Ahad, 27 September 2015

Servis katering paling teruk

Assalamualaikum...

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, pergi majlis kahwin makanan habis?

Yes, itu pernah berlaku dalam hidup aku untuk pertama kalinya! Bukan kat majlis orang lain, majlis keluarga sendiri pulak tu! Memang agak terkilan jugaklah dengan ape yang berlaku.

Actually, baru-baru ni kakak aku ade buat majlis kahwin. Kali ni special sikit, buat majlis time malam. Ala-ala macam retisss gitu. Ahad, 20 september. Tu tarikh kahwin dia.

First sekali aku memang tak tahu menahu pun pasal menu majlis tu. So aku memang tak komplain pape pasal menu. Rupa-rupanya kakak aku, kak Q yang deal pasal menu tu. Kak Q cakap, dia mintak nasi lain. Tapi katering tu bagi nasi lain. Okay, part menu dah salah.

And then mengenai lauk. Dia isi lauk ayam masak merah, daging, acar semua tak penuh pun dalam tray tu. Ade sekali tu aku pantau lauk, tengok lauk tinggal ayam 2 ketul jek! Tak sensitif langsung orang katering tu. Sepatutnya cepat-cepatlah tambah. Aku pun apelagi, bebel2 laa macam mak jemah suruh tambah.

Tepat je jam 8.30 malam, pengantin pun tiba. Lepas je pengantin datang, tetamu pun datang macam tsunami. Selonggok gitu! Sampai tak cukup tangan ah kitorang dibuatnya, nak bagi goodies lagi, sambut tetamu lagi. Perghh..

Tetiba pacik katering datang jumpa abang aku and he say “lauk dah habis.”

What? Lauk habis? Masa tu kami saling berpandangan. Biar betul lauk habis. Cepat gila. Padahal ade 2 jam lebih lagi majlis ni open.

Kitorang ni taklah bodoh sangat. Sebab dah hampir 4 majlis kot kitorang handle sendiri. So kami tau laa sangat bajet makanan untuk 500 orang macammane. Yes, kakak aku memang bajet untuk 500 orang. Dan sepatutnya makanan tu cukup. Dan kenapa tiba-tiba jadi tak cukup?

Sebab, pertama sekali. Katering yang kakak aku ambik ni sebenarnya bukan katering. Mereka adalah kafe. Atau bahasa mudah restoran. So bila kita deal bajet untuk 500 orang, diorang akan masak ayam 500 ketul. Kalau servis katering, bila kata bajet 500. Diorang akan spear lauk lagi 200. Supaya tak berlaku kejadian tak cukup lauk nih.

Bayangkan kalau seorang tetamu ambik ayam 2 ketul. Pastu dia tambah nasi, dia ambik lagi 2 ketul. Pastu tetamu lain pun macam tu, memang tak cukup ar lauk tu kan. Tetamu nak ambik berapa banyak, dia punye sukalah. Tak jadi masalah pun. Yang jadi masalah bila pihak 'katering' tak pandai bajet. Tu yang jadi makanan tak cukup tu!

Oh, ya. Aku lupa nak bagitau korang, katering yang kitorang ambik tu nama dia KATERING MASJID AL GHUFRAN.

Sebab kedua yang aku perasan makanan dia tak cukup, sepatutnya nasi dalam termos tu kena full. Tapi masa family aku baru sampai, kitorang bukak termos sebab nak check nasi apa. And kami dapati sukatan nasi dia adalah suku termos. Tak penuh pun. Sedangkan tetamu tak sampai 10 orang pun yang baru datang.

Sebab ketiga yang paling ketara kitorang perasan, pihak 'katering' refill makanan hanya 3 kali sahaja! Itupun lepas kene bebel dengan aku pasal lauk tak penuh dalam tray. Kalau kata bajet 500, diorang kena refill 5 kali. See..terserlah yang mereka masak bajet sebenarnya tak cukup untuk 500 orang. Anggaran aku, diorang bajet masak hanyalah untuk 250 orang. Separuh okey.

Dan sebab akhir sekaliii..goodies bag yang kami siapkan untuk 500 orang. Dan goodies baru habis 3 kotak. Ada 2 kotak lagi. Tak patut betul 'katering' tu wat kami camni.

Akhirnya kakak aku ambil alternatif lain, kami pergi beli makanan tambahan. Itupun makan masa, adelah dalam setengah jam pegi beli makanan tambahan. Hm.. Kesian sebenarnya bila tengok tetamu datang, ada yang tak sempat makan. Datang dengan perut kosong, balik dengan perut kosong.

Seriously aku cakap kat korang, tak payahlah. Janganlah ambik Katering MASJID ALGHUFRAN kat Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konfem korang akan menyesal. Dahlah servis teruk, masak pun tak cukup. Bayangkan pukul 9.45, 'katering' tu dah lipat meja. Apa korang rasa sebagai tetamu bila tengok meja dah dilipat-lipat. Teruk gila ah katering ni! Takde bintang untuk katering servis buruk camni.

8 ulasan:

  1. Uisshhh... kalau cikla memang jadi hijau lah time tu.... geram pulak cikla bila baca cite awk..

    BalasPadam
  2. kalau sebagai tetamu, pasrah jela sebab xde rezeki kan..
    tapi, ni sbg pihak yang menganjurkan majlis, mmg r sakit hati..
    kita dah buat the best utk para tetamu, pihak lain pulak buat hal..

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini dik ana.....klu tempat akak jarang tak cukup makan klu bab kenduri2 sebab tuan rumah memang tempat tukang masak sekali dengan pelamin.... kesian juga kan kat tamu yang datang klu makanan tak cukup....sabar jak dik ana...

    BalasPadam
  4. x ada rezeki. tapi mmg agak tak patut la. sbb kita sbagai tetamu kan. huhu

    BalasPadam
  5. Sebagai tuan rumah.. Memang laa sakit hati... Pastu kena pulak dengan mulut2 orang haaa.... Sabo jer laa... Hope masa masa akan datang tak jadi lagi macam nie.. - KTC

    BalasPadam
  6. Slm sis..nk tnye...owner katering tu melayu ke? Sbb skrg owner dia sri bagan katering. Yg tu ke? My fren. But mmg i x suggest ppl amek dgn dorg. Kt c2 ada satu lg wp y sendu.hrga nk caj melampau tp keje hampeh.

    BalasPadam
  7. Slm sis..nk tnye...owner katering tu melayu ke? Sbb skrg owner dia sri bagan katering. Yg tu ke? My fren. But mmg i x suggest ppl amek dgn dorg. Kt c2 ada satu lg wp y sendu.hrga nk caj melampau tp keje hampeh.

    BalasPadam
  8. Nama katering bukan main lagi ada masjid tapi hampeh. Dorang patut diboikot sampai bungkus.

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.