Selasa, 17 Jun 2014

Penangan si keropok lekor cap cikai

Assalamualaikum...

Hari rabu hari tu aku ade beli keropok lekor. Sebenarnya aku teringin sangat nak keropok lekor Terengganu. Tapi tak dapat pulak. Jauh sangat. Pasal aku teringin sangat nak tak nak terpaksalah beli keropok lekor mentah cap cikai. Yang biasa dijual kat pasar malam tulah.

Selalu aku beli yang dah siap masak terus. Senang. Tapi tak nak yang dah sejuk. Tu yang gatal sangat beli yang mentah. Kengkonon nak goreng sendiri je kat rumah.

Then hari jumaat tu, aku pun masak la keropok lekor dengan api yang besar. Sambil aku bancuh teh tarik, sambil tu aku menggoreng. Tiba-tiba...

Keropok lekor tu meletup...!!

Minyak panas percik kat muka ngan tangan kanan aku...

Masa tu pijar gak ah muka aku. Laju-laju aku kecik kan api. Tu pun meletup jugak. Tapi kena kat tangan je, pasal tangan aku lindung muka aku. Wuuu~sakit.

Ambik ubat gigi sapu kat tempat yang kena minyak panas. Pedih sangat.. Selalu aku wat camtulah kalau kena minyak panas.

Tetiba hari ni aku tengok kulit bibir aku cam gelembung sikit. Cam ade air dalam gelembung tu. Dah macam Angelina Jolie pun hado. Adui..kalau kena kat tangan ke kaki ke, aku takla kisah sangat. Ade parut lagi macho. Ni kalau dah kena kat muka, ape pun tak boleh.

Kecewa ah cenni...

58 ulasan:

  1. My god! Bahaya juga! Better becarefu next time. Mungkin lekor tu banyak air kot or ais lagi...huhhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Si Tracey : tu laa..kene kat muka. Isk3. Pedih.

      Padam
  2. petua tak nak kasi letup rebus dulu kejap...mak dik an selalu wat macam tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @nor_farihan : seriously? Wuu~ tak pernah tau pun. Thanks share petua.

      Padam
  3. Hmm.. tak pon potong2 or kelar2 sikit. Market down la pasni.. haha. Semoga cepat sembuh ye Ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Khamsi Abdullah : ana belah dua. Tapi lupa nak belah tengah. Amin.. Ni pun masih sakit lagi. Sebab urat muka menegang.

      Padam
  4. lain kali guna topeng otromen sebelum masak.. haha..abes jatuh mas kawen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @miss wawa : kalau ade tepeng batman, topeng batman tu ana rembat. Tak pun pakai topi keledar. Pun oke gak. Err..tak jatuh kot. Cacat bibir je. Muahahaha

      Padam
  5. uish bahaya nya...kena kat muka lak tu....agaknya banyak air ke punca benda tu meletup??

    BalasPadam
    Balasan
    1. @n O e s u h a i m i : rase takde air. Kata orang takleh bukak api besar2.

      Padam
  6. haa....dah kurang RM2 RIBU...hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nani: hahaha..mujur kurang 2ribu je kak. XD

      Padam
  7. Salam Ana ..kena hati lain kali tau .. Semoga ve[at sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Akif Imtiyaz : waalaikumsalam. Amin. Insya-Allah, da nak sembuh. Berkat doa kak Lya la ni. :)

      Padam
  8. Yang penting tu... berbaloi tak dengan rasa kopok lekor tu? hehe... semoga tak teruk sangat lah bibir Ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nanie Dean : tak pun kN. Huhu. Rase tepung je lebih. Ikan dia kurang. =='

      Padam
  9. kak ana pernah kena letupan keropok lekor ni, pastu serik dah rasanya nak menggoreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @anajingga : iye? Serik kan. Sakit lak tu. Rase cam trauma je nak goreng kopok lekor pasni.

      Padam
  10. saya pernah kena. masa kat tempat kerja. serious sakit amat. terus letak air batu di tempat kena. smpai skrg parut x hilang. mujur kena kat lengan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiz Hafizol : adudu..yang gi letak ais tu nape. Mane boleh panas berlawan dengan sejuk. Tu yg berparut. Alah, tak pe je berparut. Baru nampak macho. Muahahaha XD

      Padam
  11. risau pulak . hee , pasni hati hati

    BalasPadam
  12. hai...
    hahahaha, kakbren pernah ada pengalaman gini, goreng kepok leko juga, meletop, minyak lompat ke tepi batang hidung, nasib setitik lompatnya, but still parut smpi hari ni, so nak cover balik, kak bren katalah parut ciken pox, entah bila kena ciken pox pon tatau... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Miss Brenito : hahaha..mujur sikit je kan. Huhu. Ciken pox plak jadinye. :D

      Padam
  13. kalo camtu xleh selfie seminggu..tggu dah ok baru sambung balik selfie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nick Nashram : ahahaha.. Selfie sekarang pun oke ape. Boleh usha balik gambar disaat muke lepas kene minyak. Muehehehe

      Padam
  14. selalu meletup kalau goreng sebab tu ade orng macam nak berperang kalau kat dapur . hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nurul R'roll : hahahaa..pakai baju kalis peluru, penutup periuk. Pakai topi keledar. Sarung tangan. Gitu eh? Hahaha..

      Padam
  15. bahayanye keropok letup... kene stand by tudung periuk lepas nie.. ala2 captain amerika goreng keropok lekor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiza AizZawa : terus dah tak nampak wanita melayu sejati. Hak3.

      Padam
  16. Saya pernah kena letupan ketika menggoreng sotong bersalut tepung. Parut berbekas di tangan selama hampir sebulan juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @JR : lama jugak tu JR. Alahai, jangan la berparut lelama. Hm..

      Padam
  17. ouchh sakit gila minyak panas terpercik kt muka >< tu kadang2 saya takut nk menggoreng makanan, takut meletup :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mazni Munawar : mohon pakai topeng eh. Hahaha. Jangan la takut. Letup meletup kat dapur tu adat. :P

      Padam
  18. Balasan
    1. @Mimi Azirah : hihi. Keropok lekor mmg sedap. Lagi2 cap Terengganu.

      Padam
  19. Haaa akk taw dila penah kena minyak panas masa darjah 3 dulu mase nak goreng daging burger. Meletup2 macam tu la kak.. mase tu plak pendek lagi, dapur plak tinggi.. lepas tu da fobia skit nak masak. Heee... Akk boleh sapukan vitamin e kt tmp lecur tu. Cepat sikit baik bila sapu vitamin e.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nor Fadzilah Mohd Yusof : waaa.. Jangan panggil ana "kakak". Ana lebih muda dari kak Dila. Terima kasih bagi tips. :)

      Padam
  20. yunk,mmg ada spesis kepok lekor yg letup2 ni.be carefull ok.mengidam kepok lekor ke yunk.akak duk ganu.bleh je nk pos.kikiki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Iz fiza : kan kan. Memang ade pun jenis camtu. A'ah la kak. Ngidam. Muehehehe. Serius la akak. Nak keropok lekor terengganu. Pos sini. Wuuu~

      Padam
  21. Pernah kena minyak panas jugak, tapi kat lengan. Gelembung. Sampai sekarang parut tak hilang. Haha kena pakai topeng ultramen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Teena Tna : tangan gelembung, mesti sebab lepas kene minyak terus basuh kan. Kan? Orang kata; kalau nak ilangkan parut pakai aloe vera. Hahaha..pasni kene pakai topeng otromen ngan perisai ala2 kaptena amerika. Hahaha

      Padam
  22. Apa kata dear letak gel dalam pokok lidah buaya tu.. Sis kalau melecur letak gel lidah buaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @deno : memang patut cenggitu. Tapi takde pulak lidah buayanye. Nak keluar mencari segan. Kang orang kata ana monster makan budak. Huhu

      Padam
  23. zizie nak balik ganu ni.. nanti zizie makankan keropok tu untuk ana ye.. sian ana ...... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nurul Farahizzati Zakaria : Zizie jahat..! Jangan lupe pos keropok lekor sni k. Hik3

      Padam
  24. memang kena hati.. dan jgn masukkan saje lagi2 tengah basah ..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku Penghibur : tu lah. Pasni kene hati2 lebih sikit. Thanks atas nasihat tu.

      Padam
  25. after this hati2 kak ana :* yaya pernah kena percik jugak kat tgn . memg gelembung . dah lama sikit . yaya cuck dgn jarum buanga air bisa dalam gelembung tu . mak yaya kata takut lama2 boleh jd nanah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Lieya Yaya : kan.. Ana pun cucuk gak tempat air bisa tu. Kang jadi nanah, lagi parah. Huhu. Thanks sebab take care ana. Terharu sgt.

      Padam
  26. keropok lekor ganu memey terbaik ar.. mabeeeleess.... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Encik ket : memang terbaik! Tapi tu lah.. Jauh. Susah lak tu nak dapatkan.

      Padam
  27. haiiih,,, muja pun teringin keropok lekor,, hari tu beli yang kat klate ni tak sesedp yang kat ganu,, hati hati lain kali ye,, bahaya tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. @muja : kan. Kat terengganu belah kemaman tu yang sedap dia..pergh.. Tak terkata. Huhu. Memang aty2 la pasni.

      Padam
  28. keropok terengganu memang sedap..yang keropok letop ni tepung je banyak..kesian adik..next time hati2 ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Azlealee Bashir : tu la pasal. Teruk nau letop dia. Tengs kak. konfem pasni mmg hati2 dah. Trauma. :')

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.