Isnin, 1 Disember 2014

Pengalaman mencari kerja baru

Assalamualaikum...

Seperti yang ana janjikan kat entri sebelum ni. Ana nak story sikit pasal pengalaman ana cari kerja baru. First time kot cari kerja sendiri. Kerja ana sebelum ni banyak pakai orang dalam. Kali ni sendiri tanpa sijil apa2. Bayangkanlah!

Semuanye bermula dari Google, thank you Mr. Google. Hihi. Dengan google la ana buat pencarian kerja kosong.

Then Ana pun start buat research kat internet. Cari punye cari, hasilnya kosong! Ana nak kerja office. Tapi tu laa..kebanyakan syarikat semua nak diploma. Sejujurnya orang susah macam ana, yang takde diploma bagai semua tu.. Memang agak sukar nak cari kerja ofis.

Sampai dalam hati ana pun cakap "Allah, aku nak kerja ofis. Mudahkanlah aku."

Frust punye pasal, facebook je la tempat lepas geram. Tengah scroll timeline, tetiba ana terbaca post kat Group BTP. Ada orang nak cari staf untuk mini syarikat dia. Ana pun apa lagi, try la email.

Hari khamis (20 Nov) malam jumaat, Puan Ros iaitu pemilik Little Khalifah Shop, reply email. Dia kata nak jumpa ana esok. Kebetulan, kawan tempat kerja ana si Na** ni nak cari job lain gak, jadi ana pun tanya Puan Ros kot ada kekosongan lagi. Puan Ros cakap, pun ada kekosongan.

Esoknya (Jumaat), awal pagi lagi ana ngan Na** dah terpacak kat bus stop. Eksited kot! Miahahaha. Kitorang naik bas rapidKL U88, dari Pelangi Damansara terus ke Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya kitorang ambik LRT terus ke Wangsa Maju, dari Wangsa Maju ambik teksi terus ke Ukay Boulevard, Ampang.

Lepas je interview. Terus Puan Ros cakap "u'olls boleh start kerja Isnin, 24 November ni ye." Tu diaaa..terus diterima. Perasaan ana time tu, hepi tak terkata. Huhu.

Ekceli agak terperanjat la jugak! Sebab terus diterima kerja. Alhamdulillah. Itulah namanya rezeki. Paling penting bos ana memang baik. Caring pulak tu. ^_^

Bab kerja dah settle! Tetiba teringat, kalau kerja kat Ampang. Kat mana nak tinggal? Takkan nak ulang alik Damansara dengan Ampang? Jauh kot!

Next entri baru nak story pengalaman mencari 'bilik sewa'. Entri yang ni pun dah panjang berjela macam karangan UPSR. Takut korang tak larat nak baca. Sempat muntah hijau dulu. Ekekekeke!

p/s : sory tak sempat bw! :(

13 ulasan:

  1. kerja kat ampang sekarang?hehe, boleh roger-roger kita jumpa.

    BalasPadam
  2. ehhh...dekat area2 akak dah la ni....okay la tu Ana
    BTW macam best je dengar tempat baru...budak-budak dari umur berapa boleh join aktiviti kat situ??

    BalasPadam
  3. Bila Allah dah janjikan utk dapat kerja, segalanya menjadi mudah seperti yang direncanakanNya...

    BalasPadam
  4. alhamdulilah Allah permudahkan urusan Ana...
    kalo kita berusaha dan berdoa pasti akan dipermudahkan..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. selamat bekerja di tempat baru :)

    BalasPadam
  6. Oo begituu.. tu yg smpai ampang tuu

    BalasPadam
  7. Good experience Ana..kalau dah rezeki tak kemana kan...kerja elok-elok k..

    BalasPadam
  8. Lama tak singgah sini...

    alhamdulillah da dapat keje baru ye.. rezeki ana~

    BalasPadam
  9. salam sis.1st time singgah sini. Alhamdulillah dpt kerja baru ^_^.thniah!
    jemputlah dtg blog husna bila2 ye supplimentcenter.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Ana..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah Anaa.. Anis doakan yang terbaik ! Tu la kan.. Tambah2 nak jalan kat blog Anis.. Lama tak nampak tau.

    BalasPadam
  12. Uish jauh tu nak ulang alik cmane tu hmm hmm hehehe.
    Best of luck! Hihi. Kalau pindah boleh kita jumpa ekeke. Dkt sikit dgn gombak hahahahaa

    BalasPadam
  13. Thak's for sharing .... it's helpful

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.