Jumaat, 30 Mei 2014

Memo : Saat-saat terakhir

Assalamualaikum...

Seperti yang aku katakan kat entri sebelum ni, aku nak citer saat terakhir ayahku sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saje aku kongsikan kat blog kisah ni untuk tatapan diri aku sendiri, kalau sudi bacalah sampai abis;

Maghrib tu umi aku sembahyang berjemaah bersama ayah aku. Masa ayah aku baca surah fatihah, suaranya terputus-putus. Pelik kenapa macam tu. Sedangkan ayah aku ni dengan ayat quran paling lancar lidahnya.

Lepas maghrib tu ayah aku cakap macam tak berapa sihat. Nak rehat. Mintak sesiapa jangan ganggu. Jadi memang time tu hanya umi aku dan ayah aku je ade.

“Sakit lutut..” Ngadu ayah aku. Umi aku yang ngah syok layan tv terus lah tolong urut lutut ayah aku. Pastu ayah aku cakap lagi, pinggangnye sakit. Masa tangan nak beralih, kaki ayah aku dah sejuk. Umi aku fikir, maybe ayah aku kesejukan sebab aircond. Pastu ayah aku kata sesak nafas. Umi urut lagi. Dan tetiba ayah aku cakap;

“Nak air......” Umi aku ambik segelas, tapi ayah aku teguk sikit je.

“Ade nak apa-apa lagi?” Soal umi, ayah aku geleng je.

“Nak 'tidur' jap.” Kata ayah aku then ayah aku terus pejam mata. Pastu dengar dengkur kasar, maknanya ayah aku dah tidur lena la time tu. Oh, ya. Fyi, ayah aku tak pernah berdengkur camtu. Tapi dengkur tu sekejap je. Pastu tak dengar pape dah sebaik saja lepas mak aku betulkan posisi bantal.

Pastu dalam pukul 11 lebih camtu, umi aku pelik la apesal ayah aku tak bangun2. Umi aku nak kejutlah ayah aku sebab risau ayah aku lapar. Baru nak kejut, tengok muka ayah aku pucat. Tangan sejuk. Badan kaku. Letak jari kat hidung, nak rasa penafasan. Takde. Kosong! Bayangkan ape yang umi aku rasa time tu...

Berlari-lari umi mencapai tudung dan handphone lalu menghubungi doktor peribadi ayah aku. Mujur Dr.Hamzah sampai cepat, kebetulan dia ade motivasi dekat sekitar situ. Tu cepat je sampai.

Dan Dr.Hamzah sahkan yang ayah aku dah meninggal. Dan kemungkinan ayah aku dah meninggal lepas maghrib tadi lagi.

Kata Dr.Hamzah, ayah aku mungkin meninggal dalam tidur. Dalam sijil kematian, punca kematian adalah sakit kencing manis. Padahal hakikatnya ayah aku dah hampir sihat. Namun masa untuk pergi dah tiba, sebegitu saja Allah mengambil ayah aku buat selama-lamanya..

Takde lagi insan yang akan ber'motivasi' pepagi lepas kitorang tidur lepas subuh. Takde lagi insan yang menegur di saat kami adik beradik hu ha hu ha hingga lupa Tuhan. Segalanya Allah telah ambil.

Sesungguhnya aku rindukannya...

“Ya Allah, berikanlah kebahagiaan buat ayahku. Tempatkanlah ayahku bersama orang-orang bertaqwa.”

AL-FATIHAH

13 ulasan:

  1. moga arwah ayah ana ditempatkan bersama para solehin...ana joinlah segmen dik an...tak bleh copy gambar pon takpe...kasi jawapan je hehe ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Aminn~

      Da join ^_^ ty so much pelawa ana.

      Padam
  2. kak ana, moga tabah sentiasa. In shaa Allah, ayah kak ana di tempat orang2 beriman .

    BalasPadam
  3. Be strong :) semog arwah ditempatkan di tempat orang orang soleh :)

    BalasPadam
  4. tabahkan diri, sentiasalah berdoa untuk arwah. moga ditempatkan di kalangan org2 beriman :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Amin ya rabbal alamin. Ty so much mendoakan utk arwah ayah ana.

      Padam
  5. al-fatihah.. moga terus tabah ya.. in sha ALLAH, moga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang beriman.. =)

    BalasPadam
  6. yang pergi takkan kembali. Di dunia kita sebagai anak-anak perlu berdoa agar arwah mendapat tempat di kalangan para syuhada, para solihin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah..mudah-mudahan bersama para syuhada lah layak untuknye. :')

      Padam
  7. Semoga ismi dan umi tabah hadapi ujian Allah. Allah sayangkan ayah adik sbb tuh die jemput ayah awal...yg hidup terus kan khidupan mcm biasa dan sntiasa bdoa agar roh ayah dicucuri rahmat...

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.