Rabu, 11 Februari 2015

Cinta hati dulu kala!

Assalamualaikum...

Tengah ana belek-belek lukisan. Tetiba ternampak lukisan lama ana. Terus kenangan 8 tahun yang lalu terimbau kembali. Ecehhh... !! Apelagi bantai ar gelak sorang-sorang. Haha. Lawak la pulak bila teringat zaman menengah ana dulu kala.

Ada satu lukisan ana ni, memang dah lama gila. Ana lukis crush ana. Haha. Jangan memain, ana ade crush tau dulu. Kira-kira masa ana form 2 gitulah.

Elehh..korang pun dulu-dulu ade crush gak kan?? kan kan..? ngaku je la.

Masalahnya crush ana tu jauhh lebih tua dari ana. Kira baya-baya abang ana gaklah.

Disebabkan dia agak berumur dari ana, dia pun berkahwin atas pilihan keluarga dia. Masa ana dapat tau, crush ana dah kahwin. Memang menonggeng arr nangis tu. Haha. Annoying betul rasa bila ingat balik. -__-

Frust punye pasal, ana pun setart laaa melukiss. Imagine muka dia jap, pastu lukis. Tup2 lukisan tu menjadi! Ada orang cakap muka dalam lukisan tu sama sebijik sejibik macam si crush ana tuu. Haha. So ana pun simpan laa lukisan tu sampai sekarang.

Nak dijadikan cerita tahun ni, ana kan mengajar kat sebuah tadika ni. Terdetik la kat hati ana ni macam nak tanya kat sorang anak murid ana. Pasal ana tengok muka dia macam muka someone yang ana kenal. Ana pun duduk la sebelah dia, ramah mesra gitu. Hehe.

Me : sape name ayah A***?

Anak murid : ******h 

OMG!! Anak my crush!

Haha. Tak sangka anak crush ana 8 tahunn yang lalu kini sekolah kat tempat keje ana ni. Nak je tanya "ayah ape kabar? Rumah kat mana?" Ahaha. Cikgu buang tebiat!

Rasa nak gelak tak henti jek bila teringat balik, yang ana pernah laa suka ayah dia dalam diam dulu kala. Muahaha ><

Dulu-dulu memang suka sangattt kat 'dia' tu. Sekarang tak dah! Sekarang jatuh cinta kat Encik Mimpi sorangg je. Lai lai lai.

14 ulasan:

  1. Salam singgah petang dik ana...wahh...cinta pertama putus memang sangat menyedihkan sampai nangis2...hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha..tu la pasal kak Diana. Sedih menonggeng ana dibuatnye! :D

      Padam
  2. Hahahha. untung ahh form 2 dah ada crushh :P

    BalasPadam
  3. Kalau tiba2 tak lama lepas tu, ayah budak tu datang jemput anaknya dan mata bertentang mata, agak-agak macam nak luruh jiwa raga tak...?

    Cuma soalan... tak perlu dijawab, hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. JR ni. Suka bagi soalan cepumas kat ana tau. Kikiki. Tergagap2 nak jawab. :P

      Padam
  4. mesti ana terintai2 bila ayah budak tu datang ambik kan...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana.. http://alyadina.blogspot.sg/2015/02/inti-karipap-sandwich.html ..

      Padam
    2. Ahaha. Takde laa kak.. Sume tu dusta belaka. ><

      Padam
  5. hahahaha... rasa mcm citer kuch2 hota hai pun ada, ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuch2 hota hai? Tang mane tu? Haha

      Padam
  6. O.O rasa macam lawak pun ada. Bukan jodoh. Tapi belum tentu lagi, mana tahu kalau-kalau... Isteri kedua ke? Kaykay memain je.. Jgn marah ahaha

    BalasPadam

Baca je?
Tak nak komen ke?
Komen laa sikit.