Ahad, 27 Julai 2014

Ramadan yang akan pergi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Semalam baru ana dapat cuti raya seminggu. ehem. Taklah lama mane pun! Ecehh..berlemak pulak nak cuti sampai dua minggu. Hehe

Dan semalam jugak ana berjalan sakan kat jalan TAR, kL. Mencari keperluan diri, bukan keperluan raya tau. Dari utara sampai selatan sane nuu. Haha. Macam nak tercabut kaki ku. Puasa lak tu. Perghh..

Gila sesak ah semalam kat jalan TAR wpun stok semua dah nak habis. Jalan laga-laga bahu, tolak menolak. Ekceli ni first time ana membeli dgn keadaan sesak2 camtu. Ana tak pernah pun ke jalan TAR sebab arwah ayah ana tak bagi.

Hari ni, baru nak carik kerepek. Lambat kan? Ahahaa..biar lambat asal selamat. Celah mane ntah selamat ana pun tak tau. Hihi.

Sedihnya RAMADAN kian melabuhkan tirainya. Syawal dengan sepantasnya datang. Sedih pulak rasa. Semoga ana dan semua rakan-rakan blogger, di rezekikan lagi bertemu Ramadan hadapan. T_T

Tahun ni ana tak beraya kat mana-mane kot. Duduk ah depan tv, raya ngan tv jek. Sedih sebenarnye. Yelah, umi ana tak dapat balik semenanjung lagi. Tiket dah dua kali burn. Pastu sekarang harga tiket mahal. Mungkin raya kedua baru dapat balik sini.

Tu pun ana call umi, tacing. Sebab nak rendang umi jugak, tanak masak sendiri. Nampaknya hari raya pertama ana kali ni mungkin, raya seperti anak yatim. No rendang, no ketupat, no kuah kacang.

KL lengang. Sebab perantau2 kL semua pulang ke kampung. Bestnya balik kampung!! Wuuu~nak nangis ah cenni. Ana tak balik lagi sebab tunggu umi sampai sini dulu, baru boleh plan nak balik kampung ke tak. Siyesly, sedih. Oke la, tanak sedih2.

Ana cuma nak ucap, andai TERsalah kata, TERsilap komen, TERbuat sesape terluka, TERlanjur berbicara. Sudi-sudilah maafkan diri ana.

Kita kosong-kosong eh.

Maaf zahir dan batin. Yang dah selamat sampai ke destinasi, alhamdulillah. Yang baru nak bertolak, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Dan SELAMAT HARI RAYA.

Rabu, 23 Julai 2014

Senyum! Tak perlu cakap pape.

Assalamualaikum...

Ada satu hari tu ana, kak Mah and Faten gi Meidin. Kitorang nih nak membeli tudung raya untuk bebudak rumah memasing.

Pastu memasing bawak beg. Dalam tuh bawak kain baju kurung. Sebab nak carik tudung mecing. Sampai je kat pintu masuk hakak guard tu muka dia garang giler, pandang cam kitorang penjenayah nak rompak Meidin. Maklumlah, beg besar gedabak kau. Leh masuk Mydin dalam beg la katakan. ><

Me : eh?? Baru teringat laa. Mane leh bawak beg masuk dalam.

Faten : alah, dah tu cemane ni?

Kak Mah : abis tu?

Me : jap! Hakak, boleh tak kitorang bawak masuk kain ni ke dalam. Sebab nak carik tudung yg mecing.

Guard : takleh! Gi letak kat tempat letak beg!

Me : pergh..garang benor hakak nih. (Cakap lam ati je la)

Faten : dah tu cemane nak tengok mecing tak mecing?

Guard : kan dah kata tak boleh. Tak bolehlah.

Me : lek lek. Mende leh settle. Nak plastik jarang meidin tuh. Kitorang bawak kain je. Hakak toksah risau. *senyum manis*

Barulah hakak guard tu bagi. Dengan reaksi muka masam cam ayam berak kapur pun hade. Dahlah kita senyum, hakak tu tanak senyum. Tah pape je. -__-'

Yelah, paham ler penat keje. Kot ye pun balas laa senyuman ana ni. Bukan senang ana nak senyum kat orang tau! Eii..geram pun ade.

Hari ni pun same. Beli cekodok cempedak kat Bazaar. Nak buat tak rajeen jemah, jadi jawapannye beli je lah. Boleh fulak hakak tu masam muka ngan kite. Punye laa ana senyum semanis yang boleh. Sian ana, senyum sensorang. Cam senyum ngan dinding jek! *kuciwa*

Cuba jadi cam uncle kat kedai runcit tuh. Walaupun cina, tapi still leh gurau2 dengan orang melayu Islam. Tabik spring ah kat uncle tuh.

p/s : Ekceli ramai sangat pembaca misteri belog ana ni. Salah seorangnye, cik Naziha. Seronok stalker my blog? Hahaha.. Bagi kaki kang. Diam2 ubi berisi kau! XD

Ahad, 20 Julai 2014

Jet jet semut sape sakit naik atas

Assalamualaikum...

Kerja masih tak settle lagi. Tapi otak dah macam nak meletup fikir bajet tu bajet ni. Takpe lah, buat kerja kerana Allah.

Semalam, dari pagi ana ngan kawan-kawan pergi shopping kasut raya dan tudung raya untuk anak2 yatim bebudak rumah ana tu. Mak aih, nak carik saiz yang tepat tu jenuh bebenor.

Ade gak la 2 3 kasut ana main rembat je. Test mane padan, isnin kang keluar lagi nak tukar mane yang tak sesuai. Ana tak bawak budak-budak. Sebab full giler AEON.

Pastu sampai ke belah petangnye, bila kira-kira balik. Tak sempat ni nak balik rumah nak tukar baju. Dgn jalan jem lagi. Memang tak sempat. Pasal ana ade jemputan berbuka kat Ampang. Perghh..busuk-busuk pas shoping tu terus gi kat majlis berbuka.

Penat sangat tak terkata. Yang kawan-kawan lain ade nampak Heliza. Diorang ajak menyapa & bergambar ngan Heliza, ana cakap tak larat dah. Hehehe. Padahal gambar selpie ngan Heliza dah berlambak. Tu yang juai mahal tuh.

Ni esok nak kena keluar lagi, settle barang2 raya bebudak uma ana. Pastu berbuka luar lagi. Dah janji dengan orang. Cehh.. Jadual padat macam mak Datin kau. Hahahaa~ mohon yang lain jangan jeles.

Poyo je bizi ana ni kan? XD

Hari ni seharian kat rumah sebab nak selesaikan masalah baju kotor yang dah 3 bakul tak sempat basuh. Kemas rumah lagi. Kat sana sejemput barang2 sekolah tak berkemas. Kat sini baju tak berlipat. Hadoi..bizi memanjang sampai bw pun tak sempat. Selalu ade gak ana komen2 kat blog korang kan? Sorry, kali ni tak sempat.

Bukan takde time rehat tau. Ade. Tapi bila ada time rehat. Konfem ana lena giler. Sebelum ni kalau time rehat, ana habiskan dgn bw. Ni pun kawan2 ana sampai marah2 sebab ana asyik tak balas whatsapp. Betapa bizinya diriku ini~ T_T

Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 sekali lagi menggemparkan Malaysia

Assalamualaikum...

Berikut adalah berita dari hasil google :

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah
disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah
ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi...baca berita penuh DI SINI

Sekali lagi Allah menguji rakyat Malaysia dengan tragedi menyayat hati semalam. Belum basi lagi tragedi MH370, kini hangat pula tragedi MH17 yang disahkan terhempas. Ada yang mengatakan di tembak dulu baru terhempas.
Wallahualam

Salam takziah dari ana buat keluarga mangsa. Tak nak komen apa-apa sebab dah banyak sangat tukang ulas. Bersabarlah. Bukan mudah menerima kenyataan ini. Al-fatihah buat mangsa-mangsa tragedi yang beragama Islam.

NOTADAHI : Jangan pandai2 buat spekulasi kalau tak tahu cerita sebenar. Jangan sebar video palsu atau cerita palsu macam kau ada kat tempat kejadian! Kongsikan mana yang fakta je.

Khamis, 17 Julai 2014

Terima kasih

Assalamualaikum...

Hari ni happy sangat. Sebab abam posmen bawak 'surat cinta'. Alahai 'surat cinta' la sangat! Hehehe. :D

Ana dah dapat kad raya dari kawan-kawan blogger. Antaranya kak Nani dan Kak Farihan atau nama penanya Dik An. Terima kasih kak nani, terima kasih kak Farihan.

Masa dapat surat tu jiran ana kemain tegur; "amboi, sengih-sengih tu nape?"

"Dapat kad raya. Hehehe."

Of course la happy. Sejak dari minggu lepas sampai ke minggu ni ana busy busy dan busy. Keluar pukul 3 petang balik pukul 11 malam. Keluar pukul 9pagi balik 6petang. Siyesly, kebizianku ini berterusan sampailah seminggu lepas raya. Macam tahun-tahun yang lepas. Sama jek.

Perghh..pergh. Penat sangat2. Jadi time untuk bw tu takde. Kekadang tengah2 komen, ana sampai tertidur2. Bangun2 tengok ana taip separuh je. Selebihnya ayat jadi camni → pdsbcfhevsauswv.

Hahahaha

Terima kasih pada yang memberi serta menghargai. Terima kasih jugak pada yang datang blog budak sengal ni, pastu rajin pulak jari tu tinggalkan komen. Banyak pulak terima kasih. Huhuhu.. Semangat kus kus. XD

Ada orang tanya ana, dah beli baju raya ke? Dah ada kuih raya ke? Balik mana raya ni?

Fyi, ana ni sangat2 la malas nak beli baju raya ke hape. Pasal ana ni selalu raya depan tv jek. Adik beradik lain yang akan datang uma ana ni and stay sini sementara cuti.

Tapi tahun ni macam lain sikit KOT. Hehe. Kot tu tanda tak sure lagi. Yang sorang ajak ana balik Melaka, sorang lagi ajak ana ke Johor, sorang lagi ajak ana ke Perak. Yang sedihnya takde sape pun ajak ana ke Korea ke, Jepun ke. Ecehh! Cita2 tinggi. Hahaha.

Disebabkan ana ni dah last minit baru pikir nak beli baju raya. Maka jubah kembang payung adalah baju raya ana. See..! Nampak tak kemalasan di situ. ><