Rabu, 11 Jun 2014

Siapakah dia lelaki idaman saya ?

Assalamualaikum...

Dalam dunia ni, perempuan mana yang takde lelaki idaman. Lelaki mana yang takde wanita idaman. Mesti ada kan..? Kan? Tak ngaku ah tu. Semalam kakak aku cabar, suruh aku listkan ciri-ciri lelaki idaman aku.

CABARAN DITERIMA! (Tulisan besar tande emosi tahap ultra XD)

Tapi siapa lelaki idaman tu?

Semua orang nak lelaki idamannya: beriman, baik hati, bersifat pemimpin, kuat pegangan agama. Tapi bagaimana ciri-ciri fizikalnya? Baca ni:

1) Tinggi
Mesti kena tinggi sikit dari aku. Rasanya ramai je lelaki tinggi dari perempuan. Tapi aku tak suka lelaki tinggi sangat. Sebab nanti bila nak cakap mesti aku yang kena dongak kepala. Maklumlah aku ni pendek je orangnya.

2) Berpenampilan kemas
Of course ramai perempuan suka lelaki yang pengemas & smart termasuk aku. Aku suka lelaki berbaju kemeja. Sebab aku rasa lelaki berkemeja ni nampak awesome. Aku pun tak tau kenapa citarasa aku lelaki berkemeja tu nampak awesome, maybe terpengaruh dengan pemakaian abang aku atau adik-adik aku. Tapi tak bermakna lelaki tak berkemeja ni tak awesome tau.

3) Suka Senyum
Aku suka lelaki yang suka senyum ni sebab bila aku stress dia akan tenangkan aku dengan senyuman. Wah! Dengan syarat gigi dia mesti kena menawan macam iklan colgate tu.

4) Bercermin mata
Opss..bercermin mata tak semestinya budak skema okey. Bagi aku lelaki yang bercermin mata ni dia ada karisma tersendiri. Dia ada tarikan sebagai lelaki yang bertanggungjawab. Bukan aku cakap tau, arwah ayah aku cakap.

5) Tidak merokok
Walaupun orang kata, lelaki merokok ni macho. Tapi tidak pada aku. Bibir tak merah. Tanak ah centu. Menurut fakta; lelaki yang merokok jangka hayatnya tidak panjang. Wuuu~aku tak nak hidup sorang-sorang.

6) Ada rupa
Handsome? Tak perlu. Bukanlah bermaksud aku tak suka lelaki hensem. Kalau boleh muka tu tak payah hensem sangat. Asal ada mata, kening, hidung, mulut. Da cukup dah! Yang penting ada rupa lelaki melayu sejati. Tak naklah muka jambu. Takmo yang camtu. Nak yang kulit hitam manis je. Baru nampak original lelaki melayu sejati. Kualiti terbaik!

Bagaimana akhlak secara mata kasar?

1) Tak pernah tinggal solat.
2) Menghormati wanita.
3) Rajin berkhidmat pada kedua orang tuanya.
4) Peramah & 'gila-gila'.
5) Berdikari.
6) Penyayang.
7) Berprinsip.
8) Suka kanak-kanak.

Okeylah. Tu je ciri-ciri lelaki idaman aku. Hehe. Sebenarnya aku taklah memilih sangat pun. Kalau tak dapat lelaki idaman pun takpe. Jodoh tu kan milik Allah. Dia tahu mana yang terbaik buat kita. Right?

43 ulasan:

  1. semoga ana dapat la jumpa lelaki idaman ye..
    p/s:akak pun suka lelaki yang ada rupa Melayu sejati. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Sal Bee Yah : aminn. Eh? Same la kite. Hehe..

      Padam
  2. weewitt. dia dah buat entri ciri ciri lelaki idaman lahh.. cari calon ke dik? muehehe :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nur Inani : haha. Takdelah kak. Sahut cabaran kakak ana je. ^_~

      Padam
  3. Semua orang ada ciri2 lelaki idaman masing2... Tapi kita takkan dpt 100% macam yang kita idamkan.. So kita kena pejam mata pada kekurangan dia dan buka mata besaq2 pada kelebihan dia.. Wahhh macam kaunselor perkahwinan pulak kannnnn... Ngehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @MaMa MuRsYiD : setuju. Yang paling penting kuat pegangannya pd agama. Tu je. :)

      Padam
  4. wah baguslaH ^_^

    semoga jumpa seperti yang di kehendaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Aku Penghibur : mudah-mudahan begitulah achik. Huhu. Tak mengharap sgt.

      Padam
  5. wahh,, kemain lagi,, muja pernah suka lelaki yang kurus kering,, sekali dapat,, amik,, ketul2,, huhuu,, moga dapat yang terbaik untuk awak wlp maybe dia ada kekurangan daripada list ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @muja : alolo..cikgu nick pun ape kurangnye. Hoho. Kekurangan tu takpe kak muja, jangan terlebih sudah. :D

      Padam
  6. ana dah da calon ke ? hehe...lebih kurang sama je lelaki idaman kita nih :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. @nor_farihan : nak buat cemane. Kitekan sehati sejiwa. Calon takde lagi. Inilah yg dikatakan berangan lebih. Hahahaha.

      Padam
  7. Ana buatlah borang permohonan, kemudian masukkan dalam blog, tentu ramai yang nak memohon... hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @JR : ahahahaha..dah macam dalam pencarian bakal suami pulak. Hihi.

      Padam
  8. comel post ni. suka jugak lelaki pakai cermin mata sebab nampak smart pastu pakai kemeja then suka senyum uyoooo melting seyh hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ZIERAH : hik hok. Kite geng. Haha. Melting suda. Kalau boleh time senyum tu rase nak tampar2 then cakap "apesal comel sgt!" :D

      Padam
  9. Dia datang~~~ dengan lenggang lenggoknyee~~~ haha.. amboi.. kena mintak resume la Ana nanti :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Khamsi Abdullah : amboi, nyanyi terus. XD

      Padam
  10. ececehh ! lelaki idaman tuh.. wittwitt.. hehe ~ ada calon dah tuu ea.. moga dapat yang diidamkan. in sha ALLAH yaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @cikmisi leen : calon takdak. Hehe. Tengah mencari ah ni. Aminn..!

      Padam
  11. ececece....dah buat kisah lelaki idaman ni ..saya la tu ..hehehehe.. opsss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Syaifuddin Alias : haha..gitu ah alkisahnye. Opss..! Cubit peha kanan, peha kiri yang terase la ye..?

      Padam
  12. nak jumpe yang perfect sangat tu tak tahu la ader ke tak.. Kak Fiza lagi la nak yg kacak macam Suho EXO..tp tahu mmg takde kat Malaysia nie.. haha.. yg penting dapat membimbing kita di dunia dan akhirat.. Harap ana dpt lelaki idaman yang diimpikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiza AizZawa : wah..korea terus. Haha.. Tak dapat lelaki idaman pun takpe. Yang penting kuat agamanya. :)

      Padam
  13. terigt dulu...
    tapi kalau dh suka sayang jodoh..
    bukan semua ciri2 tu dapat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @lylyn : betul tu. Bukan semua ciri2 tu kite dapat. Ye dak? Hehe

      Padam
  14. Semoga dipermudahkan urusan mendapatkan suami yang diidamkan. Aminnn :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Sylarius Yusof : aminn.. Insya-Allah dengan izin-Nya. :)

      Padam
  15. lebih kurang je ciri2 lelaki yg kite suka :p

    semoga bertemu jodoh yg ciri-cirinya seperti di atas. wahahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mazni Munawar : yeke? Hehe.. Boleh geng nih. Muahahaha! Insya-Allah..amin..

      Padam
  16. InsyaAllah...
    Dah jumpa ke lelaki idaman tu? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Teena Tna : belum. Huhu. Eksyen je la dulu. Mane la tahu jumpe. ><

      Padam
  17. saya rasa saya menepati ciri ciri yg disenaraikan....uwekkkkkkkkkkkkkkkkk!HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. @aiman mania : ade ayat perasan di situ ye. Hahahaha..nak isi borang kelayakan tak? XD

      Padam
  18. Lelaki sejati? Saya kot.

    BalasPadam
  19. Semoga awk jmp lelaki idaman tuh dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mimi Azirah : insya-Allah kak.. ^_^

      Padam
  20. semoga jumpa lelaki idaman tu..aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Aneez Jaafar : aminn kak. Ehehe..tengs.

      Padam
  21. Semoga Sis Ana berjumpa dengan putera idaman. Chaiyok. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Efa Aziz : Aminn2. Ngeh3.. Itulah harapanku sejak dulu kala lagi. Muahahaha :D

      Padam
  22. dah jumpa ke belum ni ana??? harap2 cepat la jumpa...leh kawin cepat2..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @n O e s u h a i m i : lai lai lai~ hahaha.. Belum lagi kak. ^_^

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.