Isnin, 9 Jun 2014

Seronok tapi penat

Assalamualaikum...

Baru 3 hari aku tak bukak blog, rasa macam dah lama je tak bukak blog. Ececehh! >< Rindu betul nak bw. ^_^

Jadual weekend aku kali ni agak padat. Huhu. Sampaikan baju sebakul pun tak sempat pusing. Alahai..nampak naa kebiziannye disitu. Hik hok!

Hari sabtu ary tu, aku ke UiTM. Ada kerja sikit kat situ. Seharian jugaklah aku kat sana. Dari pukul 9pagi sampai pukul 6petang, termasuk kiraan perjalanan. Lamakan? Heh! Padahal taklah lama mane pun. Tapi sebab drebar asyik salah jalan je maka jadilah perjalanan yang setengah jam jadi satoojamlebey. Haha.

Balik dari UiTM terus ke kenduri jiran jauh. Hulamak, penat tak terkata ko. Muka pun layu je. Nak jaga hati jiran punye pasal, tu aku gagah gak gi kenduri dia tuh.

Pastu ahad tu aku ingat nak rileks2 ah sikit pasal semalam (sabtu) seharian aku keluar. Sekali tengok nota fon, 'majlis merisik kak Eja'?! Adudu..hampir-hampir je aku terlupa. Kelam kabut iron baju nak siap gi majlis hakak aku pasal jap gi abang aku datang nak ambik.

Jadi pukul 10 camtu kitorang satu family terus bertolak. Memula tu singgah meidin dulu sebab nak carik minyak ape entah. Minyak tu hanya di jual kat meidin je. Sementara tunggu umi carik minyak tu, sempat gak ah aku membeli. Beli syampu je pun! Haha.

Sampai je rumah kakak, sibuklah tolong itu ini. Yelah, kitakan tuan rumah. Opkos la kita yang faling bizi. XD

Pastu pihak merisik lelaki pun datang. Sembang tu ini, tu ini. Jam dah pun ke pukul 6petang. Kak Eja pun dah selamat jadi tunangan orang. Alhamdulillah.

Lepas je pihak merisik balik. Tetiba hakak aku wat pengumuman, jap gi maghrib keluarga tunang kak Mama ajak datang rumah. Ada makan-makan sikit. Fulak dah! Baru aku nak ngelat tanak pegi, tetibe hakak Mama cakap;

“Ko jangan ngengade eh. Kene pegi. Jumpa bakal abang ipar tu. Hari tu hakak tunang engko kan takde.” Oke, fine! Kena pergi. Isk3..

So lepas maghrib tu kitorang bertolaklah satu family. Konvoi 4 kereta. Alolo..comelnye konvoi. Hokey, sembang diorang pacik-pacik punye ah lama. Sudahnye gerak balik umah kakak pukul 10 lebih.

Tunggu abang aku on the way pun dah masa tau. Satu jam jugaklah baru abang aku sampai utk amek kitorang utk balik Tasik Puteri. Tu pun muka aku dah macam beruk tak makan seminggu. Stress! Haha. Sampai je rumah, jam dah pun 12.30 malam.

Memang penat sangat-sangat...tapi seronok... Tapi penat jugak la. Eh? Banyak pulak tapi tapi. Hahaha :D

36 ulasan:

  1. busy betul dia. ke sana sini. hihi :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..tu la pasal. Kite ke sini, yang di sane memanggil jugak. XD

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak tau jalan, memey ler kene konvoi.

      Padam
  3. busynye ana...Dik An suka tau kalau konvoi ramai2 nak nak pulak famili besar...memang best dan benti rnr buat kecoh je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bizi gitu2 je kak. Hew3
      Kitorg mmg selalu konvoi. Family besar. XD

      Padam
  4. musim cuti sekolah.. kenduri memang banyak.. dah jemputan dah mcm datin sri yer.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekadang..sehari tu sampai 3 jemputan. Jenuh tau nak save perut. Haha

      Padam
  5. sekarang ini memang banyka kenduri..sabo jelah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan. Banyak betul. Sesape diet time ni. Punah. Haha.

      Padam
  6. penat la baca citer ana ni... hahaha... ana bila pulak nak bertunang.. wakakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aipp Zizie! Zizie la tunang dulu eh. Baru ana follow. ^_^

      Padam
  7. Semalam saya terima jemputan 6 kenduri tapi cuma sempat pergi 3....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wuu~banyaknye jemputan. T_T penat perut nak simpan makanan kan JR.

      Padam
  8. musim cuti mmg byk majliskn? xpa bukan selalu tpi kadang2... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah..nanti majlis kak boo lagi. Hik3

      Padam
  9. Balasan
    1. Tu ah. Seronok mmg seronok tp penat dia..Allahurobbi. Haha

      Padam
  10. fuhhh..
    agak2 harini dah basuk ke baju yg sebakul tue.
    hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ary ni baru beres semua baju selonggok tu. Haha.. :D

      Padam
  11. lorhhh blajo lagi rupanya..uitm mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh..ana gi uitm puncak alam bkn sebab belajar. Tapi ade keje sikit. Huhu. Jgn salah paham. :)

      Padam
  12. hehe..bulan ni namanye bulan merisik,bertunang, kahwin..tiap2 hari jenuh da nk makan gulai..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wuu~ bulan disatukan jodoh gamaknye. Terpakse save perut untuk next kenduri. Haha. XD

      Padam
  13. Busy bebenor dia..part konvoi tu mesti seronok sakan kan.. bila dah kene sound dgn akak.. memang check mate la hahaha :P

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Time Traveller haha..seronok sgt! Sebab konvoi ramai2.

      Padam
  14. Sebokk yer Cik Ana nihhh!!
    heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nadirah Mohamad: sebokk gi kenduri kendara penuhkan perut. Haha XD

      Padam
  15. Ana..layankan je.. macam gi tengok festival barang kahwin.. boleh ambil jadikan inspirasi untuk kemudian hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khamsi Abdullah: hahaha..memang pun. Menimba ilmu. Eceh!

      Padam
  16. hoho.. sekarang nehh mmg bnyak kenduri. pluang cuti skolah kan.. hav fun ! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @cikmisi leen: ni je kesempatan nak buat kenduri. Tahun depan semua dah mahal. Hik3

      Padam
  17. Xtvt yg seronok wlupun mememnatkan..kalo akak smp umah trus tido dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak mimi. Penat tak hengat dunia. Hahaha

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.