Jumaat, 9 Mei 2014

Benci

Assalamualaikum...

“Umi turun Tasik Puteri hari ni. Sebab 'ayah' balik kL kejap je. Dan malam ni umi ada program di Kuala Selangor.”

Mesej ape ni? Umi? Ayah??! Lama aku cuba hadam mesej. Pukul 4pagi kot text masuk. Lama sikit tu barulah aku paham. Rupenye umi nak turun Rawang hari ni. Nak jumpe bapak tiri haku katanye. Maklumlah, bapa tiri keje jejauh. Jadi jarang jumpe.

Aku harap pacik yang tetibe bergelar 'ayah' dalam hidup aku ni tak datang sini la. Because, i hate him!

Banyak sebab yang munasabah untuk aku jadikan alasan kenapa aku benci bapak tiri aku. Cuma aku tak pernah cakap dgn umi, yang aku tak berapa suke pacik tuh. Aku nak jaga hati umi je.

Hate you bapak tiri~!

Takkan ade lelaki bergelar ayah selain ayah kandung aku sendiri. Takde lelaki terbaik dalam hidup aku selain arwah buyah. Abati~ rinduu..

**Abati :: ayah
**buyah:: ayah

Tapi umi macam dah tahu je yang aku kurang suka dgn pacik tuh. Alahaii...

2 ulasan:

  1. Susah juga saya nak komen. Tapi beginilah Anna: memang ayah kandung adalah lelaki terbaik di dunia, seperti ibu kandung adalah wanita terbaik di dunia. Tapi sebagai anak kita juga perlu memahami perasaan dan kesepian hati mereka yang kita sayangi termasuk ibu kita. Bila ibu gembira bukankah sebagai anak kita juga patut berkongsi kegembiraannya? Seorang ayah tiri tidak dapat menggantikan kehebatan seorang ayah kandung, tapi ayah tiri sekurang-kurangnya membantu meringankan rasa sepi seorang ibu yang kita sayangi. Oleh itu cubalah terima kehadirannya seadanya. Janganlah membencinya kecuali ada yang tak kena tentang dirinya.

    Jika nasihat ini dianggap keterlaluan, maaf, abaikannya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul ape yang JR cakap. Ana juga ade mak tiri dulu. Mase dgn arwah ayah ana. Tp mak tiri ana baik2 belaka. Cuma yang ayah tiri ni byk pergunakan umi ana, saje ana tk nyatakan di atas. Wpun umi nampak biase, tp ana sebagai anak rase sedih. Masa umi mula2 kawin, ana mmg terima je ayah tiri. Bahkan sayang sbgai ayah. Bile dpt tau ape yg ayah tiri ana buat, sejak tu ana mula benci ayah tiri.

      Namun anna ucpkn terima kasih ats nasihat dan pandangan JR. :)

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.