Rabu, 29 Oktober 2014

Suasana baru

Assalamualaikum...

Berbeza sangat tempat kerja ana yang baru dengan yang lama. Hari ni dah masuk hari ke-5 ana bekerja. Masih mood suaikan diri di tempat kerja baru ana ni. Hehe

Kerja apa?

Tukang masak di sebuah kafe kat Kota Damansara. Kafe apa tu, rahsia la eh. Risau kang ada paparazi mengejar ana pulak. Miahahaha. Mak jemah perasantan. Now, ana busy tahap mak limah. Masak, kemas, masak, kemas. Tu je la kerjanya.

Ekceli kaki ana ni sebenarnya membengkak sejak ana masuk kerja baru ni. Ni semua sebab bilik ana ada karpet. Karpet tu macam agak lama, dan ia buat kaki ana gatal. Ana kan alergik karpet. Sekali kena, haaa..hamik kau. Gatal bak ang.

Tempat kerja ana ni agak seram. Bukan seram ada hantu ke apa. Tak tak. Tapi ada ramai orang pelik-pelik. Ada sekali tu pacik cina lalu situ then he say "hai"

Ana diam je la, mata tengok je pacik tu. Macam orang gila pun ada rupa dia. Pacik cina tu berdiri je lama-lama depan ana. Wuuuu~seram tau! Ana jawab "hai" baru pacik cina tu pergi. Hampeh betul.

Bila ana tanya kat semua staf-staf lain. Diorang cakap uncle tu memang camtu. Bahkan pelanggan tetap kafe kitorang pulak tu. Tiap pagi dan petang dia akan order ais kosong je, langsung tak makan. Huhu. Memacam.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Detik hijrah 2014

Assalamualaikum...

30 ZULHIJJAH 1435H | 24 OKTOBER 2014, ana dah pun berpindah. Mengikut kiraan kalender Islam. Lepas maghrib dah di kira 1 MUHARRAM. Disebabkan ana pindah tu lepas maghrib so ana ni dikira penghijrahan la jugakkan,. Tak duduk Rawang dah. Seriously sedih. Dah 10 tahun kot ana kat situ. Isk! Dah tiba masanya untuk ana berubah selera. Ecehhh.

Dalam sejarah Rasulullah pun, 1 Muharram adalah tarikh penghijrahan baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Jadi ana pun, dalam sejarah hari ini, ana jugak akan berpindah dari Rawang ke Damansara.

Elehhh..ape sangatlahh. Damansara je pun. Hahaha. Sekurang-kurangnya berhijrah la jugak. Timba pengalaman baru. Miahahaha. XD

Rinduu kat anak-anak yatim jagaan ana. Perghh..perghh..leleh2 tau air mata ni semalaman. Sedih campur sebak campur marah. Huhu. Marah? O_o'

Ada sebab tersendiri jugak kenapa ana pindah. Ana sebenarnya marahkan seseorang. Tapi sebab dia lelaki, takkan ana nak pegi serang dia pulak kan? Tak baik..tak baik..

Sebagai perempuan yang lemah berjiwa kental sejati, of course laa kene sabar je. Tetiba rasa better ana pindah je! Tu yang ana pindah tu. Sedih je rasa.

Hati, oh hati..please laa, jadi sado sikit.

Gagah tau malam semalam ana tidur lewat, semata-mata pack barang yang berlambak. Kih3. Semua harta kesayangan. Takleh tinggal. Hiks! ><

Tak tau la camne life ana kat tempat kerja baru nanti. Adakah akan selesa? Serius weh, taip ni sambil leleh2 air mata. Rindu Tasik Puteri. Terlalu banyak kenangan di situ. T_T

Tasik Puteri Dalam Kenangan!!

Khamis, 23 Oktober 2014

Tamil pun boleh

Assalamualaikum...

Semalamkan Deepavali, maka banyak la keluar kat tv cerita tamil. Paling banyak cerita tamil, konfem2 la tv2. Fuh, rugi tak pakai astro. Line tv2 tak dapat kot! Frust2. Haha. XD

Pastu malam tadi ana ingat cerita hindustan kat TV3, sekali tengok cerita tamil daa. Ahh..layann. Tajuk dia MAATTRRAAN. Ana tak tau la ape makna tajuk cerita dia. Kalau hindustan tau la jugak, ni tamil kot.

Mula-mula tengok, macam tak best. Sebab pertama ana kurang minat tamil, wajib ade part bunyi "Dushh! Dussh!" overdose! Sebab kedua, wajib ade part tak logik dek akal. Dan sebab ketiga ana tak berapa minat Tamil, pelakon dia tak hensem. Bhahahaha. Kualiti paras rupa amat penting bagi penonton macam kami. ><

Lepas 10 minit layan, eh eh..macam best pulak cerita Tamil ni. Haha. Apalagi, layan sampai habislah jawabnye! Miahahaa. Tetibe minat tamil. Tamil pun Tamil laaaa. Ada pulak sambungan lepas nightline. Tak baik betul laa TV3. -,- 

Paling tak tahan, setelah sejam setengah baru ana tahu nama hero-hero tu. Tu pun time hero yang lagi sorang tu dah nak mati. Haha. Ana tau bila dia jerit "VIMAL!"

Me : akak, baru aku tau nama hero yang 'agak kacak' tu Vimal.

Kakak : akak pun.

Hahahahaaa.. =.='

Sudahnye tidur pukul 1.30 pagi. Haha. Kalau dah tidur lambat pepaham je la. Terbabasss kot! -__-' tamil punye pasal, guwa pun bangun lambat. Nasib Subuh baru 1O minit berlalu.

Rabu, 22 Oktober 2014

Adakah haram memegang anjing dalam keadaan kering?

Assalamualaikum...

Walaupun dah 3 hari berlalu kempen 'I Want To Touch A Dog'. Namun isunya masih panas walau dah di "simpan" dalam peti sejuk.

Seseorang telah pun bertanya pada ana di pesbuk. Mungkin beliau masih musykil dengan kenyataan media.

She : kak, kita nak tanye la. Pegang anjing dalam keadaan kering, kita tak payah samak kan?

Me : err..kenapa tanya kat sini? Awak kenal saya ke?

She : kenal. Akak blogger Ismi Ana kan?

Perghh..sejak bila guwa feymes ni? Haha. Abaikan. Meh sini ana jelaskan cara ana.

Ana tahu mesti ramai orang melayu beragama Islam geram dengan anjing, kan kan? Maklumlah, comel gila. Ana pun geram. Tapi taklah sampai nak pegang, bergambar bagai.

Terbaca pulak status budak-budak sekolah yang ilmu tak berapa nak tinggi lagi. Eh eh..cakap macam kau ustaz. Phuii la. Haha. Antara status yang ana baca :

“Anjing pun ciptaan Tuhan. Peganglah. Nantikan boleh samak.”

“Pegang tangan awek, takde pulak kau cakap haram. Pegang anjing, sibuk kau cakap haram.”

Ana bagi dua status je la eh. Ekceli banyak lagi. Tapi tak larat la nak taip banyak-banyak. ><

Persoalannya; adakah kita tahu kenapa Allah haramkan kita memegang anjing? Kenapa anjing dan babi di kategorikan sebagai najis mughalazah?

Ekceli kita semua tahu, Mughalazah adalah najis berat, right? Tapi kenapa Allah jatuhkan hukum haram pada anjing dan babi? Sedangkan mereka juga ciptaan Allah.

Ramai yang musykil tang ni. Kan kan? Sebenarnya setiap hukum yang Allah tetapkan ada sebabnya.

Macam babi, Allah haramkan kita makan daging babi. Padahal daging babi lebih sedap dari ayam. Kata kawan ana yang cina laa. I dont know laa sedap macammana, tak pernah makan. Haram. Hehe.

Rupanya Allah haramkan kita makan babi sebab ada ulat dalam daging babi. Ulat tu walau kita masak sehari pun belum tentu dia akan mati. See..dah jelaskan kenapa Allah letak hukum haram pada babi.

Berbalik pada topik asal, kita tertanya-tanya kenapa Allah haramkan kita membela/pegang anjing. Sedangkan anjing lebih cerdik dari kucing. Why? Why?

Jawapannya, Allah haramkan anjing sebab pada air liur anjing ada kuman. Kuman itu dikatakan kuman yang membawa penyakit/virus. Ana tak berapa jelas penyakit apa, tapi yang sure air liur anjing bawak penyakit.

Ada orang kata; "janganlah pegang air liur dia. Kita pegang badan dia je."

Korang tau tak, anjing tu bersihkan badan dia dengan apa? Dengan lidah. Diulangi LIDAH k. Anjing ni ala2 macam kucing je. Kucing kan suka jilat badan dia. Macam tu juga anjing.

Ada pulak orang cakap; "abis tu kenapa di katakan anjing boleh dipegang ketika kering?"

Omg! Ape laa bebal sangat kau ni. Jenuh tau nak terangkan pada yang banyak tanya camni.

Anjing boleh dipegang ketika kering apabila kau tengok anjing tu sakit tersepit kat longkang. Jangan laa kejam sangat tengok je anjing tu. Selamatkan dia. Sebab dia juga ciptaan Allah.

Paling best ada yang cakap; "Anjing lagi mulia dari manusia. Manusia tau buat maksiat je. Anjing pun ada yang masuk syurga."

Yang ni tak tau nak cakap otak dia letak mana. Kesian tau dengan orang macamni. Anjing yang dikatakan masuk syurga, Qitmir. Sebab? Dia bersama dengan Ashabul Kahfi.

Maka hukum memegang ANJING adalah HARAM. Pegang bila keadaan terdesak sahaja.

Oke, sekarang ana dah bagi jawapan. Sebarang kemusykilan, sila komen panjang lebar ye. Atau ade yang salah, sila tegur. Opsss, entri ni TER-panjang lebar la pulak. Ekekekeke. ><

Isnin, 20 Oktober 2014

Hari-hari yang sibuk

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni ana agak tak berapa sihat. Banyak yang berlaku sampai ana tak sempat nak bukak blog untuk update sesuatu. Ataupun blogwalking. Banyak nih nak kene qadha. Hehe.

Hari Khamis ary tu, bebudak uma ana alami sakit perut cirit birit. Biasalah kalau kejadian camtu TERber** atas lantailah segala macam.

Dengan luka darah habis menitik2 diruang tamu. Keje ana Khamis tu jadi macik cleaner je la. Bersihkan tu bersihkan ni.

Lepas je setel semua tu, ana pegi la mandi jap. Tak lama pun, 7 minit camtu je. Masalah baru datang lagi. Telinga budak uma ana masuk manik. Alahaii.. Mujur sempat bawak ke klinik. -__-'

Hari Jumaat pulak, ana tolong akak sorang ni memasak untuk 128 orang. Oke, yang ni memang penat.

Hari sabtu, ana ke Pusat Sains Negara. Bawak anak-anak yatim ke sana. Riadhah hari minggu anjuran Petronas. Hampir satu hari jugaklah. Sampai lembik badan ana dok kejar bebudak tu yang berkeliaran satu Pusat Sains Negara.

Hari Ahad, korang paham-paham je la bila dah 3 hari tak rehat-rehat. Memang tidur mati pagi tu sampai pukul 12. Pukul 12 baru mendobi, memasak, jadik macik cleaner. Malamnya pulak ada pertemuan dengan staf-staf. Alahaiii..tak larat.

Semua ni adalah sebab kenapa ana tak sempat usha blog korang. Serius. Memang tak sempat. Tak larat ana ni sampai nak pitam. Huhu. Hari ni dahh setart keje macam biasa. T_T

Insya-Allah ana akan bw slow-slow tau! ^_^ thank you so much pada yang setia datang blog ana.

Khamis, 16 Oktober 2014

Wordless : Jangan menilai seseorang dengan masa silamnya

Assalamualaikum...

Girl : Sebelum awak nikahi saya, saya nak buat satu pengakuan. Dulu saya FREEHAIR.

Boy : Saya pun. So kita fair.

“Masa silam bukan kayu ukur jahat,
       baik dan kebahagiaan masa depan seseorang.”

Kredit to Encik Mimpi

Rabu, 15 Oktober 2014

Seketika di Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Baru hari ni ana teringat nak abadikan story ana ke Kuala Terengganu dalam blog. Haha. Maaf, citer ni dah basi k. Haha. Gelak lagi. Tah pape je.

Pada 2hhb Oktober 2014, Khamis. Ana ke Kuala Terengganu. Teman kawan buat urusan syarikat dia di sana. Kawan ana tu ada bawak adik-adik angkat dia gi sekali. Cehh..ayat skema mak limah bak ang.

Perjalanan dia perghh lama ya ampun. Naik kematu punggung ni haa. 7 jam dari Rawang ke Kuala Terengganu. Tu pun kitorang merempit gak la, pasal orang sana dah tunggu kawan ana. Sekali kawan ana cakap;

"Ingatkan Kuala Terengganu ni dekat macam gi kedah 3 4 jam.” No wonderlah kawan ana ni rileks je bertolak lambat. Pukul 2 petang baru gerak ke Kuala Terengganu. Target sampai sana pukul 8. Haha. Pukul 8 mende, pukul 9 baru sampai. Kui3

Ni kira first time ana sampai Terengganu. Tak pernah sampai pun sebelum ni. Plan asyik tak jadi je. Huhu.

Urusan pun malam tu je, esok pagi kami semua kene gerak balik kL. Pasal ana dapat panggilan penting mintak balik awal. Sekali lagi terpaksa menempuh perjalanan jauh. Memang nak balik KL masa tu jalan dari kL menuju ke Pantai Timur ana tengok jem gila.

Alhamdulillah..ana berjaya tahan mabuk darat selama 7 jam dalam kereta. Haha. Terer tak?

Abang ipar ana orang Terengganu. Jadi kakak ana tahu kat mana kepok lekor yang sedap. Memang ana target nak ke Terengganu nak carik kepok lekor sane. Ngidam niii. Haha. Kalah mak buyong k. Teringin nak gi Pantai laa. Macam-macam. ><

Biasanya orang kL ke Terengganu tak tahu kat mana kedai keropok lekor yang paling sedap. Nak tahu? Meh sini ana bagitau kat mana. Pssssttt..

Kalau korang gi Terengganu nak balik KL akan lalu Kemaman. Kat sempadan Kemaman, memang betul-betul kat traffic light. Ada dua kedai kepok lekor. Ambik yang nombor 2. Tu memang keropok lekor yang sedap punye. Makan tak pandang belakang weh! Oke, sebenarnye lupe nak snap kedai dia. Hahaha. Sorii.

Dah penat nak membebel. Hanya 2 gambar jadi tatapan dalam blog. Yang lain takleh share. Banyak sangat reaksi muka yang pelik2. Haha. K bai. ^_^

Abaikan muka macik tudung pink tuh. Haha. Sengal abadi.

Belakang kitorang tuu pantai. Wuuu~ batak gila k. Huhu.

Terengganu, mu tunggu aku datang. I will back! Ekekeke.. oh my engglish. Teraboo.. 

Isnin, 13 Oktober 2014

Lirik lagu "Duhai Pak Cik" by Encik Mimpi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkat doa semua anak buah ana dah pun keluar spital sabtu hari tu. Mujur 3 hari je kene tahan. Lega hati ni sesangattt. Terima kasih dekat semuaa yang mendoakan.


Ehh..bukan nak bukak story pasal anak buah, dah 2 entri berturut-turut dah pasal anak buah ana. Tak aci betul! Huhu. So hari ni ana just nak share video fresh terbaik dari ladang kat korang semua. Hihi.

Tak lain tak bukan, video Encik Mimpi! Seriously lirik dia comel. Dear kaum Adam, sebelum nak melamar anak dara orang elok dengar lagu ni dulu. Konfem tak menyesal. Ekekekee.

Jemput semua layan video terbaru versi Encik Mimpi. Klik sini, Duhai pak cik by Encik Mimpi (original). Dan ni liriknye! ^_^

Duhai pak cik :

Duhai pak cik
Mengapa marah-marah
Apa yang aku salah
Bukannya datangku untuk bertelagah

Duhai pak cik
Janganlah marah-marah
Aku takkan berubah
Bukan ku sengaja cari masalah

Aku sungguh-sungguh cintai dia
Aku hanya mahu hidup bersama dengannya

Aku mahu mahukan dia
Aku ingin inginkan dia
Duhai pak cik
Izinkanlah aku miliki dia
Aku mahu jadikan dia
Satu satunya dalam jiwa
Duhai pak cik
Benarkanlah aku...nikahi dia

Duhai pak cik
Sudahlah marah-marah
Aku takkan mengalah
Cintaku padanya tak akan lelah

Duhai pak cik
Hentikan marah-marah
Sungguh kerana ALLAH
Ku ingin menyunting bunga yang indah

Aku sungguh-sungguh cintai dia
Aku hanya mahu hidup bersama dengannya

Aku mahu mahukan dia
Aku ingin inginkan dia
Duhai pak cik
izinkanlah aku miliki dia
Aku mahu jadikan dia
Satu satunya dalam jiwa
Duhai pak cik
Benarkanlah aku...nikahi dia

Akan ku berikan semua
Walaupun satu dunia kan menghalangnya
Akan ku bahgiakan dirinya
Sehinggalah ke akhirnya dan sampai ke syurga 
Ooo Ooo...

Aku hanya mahukan dia
Aku hanya inginkan dia
Duhai pak cik
Benarkanlah aku
Huuu...

Aku mahu jadikan dia
Satu-satunya dalam jiwa
Duhai pak cik
Benarkanlah aku..nikahi dia
Jagakan dia..sampai ke syurga
Aaa...

Sedap kan lagu ni? Kata Encik Mimpi, lagu ni ilhamnya datang dari video lagu omputeh. Rude by Magic.

Ekceli group rahsia Encik Mimpi dah dapat lagu ni awal. Kira sehari sebelum Encik Mimpi share kat page beliau. Encik Mimpi dah bagitau awal-awal ngan ahli group, jangan sebarkan sebelum harinya.

Disebabkan sayang & percayanya Encik Mimpi kat kitorang, tu dia share ngan kami-kami je dulu. Tapi adelah salah seorang ahli group tu pecah amanah. Dia dah ter-share awal. Sedih sangat dengan orang macam tu.

Ana agak 'orang tu' mungkin terlalu eksited dapat video awal. Tu yang dia terus share kat semua orang. Lupa janji dia kat Encik Mimpi. Kot ye pun eksited, berpeganglah pada janji.

Ingatlah; sekali orang hilang kepercayaan kat kita, sampai bila-bila pun orang tak akan percayakan kita.

Gambar terbaru Encik Mimpi. Hehe. Amacam? Ade nampak intelektual tak? Mueheheheh.

Ahad, 12 Oktober 2014

Wordless : Hati kosong & Hati lapang

Assalamualaikum...

“Kalau hati lapang dari dosa,
   suasana sunyi pun boleh jadi meriah.
Tapi kalau hati kosong,
   tempat yang meriah pun boleh jadi sunyi.”

Jumaat, 10 Oktober 2014

Semoga cepat sembuh ye sayang

Assalamualaikum...

Ty so muchhh kat korang yang rajin sesangat komen & bagi saranan soh bawak anak buah ana gi jumpa pakarlah, klinik lainlah. Dan akhirnya abang ana nekad bawak anaknye gi spital kolumpo atau dalam bahasa wikipedia, Hospital Kuala Lumpur.

Keputusan doktor? Anak buah ana kene tahan wad. Sebab? Paru-paru dia penuh kahak dan kurang berat badan. Kata doktor sepatutnye budak umur setahun beratnye 15kg. Tapi anak buah ana beratnye 7.5kg. Jauh benorr bezanye kan.

Mase sampai tuh ade la gak kitorang tawaf 2 kali HKL tuh. Sesat punye pasal. Ekekeke. Agak tak tersusun kedudukan spital kolumpo ni haaa. Almaklumlah, spital lama.

Kekononnye nak bawak ah biskut satu tin untuk anak buah ana. Terlupa lalu tertinggal. Teringat pun masa tu dah kat atas highway. Ape pon tak boleh maaa..so gagah gak la gi membeli kat kedai bawah roti ngan biskut dan jajan untuk anak buah & kakak ipar ana.

Abang ana cakap dia nak bawak balik jap kakak ipar. Nak amek barang katanye. Pasal malam semalam mase kene tahan wad, memasing sehelai sepinggang. Kakak ipar cakap tak sangka pulak anaknya akan kene tahan wad. Sementare diorang gi amek barang, ana ngan kak Syirin la yang jage anak buah ana kat wad.

Siyesli panas gile HKL ni. Pakai kipas siling semata-mata. Nampak sangat bertapa nostalgianya Hospital Kuala Lumpur nih. Huhu. Beza sangat dengan Hospital Sg Buloh. Ber-aircond gitu.

Anak buah ana lak meragam je, tak mau baring. Asal nampak katil je dia ngamuk2. Haha. Tanak stay spital la tuuu. Macik dia yang baik aty ni pun angkat la Raisya ni ke hulu ke hilir tanpa arah tuju. Layannn.

Raisyaaa~tak baik tau buli makwe..siannn makwe! Isk!

Sambil dodoi-dodoi anak buah tu, ana usha sekeliling. Sana baby uwek, sini si kakak ketuk kepala adik. Haha..memacam ragam hado. Paling tak tahan, si anak nak ngan ayah je. Takmo dengan mak dia. Hamboihhh...memilih! Hahaha.

Sebelum balik abang ana ade bagi nasik bungkus. Buat makan malam katanye. Muehehehe. Tengsss abang belanje adikmu nasik goreng paprik & teh o ais limau!

Moga cepat sembuh sayang!

Rabu, 8 Oktober 2014

Macammana nak redakan demam on off?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Lembu 3 ekor yang elok terikat berak sana sini dah pun selamat disembelihkan ahad lalu. Hihi. Penuh freezer save daging lembu. Leh buat stok sebulan dua nih. Ekekeke.

Korang pun mesti hari-hari melantak daging je kan. Tulang buat sup tulang. Daging goreng kunyit pun sedap, masak halia pun nyummy. Daging, daging dan daging. Perghh..makan daging jangan lupa gosok gigi. Kat celah-celah gigi tu lekat daging. Sekiannn pesanan khidmat dari Ismi Ana. :P

Raya haji ary tu abang ana balik rumah ana. Saja datang sehari. Kalau dah abang ana datang konfem2 la dia bawak isteri ngan anaknya. Takleh tinggal katanye. Huhu~

Kata abang ana, anak buah ana Raisya Barirah dah sebulan demam on off je. Siann sangat. Kakak ipar ana dahlah sarat 6 bulan, anaknye pulak demam. Batuk teruk, sampai muntah-muntah. Selsema pun kemahen dahsyat. Asyik leleh je hingus dia.

Ana cuma nak minta pendapat atau petua dari semua. Macammana eh nak redakan demam budak yang on off?

Dah bawak gi klinik dah pun, doktor pun dah bagi ubat. Tapi tak baik-baik gak demamnye.

Harap sangat Raisya Barirah cepat sihat. Hakak2, abang2, hadek2 blogger semua tolong doakan anak buah ana.


Selasa, 7 Oktober 2014

Bila DIA menegur dengan caranya

Assalamualaikum...

Azan maghrib dah berkumandang, tapi ana tengok adik-adik ana dua ketul tu still takmo bangun lagi ambik whuduk. Khusyuk ngat tengok tv, citer korea The Potato Star.

Tetiba je hadek2 ana lari lintang pukang masuk bilik ana. Ape kehe ni lari sampai ke bilik?

Me : Nape ni?

Adik (Nur) : ada kelawar.

Me : Ooo..ada kelawar baru lintang pukang lari. Tadi time azan takde pulak korang lari gi amek whuduk. Korang tak sembahyang maghrib lagi kan?

Adik (Sulaim) : Belumlah! Tu ada kelawar kat depan.

Me : kelawar tu datang sebab nak suruh korang sembahyang la tu. Dah dah..pegi sembahyang. Nanti kelawar tu akak setelkan. (Ecece..macam berani je!)

Sebenarnye geram tengok hadek2 ana ni melayan tv sampai tak hengat nak solat. Sekali kelawar sesat masuk, lintang pukang lari! Haha..

Ekceli Ana ni penakut gak nih kekalau kelawar tu serang ana tetibe ke kan. Ana tengok kelawar tu asyik pusing-pusing kipas tak henti. Dah la laju. Aishhh!! Takleh jadik nih. Ana pun google ah camne cara nak halau kelawar.

Cara halau kelawar yang ana dapat hasil carian google ialah; tutup lampu apa semua, bukak tingkap dan pintu seluasnya. Nanti kelawar tu keluar sendiri.

Tapi yang ana buat lain. Ana bukak semua lampu kipas ape bagai pastu spray air doa. Sekali kelawar tu terlanggar kipas haa hamek kau. Dia jatuh terus tumbang lalu mati. Hahaa. Setel!

Ana fikir agaknya cenni kot cara Allah menegur suruh sembahyang. Sebab dan-dan je lepas adik-adik ana angkat takbir, kelawar tu jatuh dan mati. Korang fikir pulak acane? Adakah ia kebetulan atau sebaliknye?

p/s : semalam punyer semalam punyer story maaa.. ><

Sabtu, 4 Oktober 2014

Kejadian sehari sebelum AidiAdha 2012

Assalamualaikum...

Dua ekor lembu sedang bergembira kat padang depan rumah ana ni. Makan je kejenya. Maklumlah esokkan raya haji. Bila tengok lembu terus mengingatkan ana pada kejadian raya haji tahun lepas.

Ade la sorang budak ni gitau ana, lembu korban untuk rumah anak yatim dah sampai. Badan dia kurus kata budak2 tu. Ana pun caye ah. Jadi ana ni pun pegi la tengok 'lembu kurus' yang bebudak tu cakapkan. Takla kurus mane pun! Hahaha.

Pastu nak dijadikan cerita, ana yang baik aty ni pun hulurlah makanan lembu tu. Lembu tu tanak k! Malah mendengus marah. Cehh..jual mahal! Boringlah lembu ni, tak sporting. Ana pun pegi la.

Baru je beberapa langkah ana pegi, tetiba ana dengar lembu tu mengamuk-ngamuk akhirnya terjatuh dalam longkang! Fyi longkang tu agak dalam ye. Kalau lembu berdiri, belum tentu dia nampak jalan.

Aduhhh..camne ni? Lembu dah jatuh? Esok nak korban. Ade la jiran ana ni call pihak bomba sukarelawan untuk mintak angkat lembu. Kebetulan waktu tu pulak hujan. Siann giler lembu tu. Sejuk. Dalam pukul 8 malam camtu, hujan pun reda. Barulah sukarelawan2 tu angkat lembu.

Kata orang, lembu korban jangan dikacau-kacau. Sebab lembu korban tengah emosi. Dia tahu dia akan disembelih. So moral of the story, adik-adik yang perangai seangkatan macam ana ni, tolong jangan kacau lembu yer adik2. Hehe.

Salam AidilAdha semuaaaaa

Rabu, 1 Oktober 2014

Wordless Wednesday : Merokok itu cool?

Assalamualaikum...

Mereka kata merokok itu boleh memberikan ketenangan..

Betul lah tu...

"Tenanglah kamu di sana."

kredit to Encik Mimpi (tolong like page Encik Mimpi)