Jumaat, 25 November 2016

Kena warded!

Assalamualaikum..

Sekian lama aku menyepi. Huhu. Baru harini nak kembali. Rasenye dah setahun aku tak jengah blog. Try log in malam tadi, eh bnyawa lagi belog aku nih.

Aku tau takde daa orang nak usha blog bersawang aku ni. Wuuuu~ Its okay. Aku saje tulis kisah aku ni supaye aku tak lupe. Aku ni pelupa orangnyeee. Hua hua hua.

Okelah! Start story!

20hb feb 2016
Ekceli due aku sepatutnya 14hb. Tapi baby ni takmo keluar lagi tarikh tu. So doktor kate tunggu lagi sminggu. Kirenye aku ni overdue laaa. Then mase 20hb ni tetibe je aku rase baby macam tak aktif. Aku pun suspen ah. Cakap ngan kakak and abg. Tak rase gerak bby sgt. Terus depe soh kemas brg. Sebab nak terus ke spital.

Fuhh..nebes! Gi spital, cakap ngan akak nurse kaunter luar. Nak bawak kakak teman. Dia kate, emm..sepatutnye mak atau suami je bole teman masuk daftar. Pastu aku cakap laa asben sakit. Barulaa nurse tu kate boleh. Yihuuu!

Daftar ape sume. Tetibe name kene panggil. Okeh, cek ctg. CTG yang menatang macam tali pinggang tu. Nak cek gerakan baby + jantung. Nurse kata baby oke, sihat and aktif. Kata dokter maybe aku tak perasan kot sebab aku aktif sgt. Aku ye kan je la.

Pastu nama kene panggil lagi utk scan. Dan nurse cakap "besar jugak baby you ni." Aku dah cuak! Aduh, canner nak teran kalau besar. Rasa nak lari dari spital, tanak bersalinnn.. TT

Datang dokter pakar dia cakap "eh, taklah. Anggaran 3kg je ni. Biasa je." Lega!

Masa aku nak keluar dari bilik scan datang laa sorang doktor pelatih, dia interview aku macam-macam. Aku? Layan je la. Then datang sorang lagi doktor pelatih. Dia cakap nak cek cm. Lepas da cek dia kata takde bukaan lagi. Tapi aku dah kene masuk wad. Sebab? Overdue.

Part nak cucuk mende alah jarum kat tangan tu yang tak best tu. Memula nurse pelatih perempuan cucuk kat aku. Lama gak dia carik urat. Then jumpe katanye. Pastu cucuk kiri kanan banyak kali baru keluar darah. Pedih!

Sementara tunggu katil, aku da perasan darah leleh2 banyak kat tempat cucuk tu. Then menitik. Nurse cakap, aku tumpah darah ke? Aku kata, tak. Ni tangan.

Dia panggil lak doktor pelatih lelaki. Doktor pelatih lelaki tu cek tangan aku. Dia kata. "Ni salah cucuk ni." Dia pun betul kan.

Lame gak la tunggu katil. Ade laa dalam 30 minit. Pastu nama aku di panggil utk masuk wad. Maka tepat jam 8malam aku pun di wadkan. Di wad 5C katil 16.

Then esoknya.. bersambung..

Cukup laa sampai sini dulu. Panjang lagi kisah akuuuu.

5 ulasan:

  1. hi,ismi ana..ingat lgi kak intan tak? hehe awak dh kawen ye? dah ada anak ye? lama dh tak selongkar blog..rindunyaaa :)

    BalasPadam
  2. hai akak! last dtg blog akak masa dpt tau akak pregnant dulu and now dah ada baby dah. tahniah!
    kesian akak sampai kena warded, semoga sihat2 je! :D

    BalasPadam
  3. Jangan menyepi lagi. Nanti follower lari.
    Cerita ni bila nak sambung. Jangan pulak tahun depan baru nak tulis.
    Salam blogging

    BalasPadam
  4. Jangan menyepi lagi. Nanti follower lari.
    Cerita ni bila nak sambung. Jangan pulak tahun depan baru nak tulis.
    Salam blogging

    BalasPadam
  5. hi, akak pon baru timbul balik ni...baru minggu ni jer selepas setahun menyepi dr blog..haha..

    welcome back dear...moga cpt sembuh

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.