Selasa, 23 Disember 2014

Alkisah cari bilik sewa

Assalamualaikum...

Ekceli ana utang satu entri ngan korang. Kengkonon nak story alkisah ana carik bilik sewa. Tapi tak ter-stori2 pasal asyik bizi pastu lupe. Sorii, citer ni agak dah basi.

Disebabkan takde pengalaman cari bilik sewa, ana pun men-google. Tapi tak jumpa-jumpa pun. Pastu gi kat mudah.my. Carik kat situ. Dapat la beberapa bilik yang ana cakap nak tengok esok petang, kalau okey ana masuk.

23 nov 14
So first sekali ana pergi rumah akak sorang ni. Kak L. Masa dalam whatsapp ana ade tanya, untuk 2 orang. Kak L cakap "oke, boleh." Tu je la jawapan dia.

Pastu masa ana sampai tu, bila tanye tu ini. Dia cakap, dia nak sorang je lagi penyewa bilik. Tak boleh 2 orang sebab dalam bilik tu dah ade penyewa lain. So yang ni ana terpaksa reject terus. Sebab ana nak bilik sewa untuk 2 orang.

Then call laa sorang cina, ana tanye dia pasal bilik sewa. Dia kata ada bilik sewa dua. Kalau nak share bilik sewa 2 orang pun boleh.

Lokasi? Atas kedai. Naik tangga, pastu naik tangga lagi, pastu naik tangga lagi. Ana tengok suasana dia. Hurm..memang tak boleh hidup! Mana taknya, kat situ ramai gila pekerja bangla, indon, vietnam, myanmar. Perghh..bau dia. Takya cakap. Boleh pengsan!

Tengok pulak bilik dia, dahlah betul2 bawah bumbung, panas kot! Suis dia pulak rosak. Hampeh betul. Tanya lagi, bilik air macammane. Auntie tu cakap, bilik air kongsi2. What? Kongsi2? Memang tak laa nak idop kat situu.

Pastu call lagi sorang. Harapan terakhir ni. Nama akak tu, kak Siti. Ana call, tanya ade lagi tak bilik kosong untuk disewa. Kakak tu cakap, 'ade'. Fuhh..lega.

Sampai je rumah kak Siti, ana tengok bilik dia pun okey, not bad. Bilik air pun dalam bilik je. Orang dalam rumah tu pun takde lelaki. Kecuali anak kak siti tu, tu pun baru darjah 2.

Walaupun agak jauh la jugak ngan tempat keje. Naik bas pun, takpe laa. Asalkan dapat bilik selesa cam uma kak siti ni.

Dalam rumah tu ada nenek (mak kak siti) kak siti dan anak dia, boy. Okeylah tuu, takde lelaki dewasa. Rumah kak siti ni la bilik sewa ana sekarang. Diorang pun jenis family islamik. Baik je. Langsung tak berkira, cuma nenek tu laa..biasalah orang tua-tua kan. Mulut takde insuran. Hahahaa.

Bila diingat balik bilik sewa cina tu, meremang-remang bulu roma. TAK MUNGKIN ana akan menginap disitu. Siyesli, seram. Macam rumah pelacur pun ada tau. Sebab campur2 je lelaki perempuan kat situ, dahlah dinding antara bilik sewa kat situ pakai playwood je. Bayangkanlah betapa tak selamatnye kalau ana duduk situu.

15 ulasan:

  1. Pehhhh. seram giloo bilik yang mak cik cina tu nak bagi ana duduk. Hahahah. main campur campur pulak tu ingat ABC ke. bhahhahah :P

    BalasPadam
  2. nasib baik tak amik yang cina tu..huhu.memang tak selamat pun ana.biar mahal atau jauh, janji selamat

    BalasPadam
  3. nak cri bilik sewa ke rmh sewa ke mmg kena cerewet . sb skrg ni mcm2 bahaya kan kak . rmh atas kedai tu mmg xlahhh kan dok situ bagai . eeeee . geli gilaaaaaa . akak hati2 okay! i loveeeee youuu akak :*

    BalasPadam
  4. baru2 ni teena pun mencari rumah sewa. tapi dari A-Z semua member yang buat. kita just datang tengok & setuju/x. alih-alih ehh dah ada rumah sewa. hehe

    BalasPadam
  5. memang tak selamat sewa bilik dengan mak cik cina tu..bercampur pula tu..

    BalasPadam
  6. takutnya bila dengar stori macam ni.. nak nak kene ngan china tue, seram mak aih

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah ..selamat Ana tak stranded kat rumah amoi tu..he..he

    BalasPadam
  8. nak cari rumah sewa ni memang kena memilih sikit..sekurang-kurangnya environment kena selamat n selesa. Takkan nak duduk keliling bangsa asing plak kan? duduk dengan bangsa sendiri pun belum tentu selamat sepenuhnya tapi at least kita yakin juga la kan.. Hehehe..

    orang tua biasa la tu.. hik3

    BalasPadam
  9. Haish, kena memilih sikit kan mencari rumah sewa ni. Jemput singgah ke blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

    BalasPadam
  10. dulu pun masa datang johor nak cari bilik utk sewa jugak..sebab sorang kan..tapi bila fikir xde privacy..pastu byk lg brg terus sewa rumah..dalam rm 300 sebulan.

    BalasPadam
  11. kena memilih sikit nak cari bilik sewa ni...selalunya rumah kedai ni macam ermm..tak yakin nak menyewa kan..kak ain pun bakal menyewa. hope selamat je la sepanjang duduk luar ni

    BalasPadam
  12. macam citer p ramlee lak kat rumah cina tu. wuwuuu. scaryyy.

    BalasPadam
  13. macam rumah kongsi dah je tu...heeeeeeee...seram akak dengar

    BalasPadam
  14. guna playwood je..mmg x selamat Ana

    BalasPadam
  15. kat kl ni banyak jer rumah kedai dijadikan bilik2 sewa guna playwood. tandas dan dapur ada diluar kongsi dengan semua penyewa. biasa yg sewa indon, bangla atau yg baru nak cari kerja kat kl sbb sewa agak murah. taukey biasanya cina kira sebijik macam rumah sewa mak minah dlm cerita p. ramlee.

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.