Isnin, 26 Januari 2015

Diriku dan Tahun 2015

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU sumee..!!

Err.. Macam dah terlewat ucap tahun baru jek! Haha. Sori. Baru je dapat bukak blog. Okeylah, jom kita story cerita 2015 ana.

Camni citernye..

1/1/2015

Ni tahun baru. Dan pada tahun baru ni jugak ana telah pun selamat berhenti kerja. Diulangi berhenti keje. Ana dah tak duduk Ampang dah. Pindah ke Bukit Beruntung pulak. Beruntungg sangatt. Muahaha.

Pindah situ pun sebab ana yang baik atiii ni nak tolong jaga kakak ana. Yang dengar kabarnya keluar masuk hospital sebab darah tinggi. Pragnent anak ke-7. So ana pun pindah laa ke Bukit Beruntung. Duduk dengan abang & kakak terchenta.

Seminggu gak kakak ana kena tahan wad kat Hospital Sg. Buloh.

7/1/2015

Pukul 3 petang, lahir la si heroin ikut 'tingkap'. Haha. Pepaham je la ye ikut 'tingkap' tu apa.

Then ana pun ziarah ah kakak ana. Nak tengok baby newborn tuh. Cian kakak ana, tak larat bangun katanya. Kata doktor, kakak ana kene tahan wad paling minimum pun 5 hari. Dalam hati tak shabarrnyee nak jaga baby kakak! Huhu.

Lepas 5 hari kakak ana punnn balik bersama baby dia yang tiutt tu. Kakak ana memang langsung tak larat. Jadi yang tolong dodoi2 baby, analah! Hihi

Ekceli agak penat jaga baby, jaga kakak, pastu jaga anak-anak kakak lagi. Ditambah pula dengan kerja lagi. Perghh! Takyah cakap penat dia. Boleh nangis berbulan-bulan. Haha.

Okeylah, nak siap gi klinik. Sebab apa? Next entri okey. Lebiuu korang. Hik hok!