Jumaat, 5 September 2014

10 fakta & 10 auta

Assalamualaikum...

Disebabkan takde motif nak hupdate belog, so ana nak buat entri sesaje. Bukan segmen ke apa tau. Kalau sudi jom baca 10 fakta tentang ana. Kalau tak sudi, sudi-sudikanlah ye. Mueheheehe..

10 fakta tentang ana:

1. Anak ke 4 dari 8 orang adik beradik.
2. Benci susu tepung.
3. Gemuk pendek.
4. Suka warna merah.
5. Peminat tegar ENCIK MIMPI.
6. Tak pandai menjahit.
7. Ada bakat melukis tapi tak suka melukis.
8. Minat membaca.
9. Buat cerpen dikala keboringan.
10. Kuat berangan.

Okey, cukup 10 fakta tentang ana. Jom kita tengok plak 10 auta tentang ana. Pengakuan jujur kot! ><

10 auta tentang ana:

1. Rajin
2. Kurus tinggi
3. Hantu pink
4. Penyabar
5. Kaki shopping
6. Suka barang 'branded'
7. Terlalu peramah
8. Gila fesyen
9. Kaki drama melayu
10. Pandai mengait

Hahaa..korang pulak camne? Kita ade persamaan tak? Hik hok! Jujur je la, sambil jungkit kening sebelah! *ehem

Khamis, 4 September 2014

Sabar je laaa

Assalamualaikum...

Rutin harian ana akan bermula pukul 4pagi. Tapi pagi tadi terlajak sikit ke pukul 5pagi, balik lewat pasal malam tadi ade jamuan makan-makan ape sume.

Pastu pagi tadi ana kelam kabutlah sikit, dengan kejut budak2 uma ana lagi, diorang kene bangun pukul 5. Pasal mandi diorang ni makan masa 45 minit! Lamakan? Siap-siap nak sekolah lagi. Ahai..bukan sorang dua kita nak uruskan, 16 orang kau.

Ana pun sibuklah kemas dapur, basuh baju dan masak sarapan. Suruh diorang mandi sendiri, pasal ana dah tak sempat nak mandikan budak2 tu macam hari2 biasa.

Tiba-tiba....

Pang pung pang! Semacam jek bunyi atas tu! Lelaju ana naik, nak tengok apekehe bunyi macam perang dunia je kat atas tuh! Rupa2nye bergaduh. Alahai..anak-anak. Ape korang buat ni? Sampai tangga jamban pun patah.

“Dia tolak dia..”

“Tak..dia tolak dulu...”

“Mane de. Dia tolak sampai patah..”

Tu diaaa..sesi salah menyalahkan pulak. Mane satu betul ni? Tetiba rasa cam nak bertukar jadi incredible hulk! Dek kerana memasing wat muka comel baru bangun tidur, terpaksa laa ana sabar je.

Diorang memang cenni. Kita pang pung pang kat bawah, dia pang pung pang kat atas. Pepagi lagi dah bagi ana pahala tau bebudak ni. Sabar je laaa. -__-

Rabu, 3 September 2014

Wordless Wednesday : Kasih Sayang

Assalamualaikum...

“Kasih sayang bukan boleh dibeli,
tidak juga boleh dilobi-lobi.
Kerana ia anugerah ALLAH
pada seseorang yang miliki sesuatu
yang mulia dan berharga.”

Thanks to kak Aimi ^_^

Selasa, 2 September 2014

Cuti cuti dan cuti !

Assalamualaikum...

Mesti semua rasa hari ni cam malas nak keje. Kan kan? Eleh..tak ngaku la tu. Same je. Ana pun. Malas sikit-sikit. Ecehh..sikit-sikit laa sangat! *mata hitam ke atas gitew*

Baru hari ni start keje, ana dah sibuk hitung hari cuti yang akan datang. Nak cuti lagi la tu! Muehehee. Teruk betul perangai aku ni haa. Haha. Lagi 10 hari kot, hahahaaa (evil laugh). ><

Masa cuti merdeka semalam ngan kelmarin, ana tengok ramai yang balik kampung. Jeles tau tak. Berkhemah la, bakar2 la.. Wuuu~jeles2.

Ana pulak ahad baru-baru ni just keluar gi beli barang je, err..bukan shopping tau! Ade laa beli dress harga RM9+. Kasut pulak kebetulan ade sale 50%. Harga asal dari RM1++, ana boleh dapat harga RM6+. Boleh laaa..wpun agak mahal. Hihi. Yang penting selesa! Nak pakai setahun kot. :P

Sekianlah bebelan mak jemah hari ni! Wakakaka XD

Isnin, 1 September 2014

7 things you should know about me - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...

Ahai..macam Liebster Awards je bunyinye kan. Btw thanks kat Kak An sebab tag ana. Then disebabkan ana takut berhutang banyak entri, so ana pun buatlah entri ni. ^_^

1. Kuat merajuk
Ekceli ana ni sensitif orangnye. Kekadang orang cakap sikit dah tacing. Tapi di sebabkan sombong sokmo, tak mau la nampak merajuk tu. Nampak huduh! Haha. So merajuk tu ana simpan je dalam hati. Sejujurnya sampai sekarang rajuk tu ade, cuma one day kalau tak tahan sangat. Mungkin ana akan pegi jauh untuk lupakan semua. :)

2. Tak makan pujuk
Kekadang merajuk ana ni diperasan orang. Hihi. Di perasan bila orang cakap sikit, ana tacing lebih then lari masuk bilik sensorang. Nanti ade la orang whatsapp, pujuk. Takpun orang ketuk-ketuk pintu bilik. Alah, cam dalam drama tu. Haha. Tapi jenis ana, semua tu tak mampu pujuk ana. Melainkan bukak lagu kuat-kuat sampai tak dengar suara orang lain melainkan muzik, barulah ana rasa lebih baik. ^_^

3. Keras kepala
Kalau nak tahu, ana nih keras kepala tau! Ana suka buat something ikut kepala sendiri. Tak mau dengar cakap orang. Kalau ana kata 'A', 'A' lah jawabnye. Takde sape leh lawan. Haha. >< Kalau ana kata TAK NAK, jawapannya tetap sama sampai bebila. Nampak kedegilan di situ. Haha :D

4. Hati batu
Dahlah keras kepala, hati batu lak kan. Haha. Ana ni agak susah sikit nak menangis sebab hal remeh temeh. Kecuali kalau dah lama sangat simpan dalam hati, barulah ana nangis. Tu pun berkurung satu hari dalam bilik. Siyesly air mata ana susah ngat nak keluar, melainkan tengok drama korea! Hahaha. Yang ada part heroin dia nangis atau hero dia nangis. Time tu, memang eksited kot ana nangis. Wuuu~

5. Alergik
Ana alergik pada habuk. Kalau datang uma orang yang karpetnya dah setahun tak bertukar ganti, mula laaa ana ni tergaru-garu macam beruk montot merah. Camtu jugak dgn katil ana, kalau ade orang lain duduk datang bersembang kat situ. Ana memang takleh tidur satu malam melainkan tukar cadar. Sebab tu tiapkali kengkawan datang ke or whatever, perkara pertama yang ana warning jangan masuk bilik ana then duduk atas katil. Tak dibenarkan sama sekali!

6. Malas lipat baju
Err..err.. Ana ni memang laa pemalas yang amat bab lipat baju. Kekadang dah siap mendobi, pastu sidai. Lepas je da kering, angkat baju masuk bakul. Pastu biar selonggok 3 4 hari. Haha. Bila da berlonggok macam baju bundle, mulalah rase cam nak hantuk kepala kat dinding laju-laju. -_-

7. Masak ikut mood
Masak pun kene ikut mood gak. Kalau dah malas, memang tak berasap la dapur. Paling-paling pun beli yang dah siap masak kat luar. Tak pun makan roti/biskut je. Kalau tak lalu sangat, ade la masak megi cup. Tapi kalau mood masak tu tengah membuak-buak, rekues je apa nak makan bisa aja patik sediakan. Keh3

Nota Tambahan : ana tak tau nak tag sape, hihi. Rasenye macam ramai dah blogger wat entri pasal ni. Ana je kot yang lambat. ^_^