Ahad, 4 Mei 2014

Kisah : MALAIKAT MAUT tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa.

ALLAH SWT bertanya kepada malaikat maut: “Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?”

Maka Malaikat pun menjawab: “Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan segan.”

“Apa yang membuatmu tertawa?”

“Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut; 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun'”.

“Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya”.

Allah SWT. lalu bertanya: “Apa yang membuatmu menangis.”

Maka malaikat menjawab: “Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di gurun tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis karena mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu.”

“Lalu apa yang membuatmu terkejut dan segan?”

Malaikat menjawab: “Aku terkejut dan segan ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari bilik tidurnya, setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut.”

Allah swt bertanya lagi: “Apakah kamu tahu siapa lelaki itu.”

“Tidak tahu, Ya Allah.”

“Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di gurun pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya.”

Sabtu, 3 Mei 2014

HUKUM : Meletakkan nama SUAMI di belakang nama ISTERI

Di dalam ajaran Islam, seorang isteri TIDAK BOLEH menambahkan nama suaminya atau nama keluarga suaminya yang terakhir setelah namanya sebagaimana banyak terjadi kepada non-muslim berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (3508) bahawa Nabi SAW bersabda:

ﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﺭﺟﻞ ﺍﺩﻋﻰ ﻟﻐﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ ﻭﻫﻮ ﻳﻌﻠﻤﻪ ﺇﻟﺎ ﻛﻔﺮ ، ﻭﻣﻦ ﺍﺩﻋﻰ ﻗﻮﻣﺎ ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻓﻴﻬﻢ – ﺃﻱ ﻧﺴﺐ - ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ

Erinya: (Tidaklah seseorang mendakwakan kepada selain ayahnya sedangkan dia mengetahuinya kecuali dia telah kafir, barangsiapa yang mendakwakan kepada suatu kaum sedangkan dia tidak memiliki nasab dari mereka, maka hendaklah dia memesan tempatnya dalam neraka).

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ) ﻣﻦ ﺍﻧﺘﺴﺐ ﺇﻟﻰ ﻏﻴﺮ ﺃﺑﻴﻪ .. ﻓﻌﻠﻴﻪ ﻟﻌﻨﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ ( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﺔ )2599( ﻭﺻﺤﺤﻪ ﺍﻷﻟﺒﺎﻧﻲ ﻓﻲ ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ )6104

Dan Rasulullah SAW bersabda: (Barangsiapa yang menisbatkan dirinya kepada selain ayahnya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya) HR Ibnu Majah(2599) dan dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ (6104).

Pengajaran : AlKisah BELON

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.

Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.

Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.

Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.

Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.

Senyum...

Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.

Khamis, 1 Mei 2014

Peristiwa 1 Mei 2014

Assalamualaikum...

Saje aku gedik2 nak follow Kak Iyra gi UM tengok show konsert amal. Bosan dok uma. Dalam pukul 11 camtu, konsert pun abis. Pastu terus bertolak balik.

Tepat je aku pandang jam tangan, jarum tepat nombor 12malam. Ape lagi, terus aku bukak facebook lelaju. Cek post, eh? Takde pun orang wish birthday kat EM. Hampa jap! Takde org tau kot! Ah, pedulik hape. Aku terus ke inbox.

Wish birthday kat EM, pastu gi kat wall EM dan conteng! Miahaahaha...akulah orang first wish birthdy EM! Pastu baru peminat2 lain EM follow wish! XD

Pastu tetiba, jam 12.30 malam camtu ar Hiace tetiba takleh start! Ah, sudah. Apekah ini yang di katakan sudah tiba masanya? Nooo..aku tanak tido tepi jalan. Tanak..tanak!

Aku try mesej my bff. Mintak dia datang. Tapi sayang! Beliau kat kampung, Banting. Jauh kot. Lau dia kat uma sewa dia kat Taman Tun dekat ar gak ngan Damansara Damai. Maka terjadilah alkisah merempat di tepi jalan. Hahaha..

Harap je banyak kete lalu lalang. Tapi kebanyakannya, orang hanya tahu lambai, kenyit2 mata pastu blah. What the..? Argh! Bukan nak tolong. Menciii...

Sementara tunggu tuh kitorang gi Petronas, solat. Lepas dah kenyangkan perut ngan nasik bungkus. Keluar dari bilik solat, dah ade kete lain amek kitorang! Yeayy..tu p0n dah pukul 3pagi. Hahaha..hamek kau! Lambat giler ah aku balik uma.

Konon-konon nak baring je, nak rest jap. Sekali aku bangun jam dah 7.20pagi. OMG!! Lewatnye haku bangun..pasal hari ni aku de program pukul 8. Giler weh! Kelam kabut aku siapkan budak uma aku hape sume.

Tu diaaa! Keta Alphard hitam berdiri dah kat luar rumah aku. Pastu pegi lah kami ke program. Aiseyyy..penat den aih.

Balik uma pukul 2petang. Balik tu kemas sikit ape yang tak terkemas. Pastu baring kejap. Then tetido sampai pukul 6petang. Bangun jek tido, kepala aku migrain. Puas aku urut, tapi semua takleh. Sakit betul kepala aku.

Ni tadi patut ade hal pukul 9malam. Tapi serius! Aku dah tak larat. Pengsannn..

Begitulah aku dan 1 mei. Jadual yang penuh & padat. Ni pun taip blog ngantuk tahap gajah. ><

Episod kete rosak tengah malam

Assalamualaikum...

Di saat aku sedang hupdate ni. Kete tengah mati tetiba. Hadoi! Frust weh! Semua orang nga tido tu. Takkan aku nak kacau lak.

Padahal tadi elok jek! Pastu matikan kejap, on balik tapi asyik bunyi..hek hek hek..camtu ar bunyi dyer.

Last2 terpaksa call husband Siti, Unie. Soh dia amek kitorg sekarang. Kitorang tu ramai..hahaha

Btw mood aku wat lek wat peace. Takde gundah gulana fulak tuh. My bff lak takde kat cni. Dia balik kampung. Lau tak leh dia tolong tengokkan. Wuuu~

Lagilaa hampa aty kuuu