Selasa, 21 April 2015

Pemandu teksi Rawang mencekik darah??

Assalamualaikum...

Kalau korang duduk Rawang, korang mesti tahu teksi sini caj harga tinggi-tinggi. Kan? Perjalanan dalam kawasan Rawang je dah makan RM20 hingga ke RM25. Pergh! Mahal gila.

Lagi-lagi masa aku duduk Tasik Puteri dulu, bas jarang masuk. Kalau masuk pun sejam sekali. Disebabkan aku ngan kakak aku ni agak malas nak tunggu bas berejam-rejam, kitorang selalu call teksi je nak ke KTM Rawang.

Dari Tasik Puteri ke KTM Rawang, caj tetap dia RM25. Ada jugak caj RM30. Alasan dia, sebab kitorang panggil teksi. Dia caj macam tu. -,-

Pastu hari tu aku tengok kat 999, diorang saman teksi yang tak pakai meter. Sedangkan kat badan teksi terang tang tang tulis 'TEKSI INI MENGGUNAKAN METER, TAWAR MENAWAR DILARANG'. Then dalam paper pun ade cakap, kalau ada teksi bermeter tapi tak pakai meter boleh buat report.

So aku pun turun Bandar Rawang dengan senang hati. Pasal aku ada urusan sikit kat Country Homes, aku pun naik ah teksi yang kat badan dia ada tulis 'Teksi ini menggunakan meter'. Sebab fikir teksi bermeter pakai meter.

Me : teksi ni pakai meter tak?

Pacik teksi : mau ke mana?

Me : Country Homes je.

Pacik teksi : RM20

Me : aik? Mahalnye! Kan kat teksi ni tulis pakai meter. Kenapa tak pakai meter?

Pacik teksi : Semua teksi kat Rawang ni, mana pakai meter dik.

Me : yeke? Hari tu saya pegi Damansara, ambik teksi Rawang. Pakai je meter.

Pacik teksi : tu teksi KL tu. Diorang memang pakai meter, tapi teksi Rawang, kita memang caj tetap macam tu.

Okay, korang bayangkan. Aku pergi dan balik pakai teksi tu. Pergi je dah RM20. Patah balik pun RM20. Total kesemuanya RM40. Dah macam harga minyak ke kL pulak. Adehh! Padahal kalau aku gi rayau kL tu. Naik KTM, pergi balik tak sampai RM20 pun.

Aku rasa aku macam kena tipu je dengan pemandu teksi tu. Tapi memang kebanyakan pemandu teksi Rawang caj pelanggan macam tu. Teruk, kan?

Saja aku bukan isu panas dipagi hari. Haha. ><

Khamis, 16 April 2015

April punye story

Assalamualaikum...

Korang apa kabar? Lama gilaa aku tak update blog. Konon nak hapdet 8haribulan 4 ari tuu. Tetibe blackberry aku demam panas. Memula dia demam biasa je 1hb ari tu, lepas je ari kelima dia terus pengsan dan terus koma. Sampailah aku bawak dia gi hospital, masuk ICU kelmarin. Sib baik sejam je kena tahan ICU.

Oke aku merapu -__-"

Haha. Okay..okay.. Aku nak bagitau korang yang aku dah 22 tahun 8 hari. Yeayyy!! Btw birthday aku 8hb ari tu. Hei, korang. Tak nak wish ke? Sian aku tau. :(

Pastu aku ade ah dapat adiah cake tau dari kakak aku, kak Y. Kek tiramitsu. Nyum..nyum! Sedap! Thanks kak Y. Paling special, kek tu dia buat sendiri. Terharu kannn bile someone buat something sendiri, bukan beli kat kedai. ^_^

Baru-baru ni aku kena keracunan makanan tau. Tak tau laa makanan ape yang beracun, pasal aku melantak je sume mende dalam peti sejuk. Sekali kau, haa..muntah-muntah, yet beyet. Non stop. Lembik aku dibuatnye! Sampai ngalir-ngalir air mata ni haa.

Disebabkan aku malas nak gi klinik ngadap dokter yang comel-comel belaka, maka aku bertahan je laa lam bilik sensorang. Berulang alik keluar masuk tandas. Tetibe je aku jadi bestfren forever MR TANDAS. Hihi. Esok pagi tu aku bangun tidoo. Eh? Dah lega laa! Hahaha. ><

Aku memang cenni. Sakitlah teruk mana pun, takdenye telan ubat. Melainkan sakit yang berlarutan hingga ganggu kerja aku. Haaa..time tu baru aku makan ubat. Nampak tak kemalasan dan kedegilan aku disituu? Hehe.

NotaMintakKaki: korang perasan tak bahasa ganti diri dah bertukar? Dari ana kepada aku. Korang selesa tak baca? Ke lebih suka ganti diri sebagai 'ana'? :)

Rabu, 1 April 2015

Part majlis walimah

Assalamualaikum...

Okay..okay.. Sambung. Hihi. Macam drama korea la pulak. Ekikiki. Harap korang sudi baca lagi. Walaupun tak sudi, kene baca jugak!

Lepas je setel majlis makan-makan. Adik-adik ana sesame berganding bahu (macam tak kene jek peribahasa ni. Lantaklah! Haha) mengemas and membasuh. Maklum laa..adik-adik ana semua dah jadi anak dara. Dah boleh buat kerja.

Then kitorang reramai gerak ke homestay. Kitorang stay homestay reramai. Senang, gerak sekali.

Sampai je homestay konon2 nak tidur. Maklum laa sejuk kemahenn. Aircond kiri kanan. Ekekeke. Sekali hampeh. Mata tanak tido. Bergosip je la kami-kami ni. Maklum laa..jarang-jarang jumpe. Memasing duduk jejauh.

Pastu petang tu gi rumah kakak ana, tolong siapkan untuk majlis walimah pulak. Petang tu kami gi dewan. Memang kosong. Kering. Dahlah hodoh gila dewan dia. Haha. Jujur gila aku. Dewan MPS. Pepaham je la kan. Pastu datang orang pasang kanopi. Diorang la buat semua tu. Kitorang hanya datang dan melihat.

Balik je umah, tengok memasing dah iron baju. Semua baju sama je. Eh..acane diorg bezakan baju? Maklum laa..baju memasing seragam. Pink belacan ngan tudung kaler mint green.

Keesokan harinya (21 februari)..

Kami semua dah siap mandi. Wpun kesejukan..selamba badak je la mandi. Huhu. Lepas je sarapan, pukul 10 camtu. Ana dengan adik-adik ana dah ke dewan. Siapkan apa yang patut.

Baru pukul 11 lebih camtu pak cik ana pun datang. Opah ana pun hade! Amboi, awalnye pacik sampai. Pakngah & opah ana ni antara tetamu terawal yang sampai.

Okay tetiba mata terpandang seseorang. Hati ni tertanya-tanya. Berapa agaknya umur dia ya? Haha. Ari tu, ade gak ana gi umah pak cik ana. Tapi takde pulak dia. Maybe, study lagi.

Alahai..malunya kalau dia ingat zaman kecik-kecik kami. Main kawen-kawen. Meoww! Apesal jambu sangat bila dah besar ni? Ahaha.

Ade la jugak ana sembang-sembang ngan sepupu ana tu. Lama tak jumpa. Kekok je rasa. Sembang punye sembang. Rupanya umur dia dah 24tahun. Alolo..malu ai taw. Tanye yang tinggi sikit tu umur berapa, 19tahun. Ahaha..normal laa adik tinggi dari abang. Lalala~

Tepat 12:30 tengahari, pemain kompang 'suprisse' pun memalukan kompang. Ni semua plan abang ana. Last minit. Tak latih apa sangat pun, diorang terus palu kompang mengiringi pengantin. Nasib baik pro. Ana pun memula ingat, takde kompang. Rupa-rupanya ada. Supprise katanya. Wpun ana bukan pengantin, tapi ana yang terharu lebihh. Haha. Thank you abang!

Ada dua pengantin. Pengantin yang masuk dewan dulu, kakak sulung ana. Pengantin yang kedua masuk dewan, kakak kedua ana. Majlis berjalan dengan lancar. Wpun ada la jugak perubahan last minit. Biasalah berbalah-balah comel tu.

Ana sebagai adik kepada kedua org kakak ana ni, ana paling berusaha bagi majlis ni segalanya berjalan dengan baik. Huhu. Buat kak Mama and kak Eja. Selamat Pengantin Baru.

Okay..lah! Penat taip tau. Sambung lagi satu entri. Hehe. Harap korang tak bosan membaca.