Sabtu, 31 Mei 2014

Aku yang mengejar masa

Assalamualaikum...

Mood tengok drama korea The Moon Embrassing The Sun terbantut lepas tetibe aku teringat, yang aku de janji nak gi majlis tunang sepupu kawan aku. Tengok jam dah 10.44! Waaaa..dahlah tak siap ape lagi.

Kalau ikutkan malas je. Tapi dah orang pelawa, takkan aku nak tolak. Tak baik..tak baik.. Hehe

Mula3 tu pelik gak laa sebab kata dia buat majlis dari pagi sampai petang. Rupanye sebab dia buat dua majlis dalam satu majlis. Eh? Hape aku merapu ni? Ahahahaha

Melalut sudah aku -___-'

Boleh pulak family kawan aku ajak aku gi tengok wayang lepas gi majlis marhaban feat tunang. Aku dahlah dah janji ngan abang aku suruh datang hantar aku ke rumah kakak aku petang ni. Pasal esok akak aku lak bertunang.

Aku sebagai adiknye yang paling baik hati, semestinya aku kene tolong buat persiapan untuk hakak aku bertunang.

Btw i hope jodoh akak aku dan bakal tunangnye merangkap bakal suami bulan 3 tahun 2015 akan berpanjangan sampai bebila. Aminnn..!!!

Jumaat, 30 Mei 2014

Segmen : Jom teka barang Dik An

Assalamualaikum...

Salam Jumaat,

Jom ramai-ramai join segmen ni. Kita bagi meriah. Segmen Jom Teka Barang Dik An. Klik sini untuk join. Syarat-syarat dia pun senang je.

Memula tu rase cam takleh join, pasal henpon aku ni problem sikit bab upload gambar. Tetibe Dik An kata aku leh join. Eh, mestilah join kalau dah kata 'BOLEH'. Nampak tak semangat aku.

Nah ni jawapan aku:

Walaupun aku tak pandai meneka dan tak suka berteka teki, aku nak jugak teka. Dalam kotak hadiah tu aku syak itu baju.

Oke, tu je jawapan aku.

Memo : Saat-saat terakhir

Assalamualaikum...

Seperti yang aku katakan kat entri sebelum ni, aku nak citer saat terakhir ayahku sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saje aku kongsikan kat blog kisah ni untuk tatapan diri aku sendiri, kalau sudi bacalah sampai abis;

Maghrib tu umi aku sembahyang berjemaah bersama ayah aku. Masa ayah aku baca surah fatihah, suaranya terputus-putus. Pelik kenapa macam tu. Sedangkan ayah aku ni dengan ayat quran paling lancar lidahnya.

Lepas maghrib tu ayah aku cakap macam tak berapa sihat. Nak rehat. Mintak sesiapa jangan ganggu. Jadi memang time tu hanya umi aku dan ayah aku je ade.

“Sakit lutut..” Ngadu ayah aku. Umi aku yang ngah syok layan tv terus lah tolong urut lutut ayah aku. Pastu ayah aku cakap lagi, pinggangnye sakit. Masa tangan nak beralih, kaki ayah aku dah sejuk. Umi aku fikir, maybe ayah aku kesejukan sebab aircond. Pastu ayah aku kata sesak nafas. Umi urut lagi. Dan tetiba ayah aku cakap;

“Nak air......” Umi aku ambik segelas, tapi ayah aku teguk sikit je.

“Ade nak apa-apa lagi?” Soal umi, ayah aku geleng je.

“Nak 'tidur' jap.” Kata ayah aku then ayah aku terus pejam mata. Pastu dengar dengkur kasar, maknanya ayah aku dah tidur lena la time tu. Oh, ya. Fyi, ayah aku tak pernah berdengkur camtu. Tapi dengkur tu sekejap je. Pastu tak dengar pape dah sebaik saja lepas mak aku betulkan posisi bantal.

Pastu dalam pukul 11 lebih camtu, umi aku pelik la apesal ayah aku tak bangun2. Umi aku nak kejutlah ayah aku sebab risau ayah aku lapar. Baru nak kejut, tengok muka ayah aku pucat. Tangan sejuk. Badan kaku. Letak jari kat hidung, nak rasa penafasan. Takde. Kosong! Bayangkan ape yang umi aku rasa time tu...

Berlari-lari umi mencapai tudung dan handphone lalu menghubungi doktor peribadi ayah aku. Mujur Dr.Hamzah sampai cepat, kebetulan dia ade motivasi dekat sekitar situ. Tu cepat je sampai.

Dan Dr.Hamzah sahkan yang ayah aku dah meninggal. Dan kemungkinan ayah aku dah meninggal lepas maghrib tadi lagi.

Kata Dr.Hamzah, ayah aku mungkin meninggal dalam tidur. Dalam sijil kematian, punca kematian adalah sakit kencing manis. Padahal hakikatnya ayah aku dah hampir sihat. Namun masa untuk pergi dah tiba, sebegitu saja Allah mengambil ayah aku buat selama-lamanya..

Takde lagi insan yang akan ber'motivasi' pepagi lepas kitorang tidur lepas subuh. Takde lagi insan yang menegur di saat kami adik beradik hu ha hu ha hingga lupa Tuhan. Segalanya Allah telah ambil.

Sesungguhnya aku rindukannya...

“Ya Allah, berikanlah kebahagiaan buat ayahku. Tempatkanlah ayahku bersama orang-orang bertaqwa.”

AL-FATIHAH

Selasa, 27 Mei 2014

Seketika di kedai apek

Assalamualaikum...

Seriously aku memang busy giler 3 4 hari ni. Tambahan pulak tak sihat tetibe kan. Yelah, maybe sebab cuace jap panas sangat, kejap sejuk sangat. Tak menentu.

Nak di jadikan citer, hari ni aku sibuk laa beli barang dapur, utk persiapan esok. Hehe.. Nak gi lawatan ler katakan. Aku ni kalau gi kedai, memang wajib singgah runcit apek ni. Pasal apek ni sporting betul ngan pelanggan dia. Tak macam kedai runcit melayu. Tau nyakat aku je, geram betul.

Pastu aku saje laa sembang ngan uncle ni pasal aku tengok ade kotak Cadbury je. Tapi coklatnyer dah takde. Selalu cadbury full satu almari kat kedai uncle tu, sampai ade sekali tu aku pikir "ni kedai coklat ke?". Hahaaa. ^_^

Me: uncle, cadbury mane?

Uncle: haiyaa..lu olang islam talak boleh makan maa..

Me: dah tu ade je lagi balang cadbury. Mesti ade coklat dia lagi kan.

Uncle: sudah simpan maa.. Tak boleh jual. Nanti lori datang amek.

Maka di situ tahulah aku, kaberi dah di tarik dari sume pasaran. Aku ade gak usha kedai lain. Memang takde!

Isnin, 26 Mei 2014

Hadiah yang aku tunggu

Assalamualaikum...

Tepat je jam pukul 4 petang tadi, tetiba aku dengar bunyik hon pendek kat luar.

Eh? Sape lak datang time camni nih..

Sekali ngintai. Wah~ abam poslaju da sampai! Alolo..susah-susah je datang antar barang aku tau. Hahahaa.. Dah tu memang keje dia kan. :D

Mase jalan nak gi amik barang tu, tetibe je rase macam di iringi lagu Encik Mimpi. Camni haa bunyinye;

Ku benar-benar sayang pada dirimu oh kasihku...
Janganlah engkau ragu pada diriku...
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan...
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam...

Ecehh~ berangan lebih! ><

Bila barang tu sampai je kat tangan aku. Terus rasa nak ketawa kuat-kuat. Hahahahahaa!! Okey, name yang aku bagi tu sebenarnye nickname aku je.

Pastu aku pun bukak adiah tu. Terus cepat-cepat tengok! Wah! Ade lukisan sekali. Ty so much Encik Mimpiku sayang. Hik hok! Siap ade ucapan birthday lagi tu. *teruja*

Waaaaa~terharunyee! Ape nak buat ni? *panik*

Seriously, aku suka sgt dapat adiah tu. Thank you Mr. Z. And ty so much kat Sai yang susah payah. Dan ty very much kat Encik Mimpi sebab bagi adiah. Cewahhh~ rase nak nangis je. Terharu sangat!

Daku ini cinta sejatimu...
Daku ini harapan hatimu...
Oh janganlah engkau bersedih...
Kau ikhlas-ikhlaskanlah hatimu...

Mak aih..ternyanyi pulak!

Happy birthday kakakku sayang

Hari ni hari jadi my housemate. Iaitu kakak aku sendiri. Hehe. Walaupun kitorang tak seibu tapi sebapa. Kire tu kakak tiri aku la.

Disebabkan aku ramai sangat kakak, aku mention name beliau. Namanye kak Syirin. Aku ngan kak syirin ni agak rapat. Dan ade sikit persamaan. Eh? Sikit ke? Cam banyak je. Haha

Kekadang tu ade gak berbeza pendapat. Ade sekali tu kat sogo, akak aku cakap "eh, lawanye handbag tu.” Aku lak cakap "tak lawa pun. Cam nenek kebayan punye je." Hahaha..pastu bermula laa adegan perang pendapat. Kah kah kah.. Lumrah adik beradik.

“Buat kakak aku yang busuk, happy birthday to you. May Allah bless of you! Semoga sihat sejahtera selalu dan diberkati Allah. Dan mendapat 'jodoh yang baik dan caring'. Hahahaa..”

Sabtu, 24 Mei 2014

Haram ke halal ni?

Assalamualaikum...

Hari ni kecoh kat pesbuk, group whatsapp pasal coklat Cadbury yang paling peymes paling popular di abad ini dengan campuran khinzir.

Sebenarnye dah lame dah aku dengar pasal ni. Tapi baru hari ni isu tu di naik pangkatkan. Huhu.

Pastu ade sorang hamba Allah ni memang antu Cadbury. Dia tanye kat aku pasal kesasihan berita tu.


Hamba Allah: kak, betul kerh Cadbury takleh makan dah?

Me: ye dik. Takleh.

Hamba Allah: apesal pulak? Dia cakap DairyMilk ngan Hazelnut je.

Me : Sama gak la. Satu kilang, satu proses.

Hamba Allah : tak paham la kak.

Me : asal bengap sangat kau ni dik. Hadoi! Camni ar.. contohnya kau gi restoran BAK KUT TEH. Paih tu kau cakap nak makan nasik goreng cina. Pasal dalam nasik goreng cina dia tak letak ba alip ba ya. Kau agak2 halal tak nasik goreng cina kau tuh? Sedangkan dia masak bak kut teh dia pun dalam kuali yang same. Sile pikir dengan baik yer.

Hamba Allah : Oh, paham dah. Hahaha. Maaflah. Kite ni memang lembap sikit.

Me : bukan sikit, banyak k. -___-'

Banyak je lagi yang dikatakan ade campuran usus haiwan la, ape la. Cuma kite je tak tau. Kekadang tu tak sahih pun. Tapi ade pulak dari pihak yang tak bertanggungjawab sebarkan.

Bagi aku, ape2 makanan pun. Kalau korang rasa tak halal ataupun ragu dengan sifat halal haramnye, jangan makan k. *peace yo

Pasal ape-ape makanan yang kita makan akan jadik darah daging kita. Takkan kita nak makanan haram mengalir dalam badan kita. Eeeuuu...!

“Hati yang bersih ditempa oleh makanan yang bersih.”

NotaDahi: Pasni peminat-peminta CADBURY sila beralih arah ke coklat lain yer. Hehe

Jumaat, 23 Mei 2014

aktiviti minggu cuti sekolah

Assalamualaikum...

Insya-Allah, kalau tak keberatan. 28hb Mei ni, tadika kitorang adekan lawatan sambil belajar. Ngeeeee~~ tak sabar! Tak sabar nak bawak adik-adik comel lote ni berjalan-jalan.

Seriously aku tak sabar.

1hb Jun pulak aku kene turun Subang Bestari, nak gi join majlis merisik hakak aku tu la. Ni pun tak sabar gak, sebab nak usha bakal abang ipar. Hehe

31 mei pulak, kazen kawan aku dok beria ajak aku join dia nak bertunang. Yang ni aku tak sure pegi ke tak. Hehe. Pasal bertunang je pun. Belum nikah lagi.

7hb Jun aku ade keje sikit nak ke UiTM Puncak Alam. Sape sini study UiTM Puncak Alam? Angkat tangan sikit.

Krik krik krik XD

Pastu part paling tak best aku de kursus 3 hari berturut-turut. Start dari 9hb sampai laa 11hb. Alaa..malasnye nak pegi. Baru ingat nak lepak sewenangnye kat uma, ade kursus fulak dah. Kursus anjuran JKM. -_-'

Takat ni tu je plan aku untuk cuti 2 minggu ni. Belum ade penambahan lagi. Huhu. Ade sesape nak ajak aku layan movie time cuti? *krik krik #GurauJeLa -__-

Khamis, 22 Mei 2014

Memo : Memori yang masih segar

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak citer satu kisah paling sedih dalam hidup aku. Paling aku tak pernah lupa sampai bebila. Kalau ingat je kisah ni, mesti nangis sensorang sambil peluk babybear. T_T sedia tisu bebanyak tau.


4hb 3 2009
11:40 p.m.

Entah nape malam tu tetibe aku jadi seorang yang susah nak tidur. Puas aku guling kiri, guling kanan tapi mate tanak lelap. Cam tak sedap aty pun ade.

Esok pagi tu aku macam biase mandi sebelum subuh siap-siap nak ke kelas. Ustazah aku pun tak bangun lagi time tu pasal aku bangun awal sangat. Then tetiba ustazah aku panggil aku. Aku pelik ah. Apesal ni?

“Ustazah harap kamu sabar, kamu tenang dengar apa yang ustazah nak sampaikan.” Aku dah tak sabar2.

“Ayah kamu dah meninggal malam tadi.” Terus rasa macam dunia ni kelam. Tak tau nak respon ape. Aku memang nak nangis time tu. Aku tahan. Padahal air mata aku dah bergenang kat mata ni.

Aku masuk bilik terus mengalir air mata laju2. Sedih tak terkata. Wpun aku sedia maklum ayah aku sakit, tapi sebulan sebelum meninggal ayah aku tu nampak makin sihat dari hari ke hari. Dan tiba-tiba hari ini, aku dengar berita ayah aku meninggal.

Kengkawan dorm aku pulak terus menerus bagi dorongan & semangat. Lagi lebat air mata aku mengalir sebab rase terharu yang amat. Wuuuuu~

Then pagi dalam pukul 8 camtu, ade encik driver ambik aku. Bayangkan dari Rawang nak ke Rompin, Pahang berape lame makan mase nak sampai. Berkali-kali umi aku call mintak datang cepat. Jenazah tak boleh tunggu lama. Kata umi aku.

Pastu encik driver tu cakap, kene tukar kereta. Baru boleh pecut laju-laju. Sebab nak cepat. Nak tunggu kereta tu sampai je dah lama. Aku nak marah pun tak boleh, hati sebak sangat time tu. Macam tak caye ayah aku dah takde.

Sepanjang perjalanan tu, aku asyik nangis je. Puas aku cuba stop, tapi tak boleh. Dek kerana merempuh jem, perjalanan yang jauh. Maka aku pun sampai Rompin Pahang pukul 2 petang.

Masa tu aku tengok wajah satu persatu adik beradik aku. Mata merah, hidung merah. Srok srek srok srek je aku dengar. Pastu aku tengok adik2 aku 3 orang yang masih kecik tu duduk bertiga masih seolah tak mengerti dengan apa yang sedang berlaku. Mase tu memasing 5,6 dan 8thn.

“Umi, mane abyah?” Tanye aku yang dah mula nak nangis balik.

“Nape lambat sangat? Jenazah dah kebumi. Tak boleh tunggu lame, nanti jenazah terseksa.” Hampir terjelepuk aku time tu. Ayah aku dah dikebumi masa pukul 1 tengahari. Lagi sejam je. Kalaulah aku masih sempat sampai tadi, mungkin aku sempat cium arwah ayah aku buat kali terakhir.

Then aku mintak encik driver hantar ke Tanah Perkuburan Islam Rompin. Di situ aku doa, tahlil, yassin aku baca. Rasa cam nak korek tanah. Nak tengok wajah arwah aku saat terakhir. Namun apelah daya aku. I can't do it!

Tanah merah tu aku genggam dan lerai, genggam dan lerai. Tetiba aku terhidu bau wangi. Bauan yang tak pernah aku hidu. Aku hidu kat tanah tu, ye memang wangi. Aku cakap ngan encik driver. Dia kata, wangi sangat bau kubur arwah ayah aku. Lagilah sebak aku time tu. Siap peluk batu nisan.

“Ya Allah, kau tempatkanlah ayah aku di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

NotaDahi: maaf ye, panjang betul entri ni. Next entri aku nak citer pulak saat terakhir ayah aku.

Selasa, 20 Mei 2014

Salah paham punye pasal

Assalamualaikum...

Sape yang rajin usha & komen blog aku, dia tahu la ape yang jadi kat aku sebelum ni. Isk3! Tragis tau tak.

Klik sini untuk bace entri aku yang sebelum ni.

Dek kerana aku tak puas hati dengan keputusan aku, aku pun inbox page pesbuk yang jual barang yang aku nak tu la.

Tanye punye tanya
.
.
.
.
.
.
Rupa-rupanye
.
.
.
.
.
.

Ni sume salah paham. Pasal yang itu hari amek order tu orang lain yang reply. Pastu yang mintak duit tambahan tu pun orang lain. Erk! Memula pening gak ar nak paham. Then 'hamba Allah' tu pun explain kat aku. Pastu aku tanye, so barang aku ade tak? Dia kata ade, cume belum delivery. Dia nak hantar sekaligus.

Taik kucen betul laa orang ni. -__-'

Sabor je laaaaa..

p/s: aku takkan mention pesbuk online tu kat sini.

Isnin, 19 Mei 2014

Episod LIEBSTER AWARDS

Assalamualaikum...

Aku dapat 3 tag 'Liebster Awards' dari 3 orang blogger. Ty so much yea tag aku. Pasal sebenarnye aku tak berkesempatan jawab. Jadi aku jawab soalan diorang ni dengan satu entri je. :)

Soalan ni aku dapat minggu lepas, hari Rabu. Baru hari ni aku berkesempatan jawab soalan kak Intan Saffyna. Sorry tau lambat jawab. Huhu :D


1. Anda mempunyai teddy bear atau tidak?
Yup, ade. Tapi satu je, tak suke banyak2. Ade name lagi tu, nak tau name dia ape? BabyBear! Ngeeee~

2. sekarang kerja ape?
Kerja sebagai guru sukarelawan di rumah anak yatim je.

3. berapa kali anda akan pergi ke petronas dalam sehari?
Sebulan sekali atau dua kali je, sebab nak singgah sembahyang je.

4. pernah tak anda menabung dan berjaya sampai target?
Menabung tu sampai sekarang. Tapi tak pernah penuh. Tiap kali de emegency terpakse korek tabung. Hahaha.

5. adakah anda cepat merajuk?
A'ah. Sangat-sangat kuat merajuk. Kekadang sampai duduk dalam bilik seharian, mogok tanak makan.

6. Pernah tak anda pergi pasar malam tapi tak beli apa-apa pun?
Pernah. Puas pusing-pusing satu tapak pasar malam, tp tak tau mende ape nak beli. Last2 tak beli pape. Haha

7. berapakah umur anda sekarang?
Ana dah 21 tahun 1 bulan 12 hari. Hihi detail tak? Detail sangat tu.

8. nasi ayam kat manakah yang paling sedap bagi anda?
Nasi ayam umi masak paling terbaik, paling sedap dan tak di jumpai mane2 kedai hebat meskipun 'CRS'.

9. berapa adik beradik anda?
8 orang. Tapi ade adik beradik tiri jugak, dalam 20 org. Semua sekali 28 orang. Ramaikan? Walaupun adik beradik tiri, tapi kitorang rapat sesame adik beradik.

10. adakah anda terus akan kemas katil anda sebaik saja anda bangun dari tidur?
Tak pun. Masuk bilik air dulu, gosok gigi. Pastu berangan jap atas katil, golek2 bagi sepah pastu baru kemas. Nampak kemalasan di situ. Hehe

11. secara totally nya adakah blog saya memberi masalah bagi anda?
Taklah. Lagi suke bace blog kak Intan. Hihi. Santai2 je.


Ni pulak tag yang ke-2 libster awards yang aku dapat dari brader Stanzaku. Btw aku memang tak dapat tag orang lain. Huhu. Tak sempat nak pikir soalan. Banyak keje.


1. Kenapa anda berblog?
Sebab ana suka membaca kisah hidup orang lain. Dan berkongsi kisah hidup ana. Adakala kita tak dapat meluahkan dengan lidah, jadi kita meluahkan melalui tulisan.

2. Sudah berapa lama anda berblog?
Setakat ni baru 7 bulan. Ehehe..usia blog ni muda kan?

3. Anda rasa anda berblog sampai bila?
Sampai satu saat ana dah tak boleh menaip macam sekarang.

4. Anda pelajar ataupun bekerja?
Ana da keje da pun. :)

5. Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur? Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Kos sara hidup sekarang makin tinggi. Sampai kita kena ada kerja sambilan baru boleh tampung hidupan harian.

6.Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
Buku kisah Dajjal Laknatullah kembali. Sebab dia menceritakan semua tentang kebangkitan akhir zaman. Bace sampai meremang bulu roma. Huhu

7. Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Filem hindustan. Citer WAQT. Mengisahkan seorg bapa yang membesarkan anak dgn penuh kasih sayang sampai lupe ajar erti berdikari. Saat terakhir ayahnya, si ayah terpaksa bertindak tegas dgn anaknya spy pandai berdikari.

8. Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
Ana lahir dalam keluarga seni yang ade bakat tersendiri. Jadi semua jenis seni ana suke.

9. Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Tak boleh nak jangka. Sebab ajal tu datang bila-bila je.

10. Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Takde pencapaian pun. *sedih*

11. Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?
Jadilah penulis blogger yang berhemah. Menulis sesuatu yang bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.


Last tag, aku dapat dari Si Tracey. Kire ni tag yang ke-3 yang aku dapat. Harap-harap yang ni last.

1. Sepanjang jadi Blogger, apa event blog yang paling korang tak boleh nak lupa?
Setakat ni tak pernah lagi join even mane2. Pasal ana ni blogger baru. Orang pun tak kenal lagi ana.

2. Rasa-rasanya sampai umur berapa atau bila korang akan berhenti buat blog?
Sampai satu saat, ana dah tak boleh menaip macam sekarang.

3. Pernah tak ada rasa menyesal buat blog? Atau ada entri yang korang rasa nak tarik balik.
Pernah la sgt. Dulu pernah buat entri dah sampai 20. Pastu padam semua, buat entri baru seperti yang ade macam sekarang ni. Then baru publish entri. Huhu

4. Rasanya kalau takda blog, korang tengah watpe sekarang?
Maybe bukak facebook atau main twitter.

5. Berikan satu perkataan untuk describe blog korang sekarang ni.
My life story

NotaDahi: macam jawab soalan exam fulak. Ahahaha.. Soalan korang memang sempoi. ^^ suke3

Ahad, 18 Mei 2014

Apekah ??

Assalamualaikum...

Aku tak taulah nak salahkan sape. Mase bulan lepas dalam page facebook, dia cakap order barang termasuk postage adelah RM27.

Then aku bank in RM27. Mase aku buat payment tu 28hb April. Kire 28hb April tu aku da settle konfem ape sume tu lah.

One day aku terbaca post kat page facebook tu, dia kata maybe penghantaran lambat sebab ade masalah tertentu. OMG! O_o Aku sabar je la tunggu walaupun hakikatnye aku tak sabar. Ngeh3x

Tetibe hari ni 17hb May, cik penjual tu email aku. Dia cakap, pembetulan termasuk postage adelah RM30.

Kebangangan apekah ini?! -_-'

Mula laa aku cam nak marah, but aku cer kawal emo aku ni. Then aku cakap laa; so nak tambah lagi RM3 ke???

Kenapa laa baru cakap sekarang. Masalah sekarang ni, barang yang aku order tu da 19hari yang lalu. Then cakap mintak tambah lagi RM3 tu pada hari ini. Aku bukan ape, aku kalau dia cakap awal2 takpe la jugak. Aku okey je. Ni cakap lepas dah 19 hari aku order. Mane tak marahnye aku ni. Nak marah pun tak selesaikan masalah, betul tak?

So aku reply lagi email cik penjual tu. Aku cakap halalkan je la RM27 tu. Aku tak jadi order. Dan aku tak nak duit tu dikembalikan. Seriously kecewa sangat2 dengan servis camtu.

Mohon sangat2 jangan buat camtu pada pelanggan, nanti hidup kita takkan pernah berkat. Ingat tu! (u__u)

Mood :: kecewa yang parah! :'(

Jumaat, 16 Mei 2014

Pabila kakak-kakakku ingin tamatkan zaman bujang !

Assalamualaikum...

Sedih!

Umi dah balik. Baru ingat nak ajak umi gi FORUM PERDANA kat Country Homes. Tapi umi kata tak sempat. Umi ade hal lain.

Takpe laa..

Da dapat enpon tanak da layan anak dia ni. Ahahaa *tacing lebih*

Maybe cuti panjang ni, umi balik sini lagi! Insya-Allah. Pasal kakak aku yang kedua tu ade orang nak merisk dan mungkin terus meminang. Harap-harap menjadi laa kali ni. Tolong doakan kakak aku.

Yang buat aku pening kepala, akak long aku pun begitu jugak! Keluarga belah lelaki nak merisik dan tunang terus. Pastu nak kahwin cepat dalam tahun ni. Adehh! Pening..

Cuti panjang bulan 12 ni pulak kakak sebapa, mak lain ni nak kahwin jugak. Takkan nak gabung 3 pengantin kut. Tak mau nye deme. Semua nak special tersendiri.

Tak tau nak fokus yang mana!

Semua nak kahwin serentak tahun ni. Acane niy? Baju keluarga pengantin lagi nak kene carik. Kalau yang sorang tema biru, sorang tema pink, sorang tema purple. Tak ke nangis aku ni. Rabak poket aku. Wuuuu ~~

Memasing nak tamatkan zaman bujang. Cenni ah jadinye. Hope ade penyelesaian terbaik!

Khamis, 15 Mei 2014

Segmen blogger aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Rabu, 14 Mei 2014

Resipi : ayam masak lemak cili padi

Assalamualaikum...

Dek kerana line ternet baru nak laju, maka inilah saat untuk aku balas dendam. Hahaha!

Second entri

Setelah berabad-abad tak masak masakan lemak cili api, tetiba terase rindu nak masak ary ni. Saje nak share resepi. Lain orang lain cara.

Macam aku, aku panggil masak lemak cili api ni masak malas je. Pasal cara aku masak pun campak2 je. Lepas bace sila try okey. Aku ni suka masak cikai2 je. Ehem, cikai2 pun sedap tau. Belum cube, belum tahu. Ngeh3

Bahan:

-Ayam
-Serai
-Daun kunyit
-Tomato
-Santan
-Asam keping

*bawang besar 3 bijik
*bawang putih 2 ulas
*cili api 10 bijik
*halia 2 cm
*kunyit hidup

Yang bertanda * tu bahan utk di kisar yer. Kisar sampai lumat. Kunyit hidup tu pakai bebanyak. Bagi nampak kuning. Kalau pakai kunyit serbuk pun boleh. But warna dia tak cantik, and rasa dia akan sedikit terganggu.

Cara masak:

Memula tu bukak api. Letak periuk, takyah tuang minyak. Pastu masukkan je bahan kisar tadi then kacau. Bile da nampak agak kering, masukkan ayam mentah. Gaul sebati. Masukkan serai dan daun kunyit. Kacau jap pastu masukkan air. Ikutlah berape byk kuantiti, jgn byk sangat. Kang kuah tak pekat. Then bile dah didih masukkan santan. Kacau jangan bagi santan pecah, tunggu sampai santan masak. Masukkan asam keping satu je. Pastu masukkan garam secukup rasa, tak lupa gak masukkan gula sikit bagi manis. Kalau kuah mendidih tu maknanya santan dah masak! Masukkan tomato last sekali, supaya tomato tak lunyai dalam gulai. Dan..yeay! Dah boleh makan! Nyum2

Bebudak uma aku makan sampai jilat jari kau. Wow! "Sedap ke?" Eceh, buat tanye2 lak aku ni. Bebudak tu jawab reramai. "Sedapppp!" Hihi.

NotaDahi: aku tak letak minyak pasal ayam dah keluarkan minyak. Jadi kuah tu taklah berminyak sangat. Dan boleh di nikmati sampai licin. :-P

Selasa, 13 Mei 2014

Oh my uMobile

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku tak paham ngan line u-Mobile. Sesuka aty beliau je nak 3G kejap, EDGE kejap. GPRS kejap. Aish! Kekadang tu SOS terus. Kalau dah SOS tu memang sakit jiwa laa aku dibuatnye!

Dari semalam sampai hari ni line asyik EDGE. Isk! Tak kesian langsung kat aku. Sampai hati U-Mobile. Pastu ade sekali tu SOS. Apehal lak ni? Aku langgan ternet kot. Abis gitu je ternet aku berjalan?

Amboi uMobile. Aku bayar kut. Tak baik tau makan gaji buta.

Sampai sekali tu aku terpikir. Aku kat hutan ke? Ni haa..panggilan dari PosLaju sampai 3 kali misscall aku tak dapat jawab. Panggilan dari incik bos tak sempat angkat. Text emegency pun tak masuk.

Sudahnye pukul 6 petang gitu ah baru masuk sume. Belum lagi whatsapp, bbm, email, twitter, pesbuk ape kejadah sume tu lah. Dah pukul 7. Baru masuk laju2 text hape sume. Sedih tahu tak.

Bila aku call centre dia. Jawapan diorang mesti; "kami sedang upgrade servis." Asyik upgrade je. Line centu gak. Adeh..

Geram p0n ader. Aku sarankan sesape yang ade aty nak pakai uMobile tu, baik pikir 40 kali. Punah. Mujurlah sekarang 3G, dapat laa aku hupdate blog satu entri.

Muehehehehe..

Isnin, 12 Mei 2014

Hadiah sempena hari ibu

Assalamualaikum...

Ibu..ibu, engkaulah ratu hatiku.” 'Selamat hari Ibu.' Alahai, keluar iklan hari ibu fulak dah. Aku jeling belakang, tengok umi lena je. Harap-harap tak dengarlah iklan tadi.

Umi: hari ni hari ibu kan?

Me: erk! a'ah. Selamat hari ibu, umi nak adiah pe?

Mase bile ntah umi aku terjage aku pun tak tau. Sedar-sedar je terus tanye soalan tu. Terperanjat aku!

Umi: umi nak henpon la.

Me: aik? Kan dah ade blackberry. Baru lagi tu. Banyaknye henpon umi.

Umi: umi ingat nak tukar Lenovo.

Tu diaa ke main lagi haa mak aku mintak henfon android. Aku ingat mak aku taklah minat sangat kat henpon touch ni. Rupenye dalam diam..hihi

Me: abis tu blackberry nak campak mane?

Umi: jual je la sape2 yang nak.

Me: aih.. Cenni ah bile dapat mak up to date. -_-'

Umi: umi nak edit gambarlah, blackberry aplikasi terhad.

Me: umi reti edit gambar ke? *terkejut

Umi: retilah. Cik Roza ajar umi. Dia kan pakai Lenovo.

Me: Oo... Tu yang umi nak lenovo tu, kan?

Umi: *sengih* a'ah. Skrin besar.

Me: Cik Roza ni, ajar mak i macam2 la. Kang kalau cik Roza tu ade instagram, mesti umi nak pakai instagram gak. Adudu..

Umi: natang mende tuh. Citer la kat umi.

Me: jangannn..nanti umi terpengaruh.

Umi: hahaaha

Maka semalam jugaklah aku ajak abang aku turun The Store Sg. Buloh demi mencari adiah sempena hari ibu. Kemain seronok lagi mak aku main henpon gadget dia tuh. Hahaha.. Hadiah hari ibu la katakan.

Comelnye mak aku ni. Pandai pulak tuh pakai natang editing2. Seingat aku, mak aku layan whatsapp ngan bbm je. Dulu de ah pesbuk, skodeng anak2 dia. Sekarang bak kata mak aku, umi malas ah nak main pesbuk2 ni. Apekah? -__-'

Sabtu, 10 Mei 2014

Sharing is Caring

Assalamualaikum...

Oleh kerana busy. Tak dapat nak update ape-ape. Idea pun ilang ntah ke mana. Asyik taip padam, taip padam. Jadi ada lebih baiknya anna kongsikan sikit ilmu yang ana dapat. Copy paste dari seorang Ustaz Zahazan;

8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
?👌 delima
?👌 yogurt
?👌 bawang putih
?👌 bawang besar
👌 teh hijau
👌 oat
👌 labu
👌 brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Tiga perkara membawa penyakit
1) banyak bercakap
2) banyak tidur
3) banyak makan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Empat perkara merosakkan badan
1) dukacita
2) sedih
3) kebulur
4) tak tidur mlm
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Empat perkara menambah seri wajah
1) taqwa
2) jujur
3) pemurah
4) jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Empat perkara menambah rezeki
1) qiamulail
2) byk istighfar waktu 2/3mlm
3) biasa bersedeqah
4) berzikir waktu awal pagi dan petang

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Empat perkara menjauhkan rezeki
1) tidur waktu pagi
2) sedikit bersolat
3) malas
4) membazir

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
 1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
 2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
 3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"

~Wallahualam~

Jumaat, 9 Mei 2014

Benci

Assalamualaikum...

“Umi turun Tasik Puteri hari ni. Sebab 'ayah' balik kL kejap je. Dan malam ni umi ada program di Kuala Selangor.”

Mesej ape ni? Umi? Ayah??! Lama aku cuba hadam mesej. Pukul 4pagi kot text masuk. Lama sikit tu barulah aku paham. Rupenye umi nak turun Rawang hari ni. Nak jumpe bapak tiri haku katanye. Maklumlah, bapa tiri keje jejauh. Jadi jarang jumpe.

Aku harap pacik yang tetibe bergelar 'ayah' dalam hidup aku ni tak datang sini la. Because, i hate him!

Banyak sebab yang munasabah untuk aku jadikan alasan kenapa aku benci bapak tiri aku. Cuma aku tak pernah cakap dgn umi, yang aku tak berapa suke pacik tuh. Aku nak jaga hati umi je.

Hate you bapak tiri~!

Takkan ade lelaki bergelar ayah selain ayah kandung aku sendiri. Takde lelaki terbaik dalam hidup aku selain arwah buyah. Abati~ rinduu..

**Abati :: ayah
**buyah:: ayah

Tapi umi macam dah tahu je yang aku kurang suka dgn pacik tuh. Alahaii...

Rabu, 7 Mei 2014

Ohh~kenangan

Assalamualaikum...

Bila aku tatap gambar kengkawan asrama aku dulu lelame. Terus teringat zaman kegemilangan kenakalan kitorang. Hahaha.. Nakal laa sangat. *mata ke atas gitu

Time orang mengaji, kitorang lari menyorok kat dorm. Ustazah denda tak bagi keluar, kami ramai-ramai mogok makan maggi seasrama. Ntah pehape je kan.

Aku taklah nakal sangat pun. Nakal ciput-ciput je. Diorang buat angkara, aku jayakan je. Hahaha..

Paling kesian ada sorang akak form 2 tumpang mandi kat dorm kitorang, lepas tu kawan-kawan aku gi bawak lari baju akak tu. Apelagi, menangis akak tu. Aku nak tolong, tapi diorang tak bagi pulak. Jadi aku hanye mampu tengok je. Sian betul akak tu.

Ustazah suka kejut kitorang tekan loceng. Yang group bebudak nakal nih geram sangat terus gunting wayar. Mengamuk kakak pelatih! Hahaha..!!

Berjasa rupanye ustazah mendidik kami. Walaupun nakalnya ya ampun. Tak mampu aku luah semua. Terima kasih ustazah.

Aku pun tak sampai tingkatan 5 pun duduk sana. Masa aku form 4 bulan april, ayah aku meninggal. Waktu tu terus aku pindah rumah anak yatim. Isk! Sedih.

Bila jumpa kengkawan balik, adudu..rindu yang parah! Yang sorang dah sampai Amman, Jordan. Ada yang dah ke Berlin, London. Ada yang dah ke Australia. Jumpa siap bawak anak lagi. Haa..kau! Jeles mak jemah. Anak dia pun nakal ya ampun. Sebijik macam mak dia. Hahahaha

Kawan aku paling rapat, paling baik, paling selalu ada ngan aku, Hanisah, Jue, Afifah, Nani, Safirah. Diorang tak pernah lupe aku. Aku jek lupe korang. Opss.. Lupe lagi sorang Seila. Dia jaga aku time aku demam sebulan. Dahsyat kau.

Rindu kenangan dengan korang! kenangan 8 tahun yang lalu.. ^^ for you all 
~Batch93~

Teringin punye pasal

Assalamualaikum...

Dah 2 hari ikan keli yang akak aku beli kat NSK berkubang kat peti sejuk. Hari ni, tadi aku nak basuh muka kat sinki ternampak pulak ikan keli dah siap di siang.

Aku tau ni..! Mesti akak aku nak suruh aku masak. Aish! Ikan keli kot. Memang semalam aku de cakap nak masak ikan keli sambal hijau. Tak sangka lak akak aku ni hadam cepat kata2 aku. Hahaha. Fyi, ikan keli sambal hijau memang feveret kami. ^^

Bab masak ni takde hal. Sebab aku memang suke masak, suka makan masakan sendiri. Bila sendiri masak lebih memenuhi citarasa sendiri.

Tapi....!

Yang jadi masalah ikan keli ni kalau goreng suke letup-letup. Bukan kecik-kecik punye letup. Besar-besar. Padahal aku dah sapu garam, lulur dgn asam jawa. Tah petua ape lagi aku dah pakai, ikan keli tu tetap nak letup-letup. Saje ar tu, hasad dengki ngan aku. Wuuuu~

Tapi pasal teringin sangattt makan ikan keli pekena sambal hijau. Layankan sajaa.. Lalalala~

Selasa, 6 Mei 2014

Segmen untuk blogger baru by Hana Hafis

Assalamualaikum...

Hai!

Seriously aku nak gitau yang aku ni budak baru dalam dunia blogger. Tadi bukak satu entri di blog Hana Hafis, dia ade buat segmen untuk blogger baru macam aku.

Aku dah join. Kalau korang yang baru nak masuk alam blogger terbaca entri aku yang ni, boleh join sekaki. Ni syarat dia;


Terbuka untuk:

1) Blogger yang baru tak sampai usia setahun jagung lagi means. start blogging 1 MAY 2013 and onwards..
        ATAU
2)Follower kurang dari 300 orang..


Nah, klik DiSINI untuk ketahui cara join. ^^

NotaDahi: Ada surprise gift untuk follower ke 99! Maybe u are the lucky one!

Isnin, 5 Mei 2014

Menjual tudung tapi tidak memakai tudung??

Assalamualaikum...

Itu hari aku turun Damansara, pegi jumpe kakak aku kat bakeri beliau. Dah alang2 aku kat D'sara, aku pun singgah ler uptown. Sajer cuci mata, sambil tgok ape yang ade. Laen hari boleh dtg lg.

Tetibee tu aku ternampak lalu terbekenan dekat selendang hoodie. Harga dia RM35, but pendek okeh! Buat ape aku beli kalau tak menutup aurat dada, kan.. Dan aku ternampak pulak tudung hoodie warna hitam.

“Berapa harga tudung hoodie ni kak?” Tanye aku sambil belek² tudung hoodie yang nampak labuh. Berkenan kot.

“Dalam rm49 dik, tapi saya boley bagi kat adik rm40. Camne? Nak?” Ujar akak penjual tu sambil betul² kan rambut dia. Aku pandang akak tu atas bawah atas bawah. Dalam aty aku terdetik.

Camne laa dia boleh jual tudung tapi dia sendiri tak pakai tudung. Kan lebih baik beli tudung yang akak jual tu then pakai. Sekurangnya orang boleh berkenan dgn cara akak pakai. Tibe² idea nakal aku datang!

“Apakata akak try pakai dulu. Saya nak tgok labuh mana tudung yang akak cakap tu.” Akak tu tak pikir ape dah, terus dia sarung tudung tu. Cun!

“Tengoklah, labuhkan. Cantik bila pakai.” Kakak tu pusing2 depan aku ala2 model.

“Err..cantik lagi lau akak pakai. Okeylah kak, takpelah. Lain kali saya dtg lg.” selamba je aku pegi camtu je. Sambil dalam hati ketawa geli hati. Muka akak tu terkulat-kulat bile aku cakap camtu.

NotaDahi: Sori ler akak yg jual tudung tu ye! Saya memang nak tgok akak pakai tudung pun. Cantik!

Less 50% punye pasal

Assalamualaikum...

Hajat sebenar patik turun AEON Rawang semalam nak melayan 'Spiderman 2'. Tapi disebabkan kakak patik de hal lain lepas pukul 3 petang, melepaslah patik tengok wayang. Isk3

Pastu akak aku tu kebetulan carik eyeliner. Eyeliner dia da abis. Tu pun keluar pakai eyeliner aku. Eleh, aku pun eyeliner baru je beli 2 3 ary yang lalu! Hihi.

ELIANTO? Macam biase jek dengar kan. Kitorang masuk kedai Elianto tu. Pastu akak aku dok usha2 barang2 mekap lain. Aku tengok pun barang dia kemain kau standart dia. Harga lagilah standart. Tetibe akak promoter tu kata tengah less 50%.

50%??

Bia betul? Dari harga RM50 terus jadik RM25. Wah! Kebetulan kitorang gi semalam, last day. Langkah kanan mak jemah!

Dek kerana tengok akak aku excited beli tu ini, setan lak tak berhenti-henti hasut aku. Hape lagi aku pun rembat laa 1 2 ketul. Haaa..beli gak akhirnya. :D

NotaDahi: Betul laa cakap orang, perempuan pantang nampak perkataan persen-persen tu. Aku pun terjangkit! Tak dapat di nafikan lagi. XD

BUDAK VS SYAITAN

Zaki (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Zaki diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Zaki pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Zaki akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Zaki terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.

Akhirnya Zaki memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
(Doa sebelum makan yang telah diajar di surau tadi)

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Zaki terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang merungut...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"

HAHA

#salam semua

Ahad, 4 Mei 2014

Kisah : MALAIKAT MAUT tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa.

ALLAH SWT bertanya kepada malaikat maut: “Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?”

Maka Malaikat pun menjawab: “Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan segan.”

“Apa yang membuatmu tertawa?”

“Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut; 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun'”.

“Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya”.

Allah SWT. lalu bertanya: “Apa yang membuatmu menangis.”

Maka malaikat menjawab: “Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di gurun tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis karena mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu.”

“Lalu apa yang membuatmu terkejut dan segan?”

Malaikat menjawab: “Aku terkejut dan segan ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari bilik tidurnya, setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut.”

Allah swt bertanya lagi: “Apakah kamu tahu siapa lelaki itu.”

“Tidak tahu, Ya Allah.”

“Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di gurun pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya.”

Sabtu, 3 Mei 2014

HUKUM : Meletakkan nama SUAMI di belakang nama ISTERI

Di dalam ajaran Islam, seorang isteri TIDAK BOLEH menambahkan nama suaminya atau nama keluarga suaminya yang terakhir setelah namanya sebagaimana banyak terjadi kepada non-muslim berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (3508) bahawa Nabi SAW bersabda:

ﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﺭﺟﻞ ﺍﺩﻋﻰ ﻟﻐﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ ﻭﻫﻮ ﻳﻌﻠﻤﻪ ﺇﻟﺎ ﻛﻔﺮ ، ﻭﻣﻦ ﺍﺩﻋﻰ ﻗﻮﻣﺎ ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻓﻴﻬﻢ – ﺃﻱ ﻧﺴﺐ - ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ

Erinya: (Tidaklah seseorang mendakwakan kepada selain ayahnya sedangkan dia mengetahuinya kecuali dia telah kafir, barangsiapa yang mendakwakan kepada suatu kaum sedangkan dia tidak memiliki nasab dari mereka, maka hendaklah dia memesan tempatnya dalam neraka).

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ) ﻣﻦ ﺍﻧﺘﺴﺐ ﺇﻟﻰ ﻏﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ .. ﻓﻌﻠﻴﻪ ﻟﻌﻨﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ ( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﺔ )2599( ﻭﺻﺤﺤﻪ ﺍﻷﻟﺒﺎﻧﻲ ﻓﻲ ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ )6104

Dan Rasulullah SAW bersabda: (Barangsiapa yang menisbatkan dirinya kepada selain ayahnya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya) HR Ibnu Majah(2599) dan dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ (6104).

Pengajaran : AlKisah BELON

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.

Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.

Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.

Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.

Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.

Senyum...

Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.

Khamis, 1 Mei 2014

Peristiwa 1 Mei 2014

Assalamualaikum...

Saje aku gedik2 nak follow Kak Iyra gi UM tengok show konsert amal. Bosan dok uma. Dalam pukul 11 camtu, konsert pun abis. Pastu terus bertolak balik.

Tepat je aku pandang jam tangan, jarum tepat nombor 12malam. Ape lagi, terus aku bukak facebook lelaju. Cek post, eh? Takde pun orang wish birthday kat EM. Hampa jap! Takde org tau kot! Ah, pedulik hape. Aku terus ke inbox.

Wish birthday kat EM, pastu gi kat wall EM dan conteng! Miahaahaha...akulah orang first wish birthdy EM! Pastu baru peminat2 lain EM follow wish! XD

Pastu tetiba, jam 12.30 malam camtu ar Hiace tetiba takleh start! Ah, sudah. Apekah ini yang di katakan sudah tiba masanya? Nooo..aku tanak tido tepi jalan. Tanak..tanak!

Aku try mesej my bff. Mintak dia datang. Tapi sayang! Beliau kat kampung, Banting. Jauh kot. Lau dia kat uma sewa dia kat Taman Tun dekat ar gak ngan Damansara Damai. Maka terjadilah alkisah merempat di tepi jalan. Hahaha..

Harap je banyak kete lalu lalang. Tapi kebanyakannya, orang hanya tahu lambai, kenyit2 mata pastu blah. What the..? Argh! Bukan nak tolong. Menciii...

Sementara tunggu tuh kitorang gi Petronas, solat. Lepas dah kenyangkan perut ngan nasik bungkus. Keluar dari bilik solat, dah ade kete lain amek kitorang! Yeayy..tu p0n dah pukul 3pagi. Hahaha..hamek kau! Lambat giler ah aku balik uma.

Konon-konon nak baring je, nak rest jap. Sekali aku bangun jam dah 7.20pagi. OMG!! Lewatnye haku bangun..pasal hari ni aku de program pukul 8. Giler weh! Kelam kabut aku siapkan budak uma aku hape sume.

Tu diaaa! Keta Alphard hitam berdiri dah kat luar rumah aku. Pastu pegi lah kami ke program. Aiseyyy..penat den aih.

Balik uma pukul 2petang. Balik tu kemas sikit ape yang tak terkemas. Pastu baring kejap. Then tetido sampai pukul 6petang. Bangun jek tido, kepala aku migrain. Puas aku urut, tapi semua takleh. Sakit betul kepala aku.

Ni tadi patut ade hal pukul 9malam. Tapi serius! Aku dah tak larat. Pengsannn..

Begitulah aku dan 1 mei. Jadual yang penuh & padat. Ni pun taip blog ngantuk tahap gajah. ><

Episod kete rosak tengah malam

Assalamualaikum...

Di saat aku sedang hupdate ni. Kete tengah mati tetiba. Hadoi! Frust weh! Semua orang nga tido tu. Takkan aku nak kacau lak.

Padahal tadi elok jek! Pastu matikan kejap, on balik tapi asyik bunyi..hek hek hek..camtu ar bunyi dyer.

Last2 terpaksa call husband Siti, Unie. Soh dia amek kitorg sekarang. Kitorang tu ramai..hahaha

Btw mood aku wat lek wat peace. Takde gundah gulana fulak tuh. My bff lak takde kat cni. Dia balik kampung. Lau tak leh dia tolong tengokkan. Wuuu~

Lagilaa hampa aty kuuu