Jumaat, 13 Jun 2014

Kenduri lagi ??

Assalamualaikum...

Hai.. sebenarnye aku terlupa yang aku dah publishkan entri Siapakah dia lelaki idaman saya ?

Opsss.. Hahaa! Tulah pasal aku tak reply komen. Sekali tengok, dah bederet orang komen. Thanks kepada hakak-hakak and abang-abang serta adik-adik yang komen entri tu. Nanti ana balas eh.

Lagipun sekarang aku busy sikit. Pasal lagi dua hari, cuti sekolah akan berakhir. Sibuk buat itu ini. Aku bw yang mana sempat je. Huhu.

Dua hari lepas, kawan aku ada buat kenduri. Yang bestnya kenduri tu bukan 1 pasang. 18 pasangan. Muahahaha.. Ramai giler! Pastu aku bahagian siapkan flower girls. Comel-comel belaka kau flower girls aku. Ngeh3

Ade la dalam 8 pengantin yang aku kenal. Yang lain tu kebanyakannya sedare mara diorang jugaklah. Buat satu majlis. Haa..kan senang gitu. Takdelah susah2 aku nak gi 8 kenduri dalam satu hari. XD

Yang bestnye; mak andam tu salah sorangnye kawan aku. Amboi, dah pandai mekap pengantin gamaknye.

Me : weh, kau ke yang mekapkan angah?

Ida : a'ah. Asal? Cantik?

Me : cantik ah! Aku nak guna servis kau masa weeding nanti boleh tak?

Ida: bisa aja dong. Disebabkan kau kawan aku, aku kasi free. Hehe. Amacam?

Jimat bajet aku! XD

Me : hulamak! Eh..aku belum nak kahwin lagi dalam masa terdekat ni. Ade problem. Tapi kalau aku kawin, aku ambik kau ah sebagai mak andam aku eh.

Ida : yelah macik! Yang penting bagitahu awal-awal. Kang kalau aku fly sane sini jangan membebel macam mak nenek kat wechat okeh?

Me : ahahaha..baik moyang!

Okey, mak andam dah ade. Haa..ape lagi? Jom kahwin. Hahahaa.. Opss! Terselah kegatalan di situ! ><

Kawan aku tu sebenarnya memang dah lama sangat simpan hasrat nak mekapkan kawan dia sendiri sebagai pengantin. Tu yang dia boleh bagi caj free je kat aku. Hehe. Bertuahkan ramai kawan. ^__^

“Selamat pengantin baru dear all my friends.”

Rabu, 11 Jun 2014

Siapakah dia lelaki idaman saya ?

Assalamualaikum...

Dalam dunia ni, perempuan mana yang takde lelaki idaman. Lelaki mana yang takde wanita idaman. Mesti ada kan..? Kan? Tak ngaku ah tu. Semalam kakak aku cabar, suruh aku listkan ciri-ciri lelaki idaman aku.

CABARAN DITERIMA! (Tulisan besar tande emosi tahap ultra XD)

Tapi siapa lelaki idaman tu?

Semua orang nak lelaki idamannya: beriman, baik hati, bersifat pemimpin, kuat pegangan agama. Tapi bagaimana ciri-ciri fizikalnya? Baca ni:

1) Tinggi
Mesti kena tinggi sikit dari aku. Rasanya ramai je lelaki tinggi dari perempuan. Tapi aku tak suka lelaki tinggi sangat. Sebab nanti bila nak cakap mesti aku yang kena dongak kepala. Maklumlah aku ni pendek je orangnya.

2) Berpenampilan kemas
Of course ramai perempuan suka lelaki yang pengemas & smart termasuk aku. Aku suka lelaki berbaju kemeja. Sebab aku rasa lelaki berkemeja ni nampak awesome. Aku pun tak tau kenapa citarasa aku lelaki berkemeja tu nampak awesome, maybe terpengaruh dengan pemakaian abang aku atau adik-adik aku. Tapi tak bermakna lelaki tak berkemeja ni tak awesome tau.

3) Suka Senyum
Aku suka lelaki yang suka senyum ni sebab bila aku stress dia akan tenangkan aku dengan senyuman. Wah! Dengan syarat gigi dia mesti kena menawan macam iklan colgate tu.

4) Bercermin mata
Opss..bercermin mata tak semestinya budak skema okey. Bagi aku lelaki yang bercermin mata ni dia ada karisma tersendiri. Dia ada tarikan sebagai lelaki yang bertanggungjawab. Bukan aku cakap tau, arwah ayah aku cakap.

5) Tidak merokok
Walaupun orang kata, lelaki merokok ni macho. Tapi tidak pada aku. Bibir tak merah. Tanak ah centu. Menurut fakta; lelaki yang merokok jangka hayatnya tidak panjang. Wuuu~aku tak nak hidup sorang-sorang.

6) Ada rupa
Handsome? Tak perlu. Bukanlah bermaksud aku tak suka lelaki hensem. Kalau boleh muka tu tak payah hensem sangat. Asal ada mata, kening, hidung, mulut. Da cukup dah! Yang penting ada rupa lelaki melayu sejati. Tak naklah muka jambu. Takmo yang camtu. Nak yang kulit hitam manis je. Baru nampak original lelaki melayu sejati. Kualiti terbaik!

Bagaimana akhlak secara mata kasar?

1) Tak pernah tinggal solat.
2) Menghormati wanita.
3) Rajin berkhidmat pada kedua orang tuanya.
4) Peramah & 'gila-gila'.
5) Berdikari.
6) Penyayang.
7) Berprinsip.
8) Suka kanak-kanak.

Okeylah. Tu je ciri-ciri lelaki idaman aku. Hehe. Sebenarnya aku taklah memilih sangat pun. Kalau tak dapat lelaki idaman pun takpe. Jodoh tu kan milik Allah. Dia tahu mana yang terbaik buat kita. Right?

Isnin, 9 Jun 2014

Seronok tapi penat

Assalamualaikum...

Baru 3 hari aku tak bukak blog, rasa macam dah lama je tak bukak blog. Ececehh! >< Rindu betul nak bw. ^_^

Jadual weekend aku kali ni agak padat. Huhu. Sampaikan baju sebakul pun tak sempat pusing. Alahai..nampak naa kebiziannye disitu. Hik hok!

Hari sabtu ary tu, aku ke UiTM. Ada kerja sikit kat situ. Seharian jugaklah aku kat sana. Dari pukul 9pagi sampai pukul 6petang, termasuk kiraan perjalanan. Lamakan? Heh! Padahal taklah lama mane pun. Tapi sebab drebar asyik salah jalan je maka jadilah perjalanan yang setengah jam jadi satoojamlebey. Haha.

Balik dari UiTM terus ke kenduri jiran jauh. Hulamak, penat tak terkata ko. Muka pun layu je. Nak jaga hati jiran punye pasal, tu aku gagah gak gi kenduri dia tuh.

Pastu ahad tu aku ingat nak rileks2 ah sikit pasal semalam (sabtu) seharian aku keluar. Sekali tengok nota fon, 'majlis merisik kak Eja'?! Adudu..hampir-hampir je aku terlupa. Kelam kabut iron baju nak siap gi majlis hakak aku pasal jap gi abang aku datang nak ambik.

Jadi pukul 10 camtu kitorang satu family terus bertolak. Memula tu singgah meidin dulu sebab nak carik minyak ape entah. Minyak tu hanya di jual kat meidin je. Sementara tunggu umi carik minyak tu, sempat gak ah aku membeli. Beli syampu je pun! Haha.

Sampai je rumah kakak, sibuklah tolong itu ini. Yelah, kitakan tuan rumah. Opkos la kita yang faling bizi. XD

Pastu pihak merisik lelaki pun datang. Sembang tu ini, tu ini. Jam dah pun ke pukul 6petang. Kak Eja pun dah selamat jadi tunangan orang. Alhamdulillah.

Lepas je pihak merisik balik. Tetiba hakak aku wat pengumuman, jap gi maghrib keluarga tunang kak Mama ajak datang rumah. Ada makan-makan sikit. Fulak dah! Baru aku nak ngelat tanak pegi, tetibe hakak Mama cakap;

“Ko jangan ngengade eh. Kene pegi. Jumpa bakal abang ipar tu. Hari tu hakak tunang engko kan takde.” Oke, fine! Kena pergi. Isk3..

So lepas maghrib tu kitorang bertolaklah satu family. Konvoi 4 kereta. Alolo..comelnye konvoi. Hokey, sembang diorang pacik-pacik punye ah lama. Sudahnye gerak balik umah kakak pukul 10 lebih.

Tunggu abang aku on the way pun dah masa tau. Satu jam jugaklah baru abang aku sampai utk amek kitorang utk balik Tasik Puteri. Tu pun muka aku dah macam beruk tak makan seminggu. Stress! Haha. Sampai je rumah, jam dah pun 12.30 malam.

Memang penat sangat-sangat...tapi seronok... Tapi penat jugak la. Eh? Banyak pulak tapi tapi. Hahaha :D

Khamis, 5 Jun 2014

Nak jubah kembang payung

Assalamualaikum...

Idea nak menaip hilang terus bila entri yang aku baru update tadi terdelete. Sadis betul! T_T

Setelah 3 hari berlalu, baru hari ni aku dapat update entry. Dan sambung kerja aku yang agak tertangguh dek gangguan kesihatan.

Tengah aku sibuk reply inbox facebook tetiba aku ternampak gambar gadis-gadis menawan pakai jubah kembang payung. Aku memang nak Jubah kembang payung pun! Nak sangat! Berkenan pulak tengok kakak-kakak aku pakai. Ehem! Gadis-gadis yang aku maksudkan tadi tu kakak-kakak aku ler. Hehe. Molek gitu. 

Terus aku inbox kakak aku, Estella Anabelle (nickname je ni). Pasal yang jual jubah tu kakak aku je. Huhu. Tu pun aku baru nak mintak maaf sebab tak dapat datang majlis tunang dia hari tu. Dia pun tacing gak bila aku tak datang. Nak buat camne, sakit menggugat penampilan. Eceh! Penampilan la sangat. Haha.

Kakak aku ada buat promosi tau, 10% untuk hari raya. Jadi kalau cik abang yang nak belikan untuk cik tunang ataupun wife, boleh PM kat page. Nombor whatsapp pun ada tau. Cik kakak atau adik-adik yang nak nampak menawan dan solehah bolehlah usha sekejap. Manalah tahu berkenan. Harga pun berbaloi.

Kalau korang nak usha page facebook kakak aku. Klik sini, Hijab Ummu Official

Opss, sebelum aku terlupa. Nak habaq sat. *tetibe* Ahad ni kakak aku lagi sorang tu nak bertunang. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye. ^_^

"Selamat bertunang ye kak Eja."

Isnin, 2 Jun 2014

Jangan salahkan Islam

Assalamualaikum...

Tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni aku rasa macam nak sentuh sikit bab ni. Maybe sebab aku terbaca blog seseorang. Atau maybe aku terbaca kat post facebook seseorang?

Entri ni agak berat bagi aku. Kalau tak paham boleh contact terus kat email aku. Aku boleh bagi hujah panjang lebar yang korang nak.

Cuma aku agak sensitif bila orang kata;

"Eh, kau ISLAM tapi kau kapel pegang-pegang tangan."

Dan lebih panas lagi;

"kau tu ISLAM. Tapi cakap macam orang takde agama!"

Amboi, cantik ayat. Aku tak kisah kalau orang nak maki hamun kat twitter, facebook or blog atau whatever. Tapi tolong, tolong jangan libatkan ISLAM. Aku sensitif.

Bukan semua orang ISLAM betul-betul kuat dengan pegangan ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab lahir dalam keluarga ISLAM. Adakala orang itu ISLAM sebab ikut-ikut kerana dikatakan ISLAM tu indah. Adakala orang itu ISLAM kerana keturunannya ISLAM, itu yang dikatakan ISLAM pada ic.

Memang aku akui, yang mencuri itu agamanya ISLAM. Yang membunuh itu agamanya ISLAM. Yang merogol itu agamanya ISLAM. Yang berzina itu agamanya ISLAM.

Tapi cuba korang tanya pada orang yang mencuri, membunuh, merogol dan zina tu. Dia tahu tak apa itu tauhid. Konfem semua tak boleh jawab! Aku yakin. Sebab aku sendiri pernah wawancara budak banduan.

Tak payah cari jalan jauh, pergi kedai mamak. Cuba suruh dia mengucap. Tak pun suruh dia baca ayat AL-QURAN yang dia frame kat dinding tu. Mesti terkulat-kulat mamak tu.

Yang dekat facebook, kat bio agamanya ISLAM. Tapi suka mengutuk orang. Jangan salahkan ISLAM. Salahkan individu tu.

Kadang-kadang kita lupa, dalam diri kita ada nafsu. Ada syaitan kiri kanan menghasut. Tapi kita tak nampak nafsu dan syaitan. Sebab tu takde orang salahkan nafsu, takde orang salahkan syaitan. Yang salah ISLAM. Sebab yang dia nampak orang tu ISLAM.

Biasalah, salah dan silap tu lumrah setiap manusia. Adakala alpa, terlupa, lalai dan terleka, itu memang sifat manusia.

Namun bukan semua orang islam tu mulutnya jahat. Tak semua orang islam tu perangainya nakal belaka. Kadangkala tercelupar tu tak sengaja. Mana ada kat dunia ni orang baik sangat, orang ISLAM bukan malaikat.

Maaf andai yang terasa. Cuma aku tak tahan. Aku tak suka orang yang menyalahkan ISLAM. Tolong jangan salahkan ISLAM.

Allahurobbi...

Wallahualam

p/s: andai ada salah dalam entri ni mohon tunjuk ajar.