Assalamualaikum...
Amaran keras! Entri ni panjang berjela. Sila luangkan masa 30minit utk bace entri ni. Keh keh keh.
Okeh laaa dah ade yang perli pasal aku asyik menyepi. Ekiki..ampun ya. Bizi sangad! *rolling eyes*
Nah, ni sambungannya. Sila baca sampai muntah. >< ahaks!
21 feb 2016
Esok pagi tuu nurse datang. Dia pasang lagi CTG kat perut, sebab nak tau keadaan baby lam perut.
Alhamdulillah baby semua oke jek! Cuma baby asyik tido je. Jenuh pujuk bagi bangun. Akhirnya nurse bagi minum air sejuk, barulah baby bangun. Hik hik! Pastu cek bukaan. Pun masih 0cm. Nurse cakap;
"Puan, 8pagi nanti kita akan induce. Puan kena baring je kat katil selama 1jam. Jadi, kalau nak buang air ke apa ke kene sekarang."
Fuhh..kene paksa bersalin jugak rupenye kes haku ni. Induce kot!
Jd aku pun cepat2 laaa gi toilet bagai sebelum pkul 8 tu. Then diorg pun induce aku. Dia kata nanti depe akan dtg lagi cek bukaan. Aku pun oke je la.
Induce kali pertama tak bagi kesan pape pun kat aku. Aku rilex je. Orang katil sebelah siap tanye aku, tak sakit2 lagi ke? Aku cakap ah "takk"
Poyo kan? Hahaa
Dokter datang cek bukaan. Dia kata still 0cm. Depe cakap anak aku degil takmo kua. Dia syok agi dok lam perut nih. Hoho.
Pastu nurse induce aku lagi sekali. Kiranye kali kedua induce ah ni. Kak y & abg aku datang lawat, depe tanye dah ade bukaan belum. Aku geleng je la sambil melantak nasik goreng pedas kaw kaw. Huhu.
Tetiba petang tu. Eh eh..nape perut ngeras-ngeras je ni. Tiap kali tegang perut, pinggang aku sakit. Eh, ni contraction ke?
Nurse pasang CTG lagi, tetibe perut aku ngeras. Carta CTG aku dah lain.
"Eh, awak dah contraction ye?" Tanye nurse tu. Aku angguk je la. Sakitnya Tuhannn..!! Tapi aku pujuk je dalam hati. Sakit sikit je ni.
Time melawat ptg tu aku dah parah dah. Sakitnya! Wuwuwu~ Siap terduduk2. Masih boleh bertahan. So aku gi laa jenjalan ke katil, sbb nak bagi cepat bukaan.
Malam tu dokter dtg cek "eh, dah 3cm. Boleh masuk labourroom dah. Nanti saya suruh nurse hantar awak ke labourroom ye? Bertahan ye puan."
Part ni aku dah tahap guling-guling dah tahan sakit. Kejap2 pegang besi sisi katil. Urghh..tarik napas hembus, tarik hembus. Okeh, tak berkesan!
Dalam pukul 11lebih, nurse datang. Dia masukkan sejenis cecair. Katanya utk keluarkan najis, supaya nanti teran takdelah terteran najis sekali. Dia masuk je terus berlari aku ke bilik air. Fuhhh..lega! Tetiba contraction kuat!
Aduhh!!!
Hampir jatuh. Aku pegang besi kat toilet tu kuat-kuat. Aku keluar bilik air dalam keadaan menggigil, nurse dah berdiri dengan wheelchair. Aku naik wheelchair sambil pegang baju baby. Alolo..tak sabonye nak tengok anakku! Adudu..
Terus dibawa ke labourroom.
Aku baring. Pasang alat ctg, nurse cakap eh..nape bunyi lain. Kalut panggil doktor. Dalam hati aku cakap ahh..sudah! Jangan laaa berlaku apa-apa.
Aku dah contraction seminit seminit. Bukaan baru 4cm. Nurse cakap nak tunggu 10cm subuh esok baru leh teran ni. Aku dah hitung jam..uishh..lagi 5jam.
Boleh tahan ke?
"Maaf puan, kita pecahkan air ketuban ye. Untuk kepastian, risau baby dah berak dalam perut."
Kalau korang tengok muka aku, dah macam ayam berak kapur agaknye time tu. Tahan sakit lagi, risau lagi. Dalam hati terus terlintas..oh, ini rupanya sakit bersalin yang dikatakan sakit macam nak mati tu. Sakit sangat!!
Terus teringat kat umi, macamane agaknye umi aku bersalinkan kami adik beradik seramai 8org. Hurm..
Besar pengorbanan seorang ibu.
Rupa-rupanya air ketuban jernih je. Takde jangkitan pun. Hmm..
CTG bunyi lagi. Kali ni heartbeat baby dah makin menurun. Doktor dengan nurse dah bincang-bincang.
"Puan, kite terpaksa operate. Sebab kalau ikutkan baby puan hampir lemas." Dah agak dah!
Mase tu dalam hati dah jerit; taknak! Taknak!
"Takde cara lain ke doktor? Saye tanak operate." Luah aku. Terpaksa.
"Kalau nak normal, boleh je puan. Tapi kita tak makesure baby selamat ke tak. Sebab jantung baby dah lemah. Kita tak nak ada komplikasi apa-apa." Fuh..panjang lebar nurse tu cakap.
Akhirnya setelah aku di yakin-yakin kan, terpaksa laa aku rela je dibedah. Kerana terpaksa, aku relakan. Isk!
"Oke, puan. Kalau setuju bedah tolong tandatangan ni." Aku time tu dahla contraction kuat. Org yang pernah induce je tau camne azabnye sakit dia. Sakit!
Tandatangan tu dah serupa conteng2 je. Hahaha..
Di bilik pembedahan
Memang aku dah macam ayam togel dah. Terbaring. Masuk tiub air shishi. Dah takleh bangun.
Pastu part cucuk drip air. Jenuh nurse yang bantu bedah nak jumpe urat. Hua hua hua..kiri kanan tak jumpe. Lame gak la depe terkial-kial carik urat. Aku dalam hati nak gelak, tapi sakit punye pasal tak jadi gelak.
And then part nak bius separuh. Depe suruh tegakkan badan. Aku ni dahla contraction setiap saat. Mau terbongkok2, jenuh plak dokter pakar bius tu pujuk nak bius aku.
Tak lama kemudian, kaki kanan aku macam kene karen.
"Oke, da siap!"
5 saat kemudian, depe suruh aku angkat kaki. Aku angkat lah! Pastu suruh angkat lagi. Aku angkat lagi, lagi tinggi. 5 minit kemudian. Pun aku still boleh angkat kaki.
"Masih rasa contraction puan?"
"Ye, masih." Aku masih lagi rasa contraction. Makin kuat ade la!
"Puan, kita terpaksa bius penuh. Tapi akan ada komplikasi. Kemungkinan puan akan kekurangan darah. Jadi kita akan masukkan darah lain. Dan darah itu kita tak pasti ada jangkitan ataupun tidak."
Aku dah cuak! Rasa macam nak lari je dari bilik operate ni. Wuwuwu~
"Keputusan di tangan puan. Puan fikirkanlah demi baby." Doktor tu psiko aku dah. Siap pegang perut. TAKPELAH! DEMI BABY, AKU SANGGUP!
Bila aku iye kan je. Terus ada kertas 2 3 helai lagi utk aku t/tangan. Wpun tandatangan aku time tu bulat2, nurse tuu layan je. Ahaks!
Aku setuju je terus depe baringkan aku then pasang menatang oksigen tu. Sesaat dua saat..aku dah lalok. Ooo..ni rupanya ubat lalok. Hohoho. Terus tak sedar ape dah.
Dup dap dup dap!
22 feb 2016
Jam tepat 4.30 pagi aku sedar. Perkataan pertama aku sebut, sakittt. Fuh, memang sakit kat perut aku. Rasa macam perut kene toreh. Padahal time tu semua dah selesai. Mungkin sebab kesan bius dah habis kat aku. Tu yang sakit je rasa perut tu.
Keadaan aku time tu lemah sangat. Suara perlahan sangat. Wuwuwu..aku tarik baju pembantu doktor yang tengah catit ape ntah kat buku dia.
"Nurse, anak saya selamat ke?"
"Selamat."
"Nurse, anak saya kuning tak?"
"Tak."
"Nurse anak saya lelaki ke perempuan?"
"Perempuan."
"Nurse, saya tambah darah tak?"
"Tak."
"Baby saya besar tak?"
Nurse diam.
"Anak saya berapa kg?"
"3kg"
Ekikiki..banyak betul soalan aku. Sedangkan keadaan aku time tu lemah.
"Nurse...sakit..."
Pastu aku asyik ulang ayat yang sama. Nurse tu tengok aku kesian.
"Jap gi pakar bius datang. Sabar ye puan."
Aku diam. Tak lama kemudian, doktor pakar bius datang, pasang tiub bius. Katanya kalau aku sakit tiap 5 minit tekan sekali. Aku angguk faham. Try tekan. Yeayy! Dah tak sakit.
"Puan, kita akan bawak puan ke wad. Memandangkan puan tak ada komplikasi apa-apa." Waktu tu dalam hati TERIMA KASIH YA ALLAH!!
Masa nak ambik baby kat wad baby. Aku nampak nurse bawak anak aku. Anak yang belum aku pegang lagi. Eh, kecik je.
"Nurse..ni anak saya ke?"
"A'ah."
"Eh, kecik je. Salah kot."
"Eh, budak ni. Tak padan dengan baru bersalin." Nurse tu seloroh dgn aku. Geram sebab aku asyik tanye je.
Masa dalam perjalanan ke wad. Mulut aku bebel, suruh nurse tutupkan aurat aku. Memula nurse tu tanak. Dia cakap bukan sape2 nampak pagi buta ni. Tapi aku tetap bebel. Akhirnya barulah nurse tutup selimut sampai leher. Keliling kepala aku tutup dengan tuala.
Nampak encik asben senyum2 tengok baby aku. Masa tu aku lemah sangat then tak sedar apa. Terus lena. Sampailah pukul 8pagi, aku dikejut nurse.
Oke, panjang lebar. Sampai sini dulu eh. Sila tatap gamba anak aku. Sekiann~
sama la kita kena induce pastu opret. comel baby girl awak :)
BalasPadamSelamat tahun baru
BalasPadamSelamat tahun baru
BalasPadam(PERKHIDMATAN URUTAN BERSALIN)
BalasPadamSAYA ADA MENYEDIAKAN .... PERKHIDMATAN URUTAN UTK WANITA DAN IBU2 BERSALIN.
AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR .
SILA HUBUNGI DI TALIAN
013-2096836/018-3636986.(WANITA MELAYU)
Adooiiii. Comel sangat baby. Macam saya jugak, kena induce. Mujur jalan buka kalau tak memang operate jugak��
BalasPadamcomel la tnya byk soalan..hihi
BalasPadam