Jumaat, 6 November 2015

4 situasi yang mengharukan

Assalammualaikum...

Bizi bebenau aku, sampaikan masa utk reply komen pun tak sempat. Tenggssss korang sudi singgah sambil meninggalkan jejak disini. I will komen back belog korang. (okeh, ayat nih pening!) ><

Sebab sebenar aku tak sempat hapdet belog, sebab aku bizi dengan keje. Entahlah. Sejak mengandung ni, rajin benoo aku bekerja full day. Haha. Siapkan kertas periksa lagi, jadi witress kat Bake & Cafe kakak aku lagi. Pergh..pergh..bizi gila haku.

Okaylah!

Ekceli dalam entri ni aku nak citer 4 situasi yang mengharukan berlaku dalam satu hari sejak bergelar mommy to be neh. Huk3

First sekali time aku naik monorail. Kalau korang selalu ke Jalan Imbi konfem korang tau cemane sesaknye monorail dari kL Sentral ke Jln Imbi. Jenis aku ni pulak kalau dah sesak macam sardin memang tak naik ah, tetibe ade sorang abam polis ni tiup-tiup wisel dia.

“Ke tepi! Ke tepi! Bagi laluan kat ibu mengandung!”

Aku toleh ah kiri kanan. Rasenye takde orang pun kat kiri kanan aku tu. Tinggal aku sorang je kat luar monorel tuh. Rupenye abam polis tuh maksudkan 'ibu mengandung' tu adelah aku. Aduduhh..terharu ai orang prihatin. Isk!

Dalam mase yang same ade sorang mamat ni ngah duduk dengar lagu kat kerusi, pun diminta bangun untuk bagi aku duduk. Ish, terharu lagi. Huhu. Bayangkan sesardin manusia lam monorel tu terpaksa bagi laluan utk aku duduk. Wuuu..mekasih rakyat Malaysia atas keprihatinan anda. T_T

Pastu situasi kedua masa kat dalam KTM dari kL Sentral ke Rawang. Aku ni pulak silap planning waktu. Set time nak balik pukul 5 ptg, alamatnye memang sesak ah KTM sebab orang baru balik keje. Disebabkan aku punye laa gigih nunggu KTM setengah jam yang lalu, dgn penuh redho aku pun naik je la KTM. Wpun coach wanita, tapi sangatlah full. Dek kerana full aku terpaksa berdiri.

Tetibe haku dengar kecohh-kecoh satu kelompok yang aku rasa tak jauh pun dari aku.

“Eh, adik tu mengandung kan? Kenapa dia tak duduk?”

“Dia tak dapat tempat duduk.”

“Siannye. Ish, diorang yang duduk ni tak prihatin ke?”

Pastu ade laa dua tiga orang yang berdiri tak jauh dengan aku sambil mata menyorot ke arah perut aku. Isk! Malu jemah oi!

“Eh!! Iyelah, dia mengandung. Kesiannya tak dapat tempat duduk.”

Ekceli aku tak kisah pun kene berdiri. Sebab aku paham orang baru balik keje, letih kot! Tetibe ade sorang auntie cina ni berdiri. Terus kelompok tadi cop kan tempat duduk untuk aku.

“Dik, duduklah. Bahaya berdiri.”

Wuuu..terharunye dengan sikap rakyat Malaysia cenni. Sungguh prihatin. Teruslah aku dapat tempat duduk. Tengs sangat kat 'kakak-kakak' yang tolong cop kan tempat duduk utk aku.

Situasi seterusnya lepas aku turun stesen Rawang. Lepas je sampai kat Rawang terus rasa nak terkucil. Hadeii..tengok plak kat tandas awam berderet orang beratur nak masuk tandas. Tetibe ade sorang acik cleaner ni tegur;

“Kalau boleh bagi kat orang mengandung ni masuk dulu. Orang mengandung ni bukan boleh tahan.”

Terus aku dapat masuk bilik air dulu. Alolo..terharu lagi. Isk! Jiwa ni cepat nau rase terharu.

Situasi keempat masa aku nak kejar bas nak balik Bkt Beruntung. Jalanraya punye laa bizi, aku dengan selamba je tahan bas, sebab malas nak naik atas bukit gi bas stop. Nak bawak badan lagi..pergh..memang tak ah untuk aku naik bukit gi kat bus stop.

“Nasib baik awak mengandung. Saya faham awak terdesak tahan bas, kan? Itupun saya nampak perut awak dulu, baru nampak tangan awak lambai-lambai tahan bas.”

Haha..pak cik ni! -_-'

Pacik drebar bas ni pun leh tahan gak ayat dia. Haha. Aku iye kan aje. Sampai jek uma terus gi kat cermin usha perut. Haha. Iyelah, perut da boyot sikit. Ekekeke!

Ahad, 25 Oktober 2015

Mommy to be story

Assalamualaikum...

Sambung entri...

Ceh..ajet2 retis fulak. Ahaha. Bukannye orang bace sangat belog kau nih ana. Hik hok. Pedulik ah. Yang penting, ade catitan. Boleh baca untuk rujukan akan datang. :P

Kengkonon aku nak sorok dari pengetahuan encik asben, tetibe di suatu petang dikala aku sedang lipat baju encik asben tegur aku.

Encik asben : Mengandung ke?

Eh eh..tetibe jek! Macamane dia boleh tau aku pun tak tau. Isk! Takleh jadi nih.

Me : Eh, kenapa? Saya nampak makin gemuk ke?

Encik asben : taklah. Muka tu. Pucat macam muka orang mengandung.

Me : Hm..mungkinlah. Hari tu test upt, double line.

Encik asben : yelah tu, mengandung la ni. (Sambil pegang perut kita yang muncit. Ahaks!)

Ekceli aku tak yakin pun aku pregnant selagi aku tak buat pemeriksaan doktor. Pasal aku langsung tak kene morning sickness lagi time tuh. Tapi dalam hati berdoa, moga dengan berkat bulan puasa ni aku direzekikan zuriat. Btw aku dapat tau aku pregnant pun time bulan puasa.

Kemudian, 3 hari lepas tu. Tiba-tiba lepas je aku balik dari keje darah keluar lagi. Kali ni banyak sikit. Dalam hati aku dah cakap 'ah, sudah. Jangan-jangan..' Tapi sedapkan hati je la. Sebab time tu keluar fresh blood. Bukan macam sebelum ni, kaler coklat2. Dahlah tengah puasa ni. Aku fikir, nak berbuka ke tak ni. Aku sedapkan hati lagi, spotting bleeding kot. Aku teruskan puasa. Memang betul, darah aku keluar time tu je.

Macam biasa, keje aku tanya pacik google itu ini. Dan aku dapat jawapannya! Memang 3 bulan pertama, 70% wanita mengandung alami gangguan spotting bleeding. Cuma macam biasalah, aku dapat banyak gila jawapan. Ada yang cakap sebab stress, apa semua.

Memang aku agak stress time tu. Sebab lepas je aku mengajar tadika, aku akan ke bakeri kakak aku tolong buat biskut raya yang tempahan dia beratus-ratus kotak. Beribu-ribu balang. Yes, aku terlalu penat.

Pastu dah hujung-hujung Ramadhan bermula laa episod aku punya morning sickness, afternoon sickness, evening sickness and night sickness. Bukan muntah makanan pun, muntah kuning je. Tekak pahit-pahit je time tuh.

Tekak aku mula memilih makanan. Tak nak makan nasi putih. Nak nasi goreng atau nasi ayam je. Aku yang tak suka kari tetibe nak makan kari dikala sahur. Haha. Lawak pulak bila terfikir balik. ><

Sebelum ni aku memang febret tomyam and lauk paprik. Tiap kali beli lauk sahur, encik asben mesti beli nasi putih lauk paprik je. Sebab dia tau tu febret aku. Sampailah satu hari tu, aku terus muntah lepas makan paprik. Bau daun limau pun takleh. Haha. Teruk betul!

Sejak tu aku cakap dgn encik asben. Jangan beli makanan yang ade kaitan dengan daun limau. Encik asben gelak je. Dulu aku selalu kutuk orang mengandung ni manjalah, mengada-ngadalah. Rupa-rupanya ni bukan mengada-ngada, memang tekak orang mengandung camtu. Huhu.

And then raya. Time raya tu memang aku lembik gila. Pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur. Lepas tu, malam terkebil-kebil. Haha. Kekadang aku tak tidur siang, tapi malam tetap takleh tidur. Bila aku buat research, rupa-rupanya orang mengandung memang akan alami gangguan tidur malam. Isk! Sabar je la!

Mujur family aku faham. Diorang tak kisah pun aku tak buat kerja. Melembik diruang tamu. Hihi. Nak buat camne, memang badan tak larat.

Ada sekali tu, aku gi buang sampah. Pasal hari tu hari orang kutip sampah. So aku tarik ah sampah tu, dan dalam masa yang sama aku lupa malam tadi hujan lebat. Lantai basah, kasut aku tu memanglah dah licin. Then aku terjatuh. Fuh! Mujur aku tahan dengan tangan daripada punggung aku terhempas ke lantai. Tergeliat gaklah tangan aku dibuatnya.

Lega sebab takde pape yang tak diingini berlaku. Bila citer kat encik asben, kemain risau lagi dia. Hehe. Bukan aku nak buat dia risau, aku cuma nak dia tau je. Sebaliknya dia risau gila.

Rupanya sejak lepas aku jatuh, lagi parah alahan aku. Makan sikit muntah, tak makan langsung gastrik. Parah la jugak keadaan aku time tu. Paling pedih, takleh minum air masak langsung. Tekak aku nak air coke, tapi pepaham je la..takkan aku nak ambik air gas. Masih di awal kandungan kot! Bahaya. Akhirnya tekak aku boleh minum air teh 'o' panas dan makan nesvita. Barulah lega. Tu pun aku takleh telan air masak. Mana puas minum manis. Mesti nak minum air masak jugak.

Ahad, 27 September 2015

Servis katering paling teruk

Assalamualaikum...

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, pergi majlis kahwin makanan habis?

Yes, itu pernah berlaku dalam hidup aku untuk pertama kalinya! Bukan kat majlis orang lain, majlis keluarga sendiri pulak tu! Memang agak terkilan jugaklah dengan ape yang berlaku.

Actually, baru-baru ni kakak aku ade buat majlis kahwin. Kali ni special sikit, buat majlis time malam. Ala-ala macam retisss gitu. Ahad, 20 september. Tu tarikh kahwin dia.

First sekali aku memang tak tahu menahu pun pasal menu majlis tu. So aku memang tak komplain pape pasal menu. Rupa-rupanya kakak aku, kak Q yang deal pasal menu tu. Kak Q cakap, dia mintak nasi lain. Tapi katering tu bagi nasi lain. Okay, part menu dah salah.

And then mengenai lauk. Dia isi lauk ayam masak merah, daging, acar semua tak penuh pun dalam tray tu. Ade sekali tu aku pantau lauk, tengok lauk tinggal ayam 2 ketul jek! Tak sensitif langsung orang katering tu. Sepatutnya cepat-cepatlah tambah. Aku pun apelagi, bebel2 laa macam mak jemah suruh tambah.

Tepat je jam 8.30 malam, pengantin pun tiba. Lepas je pengantin datang, tetamu pun datang macam tsunami. Selonggok gitu! Sampai tak cukup tangan ah kitorang dibuatnya, nak bagi goodies lagi, sambut tetamu lagi. Perghh..

Tetiba pacik katering datang jumpa abang aku and he say “lauk dah habis.”

What? Lauk habis? Masa tu kami saling berpandangan. Biar betul lauk habis. Cepat gila. Padahal ade 2 jam lebih lagi majlis ni open.

Kitorang ni taklah bodoh sangat. Sebab dah hampir 4 majlis kot kitorang handle sendiri. So kami tau laa sangat bajet makanan untuk 500 orang macammane. Yes, kakak aku memang bajet untuk 500 orang. Dan sepatutnya makanan tu cukup. Dan kenapa tiba-tiba jadi tak cukup?

Sebab, pertama sekali. Katering yang kakak aku ambik ni sebenarnya bukan katering. Mereka adalah kafe. Atau bahasa mudah restoran. So bila kita deal bajet untuk 500 orang, diorang akan masak ayam 500 ketul. Kalau servis katering, bila kata bajet 500. Diorang akan spear lauk lagi 200. Supaya tak berlaku kejadian tak cukup lauk nih.

Bayangkan kalau seorang tetamu ambik ayam 2 ketul. Pastu dia tambah nasi, dia ambik lagi 2 ketul. Pastu tetamu lain pun macam tu, memang tak cukup ar lauk tu kan. Tetamu nak ambik berapa banyak, dia punye sukalah. Tak jadi masalah pun. Yang jadi masalah bila pihak 'katering' tak pandai bajet. Tu yang jadi makanan tak cukup tu!

Oh, ya. Aku lupa nak bagitau korang, katering yang kitorang ambik tu nama dia KATERING MASJID AL GHUFRAN.

Sebab kedua yang aku perasan makanan dia tak cukup, sepatutnya nasi dalam termos tu kena full. Tapi masa family aku baru sampai, kitorang bukak termos sebab nak check nasi apa. And kami dapati sukatan nasi dia adalah suku termos. Tak penuh pun. Sedangkan tetamu tak sampai 10 orang pun yang baru datang.

Sebab ketiga yang paling ketara kitorang perasan, pihak 'katering' refill makanan hanya 3 kali sahaja! Itupun lepas kene bebel dengan aku pasal lauk tak penuh dalam tray. Kalau kata bajet 500, diorang kena refill 5 kali. See..terserlah yang mereka masak bajet sebenarnya tak cukup untuk 500 orang. Anggaran aku, diorang bajet masak hanyalah untuk 250 orang. Separuh okey.

Dan sebab akhir sekaliii..goodies bag yang kami siapkan untuk 500 orang. Dan goodies baru habis 3 kotak. Ada 2 kotak lagi. Tak patut betul 'katering' tu wat kami camni.

Akhirnya kakak aku ambil alternatif lain, kami pergi beli makanan tambahan. Itupun makan masa, adelah dalam setengah jam pegi beli makanan tambahan. Hm.. Kesian sebenarnya bila tengok tetamu datang, ada yang tak sempat makan. Datang dengan perut kosong, balik dengan perut kosong.

Seriously aku cakap kat korang, tak payahlah. Janganlah ambik Katering MASJID ALGHUFRAN kat Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konfem korang akan menyesal. Dahlah servis teruk, masak pun tak cukup. Bayangkan pukul 9.45, 'katering' tu dah lipat meja. Apa korang rasa sebagai tetamu bila tengok meja dah dilipat-lipat. Teruk gila ah katering ni! Takde bintang untuk katering servis buruk camni.

Jumaat, 18 September 2015

How do i know if i'm pregnant?

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak throwback sikit, bagaimana aku dapat tau diri aku pregnant. Huhu. Aku buat entri kali ni adalah untuk rujukan aku akan datang. Mane ah tau ngandung anak kedua pulak nanti. Ahaha. Jauh betul pikiran aku. ^^

Okeh, camni kisahnya. Memula sekali aku dapat petanda, bila tetibe waktu maghrib aku alami SPOTTING BLEEDING. Tapi masa tu aku tak tau pun tu spotting bleeding. Aku ingat aku tengah datang bulan, so aku pun beli laa tuala wanita sebungkus. Tup-tup isyak tu darah dah tak keluar dah. Pelik!

Esok tu, subuh aku bangun, tengok-tengok darah takde pun turun kat tuala wanita. Aku cakap lam hati 'tunggu lagi seharilah!' So aku pun tunggu lagi sehari. Pun darah still takde lagi. So aku pun qada' solat sehari yang aku tinggalkan tu. Kira aku anggap tu bukan perioud. Perioud selalunya paling sikit pun sehari, bukan satu waktu.

Macam biasa, aku pun ambik henpon cinta hati aku ni. Aku pun google. Buat searching. Dan aku dapat jawapannya! Dalam hati aku cakap, 'sahlah ni aku spotting bleeding'. Tapi aku still ragu-ragu, then aku pun tanya para kaum ibu yang berpengalaman tentang apa yang aku alami.

Semua cakap tu tanda mengandung!

Masa tu aku tergamam sekejap. Terus aku teringat yang 2 3 hari sebelum tu aku ada pergi jalan jauh. Ke Tg Belungkor, Johor. Kami pergi berkehlah. Dahlah dari kL nak ke Tg Belungkor tu jaug gila. Jalan nak masuk pusat peranginan tu takyah cakaplah, berlubang-lubang. Pastu berbatu-batu. Standart lah jalan hutan. Lepas hampir sejam menempuh jalan hutan, barulah sampai ke destinasi. Terhentak-hentak la jugak aku time tu. Perghh..!

Tapi aku sedapkan je la hati. Ada rezeki, ade la. And then seminggu kemudian, baru aku ambik keputusan nak cek betul ke aku mengandung.

Esok tu, time pukul 12 tengahari camtu ah aku pun test pakai upt kit farmasi punya. Tup-tup DOUBLE LINE! Berdebar-debar gak la tengok result tu. Actually aku dah beli upt tu 3 bulan yang lepas. Dan sejak 3 bulan yang lepas jugak aku amalkan makan asid folik.

Sebenarnya alkisah makan asid folik ni sebab aku terjebak dengan story-story dalam blog. Hihi. Katanya asid folik baik untuk wanita yang ingin hamil. Tu laa aku try wpun bagi aku macam takde ape pun hasil makan asid folik nih. Sebab asid folik ni takde perasa apa-apa. Pahit pun tak, manis pun tak. Rasa kosong je.

Siapa kata takde hasil? Haha. Akhirnya usaha aku makan asid folik tak sia-sia. Alhamdulillah.

And then aku ada jugak beli upt online kat sorang kakak blog ni. Murah gila upt dia. Yang jenis strips seringgit, yang kaset RM3. Murah la tu kan. Aku beli 2 kaset, 6 strips. Bukan apa, aku tak percaya je. Manalah tahu upt yang aku beli kat farmasi tu dah tak elok. Hihi.

Sampai je abam poslaju hantar barang aku, lelaju aku ambik sorok dalam almari. Tak nak bagitau encik asben. Supprise laa konon. Hak hak hak!

Pastu aku try 1 strips, 1 kaset. Pun still double line. Sahlah ni aku mengandung. Huhu.

Okeylah, nanti aku sambung lagi. Entri yang ni pun aku rasa dah panjang berjela. Haha.

Rabu, 16 September 2015

Sebenarnya...

Assalamualaikum...

Memula sekali nak mintak maaf bebanyak sebab tetibe blog ni menyepi. Tetibe je kan. Dan aku pun dengan jahatnye tak ziarah pun blog hakak-hakak & abang-abang serta adik-adik blogger selama aku menyepi tanpa khabar berita. Ampunn!

Ekceli aku buat semua ni bersebab.

Aku tak tau nak start dari mana. Memang panjang kisahnye! Cuma satu je aku nak bagitau. Yang selama ni, aku senyap aku sepi adalah sebab aku mengalami 'morning sickness' yang agak kritikal.

Erkk! MORNING SICKNESS?!

Mesti semua tertanye-tanye kan, tetibe je dik ana ni morning sickness. Tempias badi mane laa dia dapat ni.

Aku tak pernah story pun dalam blog ni, yang aku dah kawin. Nampak macam selama ni aku single jer kan kan. Eceh! Siap minat encik mimpi bagai. Bahkan buat statement lelaki idaman lagi tuh. Okeh, abaikan. Sebenarnya saya isteri orang. Hehe.

Minta maaf lagi sekali, sebab buat semua yang datang ke blog ni menyangka aku ni wanita single mingle. Haha. ><

Banyak aku nak citer, tapi slow2 laa.. Sebab terlalu banyak tarikh penting aku nak hapdet, tak dapat hapdet di atas sebab kesihatan yang tak menentu.

Selasa, 5 Mei 2015

Alkisah pesta buku 2015

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku ada gi PWTC. Pasal ada PBAKL kat situ. Actually aku tak tau jalan pun camne nak ke Pwtc dari Rawang. Haha. Gagah jek turun sendiri berbekalkan ilmu dari incik google.

Cam biasa, memang jenis aku suka men-google dulu sebelum gerak. Google punya google aku pun jumpe ah satu belog ni, belog hape entah namanya. Tak hengat! Blog tu la kasi direction detail. Ty so muchh ah kat belog tuh.. Ampun!! Siyes aku tak hengat apa nama blog tu.

Dari blog tu akhirnya aku sampai ke PWTC. So aku nak share la direction tu kat silent reader yang maybe cari maklumat nak ke pwtc tu kan.

Direction Rawang ke PWTC

Memula tu of kos ah korang dari ktm Rawang menghala ke kL Sentral. Sampai jek kL Sentral, terus ke monorel. (Monorel kat dalam mall nusentral tau.) Pastu turun di stesen Hang Tuah. Dari Hang Tuah, ambil tren RapidKL ke stesen PWTC. Senang je kan?

Nak lagi mudah keje korang beli tiket siap-siap. Pasal ramai gila orang beratur nak beli tiket. 20 minit belum tentu kau dapat beli tiket. So sila beli tiket awal-awal. Takde ahh korang kene beratur panjang. Yang ade Touch n Go. Topup sesiap. Okeh?

Siyesli masa time aku pegi Sabtu ari tu, full gila orang. Jalan sampai terlanggar-langgar. Paling malang terpaksa berpenuh-penuh lam monorail. Dah macam sardin dah ghupe haku time tu. Hahaha. Punyalah full, sampaikan kalau jatuh aku jamin korang takkan tersungkur. Steady je berdiri. Haha. Dahsyat kan?

Then baru-baru ni aku ade pegi lagi PWTC, sebab kawan aku nak cari buku rujukan. Rupa-rupanya nak pergi PWTC dari Rawang senang gila. Haha. Tak payah nak naik turun LRT pun sebenarnye! Kah kah kah!

Ambik je tiket Rawang ke Putra. Sampai kat stesen Putra, kita just perlu jalan kaki je. Dah sampai. Cuma kena jalan jauh sikitlah kali ni. Ada jejantas. Tapi aku tak guna pun jejantas tu. Pasal kaki aku dah macam kene pakinson dah bila nak naik tangga. Haha. >< So aku ambik alternatif dgn melintas. Nampak perangai hodoh rakyat Malaysia sorang nih. Huhu. Ampunn.

And finally, aku beli satu novel. Tajuk dia 'JASAD'. Ni bukan novel cintan cintun okeh. Ni novel seram. Best la jugak. Nanti kalau aku dah abis baca, aku wat entri sinopsis novel tu. Pasal sekarang aku memang takde masa langsung nak baca novel. Kikiki..maklum laa, cekguu biziii. XD

*pakinson = menggigil

Selasa, 21 April 2015

Pemandu teksi Rawang mencekik darah??

Assalamualaikum...

Kalau korang duduk Rawang, korang mesti tahu teksi sini caj harga tinggi-tinggi. Kan? Perjalanan dalam kawasan Rawang je dah makan RM20 hingga ke RM25. Pergh! Mahal gila.

Lagi-lagi masa aku duduk Tasik Puteri dulu, bas jarang masuk. Kalau masuk pun sejam sekali. Disebabkan aku ngan kakak aku ni agak malas nak tunggu bas berejam-rejam, kitorang selalu call teksi je nak ke KTM Rawang.

Dari Tasik Puteri ke KTM Rawang, caj tetap dia RM25. Ada jugak caj RM30. Alasan dia, sebab kitorang panggil teksi. Dia caj macam tu. -,-

Pastu hari tu aku tengok kat 999, diorang saman teksi yang tak pakai meter. Sedangkan kat badan teksi terang tang tang tulis 'TEKSI INI MENGGUNAKAN METER, TAWAR MENAWAR DILARANG'. Then dalam paper pun ade cakap, kalau ada teksi bermeter tapi tak pakai meter boleh buat report.

So aku pun turun Bandar Rawang dengan senang hati. Pasal aku ada urusan sikit kat Country Homes, aku pun naik ah teksi yang kat badan dia ada tulis 'Teksi ini menggunakan meter'. Sebab fikir teksi bermeter pakai meter.

Me : teksi ni pakai meter tak?

Pacik teksi : mau ke mana?

Me : Country Homes je.

Pacik teksi : RM20

Me : aik? Mahalnye! Kan kat teksi ni tulis pakai meter. Kenapa tak pakai meter?

Pacik teksi : Semua teksi kat Rawang ni, mana pakai meter dik.

Me : yeke? Hari tu saya pegi Damansara, ambik teksi Rawang. Pakai je meter.

Pacik teksi : tu teksi KL tu. Diorang memang pakai meter, tapi teksi Rawang, kita memang caj tetap macam tu.

Okay, korang bayangkan. Aku pergi dan balik pakai teksi tu. Pergi je dah RM20. Patah balik pun RM20. Total kesemuanya RM40. Dah macam harga minyak ke kL pulak. Adehh! Padahal kalau aku gi rayau kL tu. Naik KTM, pergi balik tak sampai RM20 pun.

Aku rasa aku macam kena tipu je dengan pemandu teksi tu. Tapi memang kebanyakan pemandu teksi Rawang caj pelanggan macam tu. Teruk, kan?

Saja aku bukan isu panas dipagi hari. Haha. ><

Khamis, 16 April 2015

April punye story

Assalamualaikum...

Korang apa kabar? Lama gilaa aku tak update blog. Konon nak hapdet 8haribulan 4 ari tuu. Tetibe blackberry aku demam panas. Memula dia demam biasa je 1hb ari tu, lepas je ari kelima dia terus pengsan dan terus koma. Sampailah aku bawak dia gi hospital, masuk ICU kelmarin. Sib baik sejam je kena tahan ICU.

Oke aku merapu -__-"

Haha. Okay..okay.. Aku nak bagitau korang yang aku dah 22 tahun 8 hari. Yeayyy!! Btw birthday aku 8hb ari tu. Hei, korang. Tak nak wish ke? Sian aku tau. :(

Pastu aku ade ah dapat adiah cake tau dari kakak aku, kak Y. Kek tiramitsu. Nyum..nyum! Sedap! Thanks kak Y. Paling special, kek tu dia buat sendiri. Terharu kannn bile someone buat something sendiri, bukan beli kat kedai. ^_^

Baru-baru ni aku kena keracunan makanan tau. Tak tau laa makanan ape yang beracun, pasal aku melantak je sume mende dalam peti sejuk. Sekali kau, haa..muntah-muntah, yet beyet. Non stop. Lembik aku dibuatnye! Sampai ngalir-ngalir air mata ni haa.

Disebabkan aku malas nak gi klinik ngadap dokter yang comel-comel belaka, maka aku bertahan je laa lam bilik sensorang. Berulang alik keluar masuk tandas. Tetibe je aku jadi bestfren forever MR TANDAS. Hihi. Esok pagi tu aku bangun tidoo. Eh? Dah lega laa! Hahaha. ><

Aku memang cenni. Sakitlah teruk mana pun, takdenye telan ubat. Melainkan sakit yang berlarutan hingga ganggu kerja aku. Haaa..time tu baru aku makan ubat. Nampak tak kemalasan dan kedegilan aku disituu? Hehe.

NotaMintakKaki: korang perasan tak bahasa ganti diri dah bertukar? Dari ana kepada aku. Korang selesa tak baca? Ke lebih suka ganti diri sebagai 'ana'? :)

Rabu, 1 April 2015

Part majlis walimah

Assalamualaikum...

Okay..okay.. Sambung. Hihi. Macam drama korea la pulak. Ekikiki. Harap korang sudi baca lagi. Walaupun tak sudi, kene baca jugak!

Lepas je setel majlis makan-makan. Adik-adik ana sesame berganding bahu (macam tak kene jek peribahasa ni. Lantaklah! Haha) mengemas and membasuh. Maklum laa..adik-adik ana semua dah jadi anak dara. Dah boleh buat kerja.

Then kitorang reramai gerak ke homestay. Kitorang stay homestay reramai. Senang, gerak sekali.

Sampai je homestay konon2 nak tidur. Maklum laa sejuk kemahenn. Aircond kiri kanan. Ekekeke. Sekali hampeh. Mata tanak tido. Bergosip je la kami-kami ni. Maklum laa..jarang-jarang jumpe. Memasing duduk jejauh.

Pastu petang tu gi rumah kakak ana, tolong siapkan untuk majlis walimah pulak. Petang tu kami gi dewan. Memang kosong. Kering. Dahlah hodoh gila dewan dia. Haha. Jujur gila aku. Dewan MPS. Pepaham je la kan. Pastu datang orang pasang kanopi. Diorang la buat semua tu. Kitorang hanya datang dan melihat.

Balik je umah, tengok memasing dah iron baju. Semua baju sama je. Eh..acane diorg bezakan baju? Maklum laa..baju memasing seragam. Pink belacan ngan tudung kaler mint green.

Keesokan harinya (21 februari)..

Kami semua dah siap mandi. Wpun kesejukan..selamba badak je la mandi. Huhu. Lepas je sarapan, pukul 10 camtu. Ana dengan adik-adik ana dah ke dewan. Siapkan apa yang patut.

Baru pukul 11 lebih camtu pak cik ana pun datang. Opah ana pun hade! Amboi, awalnye pacik sampai. Pakngah & opah ana ni antara tetamu terawal yang sampai.

Okay tetiba mata terpandang seseorang. Hati ni tertanya-tanya. Berapa agaknya umur dia ya? Haha. Ari tu, ade gak ana gi umah pak cik ana. Tapi takde pulak dia. Maybe, study lagi.

Alahai..malunya kalau dia ingat zaman kecik-kecik kami. Main kawen-kawen. Meoww! Apesal jambu sangat bila dah besar ni? Ahaha.

Ade la jugak ana sembang-sembang ngan sepupu ana tu. Lama tak jumpa. Kekok je rasa. Sembang punye sembang. Rupanya umur dia dah 24tahun. Alolo..malu ai taw. Tanye yang tinggi sikit tu umur berapa, 19tahun. Ahaha..normal laa adik tinggi dari abang. Lalala~

Tepat 12:30 tengahari, pemain kompang 'suprisse' pun memalukan kompang. Ni semua plan abang ana. Last minit. Tak latih apa sangat pun, diorang terus palu kompang mengiringi pengantin. Nasib baik pro. Ana pun memula ingat, takde kompang. Rupa-rupanya ada. Supprise katanya. Wpun ana bukan pengantin, tapi ana yang terharu lebihh. Haha. Thank you abang!

Ada dua pengantin. Pengantin yang masuk dewan dulu, kakak sulung ana. Pengantin yang kedua masuk dewan, kakak kedua ana. Majlis berjalan dengan lancar. Wpun ada la jugak perubahan last minit. Biasalah berbalah-balah comel tu.

Ana sebagai adik kepada kedua org kakak ana ni, ana paling berusaha bagi majlis ni segalanya berjalan dengan baik. Huhu. Buat kak Mama and kak Eja. Selamat Pengantin Baru.

Okay..lah! Penat taip tau. Sambung lagi satu entri. Hehe. Harap korang tak bosan membaca.

Isnin, 23 Mac 2015

Dapat abang ipar lagi!

Assalamualaikum...

Cerita dah basi, tapi still ade aty nak citer kat blog. Alkisah cuti raya cina ana. Bulan 2 ary tu. Nampak tak citer ni dah basi sebulan yang lalu? Hahaaha..ampun! Ampun!

Alhamdulillah, kakak ana yang sulung tu pun dah selamat menjadi isteri orang. *menghela nafas lega*. Gembira sebab ahli keluarga ana dah bertambah. :')

Cenni citernye. Ana amek cuti 18 February. Dari 18hb tu ana dah start berkampung kat umah abang ipar ana. 18hb tu kerja ana pack goodies bag yang berbaki je.

19 February tu pulak, adalah tarikh persiapan untuk majlis nikah esok harinye. Awal pagi lagi kitorang dah gerak keluar gi Pasar Segi. Beli itu ini. Menu untuk majlis nikah kakak sulung ana tu ialah 'masakan kampung'.

Plan punye plan akhirnya menunya ialah gulai nenas, ayam goreng berempah, sambal udang, sambal belacan & ulam-ulaman. Simple2 jek. Kengkonon nak masak ikan keli sambal hijau, tak jadi. Sebab tenaga nak menggoreng takde. Hihi. Padahal malas nak bersilat kat dapur. Kikiki.

Nak dijadikan citer, alkisah mencari udang. Masa kat pasar segi tu kitorang tengok udang dia besar2 gedabak. Kalau dah besar tu konfem2 ah mahal. Jadi tak beli la udang kat situ. Konon nak cari kedai sekitar rumah kakak ana je.

Memang tak jumpa. Cari punya cari, banyak kedai takde udang. Maklum la cuti raya cina. Pepaham jela. Melayu, india semua cuti. Pegi beraya sekali. Kalau ade kedai yang bukak pun, stok takde.

Akhirnya ade la satu kedai ni, ade la udang dalam 5 genggam. Masalahnye udang dia tak fresh. Dek kerana kedai tu je yang kitorang jumpa udang, beli la jugak.

Pastu kata kakak ana, macam tak cukup pulak udang tu. Tetamu ramai. Dalam 100 orang, mungkin lebih. Jadi kitorang buat pencarian udang lagi. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa lagi satu kedai. Ana tak masuk pun kedai tu. Kakak ana je yang masuk. Ana dok lam kete. Berapa minit kemudian, kakak ana pun masuk kereta bersama satu plastik udang.

“Nyesal kita beli udang kat kedai tadi tu. Dahla tak fresh, mahal lak tu. Kedai ni, udang dia fresh gila. Murah sikit dari kedai tadi.” Bebel kakak ana.

Ana pun cek ar harga dia. Berat pun lebih kurang je. Memang bet0l pun cakap kakak ana. Haha. Siannn. Takpe la kak. Halal je la.

Balik uma terus siang bawang apa semua. Sebab fikir esok tinggal nak masak je. Malam takde la kelam kabut sangat.

So malam tu takde la banyak keje sangat kene buat. Dapat la ana rilek2 sambil layan drama korea Pinochio episod last. Huhu. Feeling ilang entah ke mana. Haha. Pasal ramai gila orang kat rumah tu. Dah macam hari raya je rasa. Hihi. Bila dah ramai, konfem la rumah bising dengan gelak ketawa orang. Huhahuha. ><

Esok pagi tu (20hb february), memang awal2 pagi ana bangun tengok umi ana dah setel masak lauk pauk. Fuhh terer! Tinggal masak nasi. Memang keje ana ler tu masak nasi. Hehe. Masak nasi 10kg tak silap ana la. Tak ingat masak berapa. Yang ana tau, 2 kali masak pakai periuk besar gajah.

Kemas punye kemas, eh eh dah pukul 8.30 pagi laa. Tak sedar matahari dah meninggi. Ana tak mandi lagi kot time tu. Haha. Still pakai baju bibik lagi. Ekekeke. Kakak2 ana yang dari jauh semua dah sampai. Siap tegur2 lagi ana.

“Eh, ko tak siap ke?” Tanye kakak ana.
“Hehe. Jap gi la.” Tu je la jawapan ana.

Akad nikah kat masjid. Rezki la masjid dekat, leh jalan kaki berapa langkah je. Lagipun katanya tunang dulu baru nikah. Okey la tu kan. Sempat la ana mandi manda dulu. Hihi. Masa nak akad tu, baru la ana sampai ke masjid. Tunjuk muka je. Lepas selesai akad terus lari balik uma. Sebab nak siap-siap utk menghidang.

Memang rasa time nikah yang kali ni, semua dipermudahkan. Hehe. Yelah, ade orang berpengalaman masak katering. Memang laju je keje dia.

Okeylah..ni belum masuk part majlis walimah esok hari lagi. Nanti ana sambung okay?? Risau korang tak larat nak baca cerita takde gambar ni. Haha. Saja tak nak letak gambar. Dera korang baca citer tak best ni. :P

Rabu, 11 Februari 2015

Cinta hati dulu kala!

Assalamualaikum...

Tengah ana belek-belek lukisan. Tetiba ternampak lukisan lama ana. Terus kenangan 8 tahun yang lalu terimbau kembali. Ecehhh... !! Apelagi bantai ar gelak sorang-sorang. Haha. Lawak la pulak bila teringat zaman menengah ana dulu kala.

Ada satu lukisan ana ni, memang dah lama gila. Ana lukis crush ana. Haha. Jangan memain, ana ade crush tau dulu. Kira-kira masa ana form 2 gitulah.

Elehh..korang pun dulu-dulu ade crush gak kan?? kan kan..? ngaku je la.

Masalahnya crush ana tu jauhh lebih tua dari ana. Kira baya-baya abang ana gaklah.

Disebabkan dia agak berumur dari ana, dia pun berkahwin atas pilihan keluarga dia. Masa ana dapat tau, crush ana dah kahwin. Memang menonggeng arr nangis tu. Haha. Annoying betul rasa bila ingat balik. -__-

Frust punye pasal, ana pun setart laaa melukiss. Imagine muka dia jap, pastu lukis. Tup2 lukisan tu menjadi! Ada orang cakap muka dalam lukisan tu sama sebijik sejibik macam si crush ana tuu. Haha. So ana pun simpan laa lukisan tu sampai sekarang.

Nak dijadikan cerita tahun ni, ana kan mengajar kat sebuah tadika ni. Terdetik la kat hati ana ni macam nak tanya kat sorang anak murid ana. Pasal ana tengok muka dia macam muka someone yang ana kenal. Ana pun duduk la sebelah dia, ramah mesra gitu. Hehe.

Me : sape name ayah A***?

Anak murid : ******h 

OMG!! Anak my crush!

Haha. Tak sangka anak crush ana 8 tahunn yang lalu kini sekolah kat tempat keje ana ni. Nak je tanya "ayah ape kabar? Rumah kat mana?" Ahaha. Cikgu buang tebiat!

Rasa nak gelak tak henti jek bila teringat balik, yang ana pernah laa suka ayah dia dalam diam dulu kala. Muahaha ><

Dulu-dulu memang suka sangattt kat 'dia' tu. Sekarang tak dah! Sekarang jatuh cinta kat Encik Mimpi sorangg je. Lai lai lai.

Isnin, 26 Januari 2015

Diriku dan Tahun 2015

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU sumee..!!

Err.. Macam dah terlewat ucap tahun baru jek! Haha. Sori. Baru je dapat bukak blog. Okeylah, jom kita story cerita 2015 ana.

Camni citernye..

1/1/2015

Ni tahun baru. Dan pada tahun baru ni jugak ana telah pun selamat berhenti kerja. Diulangi berhenti keje. Ana dah tak duduk Ampang dah. Pindah ke Bukit Beruntung pulak. Beruntungg sangatt. Muahaha.

Pindah situ pun sebab ana yang baik atiii ni nak tolong jaga kakak ana. Yang dengar kabarnya keluar masuk hospital sebab darah tinggi. Pragnent anak ke-7. So ana pun pindah laa ke Bukit Beruntung. Duduk dengan abang & kakak terchenta.

Seminggu gak kakak ana kena tahan wad kat Hospital Sg. Buloh.

7/1/2015

Pukul 3 petang, lahir la si heroin ikut 'tingkap'. Haha. Pepaham je la ye ikut 'tingkap' tu apa.

Then ana pun ziarah ah kakak ana. Nak tengok baby newborn tuh. Cian kakak ana, tak larat bangun katanya. Kata doktor, kakak ana kene tahan wad paling minimum pun 5 hari. Dalam hati tak shabarrnyee nak jaga baby kakak! Huhu.

Lepas 5 hari kakak ana punnn balik bersama baby dia yang tiutt tu. Kakak ana memang langsung tak larat. Jadi yang tolong dodoi2 baby, analah! Hihi

Ekceli agak penat jaga baby, jaga kakak, pastu jaga anak-anak kakak lagi. Ditambah pula dengan kerja lagi. Perghh! Takyah cakap penat dia. Boleh nangis berbulan-bulan. Haha.

Okeylah, nak siap gi klinik. Sebab apa? Next entri okey. Lebiuu korang. Hik hok!