Khamis, 22 Mei 2014

Memo : Memori yang masih segar

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak citer satu kisah paling sedih dalam hidup aku. Paling aku tak pernah lupa sampai bebila. Kalau ingat je kisah ni, mesti nangis sensorang sambil peluk babybear. T_T sedia tisu bebanyak tau.


4hb 3 2009
11:40 p.m.

Entah nape malam tu tetibe aku jadi seorang yang susah nak tidur. Puas aku guling kiri, guling kanan tapi mate tanak lelap. Cam tak sedap aty pun ade.

Esok pagi tu aku macam biase mandi sebelum subuh siap-siap nak ke kelas. Ustazah aku pun tak bangun lagi time tu pasal aku bangun awal sangat. Then tetiba ustazah aku panggil aku. Aku pelik ah. Apesal ni?

“Ustazah harap kamu sabar, kamu tenang dengar apa yang ustazah nak sampaikan.” Aku dah tak sabar2.

“Ayah kamu dah meninggal malam tadi.” Terus rasa macam dunia ni kelam. Tak tau nak respon ape. Aku memang nak nangis time tu. Aku tahan. Padahal air mata aku dah bergenang kat mata ni.

Aku masuk bilik terus mengalir air mata laju2. Sedih tak terkata. Wpun aku sedia maklum ayah aku sakit, tapi sebulan sebelum meninggal ayah aku tu nampak makin sihat dari hari ke hari. Dan tiba-tiba hari ini, aku dengar berita ayah aku meninggal.

Kengkawan dorm aku pulak terus menerus bagi dorongan & semangat. Lagi lebat air mata aku mengalir sebab rase terharu yang amat. Wuuuuu~

Then pagi dalam pukul 8 camtu, ade encik driver ambik aku. Bayangkan dari Rawang nak ke Rompin, Pahang berape lame makan mase nak sampai. Berkali-kali umi aku call mintak datang cepat. Jenazah tak boleh tunggu lama. Kata umi aku.

Pastu encik driver tu cakap, kene tukar kereta. Baru boleh pecut laju-laju. Sebab nak cepat. Nak tunggu kereta tu sampai je dah lama. Aku nak marah pun tak boleh, hati sebak sangat time tu. Macam tak caye ayah aku dah takde.

Sepanjang perjalanan tu, aku asyik nangis je. Puas aku cuba stop, tapi tak boleh. Dek kerana merempuh jem, perjalanan yang jauh. Maka aku pun sampai Rompin Pahang pukul 2 petang.

Masa tu aku tengok wajah satu persatu adik beradik aku. Mata merah, hidung merah. Srok srek srok srek je aku dengar. Pastu aku tengok adik2 aku 3 orang yang masih kecik tu duduk bertiga masih seolah tak mengerti dengan apa yang sedang berlaku. Mase tu memasing 5,6 dan 8thn.

“Umi, mane abyah?” Tanye aku yang dah mula nak nangis balik.

“Nape lambat sangat? Jenazah dah kebumi. Tak boleh tunggu lame, nanti jenazah terseksa.” Hampir terjelepuk aku time tu. Ayah aku dah dikebumi masa pukul 1 tengahari. Lagi sejam je. Kalaulah aku masih sempat sampai tadi, mungkin aku sempat cium arwah ayah aku buat kali terakhir.

Then aku mintak encik driver hantar ke Tanah Perkuburan Islam Rompin. Di situ aku doa, tahlil, yassin aku baca. Rasa cam nak korek tanah. Nak tengok wajah arwah aku saat terakhir. Namun apelah daya aku. I can't do it!

Tanah merah tu aku genggam dan lerai, genggam dan lerai. Tetiba aku terhidu bau wangi. Bauan yang tak pernah aku hidu. Aku hidu kat tanah tu, ye memang wangi. Aku cakap ngan encik driver. Dia kata, wangi sangat bau kubur arwah ayah aku. Lagilah sebak aku time tu. Siap peluk batu nisan.

“Ya Allah, kau tempatkanlah ayah aku di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

NotaDahi: maaf ye, panjang betul entri ni. Next entri aku nak citer pulak saat terakhir ayah aku.

23 ulasan:

  1. Sabar Ana.. sebak jugak r baca.. hmm.. Aminn insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ty so much kA sudi singgah, berkongsi rase brsame. :')

      Padam
  2. Sabar Sis Ana.. Sebak baca. Efa fhm perasaan tu sbb bestfriend efa sendiri pun mengalami hal yg sama. Kitorang dh mcm family. Semoga arwah ayah sis sentiasa dicucuri rahmat.. Be strong dear :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. Ty so much sebab memahami. Bile ssuatu tu blaku same kat kite, kite akn memahami perasaan org lain, kan.. :')

      Padam
  3. sedihnya baca..sabar ye ana.moga roh arwah ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.al-fatihah

    BalasPadam
  4. ermm sabar yer ana.. faham perasaan itu .. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ty so much.. :') sekadar berkongsi rasa.

      Padam
  5. Balasan
    1. Eh? Kak Nana, takmo sedih. Kite kongsi2 rase je. :')

      Padam
  6. Al-Fatihah..moga roh arwah ayah ana ditempatkan bersama dengan orang yang beriman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. Mudah-mudahan begitulah. :)

      Padam
  7. sabar ana .. sebak jugakk.. be strong my dear T.T

    BalasPadam
  8. sebak baca,, insya ALLAH ayah dlm klngn orang beriman,, hadiahkan ayat suci Quran bebanyak ye :')

    BalasPadam
  9. Seniga roh ayh adik berada bersama kalangan org beriman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya rabbal alamin. Perkenankanlah ya Allah. :)

      Padam
  10. sedekahkan al-fatihah dan doa banyak2 buat arwah ayah ana..

    BalasPadam
  11. Ismi sedekahkah Alfatihah untuk arwah Ayah setiap kali lepas solat...itu sahaja cara untuk menunjuk kasih sayang kita kepada mereka...semoga arwah Ayah ismi di tempatkan di kalangan insan2 yang beriman...insyaAllah

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.