Isnin, 2 Jun 2014

Jangan salahkan Islam

Assalamualaikum...

Tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku rasa macam nak sentuh sikit bab ni. Maybe sebab aku terbaca blog seseorang. Atau maybe aku terbaca kat post facebook seseorang?

Entri ni agak berat bagi aku. Kalau tak paham boleh contact terus kat email aku. Aku boleh bagi hujah panjang lebar yang korang nak.

Cuma aku agak sensitif bila orang kata;

"Eh, kau ISLAM tapi kau kapel pegang-pegang tangan."

Dan lebih panas lagi;

"kau tu ISLAM. Tapi cakap macam orang takde agama!"

Amboi, cantik ayat. Aku tak kisah kalau orang nak maki hamun kat twitter, facebook or blog atau whatever. Tapi tolong, tolong jangan libatkan ISLAM. Aku sensitif.

Bukan semua orang ISLAM betul-betul kuat dengan pegangan ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab lahir dalam keluarga ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab ikut-ikut kerana dikatakan ISLAM tu indah. Adakala orang itu ISLAM kerana keturunannya ISLAM, itu yang dikatakan ISLAM pada ic.

Memang aku akui, yang mencuri itu agamanya ISLAM. Yang membunuh itu agamanya ISLAM. Yang merogol itu agamanya ISLAM. Yang berzina itu agamanya ISLAM.

Tapi cuba korang tanya pada orang yang mencuri, membunuh, merogol dan zina tu. Dia tahu tak apa itu tauhid. Konfem semua tak boleh jawab! Aku yakin. Sebab aku sendiri pernah wawancara budak banduan.

Tak payah cari jalan jauh, pergi kedai mamak. Cuba suruh dia mengucap. Tak pun suruh dia baca ayat AL-QURAN yang dia frame kat dinding tu. Mesti terkulat-kulat mamak tu.

Yang dekat facebook, kat bio agamanya ISLAM. Tapi suka mengutuk orang. Jangan salahkan ISLAM. Salahkan individu tu.

Kadang-kadang kita lupa, dalam diri kita ada nafsu. Ada syaitan kiri kanan menghasut. Tapi kita tak nampak nafsu dan syaitan. Sebab tu takde orang salahkan nafsu, takde orang salahkan syaitan. Yang salah ISLAM. Sebab yang dia nampak orang tu ISLAM.

Biasalah, salah dan silap tu lumrah setiap manusia. Adakala alpa, terlupa, lalai dan terleka, itu memang sifat manusia.

Namun bukan semua orang islam tu mulutnya jahat. Tak semua orang islam tu perangainya nakal belaka. Kadangkala tercelupar tu tak sengaja. Mana ada kat dunia ni orang baik sangat, orang ISLAM bukan malaikat.

Maaf andai yang terasa. Cuma aku tak tahan. Aku tak suka orang yang menyalahkan ISLAM. Tolong jangan salahkan ISLAM.

Allahurobbi...

Wallahualam

p/s: andai ada salah dalam entri ni mohon tunjuk ajar.

46 ulasan:

  1. betul tu ana...agama Islam dah cukup perfect. kalau betul diamalkan tak kan diorang buat semua tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Islam tu seperfect-perfect agama. Salah dn silap tu dari diri sendiri. Bukan salah pada agama.

      Padam
  2. Islam tak pernah salah. Orang yang tak faham pasal islam tu yang salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3. Tp yg org nampak salah tu, islam. :( sedih la cenni.

      Padam
  3. Betul tu. Then yang nak kononnya jadi tukang pembetul pun bawa nama Islam padahal yang perlu dibetulkan tu manusia itu sendiri. Pasti timbul salah faham pasal Islam, walhal takde kene mengene. Complicated. kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Very complicated. ^_^ susah nak betulkan manusia. Manusia kalau nk berubah, kne diri sendiri yg berubah. Takde org alim pun yg mampu ubah hati manusia. Tu janji Tuhan dlm AlQuran. :)

      Padam
  4. islam tak salah..dah lengkap semua.yg salahnye manusia tu..sbb lahir mak ayah islam, terus jd islam..tp pegangan x tentu lagi macam mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Tu yg dikatakan islam pada ic. Yg dpt name buruk, islam jugak. Pdahal salah manusia sndiri.

      Padam
  5. Kawan saya (Cina) pernah menyindir pasal orang Islam yang tak ikut ajaran Islam. Saya kata yang tak ikut ajaran Islam - pembunuh, penzina, perogol, penghisap dadah, perasuah itu sebenarnya Melayu, jangan kaitkan mereka dengan agama Islam semata-mata kerana dalam nama mereka ada "bin" dan binti"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, org tabik hormat kt islam. Jd bile tgk org buat jenayah yg ic nye islam, terus org nmpak islam tu.

      Padam
  6. sedih pda org yg serkap jrang cerckp ttg islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dia tak tahu ape itu hakikatnye islam. Haihh.. -_-

      Padam
  7. dalam permasalahan ini, mentaliti masyarakat yang boleh dipersalahkan. Tanpa ilmu yang cukup, tanpa taqwa kepada Allah, maka Islam dipermainkan oleh yang mengaku Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Rata2 skrg ramai yg islam pada name, islam pd ic. Tp tidak pada pegangan.

      Padam
  8. Betul tu .

    Tak semua yg d'buat oleh individu itu d'sebabkan oleh agamanya.

    Manusia tak sempurna dan tidak akan pernah sempurna .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg pnting jgn lihat agamanye. Tu je. Islam tak pernah bersalah dlm segala hal yg kita lakukan. Islam is perfect.

      Padam
  9. betul tu. kadang2 sedih bila org salahkan agama kita. Islam dh ajar mane halal mane haram tpi individu tu sendiri yg tk amalkan ajaran Islam yg betul. tk pasal2 agama kite dipersalahkan. dahlah yg paling ramai buat perangai sekarang ni org Melayu Islam.. aduiii ubah-ubahlah sikit perangai tu kan? jagalah nama baik agama. malulah org cina, india tengok kite camni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..! Bila buat hal itu ini, tak pasal2 yg bersalah adalah ISLAM. Ibarat menconteng arang pd bangsa dan agama. Hurmm.. ︶︿︶

      Padam
  10. setuju. yang salah bukan islam, tp org islam yg tak amalkan ajaran islam .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org yg lahir dlm keluarga agamanya islam. Tp tak amalkan apa yg islam suruh.

      Padam
  11. zaman sekarang memang suka nak gunakan islam sebagai alasan walhal salah sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah..suke pakai atas nama Islam.

      Padam
  12. yapp.. betol tuh. Islam tak pernah salah.. salah diri sendiri yang perlu diperbetulkan .. wallahualam :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..kan. Jom la same2 kite mengubah pandangan negatif org lain kpd positif.

      Padam
  13. itulah pandangan manusia.. jangan jual agama demi kepentingan kita.. moga mereka di berikan hidayag ALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn! Insya-Allah..moge diberi kesedaran. :) Allahurobbi..

      Padam
  14. Absolutely agreed dik...memg btul..yg slh sikap atau attitude seseorg tuh jgn la disalahkan agama ISLAM plak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak mimi. Yg pnting jgn salahkan islam. Sensitif je aty ni.

      Padam
  15. respect tabik spring kat ana. betul. tak semua menghayati apa itu islam sebenarnya. jangan lah disalahkan agama Islam. kerana agama Islam adalah agama sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jumpe org yg kenal islam yg sebenar ni kan Zizie. Yg dia tahu, dia lahir dlm keluarga agamanye islam.

      Padam
  16. betul tu kak . sokong . semuaa depends on individu tuu.. dont ever salah kan islam !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh! Tu dia yaya berdemontrasi. Betul tu. Semua org nak nampak islam tu salah, wpun hakikat yg bersalah tu hnye lah individu.

      Padam
  17. Saya setuju dengan Fatin Farhanah tu. Islam sebenarnya cara hidup, kata kerja.. bukan kata nama. Ramai dari kita termasuk saya yang 'aqidah dan ilmu ketauhidan nya tak kuat. Walaupun syariat and hukum hakam tahu, tapi keyakinan dan keimanan tak kuat, hati tak terkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa-apa pun, takde sape boleh persalahkan agama yg dibawa oleh nabi kita, iaitu nabi Muhamad.

      Padam
  18. betul apa yg ismi kata kan tu...islam hanya pada nama...tapi tingkah laku semua...menyimpang jauh...individu yang buat silap...agama yang disalahkah...

    orang2 kita pun bila dalam media sosial main ikut sedap je menulis...ghairah membalas/menulis tanpa berfikir impak yang terhasil dari penulisan tersebut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila menulis tanpa memikirkan risiko camtu lah jadinye kak. Orang non muslim nampak tak cantiknye islam ni. Padahal rata2 bukan semua 'betul-betul' islam.

      Padam
  19. Betul tu dik,semua orang nampak Islam yang buruk..islam yg salah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan akak. Sedih la cenni. ISLAM je asyik dipersalahkan. :'(

      Padam
  20. Betul tu Ana....kadang-kadang perkara macam ni buat persepsi tak elok pada Islam as a whole...hmm...bagi akak kalau tiada benda baik kita nak tulis kat media sosial..berdiam adalah lebih baik sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org melihat kita sebagai contoh. Tapi kita tidak memberikan contoh yg terbaik.

      Padam
  21. betul tu ana...jangan salahkan islam...salahkan diri kita sendiri yang mudah tewas mengejar hawa nafsu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam ibarat baju. Nafsu ibarat kulit dan syaitan ibarat bulu halus. Mana yg org nampak? Baju kan..? Padahal, hakikatnya salah nafsu yg di hasut syaitan.

      Padam
  22. semoga kita semua diberi hidayah dan petunjuk drNya...aminn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..insya-Allah kak nani. :)

      Padam
  23. Islam is perfect, Muslim are not!
    :)

    BalasPadam
  24. Islam tak salah tapi insan yang bergelar islam itu sebanranya yang bersalah tak tahu mana betul mana salah tak tahu mana halal mana haram .. Islam adalah yg terbaik tapi kita yang buat tak baik,..

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.