Sabtu, 22 Februari 2014

My Bestie~~

Mood:: kemas bilik!

Sambil nyanyi2 lagu 'rindukanlah' tangan aku belek2 fail lukisan lame2 aku. Tibe2 ternampak kad ucapan berbentuk epal dari seseorang beserta sampul surat pink. Surat pink tu, kad ucapan birthday dari EX aku yg kedua. Yg kad epal tu, dari bestie aku.

Thank you so much Firah atas kad ucapan yg kau bagi kat aku dulu. Tak silap aku mase tu kita baru masuk form 4 kan? Kite dah senior kat asrama tu.

Mase tu, aku dapat masuk balik kelas pertama. alah, tu pun sebab aku dapat nombor 4 kelas kedua. Tu yg ustazah letak aku kat kelas pertama. Konon2 aku pandai. Bhahahaa XD

Tapi aku tak lame pun kat skolah tu kan? Lepas ayah aku meninggal, aku duduk uma anak yatim. :') serius rindu kawan2 asrama aku.

Oh~kenangan!

Aku rindu kenangan dulu! Wakakaka! Rindu gaduh2 dengan akak2 atas kitorg, rindu rebut bilik air dgn adik2. Rindu baca novel satu plastik itam yg disorok kat balkoni.

Paling2 rindu kenangan mandi sungai. Paling best! Wuuu~nape kah aku tak hargai saat2 tu dulu. Ecehh! Tak hargai konon. Padahal aku la antu air time tu. Nyakat sepak2 kaki kawan2 dalam sungai. Oke, perangai teruk! ^^

• Madah Safirah •

“Persahabatan kita diibaratkan seperti sebiji epal yg berada di hadapan kad nie. Ia hanya dapat dilihat sahaja, tak boleh di makan. Maksud kita hanya berjumpa sekali sekala sahaja. Tak seperti selalu lagi. Saya harap kamu disana mendapat kawan yang lebih baik lagi.” -Friends Forever-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.