Sabtu, 3 Mei 2014

HUKUM : Meletakkan nama SUAMI di belakang nama ISTERI

Di dalam ajaran Islam, seorang isteri TIDAK BOLEH menambahkan nama suaminya atau nama keluarga suaminya yang terakhir setelah namanya sebagaimana banyak terjadi kepada non-muslim berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (3508) bahawa Nabi SAW bersabda:

ﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﺭﺟﻞ ﺍﺩﻋﻰ ﻟﻐﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ ﻭﻫﻮ ﻳﻌﻠﻤﻪ ﺇﻟﺎ ﻛﻔﺮ ، ﻭﻣﻦ ﺍﺩﻋﻰ ﻗﻮﻣﺎ ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻓﻴﻬﻢ – ﺃﻱ ﻧﺴﺐ - ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ

Erinya: (Tidaklah seseorang mendakwakan kepada selain ayahnya sedangkan dia mengetahuinya kecuali dia telah kafir, barangsiapa yang mendakwakan kepada suatu kaum sedangkan dia tidak memiliki nasab dari mereka, maka hendaklah dia memesan tempatnya dalam neraka).

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ) ﻣﻦ ﺍﻧﺘﺴﺐ ﺇﻟﻰ ﻏﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ .. ﻓﻌﻠﻴﻪ ﻟﻌﻨﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ ( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﺔ )2599( ﻭﺻﺤﺤﻪ ﺍﻷﻟﺒﺎﻧﻲ ﻓﻲ ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ )6104

Dan Rasulullah SAW bersabda: (Barangsiapa yang menisbatkan dirinya kepada selain ayahnya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya) HR Ibnu Majah(2599) dan dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ (6104).

1 ulasan:

  1. Ramai yang tak tahu pasal ni kan? Mohon perkongsian.. :)

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.