Rabu, 1 April 2015

Part majlis walimah

Assalamualaikum...

Okay..okay.. Sambung. Hihi. Macam drama korea la pulak. Ekikiki. Harap korang sudi baca lagi. Walaupun tak sudi, kene baca jugak!

Lepas je setel majlis makan-makan. Adik-adik ana sesame berganding bahu (macam tak kene jek peribahasa ni. Lantaklah! Haha) mengemas and membasuh. Maklum laa..adik-adik ana semua dah jadi anak dara. Dah boleh buat kerja.

Then kitorang reramai gerak ke homestay. Kitorang stay homestay reramai. Senang, gerak sekali.

Sampai je homestay konon2 nak tidur. Maklum laa sejuk kemahenn. Aircond kiri kanan. Ekekeke. Sekali hampeh. Mata tanak tido. Bergosip je la kami-kami ni. Maklum laa..jarang-jarang jumpe. Memasing duduk jejauh.

Pastu petang tu gi rumah kakak ana, tolong siapkan untuk majlis walimah pulak. Petang tu kami gi dewan. Memang kosong. Kering. Dahlah hodoh gila dewan dia. Haha. Jujur gila aku. Dewan MPS. Pepaham je la kan. Pastu datang orang pasang kanopi. Diorang la buat semua tu. Kitorang hanya datang dan melihat.

Balik je umah, tengok memasing dah iron baju. Semua baju sama je. Eh..acane diorg bezakan baju? Maklum laa..baju memasing seragam. Pink belacan ngan tudung kaler mint green.

Keesokan harinya (21 februari)..

Kami semua dah siap mandi. Wpun kesejukan..selamba badak je la mandi. Huhu. Lepas je sarapan, pukul 10 camtu. Ana dengan adik-adik ana dah ke dewan. Siapkan apa yang patut.

Baru pukul 11 lebih camtu pak cik ana pun datang. Opah ana pun hade! Amboi, awalnye pacik sampai. Pakngah & opah ana ni antara tetamu terawal yang sampai.

Okay tetiba mata terpandang seseorang. Hati ni tertanya-tanya. Berapa agaknya umur dia ya? Haha. Ari tu, ade gak ana gi umah pak cik ana. Tapi takde pulak dia. Maybe, study lagi.

Alahai..malunya kalau dia ingat zaman kecik-kecik kami. Main kawen-kawen. Meoww! Apesal jambu sangat bila dah besar ni? Ahaha.

Ade la jugak ana sembang-sembang ngan sepupu ana tu. Lama tak jumpa. Kekok je rasa. Sembang punye sembang. Rupanya umur dia dah 24tahun. Alolo..malu ai taw. Tanye yang tinggi sikit tu umur berapa, 19tahun. Ahaha..normal laa adik tinggi dari abang. Lalala~

Tepat 12:30 tengahari, pemain kompang 'suprisse' pun memalukan kompang. Ni semua plan abang ana. Last minit. Tak latih apa sangat pun, diorang terus palu kompang mengiringi pengantin. Nasib baik pro. Ana pun memula ingat, takde kompang. Rupa-rupanya ada. Supprise katanya. Wpun ana bukan pengantin, tapi ana yang terharu lebihh. Haha. Thank you abang!

Ada dua pengantin. Pengantin yang masuk dewan dulu, kakak sulung ana. Pengantin yang kedua masuk dewan, kakak kedua ana. Majlis berjalan dengan lancar. Wpun ada la jugak perubahan last minit. Biasalah berbalah-balah comel tu.

Ana sebagai adik kepada kedua org kakak ana ni, ana paling berusaha bagi majlis ni segalanya berjalan dengan baik. Huhu. Buat kak Mama and kak Eja. Selamat Pengantin Baru.

Okay..lah! Penat taip tau. Sambung lagi satu entri. Hehe. Harap korang tak bosan membaca.

13 ulasan:

  1. banyak episod cerita nih.hehee

    BalasPadam
  2. Arghhh! jelesnya.. semua orang masih aktif blogging except saya! Btw, nak share ni.. Adsense dah support untuk blog dalam Bahasa Melayu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm...xdek story la JM... Bizi amat

      Padam
    2. will miss your writing :-)

      Padam
    3. huuuuu...terharu. Tapi nanti nak gi jalan banyak2 macam JM jugak. :P

      Padam
    4. eheheh..klau dh BZ duduk je dendiam buat keje tu

      Padam
    5. buat masa sekarang bizi la. I mean lepas kawen.. dua2 kaki jalan. So, nak pusing Malaysia dulu.. :D

      Padam
  3. Dan apabila sekian lama tak singgah sini......

    BalasPadam
  4. selamat pengantin lama buat kak Mama dan Kak Eja, Ana tu..pengantin lama sbb dh lama kahwin..entri baru nk keluar...lama Ana menyepi..masih keje tempat lama?

    BalasPadam
  5. kalau ada gambar lagi menarik entri nih

    BalasPadam
  6. betul ler, ada gambar lagi besttt....

    BalasPadam
  7. Bestnya kahwin kakak.. Kahwin sendiri lagi tip top huhuuu

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.