Jumaat, 26 Disember 2014

Ciri-ciri wanita idaman Encik Mimpi

Assalamualaikum...

Harap pembaca blog Ana tak muaklah baca tentang story Encik Mimpi. Hehe. Sila memahami. Ana peminat tegar encik mimpi. ><

Okeylah! Hari ni kan ana nak story kat peminat-peminat Encik Mimpi yang maybe tercari-cari kat google bagaimana ciri-ciri wanita idaman Encik Mimpi. Jawapannya disini. :P

Sebelum tu ana ade terbaca kat Insta Encik Mimpi cakap nak carik calon isteri orang Sarawak. Perghh..punahh harapan jemah! Pedih weh, pedih. Haha.

Sekali Ana terjumpa petikan ayat ni kat majalah ape entah namanya. Hoho. Pastu ade pulak ahli dreEMers post. Dan terdetiknya dihati ana nak buat entri ni, pasal banyakkkk sangat keyword pencarian pasal encik Mimpi. Kui3x

“Saya suka gadis yang rajin memasak kerana saya seorang yang penggemar makanan. Kalau gadis itu jenis peramah, lagilah saya suka sebab bila dia sering bercakap tanpa henti, akan nampak comel. Lagi-lagi kalau bercerita sebab saya suka dengar cerita. Paling penting, dia mestilah hormati orang yang lebih tua. Mestilah faham tentang kerjaya saya sebagai artis. Wajahnya pula biarlah nampak biasa tapi cute. Saya juga tak suka gadis yang terlalu kurus sangat. Kalau boleh biar berisi sedikit.” -Encik Mimpi-

Eh eh..macam ada harapan je ni. Macam ada kat ana jek ciri-ciri tuh. Hahaha. Ayat perasan tak sedor diri. Ada tak ciri-ciri tu kat korang?

Selasa, 23 Disember 2014

Alkisah cari bilik sewa

Assalamualaikum...

Ekceli ana utang satu entri ngan korang. Kengkonon nak story alkisah ana carik bilik sewa. Tapi tak ter-stori2 pasal asyik bizi pastu lupe. Sorii, citer ni agak dah basi.

Disebabkan takde pengalaman cari bilik sewa, ana pun men-google. Tapi tak jumpa-jumpa pun. Pastu gi kat mudah.my. Carik kat situ. Dapat la beberapa bilik yang ana cakap nak tengok esok petang, kalau okey ana masuk.

23 nov 14
So first sekali ana pergi rumah akak sorang ni. Kak L. Masa dalam whatsapp ana ade tanya, untuk 2 orang. Kak L cakap "oke, boleh." Tu je la jawapan dia.

Pastu masa ana sampai tu, bila tanye tu ini. Dia cakap, dia nak sorang je lagi penyewa bilik. Tak boleh 2 orang sebab dalam bilik tu dah ade penyewa lain. So yang ni ana terpaksa reject terus. Sebab ana nak bilik sewa untuk 2 orang.

Then call laa sorang cina, ana tanye dia pasal bilik sewa. Dia kata ada bilik sewa dua. Kalau nak share bilik sewa 2 orang pun boleh.

Lokasi? Atas kedai. Naik tangga, pastu naik tangga lagi, pastu naik tangga lagi. Ana tengok suasana dia. Hurm..memang tak boleh hidup! Mana taknya, kat situ ramai gila pekerja bangla, indon, vietnam, myanmar. Perghh..bau dia. Takya cakap. Boleh pengsan!

Tengok pulak bilik dia, dahlah betul2 bawah bumbung, panas kot! Suis dia pulak rosak. Hampeh betul. Tanya lagi, bilik air macammane. Auntie tu cakap, bilik air kongsi2. What? Kongsi2? Memang tak laa nak idop kat situu.

Pastu call lagi sorang. Harapan terakhir ni. Nama akak tu, kak Siti. Ana call, tanya ade lagi tak bilik kosong untuk disewa. Kakak tu cakap, 'ade'. Fuhh..lega.

Sampai je rumah kak Siti, ana tengok bilik dia pun okey, not bad. Bilik air pun dalam bilik je. Orang dalam rumah tu pun takde lelaki. Kecuali anak kak siti tu, tu pun baru darjah 2.

Walaupun agak jauh la jugak ngan tempat keje. Naik bas pun, takpe laa. Asalkan dapat bilik selesa cam uma kak siti ni.

Dalam rumah tu ada nenek (mak kak siti) kak siti dan anak dia, boy. Okeylah tuu, takde lelaki dewasa. Rumah kak siti ni la bilik sewa ana sekarang. Diorang pun jenis family islamik. Baik je. Langsung tak berkira, cuma nenek tu laa..biasalah orang tua-tua kan. Mulut takde insuran. Hahahaa.

Bila diingat balik bilik sewa cina tu, meremang-remang bulu roma. TAK MUNGKIN ana akan menginap disitu. Siyesli, seram. Macam rumah pelacur pun ada tau. Sebab campur2 je lelaki perempuan kat situ, dahlah dinding antara bilik sewa kat situ pakai playwood je. Bayangkanlah betapa tak selamatnye kalau ana duduk situu.

Isnin, 22 Disember 2014

Mak si pengantin merajuk

Assalamualaikum...

Lepas je ke Gathering Encik Mimpi, malam tu ada meeting family. Meeting 'orang-orang tua' dalam family. Hehe. Ingat dah habis meeting terus balik. Tak pun. Kitorang ke uptown. Belikan tudung untuk umi.

Esoknya (13/12/14) tu pulak kenduri kahwin kakak ana. Tapi belah lelaki la. Kat Paya Jaras.

Kitorang satu kete sampai lambat, jalan jem teruk kot. Padahal nak kata dari Rawang ke Subang Bestari tu taklah jauh mana pun. Tak tau la pasal ape jalan jem teruk sangat hari ahad hari tu. Start dari laluan menghala ke Hospital Sg Buloh sampailah ke KL sane tu, jem teruk.

Sebaik je sampai kat kenduri, pengantin dah berarak. Umi ana dah merajuk pulak time tu. Sebab? Pengantin berarak tanpa mak si pengantin perempuan. Isk! Umi pun, tacing tak hengat. Hoho.

Maka memasing libatkan diri dalam sesi pujuk memujuk time tu. Ahahaa. Agak kelam kabut sikit. Mane taknya, mak pengantin merajuk tetibe. Mohon macik2 diluar sane tak mau merajuk2 time anak kawen, sian pengantin. Huru-hara. ><

Rabu, 17 Disember 2014

Anual Gathering Encik Mimpi 2014

Assalamualaikum...

Orait, sambungan entri yang sebelum ni. Kalau belum baca, klik disini.
AMARAN : Entri ini panjang! Sekian. XD

Okeyh, panik jap! Tak tau nak buat camne. Jalan keluarnya adalah cakap dengan drebar bas. Ana mintak adik kak Qaseh cakapkan, malu katanya. Nak mintak DreEmers yang lain tanyakan, semua dah malu-malu kucing. Aiseyy.. -__-'

Sudahnya ana gi tanya sendiri kat drebar bas;

Me : pacik, lalu The Curve lagikan nanti?

Drebar : a'ah. Ehh, korang tak turun ke?

Me : tu laa..kitorang terlepas tadi.

Drebar : oke, takpe. Nanti saya pusing situ lagi.

Me : thank you pak cik.

Fuhh..lega! Nasib baik drebar bas ni kasi kerjasama. Lebiu laa pacik bas nih. Ekekeke.

Then dalam 2.30 camtu, kitorang pun sampai ke e@Curve. Terus ke tingkat bawah sekali di PAK JOHN STEAMBOAT. Sampai je terus nampak muka kakak kembar, kak Qiela ngan cek Ude.

Buat pendaftaran, sebab ade cabutan bertuah sekali. Ada guestbook lagi tu, wishh untuk Encik Mimpi & kitorang diberi beg hitam sebagai cenderahati sebab datang event tu. AG yang bagi. Thanks AG! (AG admin page fans club)

Tengok yang datang tu pun kemahenn ramai. Jemputan blogger pun ada. Jeles seyh! Tungg ahh blogger brader Halim, kak Ayu and entah sape lagi dia jemput, serius ana tak kenal. Hihi.

Pastu dari kalangan artis youtubers, macam Fero, Azhar Mustapha. Pasal Encik Mimpi pun asalnye artis Youtubers gak. So youtubers yang datang memang vip la kan. Yang meramaikan lagi, adalah DreEmers. Ada yang bawak family. Ada yang bawak kawan. Ana? Sensorang je. Hahaha.

Ana datang sebagai DreEmers. Bukan sebagai seorang blogger, dan bukan sebagai kenalan facebook Encik Mimpi.

Steamboat dia pun not bad laa. Ekceli kalau ikut plan awal, Encik Mimpi nak buat event dia kat Wangsa Maju. Kat Pak John Steamboat gak, tetibe tukar lokasi, buat kat The Curve. Maybe kat situ senang sikit kot jemputan lain nak datang. I dont know laa kenapa EM tukar lokasi, lupa pulak nak tanya. Hehe.

Bila dah kenyang, konfem2 la memasing nak bergambar ngan retiss pojaan mereka kan. Tapi tu laaaa, media curik timing kitorang dgn Encik Mimpi. Interview la, sesi photographer laa.

Paling kesian, EM la. Dahlah tak sihat sangat time tu, berkejar-kejar pulak tu antara media dengan event. Alahai media pun.

Then sesi paling2 dinantikan, sesi bergambar with Encik Mimpi!! Hoho. Part ni ana palingggg suka! Lebiuuu ah kapten. Hihi.

Orang lain, tandatangan pastu terus amik gambar. Bila turn ana pulak, lain sikit. Hahaha. Sambil Encik Mimpi tandatangan, sambil tu kitorang berbual2. Lama gak la. Hahaa. Lupe pulak kat belakang dah tunggu turn.

Kelebihan Encik Mimpi ni kan, dia jenis cepat ingat orang. Macam ana, sebelum ni tak pernah jumpe pun. Tapi Encik Mimpi leh pulak kenal ana. Tu yang takleh blah tu. Hahaha.

Encik Mimpi : Ismi, kan?

Me : a'ah. Ehhh..ingat ke?

Encik Mimpi : haha. Mestilah. Girlfriend kapten kan. Eh, mana housemate Ismi? Ani?

Me : dia tak datang la. Kapten laa buat time hari keje. Dia keje ary ni.

Encik Mimpi : abis tu ismi?

Me : ambik cuti siap2 kat bos. Dari Rabu hari tu lagi Ismi cuti, cuti sebab kakak Ismi nikah semalam. Esok baru majlisnya.

Encik Mimpi : aik? Ni macammane boleh lari ke sini ni?

Me : ahaaha..hari ni rewang2 je. Lari jap! Jemput la datang esok tau!

Encik Mimpi: alaa..tak bagitau awal2. Kapten ke i-City la esok.

Me : laaa..yeke. Takpe, datang bulan 2 nanti. Ada 2 pasang pengantin. Dua2 kakak Ismi.

Encik Mimpi : nanti bagi kad jemputan kat alamat kapten tau.

Me : orait. Mesti datang satu family tau.

Encik Mimpi : hehe. Satu bas boleh?

Me : agak2 ar kapten. -_-'

Dannn ada lagi dialognye, takleh di catat kat sini. Hahaha. Kantoi bha media baca blog ni nanti. Huhu. Tak tahan tu Encik Mimpi still ingat housemate ana, kakak2 ana. Power gila ah ingatan EM (encik mimpi).

Encik Mimpi memang kiut gila. Tengok dalam gambar, kiut. Depan2, lagi kiutt! Ahahaa. Mamat jambu laa encik mimpi ni.

Jumpa fero lak, mintak tandatangan. Sembang2 sikit. Hoho. Fero ni pun kacak dia takleh blah. Serius, beliau lelaki kacak. Bukan jambu, tapi kacak.

Me : Fero ingat Ismi tak?

Fero : err..kabur2. Rasanye Ismi a*** kan?

Me : hahaha. Lol -__-'. Sila ingat muka Ismi bebaik. Nanti kalau lalu sebelah jangan buat2 tak nampak pulak.

Fero : haha..okey.

Me : jom kita amek gambar.

Fero : jom2. Nanti tag fero tau. Tak pun pm personal.

Me : Okay.

Masa bergambar, boleh pulak si Fero ni rekues suruh buat LOVE gabung. Ahaaii..cair. Hahaha. Lebiuu Fero. Kui3

Masa ana nak balik tu, sempat lagi Encik Mimpi jerit2 nama ana. Haha. Padahal tengah dikelilingi DreEmers. Sabar je la Encik Mimpi ni tau. ><

Encik Mimpi : Ismi, sampaikan salam kapten kat housemate and family Ismi tau.

Me : Okay.

Encik Mimpi : jangan lupa, sampaikan ucapan Selamat Pengantin Baru kapten kat kakak Ismi. Bye Ismi, jumpa lagii nantiii..

Serius, balik uma tersenyum sorang2. DreEmers memang ekslusif dihati Encik Mimpi. Sebab Encik Mimpi tak pernah hampakan peminat2 dia. Terutama yang dalam group khas. Hoho. Lebiuu ahh ENCIK MIMPI ngan FERO

Nota Tambahan : Gambar tak dapat dipaparkan sebab ade sebab2 tertentu. Hahahaa. Tenqiu sudi baca, nanti ana balas kunjungan korang! ^_^f

Kejadian sebelum ke Gathering Encik Mimpi 2014

Assalamualaikum...

12/12/2014, adalah tarikh yang palingggg ana nanti-nantikan. Huhu. Tak sabar, nebesss semua ade tau.

Kan dalam entri sebelum ni ana ade cakap yang ana amik cuti 10hb kan? So cuti tu ana teruskan selama 4 hari berturut-turut. Memang nampak agak melampau, tapi demi ENCIK MIMPI segalanya ana sanggup. Walaupun cuti tanpa gaji. Miahahahaha xD

Actually ambik cuti sebab kakak ana kahwin. Haha. Tapi punca utama ambik cuti, sebab nak gi GATHERING ENCIK MIMPI, *tulisan dibesarkan tanda eksited!* ^_^

Disebabkan ana sorang je ambik cuti, maka berjalan sendirian tanpa teman je la ana time tu. Ana dari jalan Imbi terus ambik kL Sentral. Sampai kL Sentral sesat kejap, sebab termasuk dalam NU Sentral. Muahaha. Mujur ade amoi comel tunjuk jalan ke kL Sentral.

Sampai je kL Sentral, ada la beberapa orang DreEmers (fans club EM) kat situ. So kitorang lepak sekali, sebab janji nak gerak sekali. Alang2 dah berkumpul, kitorang berkenal-kenalan la dulu. Selama ni berkawan dalam facebook je. See..ini mengeratkan silaturrahim lagi sesama fans club.

Tepat jam 12 tengahari kitorang gerak ke Kelana Jaya naik LRT. Pasal event tu start pukul 2, lepas solat Jumaat.

Sampai jek Kelana Jaya, ada la lagi beberapa orang DreEmers menunggu. So berkumpul lagi, then kata diorang tunggu lagi sorang yang katanye nak gerak sekali ngan kitorang. Tunggu punya tunggu, 5 minit gitu barulah sampai.

Kebetulan bas U89 ke Damansara Utama sampai ke Bus Stand, dapat je bas, terus kitorang naik. Huhu. Legaaa.

Masa bas lalu The Curve takde sorang pun tekan loceng stop. Pelik gak, apesal diorang tak tekan? Boleh pulak ana lupa DreEmers yang lain bukan orang kL. Diorang kebanyakannya dari Johor, Melaka, Kedah, Kelantan. Jauh2. Hahaha.

Jam dah pukul 2 dah time tu, tapi kitorang tak sampai2 lagi. Still dalam bas menunggu destinasi. Huhu. Panik wehh tengok bas dah jauh tinggalkan The Curve. DreEmers yang lain dah buat isyarat. Hahahaa.. ><

Oke, nanti sambung lagii.. Bye, nak masuk keje.

Isnin, 15 Disember 2014

Dugaan dipagi hari pernikahan

Assalamualaikum...

Lama betul tak bukak blog. Banyak benda yang ana nak story kat sini, tapi tu laa. Tak banyak masa free macam dulu-dulu. So ana story simple2 je la eh.

Alahai, tak tau nak story macammane. Dah lama sangat ana tak update blog. *garu2 kepala*

Alhamdulillah hari Khamis baru-baru ni, 11/12/14. Kakak ana, kak Estella telah pun selamat diijabkabulkan. Dari pangkat 'cik' bertukar jadi 'puan'. Hoho..tak sangka dah dapat abang ipar. Kui3

Ana amik cuti start dari 10hb. Sehari sebelum majlis nikah. Paling awal kot sampai rumah kakak. Bila dah sampai awal, maka ana adalah orang yang teman kakak ana ke butik pengantin.

Malam tu pulak kitorang adik beradik gotong royong. Huhu. Tolong2 dapur pastu mengemas lagi. Menu untuk majlis nikah nasi lemak ngan bihun je pun. Tetap trerasa letihnye. Tu pun tidur pukul 1, bangun pukul 5.

Mau tak tidur pukul 1, sibuk berinai sekali kot time tuh! Hahahaha. Pengantin berinai, adik pengantin pun nak berinai sekali. Penyibuk, kan. Ekekekeke~

Esok tu; tengah2 masak tetiba kakak ana jerit.

"Alamak, nasi lemak mentah!"

Alahaii..majlis lagi sejam nak start. Korang bayangkanlah camne gimiknye situasi family kami. Hahaha. Then pakat2 la kitorang tambah air la ape semua.

Tetibe teringat petua, orang kata kalau nasi mentah letak air dalam mangkuk kat tengah2 nasi tu pastu biarkan dia masak. Menjadi weh. Hohoho *gelak besar*

Pastu tengah2 masak bihun, bihun lembik pulak. Alahaii..dugaan betul. Haha. Syukur alhamdulillah, majlis nikah tu berjalan dengan baik. Tu baru hari nikah, belum hari kahwin lagi. Okey, next entri ana story lagi.

p/s : sori..lama tak bw. T_T

Isnin, 1 Disember 2014

Pengalaman mencari kerja baru

Assalamualaikum...

Seperti yang ana janjikan kat entri sebelum ni. Ana nak story sikit pasal pengalaman ana cari kerja baru. First time kot cari kerja sendiri. Kerja ana sebelum ni banyak pakai orang dalam. Kali ni sendiri tanpa sijil apa2. Bayangkanlah!

Semuanye bermula dari Google, thank you Mr. Google. Hihi. Dengan google la ana buat pencarian kerja kosong.

Then Ana pun start buat research kat internet. Cari punye cari, hasilnya kosong! Ana nak kerja office. Tapi tu laa..kebanyakan syarikat semua nak diploma. Sejujurnya orang susah macam ana, yang takde diploma bagai semua tu.. Memang agak sukar nak cari kerja ofis.

Sampai dalam hati ana pun cakap "Allah, aku nak kerja ofis. Mudahkanlah aku."

Frust punye pasal, facebook je la tempat lepas geram. Tengah scroll timeline, tetiba ana terbaca post kat Group BTP. Ada orang nak cari staf untuk mini syarikat dia. Ana pun apa lagi, try la email.

Hari khamis (20 Nov) malam jumaat, Puan Ros iaitu pemilik Little Khalifah Shop, reply email. Dia kata nak jumpa ana esok. Kebetulan, kawan tempat kerja ana si Na** ni nak cari job lain gak, jadi ana pun tanya Puan Ros kot ada kekosongan lagi. Puan Ros cakap, pun ada kekosongan.

Esoknya (Jumaat), awal pagi lagi ana ngan Na** dah terpacak kat bus stop. Eksited kot! Miahahaha. Kitorang naik bas rapidKL U88, dari Pelangi Damansara terus ke Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya kitorang ambik LRT terus ke Wangsa Maju, dari Wangsa Maju ambik teksi terus ke Ukay Boulevard, Ampang.

Lepas je interview. Terus Puan Ros cakap "u'olls boleh start kerja Isnin, 24 November ni ye." Tu diaaa..terus diterima. Perasaan ana time tu, hepi tak terkata. Huhu.

Ekceli agak terperanjat la jugak! Sebab terus diterima kerja. Alhamdulillah. Itulah namanya rezeki. Paling penting bos ana memang baik. Caring pulak tu. ^_^

Bab kerja dah settle! Tetiba teringat, kalau kerja kat Ampang. Kat mana nak tinggal? Takkan nak ulang alik Damansara dengan Ampang? Jauh kot!

Next entri baru nak story pengalaman mencari 'bilik sewa'. Entri yang ni pun dah panjang berjela macam karangan UPSR. Takut korang tak larat nak baca. Sempat muntah hijau dulu. Ekekekeke!

p/s : sory tak sempat bw! :(