Sabtu, 21 Jun 2014

Resepi : Rahsia sardin tanpa rasa hanyir

Assalamualaikum...

“Cemane kau masak sardin? Sedaplah.” -eyka-

“Akak suka sardin kau je. Sardin orang lain akak tak suka. Hanyir. Cemane kau masak eh?” -kak syirin-

“Ani, kau kena belajar ngan adik ipar kau ni cara2 masak sardin. Abang suka lauk ni.” -abang ube-

Baiklah. Disebabkan ramai sangat nak tahu resepi rahsia ana. Meh sini nak share sikit. Eceh! Resepi rahsia konon. Haha. Biasa kalau orang masak sardin, tumis bawang pastu tumis cili sikit pastu baru masukkan sardin kan? Tapi cara ana lain sikit.

Suka hati koranglah nak tiru ke tak. Adakala, kita perlukan kelainan dalam cara memasak. Ye dak? Dah, dah. Tanak bebel panjang-panjang. Nah resepinya:

Bahan :

2 tin sardin
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1 inci halia *hiris
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu cili boh
7 tangkai cili api *belah tengah, jangan putus
1 keping asam jawa
2 sudu besar gula
Garam

Cara-caranya :

A) Mula-mula sekali haruslah bukak tin sardin tu. Then keluarkan ikannya. Panaskan kuali untuk menggoreng. Ikan yang dalam tin sardin tu wajib di goreng dulu, supaya tak rasa hanyir sardin tu nanti. Goreng sampai garing.

B) Tumis bahan hirisan dan cili api sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili boh. Pastu masukkan sos tiram. Kacau. Then masukkan kuah sardin tanpa ikan ke dalam kuali. Juga masukkan sos cili dan kacau. Kalau nak banyak kuah letaklah air sukatan tersendiri. Kalau boleh jangan banyak-banyak. Nanti cair sangat tak sedap. Kuah mesti pekat & likat. Masukkan ikan yang di goreng tadi. Masukkan gula & garam secukup rasa. Pastikan kuahnya agak manis. Kemudian masukkan asam keping. Kalau nak letak tomato dalam sardin, tak perlu masukkan asam keping. Nanti masam jadinya. Bila dah mendidih, tutplah api tu ye. Dah siap dah pun. Then hidang bersama nasi putih. Nyummy!

32 ulasan:

  1. Owh cenggitu ghupenye.. Boleh cuba ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @MaMa MuRsYiD : cenggitu la carenye. Hehe. Silekan mencuba. Lai lai lai~

      Padam
  2. Wahhh... hampir sama style kita masak just ai xguna cili boh... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss Boo : tersama pulak. Eh? Kadang2 tak pakai cili boh pun. Pakai cili kering yg dikisar.

      Padam
  3. Oh...macam tu ke.thanks berkongsi tips ye masterchef ana.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Sal Bee Yah : most welcome kak sal. Adudu..jangan dibilang masterchef. Pandai2 gitu je. :D

      Padam
  4. Thanks Ana ..sudi berkongsi ..

    BalasPadam
  5. Ana, saya jarang goreng dulu..sebab leceh (nampak tak pemalasnye). Tapi kalau masak untuk orang lain makan saya akan goreng gak dulu..letak cili api.. mmmm.. sdap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khamsi Abdullah : aipp.. Takmo malas2. Hahaa. Memang pun, nak menggoreng tu leceh. Suka letup2. Kalau ana masak, tutup ngan penutup periuk.

      Padam
  6. Balasan
    1. @nor_farihan : wc kak. Kite kan saling2 tukar resepi. Eceh..

      Padam
  7. ooo itu rahsianya...goreng dulu...nanti noe leh cuba ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @n O e s u h a i m i : silekan..hehe

      Padam
  8. pernah masak sardin sekali buar roti sandwich pegi picnic.. ramai org cakap sedap.. aha kbye

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiz Hafizol : uish..kire terer ah tu masak sardin kene puji. Bakal chef ni. :D

      Padam
  9. Bestnya dah lama tak makan sardin... Akak suka sardin pedas2 masam macam tu, pastu makan ngan nasik ngan timun.. perghhhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @deno : kan kak deno. Lagi2 air tangan sendiri. Lagi mabeles! Huhu

      Padam
  10. Alahai... tetiba rasa nak makan sardin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanie Dean : aik, k.nani. Ngidam ke? Muehehehe

      Padam
  11. waahhh.. ana ! k.zara pon msk mcm ni cuma xguna cili boh. k.zara tukar pkai sos cili.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Zara Nurhaidah : iyeke? Rase dia cemane eh tak pakai cili boh? Ana suka pakai cili boh, bagi ada rasa cam sambal sikit. Pekat.

      Padam
  12. hahaha...boleh masak ni ..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Syaifuddin Alias : boleh2. Silakan. ^_^

      Padam
  13. Ana, sayang zizie kan? Tolong masakkan untuk zizie.. hewhew :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Zizie : hahaa..tak sayang pun! Zzz..mohon masak sendiri. :P

      Padam
  14. cara macam ni sama mcm mak yaya buat . sedap buat cara mcm ni . kan kak ana :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Lieya Yaya : memang sedap yaya. Huhu. Kalau rindu masakan mak yaya, ana leh buatkan.. Hehe

      Padam
  15. mcm akak lak lain mcm ismi pnye cara..akak selalu buang kuah sardin tuh..akak basuh ikan sardin tuh...lepas tuh cara akak masak akak tumis bwg mcm biasa,masukkan cili boh..goreng smp garing pastu masukkan air asam jawa.pastu masukkan sardin,garam,gula dan bawang besar...Biarkan kejap dah ok...Hanyir memang takdelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mimi Azirah : akak buang sardin dia? Alahai, bazirnye. Huhu. Tapi lain orang, lain cara dia kan. ^_^

      Padam
  16. thanks berkongsi rahsia nie.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiza AizZawa : same2 kak. :)

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.