggu lepas pergi, kat The Curve ada sale 'gila-gila'. Dari 20% sampai ke 70%. Biasalah, perempuan. Hehe. Hantu sale. Nampak pulak tanda %. Lagilahhh. Haha. Ana ngaku, sebagai perempuan ana pun terjerat sama. Keh3

Tengok handbag dari harga 300 lebih terus jadi harga ke 100 lebih. Tak ke rambang mata dibuatnya? Kasut yang 200 ke atas terus jadi under 200. Perghh..perghh..kalau tak ditahan 9 nafsu ana ni, konfem2 semua ana rembat kasut ngan handbag bebanyak. Bhahahaaa. Teruk bebenau perangai ana.

Korang kalau pergi The Curve, roger2 ah. Muehehehe. Boleh kita jumpa-jumpa gitu.

NotaTambahan : Sorry korang sebab tak bw pun. Busy sangat. Hari tu bw pun sebab ponteng keje. Nasib boss tak marah. Pura2 cakap ada hal emegency. Ekekeke. Mohon boss tak baca entri ana yang ni. =P

Izinkan ana bw slow2 tau.

Isnin, 10 November 2014

Kena 'buli'

Assalamualaikum...

Cabaran hari pertama di kafe, pukul 5 pagi dah kena bangun nak masak nasi lemak. Padahal baru first day. Staf lain rileks je tidur, tapi ana diminta bangun awal. Tak aci betul!

Macik Kam : Bukak api ricecooker ni.

Me : Saya tak reti.

Macik Kam : Eh, takkan kau tak tahu. Habis tu kenapa kau kerja sini kalau tak tahu.

Me : Okey, FINE!

Terkial-kial ana buka api kat ricecooker besar. Macam nyalakan api kat kayu api, haa..camtulah rupa ana time tu. Padahal pakai gas. Sekali api dah menyala, macik Kam pun cakap; "aku mana reti bukak api ni."

Haha. Sian gila ana. Kena buli ngan macik tu. Pastu terus buat kerja tanpa henti sampai pukul 1tengahari. Mau tak bengkak kaki ni, masuk angin deh. Tu baru first day dah kerja teruk-teruk.

Bila malam je mesti nak menangis; bbm umi, bbm kakak. Ngadu itu ini. Cengeng jugak ana ni rupanya. Wuuu~kena buli.

Tak sangka, kerja kafe ni berat jugak rupanya. Kadang-kadang teringat ana kat anak-anak yatim jagaan ana dulu. Terngiang-ngiang suara kecoh diorang.

Ahad, 2 November 2014

Air yang lebih manis dari tahi lalat?

Assalamualaikum...

Kat tempat baru ni agak lebih mencabar bagi ana. Kerja 7 hari seminggu. Penat dia tak payah cakaplah. Mau patah pinggang wey.

Ada sekali tu, ana terpaksa pergi ambik order air pasal orang jaga kaunter hilang entah ke mana. Customer dahlah tengah ramai.

Me : order air?

Customer : Saya nak air manis.

Me : air apa ye encik?

Customer : air yang lebih manis dari tahi lalat awak.

Me : okay *terus blah*

Kalau bukan disebabkan mamat tu customer dah lama ku lesing kepala mamat tu dengan lesung batu. Eh eh..sakit pulak hati kita ni layan customer camni.