Jumaat, 6 November 2015

4 situasi yang mengharukan

Assalammualaikum...

Bizi bebenau aku, sampaikan masa utk reply komen pun tak sempat. Tenggssss korang sudi singgah sambil meninggalkan jejak disini. I will komen back belog korang. (okeh, ayat nih pening!) ><

Sebab sebenar aku tak sempat hapdet belog, sebab aku bizi dengan keje. Entahlah. Sejak mengandung ni, rajin benoo aku bekerja full day. Haha. Siapkan kertas periksa lagi, jadi witress kat Bake & Cafe kakak aku lagi. Pergh..pergh..bizi gila haku.

Okaylah!

Ekceli dalam entri ni aku nak citer 4 situasi yang mengharukan berlaku dalam satu hari sejak bergelar mommy to be neh. Huk3

First sekali time aku naik monorail. Kalau korang selalu ke Jalan Imbi konfem korang tau cemane sesaknye monorail dari kL Sentral ke Jln Imbi. Jenis aku ni pulak kalau dah sesak macam sardin memang tak naik ah, tetibe ade sorang abam polis ni tiup-tiup wisel dia.

“Ke tepi! Ke tepi! Bagi laluan kat ibu mengandung!”

Aku toleh ah kiri kanan. Rasenye takde orang pun kat kiri kanan aku tu. Tinggal aku sorang je kat luar monorel tuh. Rupenye abam polis tuh maksudkan 'ibu mengandung' tu adelah aku. Aduduhh..terharu ai orang prihatin. Isk!

Dalam mase yang same ade sorang mamat ni ngah duduk dengar lagu kat kerusi, pun diminta bangun untuk bagi aku duduk. Ish, terharu lagi. Huhu. Bayangkan sesardin manusia lam monorel tu terpaksa bagi laluan utk aku duduk. Wuuu..mekasih rakyat Malaysia atas keprihatinan anda. T_T

Pastu situasi kedua masa kat dalam KTM dari kL Sentral ke Rawang. Aku ni pulak silap planning waktu. Set time nak balik pukul 5 ptg, alamatnye memang sesak ah KTM sebab orang baru balik keje. Disebabkan aku punye laa gigih nunggu KTM setengah jam yang lalu, dgn penuh redho aku pun naik je la KTM. Wpun coach wanita, tapi sangatlah full. Dek kerana full aku terpaksa berdiri.

Tetibe haku dengar kecohh-kecoh satu kelompok yang aku rasa tak jauh pun dari aku.

“Eh, adik tu mengandung kan? Kenapa dia tak duduk?”

“Dia tak dapat tempat duduk.”

“Siannye. Ish, diorang yang duduk ni tak prihatin ke?”

Pastu ade laa dua tiga orang yang berdiri tak jauh dengan aku sambil mata menyorot ke arah perut aku. Isk! Malu jemah oi!

“Eh!! Iyelah, dia mengandung. Kesiannya tak dapat tempat duduk.”

Ekceli aku tak kisah pun kene berdiri. Sebab aku paham orang baru balik keje, letih kot! Tetibe ade sorang auntie cina ni berdiri. Terus kelompok tadi cop kan tempat duduk untuk aku.

“Dik, duduklah. Bahaya berdiri.”

Wuuu..terharunye dengan sikap rakyat Malaysia cenni. Sungguh prihatin. Teruslah aku dapat tempat duduk. Tengs sangat kat 'kakak-kakak' yang tolong cop kan tempat duduk utk aku.

Situasi seterusnya lepas aku turun stesen Rawang. Lepas je sampai kat Rawang terus rasa nak terkucil. Hadeii..tengok plak kat tandas awam berderet orang beratur nak masuk tandas. Tetibe ade sorang acik cleaner ni tegur;

“Kalau boleh bagi kat orang mengandung ni masuk dulu. Orang mengandung ni bukan boleh tahan.”

Terus aku dapat masuk bilik air dulu. Alolo..terharu lagi. Isk! Jiwa ni cepat nau rase terharu.

Situasi keempat masa aku nak kejar bas nak balik Bkt Beruntung. Jalanraya punye laa bizi, aku dengan selamba je tahan bas, sebab malas nak naik atas bukit gi bas stop. Nak bawak badan lagi..pergh..memang tak ah untuk aku naik bukit gi kat bus stop.

“Nasib baik awak mengandung. Saya faham awak terdesak tahan bas, kan? Itupun saya nampak perut awak dulu, baru nampak tangan awak lambai-lambai tahan bas.”

Haha..pak cik ni! -_-'

Pacik drebar bas ni pun leh tahan gak ayat dia. Haha. Aku iye kan aje. Sampai jek uma terus gi kat cermin usha perut. Haha. Iyelah, perut da boyot sikit. Ekekeke!

10 ulasan:

  1. seronok pulak baca entri ni. Alhamdulillah, satu kelebihan ibu mengandung. ramai org prihatin dgn akak :D semoga kandungan akak sihat2 je

    BalasPadam
  2. oho..masa lepas abis spm dulu, 10 tahun yang lepas (adoi, tua nya rasa), slalu naik monorail tu keje part time cashier kat times square. paham sangat rasa sesak sardin tu. haha

    pasal yang prihatin ni, sebenarnya kita orang malaysia ni memang baik hati. cuma newspaper kita slalu penuh dgn perangai ahli-ahli politik yang mencemarkan nama baik orang kita.

    BalasPadam
  3. dah nak jadi mommy ke..tahniah :)
    untung orang yang preggy ni, pegi mana-mana tetap orang utamakan..huhu

    BalasPadam
  4. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    BalasPadam
  5. Asalam apa khabar..semoga kandungan sihat ya..lama tak ada entri ..sibuk agaknya kan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.. Datang melawat ni.. :)

    #www.erazfadli.com

    BalasPadam
  7. Alamak//lama tak singgah sini... kalau ada yang baca ni.. jom join gA saya:

    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    BalasPadam
  8. betul apa yang u tulis. itulah situasi yang lazim berlaku..nasib baik mereka prihatin :)

    BalasPadam
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  10. hi,ismi ana..ingat lgi kak intan tak? hehe awak dh kawen ye? dah ada anak ye? lama dh tak selongkar blog..rindunyaaa :)

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.