Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 sekali lagi menggemparkan Malaysia

Assalamualaikum...

Berikut adalah berita dari hasil google :

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah
disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah
ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi...baca berita penuh DI SINI

Sekali lagi Allah menguji rakyat Malaysia dengan tragedi menyayat hati semalam. Belum basi lagi tragedi MH370, kini hangat pula tragedi MH17 yang disahkan terhempas. Ada yang mengatakan di tembak dulu baru terhempas.
Wallahualam

Salam takziah dari ana buat keluarga mangsa. Tak nak komen apa-apa sebab dah banyak sangat tukang ulas. Bersabarlah. Bukan mudah menerima kenyataan ini. Al-fatihah buat mangsa-mangsa tragedi yang beragama Islam.

NOTADAHI : Jangan pandai2 buat spekulasi kalau tak tahu cerita sebenar. Jangan sebar video palsu atau cerita palsu macam kau ada kat tempat kejadian! Kongsikan mana yang fakta je.

18 ulasan:

  1. Tahun penuh tragedi utk Malaysia dari Lautan Hindi kini ke Ukraine dan perairan Sabah yg masih memakan korban...

    Apa pun al-fatihah kepada mereka yg mendahului kita dan takziah kepada keluarga mangsa MH17 yang terlibat..

    BalasPadam
  2. Dalam minggu ni macam-macam yang terjadi, kita dah teralih kepada tragedi MH17 pula..jangan lupa teruskan berdoa untuk saudara islam kita di Gaza..Alfatihah dan takziah untuk keluarga mangsa..

    BalasPadam
  3. Al Fatihah dan takziah ... terkejut sangat dengar berita ni pagi tadi :'(

    BalasPadam
  4. Al fatihah untuk keluarga mangsa...

    BalasPadam
  5. betul tu..jangan tukar profesion jadi 'pakar analisis' plak time macam ni.ekeke

    BalasPadam
  6. Malaysia sedang menangis... mmg berita paling sedih tahun ni...m

    BalasPadam
  7. dugaan buat malaysia.. skrg ramai sgt nak jadi profesor ngan wartawan... bteer kita ni berdoa la kan~

    p/s: cari fb ana x jumpa.. add akak "Dayang Deno".. senang nak contacta apa2 nanti^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade dapat tak ana add kak Deno tadi. And rasenye k.Deno da approve. Hehe. Maaf. Fb private. Tu yg tak jumpe tuh. :D

      Padam
    2. Ohhh thanks haah akak dah approve :)

      Padam
  8. sedih.... T_T mh370 pun belum selesai lagi tiba2 datang pula dugaan baru utk syarikat penerbangan kita. Allah..

    BalasPadam
  9. tuhlah sedih kan...mh370 xselesai lg kali nih mh17 plak..sedihnya Ya Allah...kan ana...diorg nih suke sgt sebar video psl.mh17..hormatla skit prasaan fmly mgsa kan

    BalasPadam
  10. Innalillah.

    Bagi akak kan,

    Baik diam kalau tak pasti. Itu sahaja.

    BalasPadam
  11. Sedihh... Sis hari tu lepas solat, masa sedekahkan al-fatihah buat mangsa yg beragama islam, tak tahu kenapa tiba2 baru stat al-fatihah tu sebak pastu jadi menangis teresak-esak.. Ya Allah betapa kerdilnya diri ni bila Allah kata jadi, maka jadilah ia... Semoga semua mangsa ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Sama2 juga kita doakan negara Malaysia yg kita sayangi ini agar sentiasa selamat... Aminnn...

    BalasPadam
  12. lagi satu ujian besar untuk negara kita..

    BalasPadam
  13. Bala demi bala.. Ramai masih tak sedar

    BalasPadam
  14. Hati - hati dengan video palsu, biasanya virus. Semoga kita muhasabah diri kita bila dugaan datang bertimpa-timpa camni

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.