Rabu, 22 Oktober 2014

Adakah haram memegang anjing dalam keadaan kering?

Assalamualaikum...

Walaupun dah 3 hari berlalu kempen 'I Want To Touch A Dog'. Namun isunya masih panas walau dah di "simpan" dalam peti sejuk.

Seseorang telah pun bertanya pada ana di pesbuk. Mungkin beliau masih musykil dengan kenyataan media.

She : kak, kita nak tanye la. Pegang anjing dalam keadaan kering, kita tak payah samak kan?

Me : err..kenapa tanya kat sini? Awak kenal saya ke?

She : kenal. Akak blogger Ismi Ana kan?

Perghh..sejak bila guwa feymes ni? Haha. Abaikan. Meh sini ana jelaskan cara ana.

Ana tahu mesti ramai orang melayu beragama Islam geram dengan anjing, kan kan? Maklumlah, comel gila. Ana pun geram. Tapi taklah sampai nak pegang, bergambar bagai.

Terbaca pulak status budak-budak sekolah yang ilmu tak berapa nak tinggi lagi. Eh eh..cakap macam kau ustaz. Phuii la. Haha. Antara status yang ana baca :

“Anjing pun ciptaan Tuhan. Peganglah. Nantikan boleh samak.”

“Pegang tangan awek, takde pulak kau cakap haram. Pegang anjing, sibuk kau cakap haram.”

Ana bagi dua status je la eh. Ekceli banyak lagi. Tapi tak larat la nak taip banyak-banyak. ><

Persoalannya; adakah kita tahu kenapa Allah haramkan kita memegang anjing? Kenapa anjing dan babi di kategorikan sebagai najis mughalazah?

Ekceli kita semua tahu, Mughalazah adalah najis berat, right? Tapi kenapa Allah jatuhkan hukum haram pada anjing dan babi? Sedangkan mereka juga ciptaan Allah.

Ramai yang musykil tang ni. Kan kan? Sebenarnya setiap hukum yang Allah tetapkan ada sebabnya.

Macam babi, Allah haramkan kita makan daging babi. Padahal daging babi lebih sedap dari ayam. Kata kawan ana yang cina laa. I dont know laa sedap macammana, tak pernah makan. Haram. Hehe.

Rupanya Allah haramkan kita makan babi sebab ada ulat dalam daging babi. Ulat tu walau kita masak sehari pun belum tentu dia akan mati. See..dah jelaskan kenapa Allah letak hukum haram pada babi.

Berbalik pada topik asal, kita tertanya-tanya kenapa Allah haramkan kita membela/pegang anjing. Sedangkan anjing lebih cerdik dari kucing. Why? Why?

Jawapannya, Allah haramkan anjing sebab pada air liur anjing ada kuman. Kuman itu dikatakan kuman yang membawa penyakit/virus. Ana tak berapa jelas penyakit apa, tapi yang sure air liur anjing bawak penyakit.

Ada orang kata; "janganlah pegang air liur dia. Kita pegang badan dia je."

Korang tau tak, anjing tu bersihkan badan dia dengan apa? Dengan lidah. Diulangi LIDAH k. Anjing ni ala2 macam kucing je. Kucing kan suka jilat badan dia. Macam tu juga anjing.

Ada pulak orang cakap; "abis tu kenapa di katakan anjing boleh dipegang ketika kering?"

Omg! Ape laa bebal sangat kau ni. Jenuh tau nak terangkan pada yang banyak tanya camni.

Anjing boleh dipegang ketika kering apabila kau tengok anjing tu sakit tersepit kat longkang. Jangan laa kejam sangat tengok je anjing tu. Selamatkan dia. Sebab dia juga ciptaan Allah.

Paling best ada yang cakap; "Anjing lagi mulia dari manusia. Manusia tau buat maksiat je. Anjing pun ada yang masuk syurga."

Yang ni tak tau nak cakap otak dia letak mana. Kesian tau dengan orang macamni. Anjing yang dikatakan masuk syurga, Qitmir. Sebab? Dia bersama dengan Ashabul Kahfi.

Maka hukum memegang ANJING adalah HARAM. Pegang bila keadaan terdesak sahaja.

Oke, sekarang ana dah bagi jawapan. Sebarang kemusykilan, sila komen panjang lebar ye. Atau ade yang salah, sila tegur. Opsss, entri ni TER-panjang lebar la pulak. Ekekekeke. ><

56 ulasan:

  1. Entry panas di awal pagi....heee...
    Akak takut kucing...anjing tu jgn cakap lah...bagi sejuta pun akak tanak sentuh...heeeee...

    Liberalisme secara halus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang mintak ana wat entri komen pasal isu ni. Hehe. Isu panas katanye. ^_^

      Padam
    2. heee.....apa-apa pun...wahh Ismi Ana sikit lagi jadi blogger femes ni..hhehe..

      Padam
    3. Mane ade la kak. Huhu. Biase2 je. Maybe dia pernah baca entri ana kot. Orang kata ape, silent readers gitu. Hehe

      Padam
    4. KAk..berbalik pertanyaan pegang anjing dalam keadaan kering kena samak atau tak, Akak xjawab.
      Kalau terdesak boleh pegang tapi kena samak tak

      Padam
  2. Pendapat ulamak-ulamak Sunnah tentang sentuhan manusia terhadap anjing pelbagai. Mazhab Maliki kata orang Islam boleh sentuh anjing dalam keadaan kering atau basah, seperti sentuh kucing juga. Mazhab Hanifah pula kata boleh pegang anjing kering atau basah tapi air liurnya najis. Yang paling tegas ialah Mazhab Shafie dan Hanbali tidak boleh pegang anjing dalam keadaan basah termasuk air liurnya sekali.

    Masalahnya yang kita saja-saja nak pegang-pegang anjing yang punya gigi taring yang tajam itu kenapa? Banyak lagi benda dalam dunia boleh pegang - pegang pokok bunga, pegang tangan mak, ayah dan adik beradik yang muhrim, pegang orang buta lintas jalan, tapi mengapa memilih anjing untuk dipegang?

    Yang penting jangan jadi seperti artis yang sebahagiannya tak kisah berpegangan dan bersentuhan bersama dengan artis lain yang bukan muhrim. Pegang anjing boleh disamak, pegang yang bukan muhrim nak samak dengan apa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh..panjangnye komen JR. ^_^ penerangan yang jelas.

      Padam
    2. mungkin sebab anjing 2 bpk dya piara dri kecil tuk jaga kebun dan anjing yg selalu dtg nak main2 dgn dya 2 lhaaa sebab bdk2 selalu nk pegang bab sya lhaaa salah satunya dan lw saya pi mna2 dya kan selalu temankan lw ada ular khaa tenggiling biawak babi hutan dya gonggong so tw ada benda yg tk kena so terasa sangat selamat dn bila dya buat sesuatu yg membuat kita terharu selalu nk pegang kepala dya dn bulu yg cantik dripada bunga pokok yg tk sebarapa 2 so setiap org ada sebab tersendiri napa nk pegang anjing... anjing taring dya tajam mcm samurai jepun pwn dya takkan gigit owner dya sebab anjing adalah binatang yg paling setia dgn manusia .pernah dgr cerita tk anjing selamat kan nabi adam dri kuda tk caya baca lhaaa best sya islam tpi tk lhaaa over2 assalawuallaikum

      Padam
    3. mungkin sebab anjing 2 bpk dya piara dri kecil tuk jaga kebun dan anjing yg selalu dtg nak main2 dgn dya 2 lhaaa sebab bdk2 selalu nk pegang bab sya lhaaa salah satunya dan lw saya pi mna2 dya kan selalu temankan lw ada ular khaa tenggiling biawak babi hutan dya gonggong so tw ada benda yg tk kena so terasa sangat selamat dn bila dya buat sesuatu yg membuat kita terharu selalu nk pegang kepala dya dn bulu yg cantik dripada bunga pokok yg tk sebarapa 2 so setiap org ada sebab tersendiri napa nk pegang anjing... anjing taring dya tajam mcm samurai jepun pwn dya takkan gigit owner dya sebab anjing adalah binatang yg paling setia dgn manusia .pernah dgr cerita tk anjing selamat kan nabi adam dri kuda tk caya baca lhaaa best sya islam tpi tk lhaaa over2 assalawuallaikum

      Padam
    4. Sy tetap tak setuju membela anjing utk jge kebun. Over? Ofkos. Blogger kan?

      -admin-

      Padam
  3. Salam singgah rabu dik Ana...baru jer ada baca tentang isi ni...tapi Akak memang takut dengan anjing jangan nak pegang lagilah tak nak dan tak ingin sama sesekali...lebih2 bila tau dah haram..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konon2nye kempen tu diadakan utk kesedaran supaya orang ramai tak takut anjing. Ana kalau kene kejar anjing bukan sebab takut, tapi fikir haram. Nak kene samak bagai. Heehee.

      Padam
  4. hehehe...kadangkala pening nak bahas isu ini..ada je yang tak kena.pegang anjing terselit juga pegang awek ... macam² ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana sebab ade orang rekues mintak buat entri penerangan. Tu ana buat jugak tu walau tak berapa sihat. Hehe. Tu la pasal, wajib ade pegang awek. Hahaha.

      Padam
  5. asalam dah linkkan semula ya...

    BalasPadam
  6. betul tu ana. mmg boleh pegang tapi, bukan pegang utk suka2. kecualilah darurat. haishhh. apa nak jadi lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn..ramai orang tak faham tentang hukum. Tu pasal laa.

      Padam
  7. Ana..dh sihat ke...sis x boleh baca lagi entri ni..balik travel nanti sis sambung ye...prepare nk ke epot ni tapi sempat singgah sini jap :-) to say good bye for a while

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..makin baik. ^_^
      Thanksss sis JM, selalu datang menyinggah. Takpe, next time jemput baca. Heeee~

      Padam
  8. pegang tanpa sebab tak boleh kan? haha apa lah budak budak zaman sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Tak boleh pegang saje2. ^_^
      Dunia akhir zaman, menghalalkan yang haram.

      Puteriiii..lama tak nampak, rinduuu! Hehe

      Padam
    2. Tapi pegang wanita lgi hram tp ramai melayu buat

      Padam
  9. so true ana..masyarakat sekarang nak sangat jadi liberal, sampai lupa hukum-hakam..huhuhu
    p/s:tangan gatal nak tulis pasal isu ni tapi asyik tak sempat je

    BalasPadam
  10. I have no comment about this sebab saya punya ilmu pun tak banyak. Belum cukup mengerti nak berhujah untuk benda-benda macam ni.

    Tapi, saya dekat sini, memang sedaya upaya tak memegang anjing walaupun anjing-anjing kat sini memang comel gila! Bila saya kena bersihkan bilik yang ada anjing, saya minta supervisor saya untuk suruh orang lain bersihkan bilik yang ada anjing tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan..anjing comel2 belaka. Dah hukumnya haram, ikut hukum agama la kan. Ana pun taklah ilmu tinggi, sebab tu tak ulas lebih2. ^_^

      Padam
  11. Kena bg penerangan penuh kt diaorg ni br diaorg faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah..kene bagi ustaz atau ustazah utk bagi penerangan lebih details. Macam ana secara rambang je ni. Hoho.

      Padam
  12. Wahhh jadi fames la ana pasni.. sokonG ana... pegg anjing dgn sngja bleh jatuh hukum haram jugak kn sbb bnd yg sia2... tak paham la dgn org skg.. pastu dok kaitkn pgg anjing haram pastu pgg bukan muhrim lak cmne... isshhh payah kalau nk trgkan dgn org yg cmni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mane de feymes mane kak. Biase la tu orang kenal kita. ^^ memang laa..kita ade agama, mesti berpegang pd agama. Tuhan kata haram, haramlah. Mane ade haram tiba2 jd halal.

      Padam
    2. Org yg cetek ilmu je yg bleh ubah bnd2 cmni ana..
      Sbb tu kite kene byk ilmu2 didada
      Supaya tak trpedaya dgn sume2 ni..
      Mintak dijaohkan

      Padam
  13. pasal isu anjing niiii tak akan habis kan dear...
    zaman skang ni ramai sgt nk halalkan cara. bila cakap pasal anjing haram( syarat2 tertentu) ade pulak nk disamakan dgn pegang tangan lelaki & perempuan bukan muhrim..sampai bila pun tak abih isu niii..huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masyarakat kita memang suka naikkan sesuatu isu. Orang putih sendiri cakap camtu. Hihi. Ini menandakan rakyat Malaysia prihatin. :D

      Padam
    2. Pegang bukan muhrim byk pun org buat. Siap besalaman lagi masa raya tu haram jg kan melayu pun menghalakkan benda yang haram

      Padam
  14. penat tau pasal anjing ni.. yang masa kucing kena potong kaki, xde sape pun nak buat kempen pasal kucing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu ni panas sebab tetibe yang haram jadi "halal".

      Padam
  15. Wahh blog ana femes hhee..pelik juga dgn manusia zaman skrg ni.klau dah haram tu tetap haram hukumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia akhir zaman kak. Menghalalkan yang haram. Allahu..

      Padam
  16. first impression bila dapat tahu fasal tersebar gambar camtu, terfikir jugak. " Dah tahu haram, tapi kenapa pegang?" , katanya.. dorang ni ade air untuk samak. Hmmmm.

    mohon share entry ni di fb yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade air utk samak pun tetap haram hukum pegang anjing. Sila share. ^_^ ty so muchhh dear.

      Padam
  17. kempen ni macam ada agenda disebaliknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun kak. Cuma kita je tak tahu. Moga kita semua jauh dari semua ni. :)

      Padam
  18. Betul2 anjing boleh dipegang bila dlm darurat.. mcm sis pernah tengok kat tv, doctor haiwan tu terpaksa pegang anjing sbb dia rawat anjing tu.. lps tu dia samak terus....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu bagus.. Sebab dia merawat anjing. Bukan pegang sesuka hati macam kes kat i want to touch a dog.

      Padam
  19. Sebenarnya setiap kejadian haiwan ada asbabnya dan Allah Maha Memgetahui...Setiap haiwan tuh tak haram tp yg menjadikan haram tuh perbuatan kita..Kena faham betul2...Setiap haiwan tuh tak haram...perbuatan kita tuh yg menyebabkan haram...cth mcm anjing..kalau kita tak sentuh anjing jatuh haram x??xkan sebab apa..sebab kita tau kalau pegang anjing kita kena samak..kenapa kena samak..tgk pd situasi plak..kalau anjing basah kita kering..kenalah samak...ataupun anjing kering kita basah kenalah samak...dan lagi satu masa pegang anjing tuh ada yg jawab boleh samak. Ye memang la boleh samak tp ape ke bebal sgt dh tau hukum haram pegang anjing tuh yg duk pegi pegang nape??nampak x perbuatan kita yg menyebakan haram..anjing x haram tp.sebab jd haram ialah aair liur anjing ada kuman dan bila kita sentuh kita kena penyakit anjing gila...anjing jilat2 bulunya gunakan lidah dan secara otomatiknya air liur anjing tuh ada pada bulunya...bila sesuatu keadaan tuh mendatangkan kemudaratan pd kita maka haram hukumnya...tuh sebab sentuh anjing haram..ko xsentuh xharam tp dlm keadaan darurat kenalah bantu anjing kalau anjing dlm.kesusahan atau kesakitan...same to goes vavi kan...vavi tuh haiwan yg x haram..yg menyebabkan haramlah perbuatan kita...ko mkn vavi haram..ko sentuh vavi haram..sebab haram sebab vavi nih kuman yg ada pada dia tersangat la dahsyat...mcm entry ana gtau ada ulat yg liat nak mati walaupun dah masak sehari suntuk....ko xsentuh vavi x haram la...

    Jgn pulak ada yg baca komen akak nih salah faham dgn statement akak ckp anjing n vavi tak haram so xde masalah kalau nk sentuh...jangan nak bebalkan kepala otak sangat..setiap haowan ciptaan Allah tuh tak haram...lg sekali ditegaskan yg haram tuh perbuatan kita....

    Ambil cth mudah la..kita nih manusia...kita nih haram ke??x kan...kita nih khalifah Allah yg suci..tp apa yg menyebabkan bila kita sentuh manusia lain jatuh haram...bila kita menyentuh bkn ajnabi atau bkn mahram...ko pegang tgn boipren girlpren tuh haram sbb bkn mahram....ko sntuh laki or bini x haram sbb dah jd mahram ko...see simple kan...setiap kejadian tuh tak haram...yg menjadikan haram perbuatan kita...so,bila dh kata haram,haram lah..jgnlah bebal sgt ckp boleh samak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak syarah bab anjing dan babi, satu entri belum tentu muat. Penerangannya mungkin penuh macam buku novel. Tapi Islam itu memudahkan, Allah kata haram. Maka hukumnya haram.

      Padam
  20. Bgus ank bg pnerangan mcm ni.. Orng yng x pham tu yng akn buat pelik2. Kita pgang dia mngkin dlm keadaan darurat kn.. Bkn saja nk pegang, berpeluk bagai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang rekues kak. Kebetulan takde idea nak hapdet tu yang buat jugak satu entri panas. Hahaha

      Padam
  21. akak JM Dh balik terus terjah blog kawan2..byk betul nk cover nih hihih
    Ustazah pun pernah cakap yg daging babi ni antara daging yang PALING SEDAP antara daging binatang yg ada kat dunia ni seluruh bahagian babi semua boleh di mkn dan tersgt sedap..ustazah pernah buat kajian..mmg betul di larang makan kerana kuman nya

    BalasPadam
  22. Salam sis, sy google pasal artikel pgg anjing and terbaca blog sis. Just nak bg sedikit teguran.. seeloknya kalau bg nasihat / penjelasan bab agama, jgn diguna ayat mcm "bebal" / "kenapa xpaham" etc.. sedia maklum kita tahu ramai yg musykil perihal agama atau kurang arif.. jadi kita yg ada ilmu diwajibkanlah berkongsi dgn cara & bahasa yg betul.. dont because of our language, kita buat org islam yg lain jadi takut nak bertanya. takut kalau dilabel "bodoh" sbb "itu pun xtau ke". Dari bahasa, kita boleh buat org berminat utk tau lebih. Lgpun tak salah utk bertanya kan? Lebih bagus bertanya utk tunjuk kita xtau drpd kita bodoh sombong. Semoga dpt menarik lg org ramai utk tau perihal hukum hakan agama dgn cara bahasa dan nada kita yg betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong sya. Ingatkan sy sorang je perasan. Betul, mmg penerangan sis ana superb. Tetapi tak perlu guna ayat bebal, ilmu budak tak berapa nak tinggi etc.. Ilmu ni kita takkan timba habis walau berpuluh tahun kita belajar. Penerangan tu ada sedikit unsur riak, mcm bagus. Tetapi, keseluruhannya kita mendapat jawapan.

      Semoga penulisan sis lebih baik lagi.

      Padam
  23. Hukum memegang anjing itu adalah harus kerana anjing itu dianggap sebagai najis yang berat. Memakan daging anjing itu baru haram. Tiada nas dan dalil di dalam al Quran yang mengatakan memegang anjing itu haram. Haram apabila dilakukan bermaksud akan berdosa, jadi adakah memegang anjing itu berdosa? Jika berdosa, akan berdosa juga la jika memegang najis sendiri kerana anjing itu termasuk dalam kategori najis. Jangan keliru dengan maksud najis dan haram. Perlu diingat, kebanyakan pandangan mengenai anjing dan babi adalah dari kalangan mazhab. Mazhab Syafie antara yang memberi pandangan yang keras mengenai anjing tetapi dalam masa yang sama jangan menidakkan pandangan yang lain. Isu anjing ini adalah polemik dan khilaf antara mazhab.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Sis ni yang bebal sebenarnya. Haram dengan najis pun tak tau beza. Puiii...

    BalasPadam
  26. Jika kita tersentuh tmpt/kawasan yg anjing duduk/sentuh..ape hukum die ye..boleh terangkan?tq

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.