Sejak kebelakangan ni hujan selalu turun membasahi bumi Malaysia, sampaikan ada yang airnya dah naik meninggi atas buku lali. Syukur alhamdulillah negara Malaysia setakat ini tak ditimpa banjir.
Walaupun kerapkali hujan turun, tapi masih ada yang suka berkelah ketika ini. Maklumlah cuaca sejuk, matahari pun segan silu je nak muncul. Bolehlah beraktiviti diluar. Padahal kita tak tahu, betapa bahayanya berkehlah atau bermandi manda di tepi sungai ketika musim hujan. Sebab waktu ini, sungai tengah deras.
Semalam ana dikejutkan dengan satu lagi berita kematian adik kepada kawan ana. Arwah dilaporkan hilang selepas lemas di dalam sungai. Baca artikel penuh di Utusan Online di sini, Pelajar Tahfiz Mati Lemas Tergelincir Ke Dalam Sungai.
Dan secara automatik, mati lemas mengingatkan ana pada kisah tahun lepas. Itu jugak berlaku pada adik kawan sekerja ana sekarang. Arwah juga penghuni rumah anak yatim yang ana jaga sekarang. Kata-kata terakhir arwah buat ana sentiasa rasa sebak. Baca berita penuh di Sinar Harian Online di sini, Saya Nak Jumpa Mak Ayah.
Kedua-duanya mati lemas. Semoga syahidlah mereka seperti yang disabdakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Amin. AL-FATIHAH buat mereka.
Nasihat dari ana, tolonglah jangan ade yang berani2 nak berkehlah buat masa ni. Ana tak sanggup lagi dengar berita kematian menyayat hati. Allahu~