Rabu, 14 Mei 2014

Resipi : ayam masak lemak cili padi

Assalamualaikum...

Dek kerana line ternet baru nak laju, maka inilah saat untuk aku balas dendam. Hahaha!

Second entri

Setelah berabad-abad tak masak masakan lemak cili api, tetiba terase rindu nak masak ary ni. Saje nak share resepi. Lain orang lain cara.

Macam aku, aku panggil masak lemak cili api ni masak malas je. Pasal cara aku masak pun campak2 je. Lepas bace sila try okey. Aku ni suka masak cikai2 je. Ehem, cikai2 pun sedap tau. Belum cube, belum tahu. Ngeh3

Bahan:

-Ayam
-Serai
-Daun kunyit
-Tomato
-Santan
-Asam keping

*bawang besar 3 bijik
*bawang putih 2 ulas
*cili api 10 bijik
*halia 2 cm
*kunyit hidup

Yang bertanda * tu bahan utk di kisar yer. Kisar sampai lumat. Kunyit hidup tu pakai bebanyak. Bagi nampak kuning. Kalau pakai kunyit serbuk pun boleh. But warna dia tak cantik, and rasa dia akan sedikit terganggu.

Cara masak:

Memula tu bukak api. Letak periuk, takyah tuang minyak. Pastu masukkan je bahan kisar tadi then kacau. Bile da nampak agak kering, masukkan ayam mentah. Gaul sebati. Masukkan serai dan daun kunyit. Kacau jap pastu masukkan air. Ikutlah berape byk kuantiti, jgn byk sangat. Kang kuah tak pekat. Then bile dah didih masukkan santan. Kacau jangan bagi santan pecah, tunggu sampai santan masak. Masukkan asam keping satu je. Pastu masukkan garam secukup rasa, tak lupa gak masukkan gula sikit bagi manis. Kalau kuah mendidih tu maknanya santan dah masak! Masukkan tomato last sekali, supaya tomato tak lunyai dalam gulai. Dan..yeay! Dah boleh makan! Nyum2

Bebudak uma aku makan sampai jilat jari kau. Wow! "Sedap ke?" Eceh, buat tanye2 lak aku ni. Bebudak tu jawab reramai. "Sedapppp!" Hihi.

NotaDahi: aku tak letak minyak pasal ayam dah keluarkan minyak. Jadi kuah tu taklah berminyak sangat. Dan boleh di nikmati sampai licin. :-P

13 ulasan:

  1. wuhu,,,,
    ayam kalau dh masak lomak ni mmg terbaek ni..
    ayam saper jadi mangsa nk kena sembelih nnti nie
    hehe

    BalasPadam
  2. Masak lemak cili api ni memang KN jarang masak... dengan alasan anak dan suami tak suka... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha..yeke? Same mcm kakak ana, x berapa suke sgt masak lemak ni. Kata beliau kolestrol. Hik3

      Padam
  3. Saya memang suka masak lomak cili padi... hari Sabtu ni nak cuba pujuk Tuanku Permaisuri di rumah masak masak lomak cili padi ayam ikut resepi Anna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..silakan mncuba. Lain orang lain cara. Ade org suke goreng dulu ayam tu. :D

      Padam
  4. fuyooo ! nak rasa gak ! miahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha.. Takya fuyoo sgt k.Zara. Kak Zara msk lg sedap. Huhu

      Padam
  5. Lapaaaarrr..

    Jom join GA akak! ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala..k.Hana, kite on blog pkai fon je. Isk!

      Padam
  6. kalau ada gambar ni,mau terliur tengok..huuu..sedapnya!

    BalasPadam
  7. erm..teringin nak try.masak lomak cili padi ni kalo pedas sangat pun tak best. kena just nice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah.. Betul laa tu. Kalau nak x pedas sgt, kurangkan cili je. 3 bijik ke, 5 biji ke. Hihi..selamat mencube :)

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.