Jumaat, 18 September 2015

How do i know if i'm pregnant?

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak throwback sikit, bagaimana aku dapat tau diri aku pregnant. Huhu. Aku buat entri kali ni adalah untuk rujukan aku akan datang. Mane ah tau ngandung anak kedua pulak nanti. Ahaha. Jauh betul pikiran aku. ^^

Okeh, camni kisahnya. Memula sekali aku dapat petanda, bila tetibe waktu maghrib aku alami SPOTTING BLEEDING. Tapi masa tu aku tak tau pun tu spotting bleeding. Aku ingat aku tengah datang bulan, so aku pun beli laa tuala wanita sebungkus. Tup-tup isyak tu darah dah tak keluar dah. Pelik!

Esok tu, subuh aku bangun, tengok-tengok darah takde pun turun kat tuala wanita. Aku cakap lam hati 'tunggu lagi seharilah!' So aku pun tunggu lagi sehari. Pun darah still takde lagi. So aku pun qada' solat sehari yang aku tinggalkan tu. Kira aku anggap tu bukan perioud. Perioud selalunya paling sikit pun sehari, bukan satu waktu.

Macam biasa, aku pun ambik henpon cinta hati aku ni. Aku pun google. Buat searching. Dan aku dapat jawapannya! Dalam hati aku cakap, 'sahlah ni aku spotting bleeding'. Tapi aku still ragu-ragu, then aku pun tanya para kaum ibu yang berpengalaman tentang apa yang aku alami.

Semua cakap tu tanda mengandung!

Masa tu aku tergamam sekejap. Terus aku teringat yang 2 3 hari sebelum tu aku ada pergi jalan jauh. Ke Tg Belungkor, Johor. Kami pergi berkehlah. Dahlah dari kL nak ke Tg Belungkor tu jaug gila. Jalan nak masuk pusat peranginan tu takyah cakaplah, berlubang-lubang. Pastu berbatu-batu. Standart lah jalan hutan. Lepas hampir sejam menempuh jalan hutan, barulah sampai ke destinasi. Terhentak-hentak la jugak aku time tu. Perghh..!

Tapi aku sedapkan je la hati. Ada rezeki, ade la. And then seminggu kemudian, baru aku ambik keputusan nak cek betul ke aku mengandung.

Esok tu, time pukul 12 tengahari camtu ah aku pun test pakai upt kit farmasi punya. Tup-tup DOUBLE LINE! Berdebar-debar gak la tengok result tu. Actually aku dah beli upt tu 3 bulan yang lepas. Dan sejak 3 bulan yang lepas jugak aku amalkan makan asid folik.

Sebenarnya alkisah makan asid folik ni sebab aku terjebak dengan story-story dalam blog. Hihi. Katanya asid folik baik untuk wanita yang ingin hamil. Tu laa aku try wpun bagi aku macam takde ape pun hasil makan asid folik nih. Sebab asid folik ni takde perasa apa-apa. Pahit pun tak, manis pun tak. Rasa kosong je.

Siapa kata takde hasil? Haha. Akhirnya usaha aku makan asid folik tak sia-sia. Alhamdulillah.

And then aku ada jugak beli upt online kat sorang kakak blog ni. Murah gila upt dia. Yang jenis strips seringgit, yang kaset RM3. Murah la tu kan. Aku beli 2 kaset, 6 strips. Bukan apa, aku tak percaya je. Manalah tahu upt yang aku beli kat farmasi tu dah tak elok. Hihi.

Sampai je abam poslaju hantar barang aku, lelaju aku ambik sorok dalam almari. Tak nak bagitau encik asben. Supprise laa konon. Hak hak hak!

Pastu aku try 1 strips, 1 kaset. Pun still double line. Sahlah ni aku mengandung. Huhu.

Okeylah, nanti aku sambung lagi. Entri yang ni pun aku rasa dah panjang berjela. Haha.

27 ulasan:

  1. gituuu kisahnyaaa :) yay tak sabar tgk baby kak ana :) yay ! nanti baby kak ana mesti sebaya ank buah yaya nanti . sb yaya pn nak dpt ank buah bru ni . hehe . hakak ana , jaga diri taw , jaga baby kt dalam tu elok2 . jgn bt kerja berat2 sgt ! hokayyy . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa..tahniah yaya sbb bakal dapat anak buah. Sebaya lak tu kann.. So sweet. Hihi

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Tahniah.. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nnti ana balas kunjungan. Btw tengsss singgah. :P

      Padam
  3. Tahniah... jaga kandungan baik2 terutama 3 bulan pertama. Amanah Allah perlu dijaga sebaiknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih JR. Insya-Allah. Ana da lepasi 3 bulan pertama tu JR. Lame ana tak gi belog JR. Nanti ana singgah okeh.

      Padam
  4. tahniah kak anna :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengsss Mazni. Ape citer skrg? Lama ana tak menyinggah belog Mazni. Nanti ana singgah. ^_^

      Padam
  5. Tahniah ana...syukur...itu 'rezeki' dari Allah yg sangat bernilai harganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. :)
      Yup! Betul tu. Ni adelah rezki paling mahal.
      Tengs for ur wish.

      Padam
  6. ya Allah ana.. bleh pulak redah gi kelah.. nasib baiklah tak jadi apa2... lagi2... please sambung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time tu, tak expert pun ana pregnant. Tu laa selamba badak je redah jalan lobang2 tuh. Nasib takde pape.

      Heee..nanti ana sambung. Ampun ya lambat siket. Bizi. Muahaha.

      Padam
  7. Tahniahhh. Lamanyaa akak tak datang sini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan. Haha. Lagipun ana dah lama tak hupdet. Orang lain da tuka template blog. Ana still yang lama. Isk!

      Tengs.

      Padam
  8. Balasan
    1. Camni la alkisahnye. Haha. Tengs for ur wish. Doakan yg baik2 for me okeyh. Nnti ana singgah blog encik jie orait?

      Padam
  9. Balasan
    1. Hati perempuan mane tak hepi. Huhu. Hepi la sgt. Tak terkata. Kikiki ^_^

      Tq singgah. Next time ana balas kunjungan orait? Tp makan masa la siket. Kiter bizi.

      Padam
  10. Wah... menarik ceritanya.. Btw take care...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..menarik ke? Bosan la kak, sebab takde gambar. Ade gambar lg menarik kan.. Hihi. Saje dera org, xnak share gambar. Hik3x

      Padam
  11. Sukanya akak baca entri dik ana ni...akak pun teringin mengalami apa yang dik ana alami....seronok pula pengalaman dik ana ni...tak sabar nak tengok baby dik ana.. hihi

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.