Isnin, 23 Mac 2015

Dapat abang ipar lagi!

Assalamualaikum...

Cerita dah basi, tapi still ade aty nak citer kat blog. Alkisah cuti raya cina ana. Bulan 2 ary tu. Nampak tak citer ni dah basi sebulan yang lalu? Hahaaha..ampun! Ampun!

Alhamdulillah, kakak ana yang sulung tu pun dah selamat menjadi isteri orang. *menghela nafas lega*. Gembira sebab ahli keluarga ana dah bertambah. :')

Cenni citernye. Ana amek cuti 18 February. Dari 18hb tu ana dah start berkampung kat umah abang ipar ana. 18hb tu kerja ana pack goodies bag yang berbaki je.

19 February tu pulak, adalah tarikh persiapan untuk majlis nikah esok harinye. Awal pagi lagi kitorang dah gerak keluar gi Pasar Segi. Beli itu ini. Menu untuk majlis nikah kakak sulung ana tu ialah 'masakan kampung'.

Plan punye plan akhirnya menunya ialah gulai nenas, ayam goreng berempah, sambal udang, sambal belacan & ulam-ulaman. Simple2 jek. Kengkonon nak masak ikan keli sambal hijau, tak jadi. Sebab tenaga nak menggoreng takde. Hihi. Padahal malas nak bersilat kat dapur. Kikiki.

Nak dijadikan citer, alkisah mencari udang. Masa kat pasar segi tu kitorang tengok udang dia besar2 gedabak. Kalau dah besar tu konfem2 ah mahal. Jadi tak beli la udang kat situ. Konon nak cari kedai sekitar rumah kakak ana je.

Memang tak jumpa. Cari punya cari, banyak kedai takde udang. Maklum la cuti raya cina. Pepaham jela. Melayu, india semua cuti. Pegi beraya sekali. Kalau ade kedai yang bukak pun, stok takde.

Akhirnya ade la satu kedai ni, ade la udang dalam 5 genggam. Masalahnye udang dia tak fresh. Dek kerana kedai tu je yang kitorang jumpa udang, beli la jugak.

Pastu kata kakak ana, macam tak cukup pulak udang tu. Tetamu ramai. Dalam 100 orang, mungkin lebih. Jadi kitorang buat pencarian udang lagi. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa lagi satu kedai. Ana tak masuk pun kedai tu. Kakak ana je yang masuk. Ana dok lam kete. Berapa minit kemudian, kakak ana pun masuk kereta bersama satu plastik udang.

“Nyesal kita beli udang kat kedai tadi tu. Dahla tak fresh, mahal lak tu. Kedai ni, udang dia fresh gila. Murah sikit dari kedai tadi.” Bebel kakak ana.

Ana pun cek ar harga dia. Berat pun lebih kurang je. Memang bet0l pun cakap kakak ana. Haha. Siannn. Takpe la kak. Halal je la.

Balik uma terus siang bawang apa semua. Sebab fikir esok tinggal nak masak je. Malam takde la kelam kabut sangat.

So malam tu takde la banyak keje sangat kene buat. Dapat la ana rilek2 sambil layan drama korea Pinochio episod last. Huhu. Feeling ilang entah ke mana. Haha. Pasal ramai gila orang kat rumah tu. Dah macam hari raya je rasa. Hihi. Bila dah ramai, konfem la rumah bising dengan gelak ketawa orang. Huhahuha. ><

Esok pagi tu (20hb february), memang awal2 pagi ana bangun tengok umi ana dah setel masak lauk pauk. Fuhh terer! Tinggal masak nasi. Memang keje ana ler tu masak nasi. Hehe. Masak nasi 10kg tak silap ana la. Tak ingat masak berapa. Yang ana tau, 2 kali masak pakai periuk besar gajah.

Kemas punye kemas, eh eh dah pukul 8.30 pagi laa. Tak sedar matahari dah meninggi. Ana tak mandi lagi kot time tu. Haha. Still pakai baju bibik lagi. Ekekeke. Kakak2 ana yang dari jauh semua dah sampai. Siap tegur2 lagi ana.

“Eh, ko tak siap ke?” Tanye kakak ana.
“Hehe. Jap gi la.” Tu je la jawapan ana.

Akad nikah kat masjid. Rezki la masjid dekat, leh jalan kaki berapa langkah je. Lagipun katanya tunang dulu baru nikah. Okey la tu kan. Sempat la ana mandi manda dulu. Hihi. Masa nak akad tu, baru la ana sampai ke masjid. Tunjuk muka je. Lepas selesai akad terus lari balik uma. Sebab nak siap-siap utk menghidang.

Memang rasa time nikah yang kali ni, semua dipermudahkan. Hehe. Yelah, ade orang berpengalaman masak katering. Memang laju je keje dia.

Okeylah..ni belum masuk part majlis walimah esok hari lagi. Nanti ana sambung okay?? Risau korang tak larat nak baca cerita takde gambar ni. Haha. Saja tak nak letak gambar. Dera korang baca citer tak best ni. :P

9 ulasan:

  1. untunggg arrr dah ramai abang ipar. hahahhaha. ehh lama tak nampak awak dik oii. mana menghilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..perasaan kacau bilau kak. Gini ah jadinye.

      Padam
  2. Tahniah ana..semoga bertambah makmur keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahannn..aminn. XD yg ade ni dah cukup makmur dah kak Zila. Kikiki

      Padam
  3. lama tak nampak kat blog ni..huhu
    bertambah la ahli keluarga ana..lagi ramai lagi meriah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa..
      Ade kekacauan siket. Takleh nak hapdet belog. Apekan lagi bw. Insya-Allah 1 April ni aktif balik. Hehe. :D

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.