Isnin, 22 September 2014

Pakai MAPS pun masih sesat

Assalamualaikum...

Kelmarin ana ikut kakak ana ngan kak Farah (kawan kakak ana)yang katanya diorang ade meeting usrah camtu la.

Sebelum ke KLCC kitorang gi weeding kawan kepada kak Farah kat Petaling Jaya. Ana sendiri pun tak kenal sape yang kawin tu, just makan free jek! Nak citernye perjalanan kitorg ni kelakar. Haha. Layannn.

Perjalanan ke PJ okey je, wpun adelah terlajak sikit. Pasal weeding tu kat Dewan Serbaguna PJ. Tapi dewan dia tak serupa dewan. Macam kilang pun hade. Oke stop about this.

Then kitorang yang dari PJ nak ke KLCC, tersesat-sesat wpun pakai MAPS. Oke, lawak! Haha. Dek kerana sesat yang parah kitorang dah terlambat, meeting usrah pun dah habis. So kitorang ke KLCC sebab jenjalan.

Kebetulan kat KLCC ade buat 'Petrosains Science Festival Kuala Lumpur'. Ade la main muzik entah hape mende kat stage pintu utama KLCC.

Hujan lebat kot kat KL kelmarin. Sudahnye rayau dalam KLCC. Padat gila dalam KLCC, selalu taklah padat sangat.

Then masa nak balik tu tetibe tiket parking takleh baca. Katanye kene pegi kat opis managment ape bagai. Pulak dah! Pheuww..malas bergondeh-gondeh kaki ni tau. -_-

Gi kaunter pertanyaan, orang tu cakap lalu dekat Bobbi Brown pastu akan jumpa la tempat nak ke opis tu. Masa kami nak blah tu tetiba dengar sorang apek ni tanye kat kaunter pertanyaan.

“Nak cari topup kat mane haa..?”

Aikk?? Kau gi KLCC semata-mata carik topup ke bro? Hahaha. Oke paham, 7Eleven takde kat klcc. Pastu kitorg gi laa carik mane BOBBI BROWN kat kawasan kedai-kedai makan. Tak jumpe pun!

Sekali nampak uncle misai tebal berbaju kot rayau-rayau KLCC. Then kitorang pun tanye, uncle misai tebal terus tunjuk lift untuk turun ke opis managment. Lorhh..kene turun pakai lift rupenye.. -__-'

Da setel tu. Masa kat dalam lift ana dok dengar la ade macik-macik dok sembang dalam lift.

“Nak cari kelapa kat tingkat berape?”

Kelapa pulak! Haha. Macam-macam rupenye ragam orang kat KLCC nih. Okeh, gelak tak tahan. XD lalu satu depan kedai mekap, nama kedai tu Bobbi Brown. FINE! Kedai mekap rupenye. Haha. Ingatkan nama Bobbi Brown ni kedai makan. Ciss!

Masa otw nak balik, nak masuk simpang tol Rawang. Jalankan licin sebab baru lepas hujan. Tetiba keta hitam depan kami ni brek mengejut.

Tetiba dengar bunyik "Honnnnn!!!" Lori! Kak Farah yang tengah drive tu ape lagi, menggelabah la dia. Dia pun tekan ah brek, tapi brek tak makan tetibe! Kete terus berjalan, padahal atas bukit tu. Pelik!

Lori yang honnn tu laju je meluncur sebelah kanan kitorg. Fuhh..syukur kitorang tak ke kanan. Kata kak Farah, orang lori tu pun rasenye tak sempat brek. Sebenarnye dalam kelam kabut tu kak Farah nak ke kanan, tapi dia kata dia panik sangat dia lupa nak ke jalan kanan.

Rupanye time rase panik tu ade hikmahnye. Kalau kami ke kanan agaknye mungkin kami dah kene rempuh ngan lori tu. Ni semua sebab kete hitam depan kitorang brek mengejut. Dahlah tak bagi signal kecemasan!

NASIHAT KHAS BUAT PEMANDU MALAYSIA YANG SANGATTT BERTAMADUN! Kot ye pun kalau nak berhenti SEKEJAP, bagilah signal kecemasan. Bila jadi macam tadi, silap-silap nyawa orang lain boleh melayang kerana anda! Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

p/s : Sorry, entri ni agak panjang berjela2 macam nenek kebayan. Takleh skip langsung. ^_^

Ahad, 21 September 2014

Liebster Awards - part 2

Assalamualaikum...

Terima kasih sesangat kat hakak blogger sorang ni, Kak Nad. Sebab tag ana dalam Liebster Awards. Ampunkan ambe sebab baru hari ni dapat hapdet Liebster Awards. ^_^


1. Apakah tujuan anda dalam kehidupan ini?

Menjadikan dunia sebagai jambatan menuju akhirat. Beramal selagi mampu.

2. Apakah yang anda ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang?

Miliki keluarga sendiri, suami dan anak. Menjadi isteri yang boleh buat 10 kerja dalam satu masa. Haaa.. Terer tak? Haha.

3. Sanggupkah anda tinggalkan kerjaya sekarang demi mengejar impian anda?

Takde alasan untuk ana meninggalkan kerjaya sekarang demi mengejar impian. ^_^

4. Kalau diberi pilihan samada keluarga atau karier, apakah pilihan anda?

Keluarga. Ana tak boleh hidup tanpa keluarga. Sebab mereka bagaikan tulang belakang ana.

5. Pernahkah anda menyesal dalam membuat sesuatu keputusan?

Pernah. Dan keputusan tu tak boleh berubah sekalipun ana menyesal dengan air mata darah. Hm......

6. Anda pilih kekayaan atau kebahagiaan? Atau kedua-duanya?

Kebahagiaan! Kebahagiaan mampu membeli kekayaan. Tapi kekayaan tak mampu beli kebahagiaan biarpun harta segunung emas.

7. Apakah pendapat anda tentang kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari muda?

Sangat2 penting. Ana tanak nanti ana dah tua kerepot menyusahkan orang lain. Ana nak sihat macam mak ana, wpun dah 53tahun tapi still boleh buat keje sana sini.

8. Pentingkah suplemen pada pandangan anda?

Penting sebenarnye! Tapi setakat ni ana belum pernah amalkan apa-apa suplemen lagi. Hehe.

9. 3 hajat yang anda ingin kecapi sebelum menutup mata selamanya.

I) Ana nak minta maaf kat semua orang yang ana kenal mahupun tidak.
II) Ana nak bayar semua hutang jika ana ade hutang kat sesiapa tanpa ana sedari.
III) Ana nak tutup semua akaun laman sosial; facebook, twitter, email dan blog. Termasuk offkan semua nombor telefon yang aktif.

10. Apakah yang anda suka tentang blog Nad? Any tips to improve? :p

Blog kak Nad santai. Banyak tips yang sangat2 berguna. Terutama untuk wanita yang bakal bergelar ibu mahupun sudah bergelar ibu. Ana tumpang sekaki sebab satu hari nanti ana jugak bakal bergelar ibu. ^_^

Eh korang. Jom terjah belog kak Nad ni. Banyak tips-tips kesihatan yang boleh korang dapat. Singgah sini tau, Nadirah Mohamad



Dan yang ni ana dapat tag dari CikLa. Maafkan ana tau cikLa, lambat respon Liebster Awards. Btw thank you so much sebab tag ana.

1. Sejak bila anda berblogging?

Sejak tahun lepas, bulan 10. Sebenarnye dah lama, tapi asyik taip padam, taip padam. Jadi laa budak baru dalam dunia blog. Haha..

2. Siapa blogger favorite anda? Bagi 3 orang.

3 org je? Alaa..tak cukup! Ana suka kat semua blog yang ana selalu komen. Perasan? Yes, blog korang la tu. Hehe.

3. Apa tabiat pelik yang anda rasa anda tak boleh nak buang?

Sebelum keluar jauh wajib gi tandas dulu. Haha.

4. Tempat paling jauh anda pernah travel?

Setakat ni ana tak pernah travel lagi ke mana2. Selalu plan tapi tak pernah menjadi. Banyak sangat hal mendatang. Hurm..

5. Apa filem pertama anda tengok kat panggung wayang?

Papa I love you.

6. Apa tujuan anda berblogging?

Ana ni pelupa orangnye. Selalu lupa kejadian lepas. So dgn blog ana boleh simpan semuaaa catitan harian ana. Kira cam diari online la. Nanti bila baca balik post2 lama, boleh kenang2 balik kejadian tu. Haa..centu ah alkisahnye. Sekali sekala selitkan manfaat untuk pembaca belog ana. :)

7. Siapa yang paling rapat dengan anda selain dari keluarga?

Ana takde rapat dgn sesape pun. Semua biasa2 je. Sebab ana jenis tak mudah percaya orang.

8. Cerita sikit apa yang menarik pada diri anda?

Menarik? Hm..nothing special about me.

9. Apa makanan dan minuman favorite anda?

Udang & ikan keli dan jugak makanan yang bersambal2. Itu my febret! Air? Coconut shake & teh o ais limau. Mabeles!

10. Komen ikhlas pasal blog cikla... 

Blog cikLa simple, bahasa pun sempoi2. First ana singgah terus rasa nak follow semua story pasal cikLa sebab best. Pengakuan jujur kot. Hehe.

11. Siapa penyanyi dan pelakon favorite dan sebab apa suka bebenor dengan deme?

Pelakon KIM SOO HYUN! I like oppa Kim Soo Hyun sebab dia bebas kontroversi lelaki gay di korea. Dan paling suka sebab dia hero drama febret ana; The Moon Embrassing The Sun. Beliau sangat comel!!

Penyanyi of kos laa my ENCIK MIMPI! Tanak curang. Setia pada yang satu. Keh3. Suara dia tu yang best. Muka tak ensem? Tolak ketepi. Asalkan suara sedap. Leh buat dodoi untuk tidur. Nama pun 'mimpi'. Btw Encik Mimpi adalah artis paling sporting ana pernah jumpa. Lawak lak tu. Hihi.

12. Bila birthday date anda? Manalah tau tetibe cikla termurah hati nak bagi present... hehehe...

8hb April. Dah tahu? Haaaaa..kasi adiah eh. Promise tau! :P

Pastu singgal pulak belog cikLa. Banyak story mory best-best dalam belog cikLa nih tau. Rugi korang tak singgah. Jomlah terjah BLOG CIKLA SHAHRIL


Baiklah, for the first time ana telah pun menyiapkan 8 soalan paling sengal abadi untuk di jawab sempena memanjang mendekkan Liebster Awards nih.

1. Berapa umur anda?

2. Masih belajar? Atau sudah berkerja?

3. Kenapa anda berblog? Adakah ia hobi?

4. Apakah hajat yang anda ingin kecapi tapi tak pernah dapat?

5. Ceritakan something yang menarik tentang blog anda.

6. Bagi anda, berblog membawa manfaat atau sebaliknya?

7. Ada yang anda tak suka mengenai blog ana? Luahkan.

8. Apa komen anda tentang ana?

First time ana tag orang. Ini kali pertama ana nak tag 5 orang blogger. Untuk soalan kat atas.

1. Blog Kak Sal 2. Kak Fuza Musa
3. Kak Scha Nazri
4. Kak An
5. Husna Abd. Malek

Nota Tambahan : sesape ade tag ana, sila ngaku di ruangan komen. Jangan malu-malu nak ngaku. Heehee. Korang memang nakal tau tag-tag kita. Opss.. Dah 3 hari tak bw! BlogWalking Time! Yabedaa beduuu..!!

Rabu, 17 September 2014

Beza nasi lemak dulu-dulu dan sekarang

Assalamualaikum...

Dulu nasi lemak harga murah-murah belaka, kan? Zaman ana dulu ada nasi lemak 20sen kat belakang sekolah.

Takde telur. Ada nasi, sambal dan timun. Tapi rasa dia berbaloi-baloi. Nak ada telur? Ada je. Tapi mahal sikit 50 sen. Taklah mahal mane, kan kan?

Bila loceng terakhir sekolah berbunyi je. Semua pakat turun laju-laju nak beli nasi lemak 20sen. Haha. Kalau lambat kang habis. Pasal semua bukan beli satu. Ada yang beli seringgit. Dapatlah 5 bungkus.

Bestnye zaman sekolah doluu doluuu!

Adalah satu hari tu, umi ana try suruh jual nasi lemak kat sekolah. Ana pun bawak laa gi sekolah 10 bungkus. Hari pertama lakulah. Habis semua. Ana jual 50sen je.

Murahnyee! Kalaulah ade nasi lemak 50sen, hari-hari macik ni beli! Muahahaa.

Pastu hari kedua, terkantoi ngan teacher Wong. Isk! Boleh pulak aroma nasik lemak tersebar satu kelas.

Teacher : Awak jual nasi lemak?
Me : a'ah. (Muka innocent weh!)
Teacher : berapa satu bungkus ni?
Me : 50 sen
Teacher : awak tahu, kan. Kat sekolah tak boleh menjual? Takpelah. Hari ni saya bagi awak can woo.
Me : (diam)
Teacher : saya beli satu.

Maka urusniaga laa ana ngan teacher nih. Then masa tu kami tengah belajar, teacher tu makan kat kelas. Cehh..tak displin punye cikgu. Sekali teacher Wong beli lagi sebungkus. Kata dia tak cukup, sikit.

Balik uma terus ngadu kat umi. Tetiba umi ketawa; “Hahaaha. Tu untuk budak-budak sekolah cukuplah, untuk perut dewasa memang rasa sikit.”

Pastu esok lagi tu kat perhimpunan teacher Wong buat pengumuman dilarang menjual. Hampeh betul teacher ni. Dia dah beli, makan sedap-sedap pastu nak halang. Time tu ana bawak jugak ke sekolah. Lagi banyak, 20 bungkus. Hamek kau!

Sekali cikgu Helmi datang mengajar. Dia terbau-bau sambil jalan ikut aroma. Macam upin ipin kejar bau aroma ayam. Haa..gitu ah rupe cikgu helmi. Wakakaka. Mohon cikgu Helmi kalau terbaca, silalah ingat anak muridmu ini. XD

Cikgu : awak bawak bekalan nasik lemak ke jual nasik lemak?
Me : jual cikgu.
Cikgu : Oo..ni yang teacher Wong cakap, nasik lemak sedap kat kelas 3 Anggerik. Cikgu beli semua. Berapa? Kira cepat-cepat.

Masa tu happy sangat. Sebab cikgu beli semua. Ana gi kantin. Tengok cikgu2 lain bawak nasi lemak bungkus yang ana jual.

Zaman sekarang? Nasi lemak bukan 20 sen tapi RM1.20. Mahal kot! Nak yang ada telur mata kerbau, harga dia Rm2.00. Nak yang ada paru, sambal kerang, ayam sambal atau sotong sambal harga menceceh RM4.00.

Nanti zaman GST, camne pulak agaknye harga nasi lemak. Mungkin sepinggan RM6.00?

Isnin, 15 September 2014

Akhirnya...!

Assalamualaikum...

Akhirnya keinginan nak makan Baby Pavlova tertunai gak semalam. Ada akak sorang ni, macam kenalan analah jugak. Dia buat majlis makan-makan semalam kat bakeri dia.

Menu utama dia nasi mandy. Fuh! Lama tak makan nasi mandy. Pastu di selangi dengan desert. Ade kek Red Velvet, Cheese Cake, Muffin, Cup Cake, Donut. Semua dessert ade! Tapi ana tak makan semua. Sebab kebanyakannya rasa cheese.

Fyi, ana tak suka cheese. Kecuali cheese wedges kepci. Tu je boleh telan. ><

Kalau gi bakery kakak ana yang kat Subang tu pun, ana selalu rekues nak kek Ice Cream dan kek Tiramitsu. Ahaha. Memilihkan?

Sebenarnya banyak ana nak cerita, tapi kalau taip satu entri je, kang panjang lak macam karangan SPM. Haha.

Tak lama lagi keluarga ana akan bertambah lagi 2 orang serentak. Ana bakal dapat abang ipar. Yeayy! Insya-Allah majlisnya tahun depan bulan 2, sebelum GST! Hehe.

Selamat bercuti sekolah pada yang cuti!