Ahad, 15 Jun 2014

Satu hari di hari sabtu

Assalamualaikum...

(Entri ni agak panjang)

Semalam aku hangout kat e-Curve ngan kawan aku. Semata-mata nak tengok wayang kat situ. Aku nak tengok Pengantin Malam. Tapi kawan aku ni penakut sikit. Pastu aku cakap nak tengok Hantu Nan Sempit ah, sebab ada Jue Aziz. Tapi kawan aku tak nak. Dia nak layan Dragon 2.

Last-last aku cakap "whateverlah." Kawan aku pun beli la tiket wayang citer yang aku nak tu, Hantu Nan Sempit. Yeayy..takdir berpihak pada aku. Lalala. Sekali masuk wayang, ceh! Kitorang berdua je hado. Hahaha. First time aku masuk wayang takde orang. Lawak k. L A W A K. Hahaha.

Krik krik je bunyinye. Citer melayu memang slow! Zzz.. Lepas tengok wayang laparlah pulak. Singgah la satu restoran ni. Restoran tu bukan aku pilih, kawan aku. Sebab Damansara tu memang kawasan dia, dia tahu mana sedap mana tak sedap. Kawasan aku Rawang je.

Aku nak komen sikitlah. Aku ni memang sensitif sikit bab kebersihan dari segi hukum syarak & hukum akal. Huhu. Aku order nasik goreng pataya ngan ayam paprik. Baru aku nak tarik pinggan tetiba aku rasa something kat pinggan. Aku tengok la ape yang something, rupa-rupanya pinggan dia sumbing.

Di ulangi..SUMBING.

You know what sumbing? Of course la tahu, kan. Bukan ke dalam islam mengatakan MAKRUH hukumnya makan atau minum dalam pinggan sumbing? Kalau datang rumah orang, kita pahamlah sikit. Ni restoran. Takkan itupun tak sensitif. Aku mohon sangat pada peniaga kafeteria atau restoran atau whatever. Tolong jangan hidang makanan pada pelanggan anda dengan pinggan sumbing. Makruh ye hukumnya.

Jadi aku pun panggil la acik cashier tu. Aku pun luahlah apa yang aku tak puas hati. Acik tu pun serba salah je. Masalahnya betul laa ape yang aku tegur tu. Boleh pulak mamat thailand kat belakang tu cam nak gaduh lak ngan aku. Tampar kang, baru kau tahu hebat tak hebat penangan gadis melayu nih.

Pastu aku pun balik ah. Dah penat keluar, nak la rehat kat umah. Tetiba akak aku dari subang call. Cakap nak datang umah. Biasa kalau cakap camtu mesti ade masalah apa-apa tu. Jadi aku pun alu2 kan je akak aku datang.

Lepas maghrib centu, hakak aku cakap dia nak gi wayang layan citer hantu ngan kak syirin, diorang pelawa aku join sekaki. Aku ape lagi horey la. Punye la sangap citer hantu, cepat2 je aku bersiap. Muahahaha. Tengah otw nak gi AEON rawang, ade pulak customer bakery akak aku call. Nak ambik kek. Niat nak tengok wayang terpaksa di cancelkan, pasal aeon nak tutup dah. Isk..isk! Sedih ah cenni.

“Kite gi karok je la nak tak?” Cadang kak Estella.

“Karok? Yeayy..jom. Jom!” Kesedihan bertukar menjadi happy. Ah, lantaklah. Suara aku sedap ke tak. Yang penting dapat melalak. Ngeh3.

Pergh..pergh! Setting mic dia tak best langsung. Dahlah echo tinggi. Aku tanye akak kaunter tu caner nak setting mic. Pastu hakak tu cakap tu standart setting. Aku pun "okey" je la. Padahal geram giler ngan mic tu. Suara pun jadi sengau abadi. Dek kerana dihasut setan berpuluh kali, muzik karaoke tu kitorang pasang kuat2. Tahap maksimum! Muahahaha. Stress punye pasal.

Dua jam gak la kitorang karok. Hahaaha..lepas dah puas keringkan anak tekak memasing. Terasa lapar pulak. Singgah Cafe Ayob's. Yang katanye masakan dia sedap. Tiptop. Entahlah. Seriously susasana dia nice sangat. Sebab cam suasana rumah kampung. Dengan kerusi kayu, ada lampu pelita. Comel je. Kami order lamb chop ngan chicken chop. Kongsi bertiga. Sekadar nak makan gitu-gitu je.

Chicken chop dia? Not bad laa. Tapi dia bagi ayam dada. Takde lemak! Tak best! Lamb chop dia aku suka. Tapi agak liat. Sos dia memang sedap dari banyak2 kedai yang aku makan. Cumanya, takde pelanggan sangat. Atau mungkin kitorang datang di saat kedai nak tutup. Mane taknye, nak pukul 1 pagi kot baru kitorang datang makan situ.

Di sebabkan aku tak dapat tahan rasa nak terkucil, jadi aku pun pegilah dapur dia. Fyi, aku paling tak suka gi dapur kafe. Sebab aku tak nak nampak keburukan dapur sesebuah restoran tu. Tapi pada waktu tu, aku ternampak keburukan dapur kafe tu! Erh, silap. Bukan dapur. Bilik air.

Orang kata, kalau nak tau. Seseorang tu pembersih ataupun tidak tengok bilik air dia. Pastu aku pun masuk ah bilik air dia. Bau hancing dia..ya ampun. Tak mampu! Nak tanak terpaksalah aku jadi cleaner tak berbayar kat situ. Aku cuci tu ini, baru aku selesa nak guna toilet tersebut.

Sempat ah aku citer kat kak Syirin pasal bilik air. Beliau pun tak jadi guna bilik air restoran tu. Seriously, aku ngan kak syirin memang jenis sensitif sikit bab bilik air. Huhu.

Mase otw balik, boleh pulak ade roblock. Adehz! Hakak aku yang lagi sorang nih. Dia masih baru lagi memandu. Kereta pun baru 2 bulan dia pakai. Lesen pun P lagi. Kan selalu kalau ade roblock dia letak papan tanda 'Sila perlahankan kenderaan anda untuk pemeriksaan polis.'

Akak aku lak tak nampak. Perasaan nebes memandu di tambah pulak dengan stress dengan entah ape yang ade dalam otak dia pun aku tak tau. Laju je dia meluncur. Ape lagi. Polis tu tahan la. Dia ingat kitorang penjenayah. Muahahaha.

Polis : ni nape laju-laju ni. Awak ada buat apa-apa ke? Bak lesen.

Kak Estella : saya tak nampak encik.

Polis : awak tak nampak ke saya berdiri kat situ?

Kak syirin : maaf encik. Kami ni nak cepat.

Polis : kalau langgar saya tadi cemane.

Dek kerana aku tak paham ape yang kecoh2 kat set pemandu ngan penumpang sebelahnye. Aku pun nyampuk.

Me : huk alorh, banyak cekadah ah. Bagi lesen kat polis tu. Huh!

Polis tu pun tengok lesen hakak aku pastu dia angguk2 gitu.

Kak syirin : comelkan orangnye. Takyah tenung lama2. Dia tunang orang encik.

Polis : err.. Ye2. okey, lain kali hati2 ye.

Hahahaha..lawak ah akak aku dua ekor kat depan ni. Nervous sangat. Sampai terlupe bagi lesen. XD

28 ulasan:

  1. kesimpulannya,anda memng kaki wayang..hehehehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @aiman mania : anda jeles? Hahaha. Yes, ana memang kaki movie. Lagi2 citer antu.

      Padam
  2. oih mak cik tak dek lemak lah bagus. ape daaa.. hahah..sayang pinggang oihh :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Nur Inani : Erkk! Haha. Kami satu family suke lemak. Lagi2 yang bahagian kulit ayam tu ah. Febret. Muahahahaa!

      Padam
  3. Anda ditag ..

    http://faris-ris.blogspot.com/2014/06/giveaway-salam-kenalan-dari-blogger.html

    BalasPadam
  4. Panjang sungguh post nye. Saya pon dulu suka karaoke. Sekarang pon suka jugak! :D Fire Zone setapak best! Red Box memang the best tapi kena la dengan harga n pakej dia ye dak.

    Lamb chop and chicken chop klu y murah2 saya biasa makan dekat HR Steakhouse Kg Baru klu tak pun area Gombak dan Sentul. Naili sentul sana pon best.. Belah ampang dekat Taman Dagang ada y best..kat food court kat Burger Bakar tu..peh, memang berbaloi.

    Sebenarnya saya pon kalau nak guna tandas awam, memang akan simbah dulu sampai ke dinding sampai ilang semua bau! Eeeww..xkuasa nak melayan bau.

    Setuju dengan Inani, jangan makan lemak sangat la dey!

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Khamsi Abdullah : Red Box memang best. Tp kitorang bajet ngah sesak. Tu yang gi karok kat tempat murah2 je. Hoho. Eh, eh. Lemak tu la yang nikmat tau. Haha.

      Padam
  5. haha...kaki karok rupanya..sama la kte..akak memang pantang dapat mic tak best, terus suara akak yg best ni jadi tak best.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Sal Bee Yah : jangkit ngan hakak2 kite lah kak Sal. Ngeh3. Gi karaoke low standart mmg centu. ><

      Padam
  6. hehe...pnjgnye entry...singgah cni..salam kenal ismi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Ayue Idris : panjang sangat eh? Haha. Hai kak Ayue, thanks singgah sni. Salam kenal juge. :D

      Padam
  7. kat umah memang pinggan pinggan sumbing mak buang...tak alert langsung lah restoran tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @nor_farihan : same ah. kat umah ni kalau wujud pinggan sumbing, lelaju je campak kat tong sampah. Sepatutnye kalau berniaga tu, lagilah sensitif dgn pinggan sumbing.

      Padam
  8. hahahha..saya balas k...pendek sikit :P

    BalasPadam
  9. seronok pulak baca kisah awak ni.. hihi macam2 dari tengok wayang sampai la ke cik polis^^

    BalasPadam
  10. hehe part last skali yang paling kelakar tu... tu nasib baik tuning orang. kalau bini orang cmne plak tu? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @dilakazuha : haha..tu ah. Kire bakal bini orang jugak tu kak. Bakal jadi isteri orang hujung tahun ni. Insya-Allah. XD

      Padam
  11. panjangnye.. dlm satu hari mcm2 ana buat yer.. Kak Fiza pun tinggal kat Rawang.. kalau bab makan2 kat rawang.. semuanye tak sedap dan boleh kate menyakitkan hati jer.. baik msak kt umah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Hafiza AizZawa : huhu. Kebetulan je satu hari tu full day dgn aktiviti luar. Eh, kak fiza dok rawang jugak eh. Hihi. Duduk kt mane kak? Seriously kebanyakan mmg x sedap kan. Masak sendiri je lg sedap. Hihi

      Padam
  12. cerita penuh di hari sabtu...banyak aktivitinya...dari tengok wayang...ke karaoke...

    peminat citer hantu upanya...noe mmg tak kan tengok citer hantu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @n O e s u h a i m i : ana memang suke sgt2 citer hantu. Hehe.. Dulu tak ah suke sgt. Tapi sejak citer ape entah, tetibe suke lak citer antu.

      Padam
  13. Amboii Ana panjang bebor kisahnyerr tapi akhirnyerr syok seronok gembira bertukar sudahh bila jumpa abang pplis ..hehehe sempat buat lawak tuuu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Akif Imtiyaz : hehe. Panjang sangat ke kak Lya? Tu ah, kakak2 ana tu wat lawak. XD

      Padam
  14. hari sabtu penuh aktiviti..bagus bagus

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.