Rabu, 17 Disember 2014

Anual Gathering Encik Mimpi 2014

Assalamualaikum...

Orait, sambungan entri yang sebelum ni. Kalau belum baca, klik disini.
AMARAN : Entri ini panjang! Sekian. XD

Okeyh, panik jap! Tak tau nak buat camne. Jalan keluarnya adalah cakap dengan drebar bas. Ana mintak adik kak Qaseh cakapkan, malu katanya. Nak mintak DreEmers yang lain tanyakan, semua dah malu-malu kucing. Aiseyy.. -__-'

Sudahnya ana gi tanya sendiri kat drebar bas;

Me : pacik, lalu The Curve lagikan nanti?

Drebar : a'ah. Ehh, korang tak turun ke?

Me : tu laa..kitorang terlepas tadi.

Drebar : oke, takpe. Nanti saya pusing situ lagi.

Me : thank you pak cik.

Fuhh..lega! Nasib baik drebar bas ni kasi kerjasama. Lebiu laa pacik bas nih. Ekekeke.

Then dalam 2.30 camtu, kitorang pun sampai ke e@Curve. Terus ke tingkat bawah sekali di PAK JOHN STEAMBOAT. Sampai je terus nampak muka kakak kembar, kak Qiela ngan cek Ude.

Buat pendaftaran, sebab ade cabutan bertuah sekali. Ada guestbook lagi tu, wishh untuk Encik Mimpi & kitorang diberi beg hitam sebagai cenderahati sebab datang event tu. AG yang bagi. Thanks AG! (AG admin page fans club)

Tengok yang datang tu pun kemahenn ramai. Jemputan blogger pun ada. Jeles seyh! Tungg ahh blogger brader Halim, kak Ayu and entah sape lagi dia jemput, serius ana tak kenal. Hihi.

Pastu dari kalangan artis youtubers, macam Fero, Azhar Mustapha. Pasal Encik Mimpi pun asalnye artis Youtubers gak. So youtubers yang datang memang vip la kan. Yang meramaikan lagi, adalah DreEmers. Ada yang bawak family. Ada yang bawak kawan. Ana? Sensorang je. Hahaha.

Ana datang sebagai DreEmers. Bukan sebagai seorang blogger, dan bukan sebagai kenalan facebook Encik Mimpi.

Steamboat dia pun not bad laa. Ekceli kalau ikut plan awal, Encik Mimpi nak buat event dia kat Wangsa Maju. Kat Pak John Steamboat gak, tetibe tukar lokasi, buat kat The Curve. Maybe kat situ senang sikit kot jemputan lain nak datang. I dont know laa kenapa EM tukar lokasi, lupa pulak nak tanya. Hehe.

Bila dah kenyang, konfem2 la memasing nak bergambar ngan retiss pojaan mereka kan. Tapi tu laaaa, media curik timing kitorang dgn Encik Mimpi. Interview la, sesi photographer laa.

Paling kesian, EM la. Dahlah tak sihat sangat time tu, berkejar-kejar pulak tu antara media dengan event. Alahai media pun.

Then sesi paling2 dinantikan, sesi bergambar with Encik Mimpi!! Hoho. Part ni ana palingggg suka! Lebiuuu ah kapten. Hihi.

Orang lain, tandatangan pastu terus amik gambar. Bila turn ana pulak, lain sikit. Hahaha. Sambil Encik Mimpi tandatangan, sambil tu kitorang berbual2. Lama gak la. Hahaa. Lupe pulak kat belakang dah tunggu turn.

Kelebihan Encik Mimpi ni kan, dia jenis cepat ingat orang. Macam ana, sebelum ni tak pernah jumpe pun. Tapi Encik Mimpi leh pulak kenal ana. Tu yang takleh blah tu. Hahaha.

Encik Mimpi : Ismi, kan?

Me : a'ah. Ehhh..ingat ke?

Encik Mimpi : haha. Mestilah. Girlfriend kapten kan. Eh, mana housemate Ismi? Ani?

Me : dia tak datang la. Kapten laa buat time hari keje. Dia keje ary ni.

Encik Mimpi : abis tu ismi?

Me : ambik cuti siap2 kat bos. Dari Rabu hari tu lagi Ismi cuti, cuti sebab kakak Ismi nikah semalam. Esok baru majlisnya.

Encik Mimpi : aik? Ni macammane boleh lari ke sini ni?

Me : ahaaha..hari ni rewang2 je. Lari jap! Jemput la datang esok tau!

Encik Mimpi: alaa..tak bagitau awal2. Kapten ke i-City la esok.

Me : laaa..yeke. Takpe, datang bulan 2 nanti. Ada 2 pasang pengantin. Dua2 kakak Ismi.

Encik Mimpi : nanti bagi kad jemputan kat alamat kapten tau.

Me : orait. Mesti datang satu family tau.

Encik Mimpi : hehe. Satu bas boleh?

Me : agak2 ar kapten. -_-'

Dannn ada lagi dialognye, takleh di catat kat sini. Hahaha. Kantoi bha media baca blog ni nanti. Huhu. Tak tahan tu Encik Mimpi still ingat housemate ana, kakak2 ana. Power gila ah ingatan EM (encik mimpi).

Encik Mimpi memang kiut gila. Tengok dalam gambar, kiut. Depan2, lagi kiutt! Ahahaa. Mamat jambu laa encik mimpi ni.

Jumpa fero lak, mintak tandatangan. Sembang2 sikit. Hoho. Fero ni pun kacak dia takleh blah. Serius, beliau lelaki kacak. Bukan jambu, tapi kacak.

Me : Fero ingat Ismi tak?

Fero : err..kabur2. Rasanye Ismi a*** kan?

Me : hahaha. Lol -__-'. Sila ingat muka Ismi bebaik. Nanti kalau lalu sebelah jangan buat2 tak nampak pulak.

Fero : haha..okey.

Me : jom kita amek gambar.

Fero : jom2. Nanti tag fero tau. Tak pun pm personal.

Me : Okay.

Masa bergambar, boleh pulak si Fero ni rekues suruh buat LOVE gabung. Ahaaii..cair. Hahaha. Lebiuu Fero. Kui3

Masa ana nak balik tu, sempat lagi Encik Mimpi jerit2 nama ana. Haha. Padahal tengah dikelilingi DreEmers. Sabar je la Encik Mimpi ni tau. ><

Encik Mimpi : Ismi, sampaikan salam kapten kat housemate and family Ismi tau.

Me : Okay.

Encik Mimpi : jangan lupa, sampaikan ucapan Selamat Pengantin Baru kapten kat kakak Ismi. Bye Ismi, jumpa lagii nantiii..

Serius, balik uma tersenyum sorang2. DreEmers memang ekslusif dihati Encik Mimpi. Sebab Encik Mimpi tak pernah hampakan peminat2 dia. Terutama yang dalam group khas. Hoho. Lebiuu ahh ENCIK MIMPI ngan FERO

Nota Tambahan : Gambar tak dapat dipaparkan sebab ade sebab2 tertentu. Hahahaa. Tenqiu sudi baca, nanti ana balas kunjungan korang! ^_^f

15 ulasan:

  1. untungnyaa dapat jumpa encik mimpi. salam singgah daripda jgntension.blogspot.com !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak jumpe encik mimpi, like page dia. Nanti awak tau perkembangan dia, leh join event2 encik mimpi.


      Btw tq singgah. Nanti ana bw tau.

      Padam
  2. Dia bahaskan diri dia kapten ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah la Farah. Hihi. Kitorang memang da biase panggil encik mimpi kapten. :D

      Padam
  3. Salam Khamis Ana...wah dapat jumpa encik mimpi ya..ingatkan dalam mimpi tadi..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..ni bukan mimpi kak. Ni reality. Kuii3

      Padam
  4. ahhh. kite minat dia jugak. bila tengok utube dia sume, dia memang baik. kem salam EM :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Jom ah like page dia, join group dreEMers. ^^

      Padam
  5. wah, mcm best aje bila dia ingat ana. bestnya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee.. Tu la kelebihan encik mimpi. Ekekeke. Terbaikkk gitu!

      Padam
  6. uih siap ada dialog entri dia. memang peminat setia EM ngn FERO ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Memang pun! Peminat setia! ^_^

      Padam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.