Rabu, 25 Jun 2014

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA

Assalamualaikum...

Sedikit ingatan ana kongsikan di sini buat kita semua yang kadang-kadang dah baca tapi terlupa. Moga ingatan ini menjadi saham akhirat. Amin..

“Sesungguhnya ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.”

Begitulah maksud sepotong hadis yang ditujukan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA, selepas sahaja beliau kembali dari perjalanan Isra Miqraj.

Rasulullah telah dipertontonkan oleh Allah SWT tentang azab di dalam neraka, dimana kaum hawa menjadi golongan yang terbesar mendapat pembalasan dan hukuman Allah SWT di akhirat nanti.

Nauzubillah

Sebab musabab kenapa dan mengapa jadi demikian telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA dan siapakah mereka yang dimaksudkan :

Mereka yang tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan dan kesusahan, tidak sabar apabila ditimpa musibah. Mereka yang tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

Mereka yang mengkufuri nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah Mereka yang memperbanyak kata-kata yang sia-sia,
banyak bicara yang tidak bermanfaat.

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “wahai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini..”

Dan Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut telah dirumuskan seperti berikut:

Bahawa wanita yang mengingkari kebajikan atau kebaikan yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah. Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

Bahawa isteri yang memandang jahat dengan menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya, Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami-Nya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

Bahawa wanita yang mengerjakan solat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan solatnya.

Bahawa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek- robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

Bahawa wanita yang berzina akan disebat dihadapan semua makhluk di depan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan elapan puluh sebatan dari api.

Bahawa isteri yang mengandung baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

Bahawa isteri yang bersalin melahirkan, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritanya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya. Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar dari
menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Wallahualam..

13 ulasan:

  1. Thanks for sharing ana...perempuan memang senang nak buat pahala dan lagi senang nak buat dosa

    BalasPadam
  2. Sebagai pemimpin keluarga, suami sepatutnya membimbing isterinya ke syurga. Sang Suami yang gagal membawa isterinya mendiami syurga, rasanya tempatnya juga bukan di dalam syurga...

    BalasPadam
  3. Setuju dengan JR. Kalau suami pun tak didik dan asuh isteri betul2, suami kena jugak nanti.

    BalasPadam
  4. Aslkum Ismi..
    Bls blog walking..goof information for kaum Hawa kt luar sne..

    BalasPadam
  5. terima kasih sebab sharing.
    nanti nak copy nak bagi kat cik fiance suruh dia baca :)

    BalasPadam
  6. Isteri atau wanita senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka..

    BalasPadam
  7. terima kasih atas peringatan ana...

    BalasPadam
  8. thanks for sharing .. betul tu perempuan mmg sng dpt phla n dosa , tp bersyukur jd perempuan

    BalasPadam
  9. kadang-kadang wanita ini ibarat dedaun yang gugur tidak dapat dicantum kecuali cambahnya yang baru kerana dibaja, disemai dengan elok ..

    Tetapi kadang-kadang, wanita ibarat celahan batu yang hanya menunggu hancur kerana titisan yang membuatkannya sedikit-demi sedikit hilang

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.