Selasa, 30 September 2014

Selamat hari ulang tahun umi !!

Assalamualaikum...

Rasenye dah lama tak raikan milad umi. Last raikan masa hari raya tahun 2008. Masa tu tak silap ana, raya terakhir bersama arwah ayah.

Ingat tahun ni nak meraikan milad umi. Tapi sekarang umi kat Sarawak. Kerja di sana. Lambat lagi umi akan balik semenanjung. So sempena birthday umi hari ni. Nak buat entri khas buat umi yang jauh di mata dekat di hati.

Umi, Selamat Hari Lahir yang ke 52 tahun. ^_^

Tanpa umi, takkan lahir ana di dunia ini. Dengan pengorbanan umi, ana mampu membesar dengan baik.

Terima kasih umi..

“Ya Allah, berikanlah kebahagiaan & kesejahteraan kepadanya. Kau berikanlah kesihatan padanya. Murahkanlah rezekinya. Rahmatilah setiap langkah perjalanannya. Kuatkanlah hatinya.” Amin.

p/s : gambar ni di ambik sebelum umi ke Mekah pada tahun 2012. Masa tu sebulan lagi akan berpuasa dan raya. Raya tahun 2012, raya tanpa umi & ayah. Isk!

Jumaat, 26 September 2014

Mabuk jalan darat?

Assalamualaikum...

Rindu nak blogwalking. Tapi tu laaaa.. Kuota da abis. Jahat bebenau uMobile sekarang. Baru niat tanak curang ngan nombor sekarang. Maxis dah lama kene cerai talak 3. uMobile ni masih dalam kaunseling lagi. Degil jugak, memang kene cerai talak 2.

Eh? Ape aku merapu ni? Haha. ><

Okeylah. Sebenarnye sejak 2 3 hari ni ana memang bizi sesangat. Sampaikan mase nak blogwalking pun macam takde je. Ampunkan ambee! T_T

Ditambah pulak dengan tak berapa sihat. Semua sebab tetiba ana jadi penghidap mabuk jalan. Jalan darat je pun. Bukan laut. Tu pun mabuk teruk. Tekak loya abis.

Orang mesej ke call ke semua ana tak jawab. Sebab? Pening.

Persoalan sekarang, ade ke orang mabuk jalan? -_-' Musykil je rasa. Hahahaha. XD

Isnin, 22 September 2014

Pakai MAPS pun masih sesat

Assalamualaikum...

Kelmarin ana ikut kakak ana ngan kak Farah (kawan kakak ana)yang katanya diorang ade meeting usrah camtu la.

Sebelum ke KLCC kitorang gi weeding kawan kepada kak Farah kat Petaling Jaya. Ana sendiri pun tak kenal sape yang kawin tu, just makan free jek! Nak citernye perjalanan kitorg ni kelakar. Haha. Layannn.

Perjalanan ke PJ okey je, wpun adelah terlajak sikit. Pasal weeding tu kat Dewan Serbaguna PJ. Tapi dewan dia tak serupa dewan. Macam kilang pun hade. Oke stop about this.

Then kitorang yang dari PJ nak ke KLCC, tersesat-sesat wpun pakai MAPS. Oke, lawak! Haha. Dek kerana sesat yang parah kitorang dah terlambat, meeting usrah pun dah habis. So kitorang ke KLCC sebab jenjalan.

Kebetulan kat KLCC ade buat 'Petrosains Science Festival Kuala Lumpur'. Ade la main muzik entah hape mende kat stage pintu utama KLCC.

Hujan lebat kot kat KL kelmarin. Sudahnye rayau dalam KLCC. Padat gila dalam KLCC, selalu taklah padat sangat.

Then masa nak balik tu tetibe tiket parking takleh baca. Katanye kene pegi kat opis managment ape bagai. Pulak dah! Pheuww..malas bergondeh-gondeh kaki ni tau. -_-

Gi kaunter pertanyaan, orang tu cakap lalu dekat Bobbi Brown pastu akan jumpa la tempat nak ke opis tu. Masa kami nak blah tu tetiba dengar sorang apek ni tanye kat kaunter pertanyaan.

“Nak cari topup kat mane haa..?”

Aikk?? Kau gi KLCC semata-mata carik topup ke bro? Hahaha. Oke paham, 7Eleven takde kat klcc. Pastu kitorg gi laa carik mane BOBBI BROWN kat kawasan kedai-kedai makan. Tak jumpe pun!

Sekali nampak uncle misai tebal berbaju kot rayau-rayau KLCC. Then kitorang pun tanye, uncle misai tebal terus tunjuk lift untuk turun ke opis managment. Lorhh..kene turun pakai lift rupenye.. -__-'

Da setel tu. Masa kat dalam lift ana dok dengar la ade macik-macik dok sembang dalam lift.

“Nak cari kelapa kat tingkat berape?”

Kelapa pulak! Haha. Macam-macam rupenye ragam orang kat KLCC nih. Okeh, gelak tak tahan. XD lalu satu depan kedai mekap, nama kedai tu Bobbi Brown. FINE! Kedai mekap rupenye. Haha. Ingatkan nama Bobbi Brown ni kedai makan. Ciss!

Masa otw nak balik, nak masuk simpang tol Rawang. Jalankan licin sebab baru lepas hujan. Tetiba keta hitam depan kami ni brek mengejut.

Tetiba dengar bunyik "Honnnnn!!!" Lori! Kak Farah yang tengah drive tu ape lagi, menggelabah la dia. Dia pun tekan ah brek, tapi brek tak makan tetibe! Kete terus berjalan, padahal atas bukit tu. Pelik!

Lori yang honnn tu laju je meluncur sebelah kanan kitorg. Fuhh..syukur kitorang tak ke kanan. Kata kak Farah, orang lori tu pun rasenye tak sempat brek. Sebenarnye dalam kelam kabut tu kak Farah nak ke kanan, tapi dia kata dia panik sangat dia lupa nak ke jalan kanan.

Rupanye time rase panik tu ade hikmahnye. Kalau kami ke kanan agaknye mungkin kami dah kene rempuh ngan lori tu. Ni semua sebab kete hitam depan kitorang brek mengejut. Dahlah tak bagi signal kecemasan!

NASIHAT KHAS BUAT PEMANDU MALAYSIA YANG SANGATTT BERTAMADUN! Kot ye pun kalau nak berhenti SEKEJAP, bagilah signal kecemasan. Bila jadi macam tadi, silap-silap nyawa orang lain boleh melayang kerana anda! Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

p/s : Sorry, entri ni agak panjang berjela2 macam nenek kebayan. Takleh skip langsung. ^_^

Ahad, 21 September 2014

Liebster Awards - part 2

Assalamualaikum...

Terima kasih sesangat kat hakak blogger sorang ni, Kak Nad. Sebab tag ana dalam Liebster Awards. Ampunkan ambe sebab baru hari ni dapat hapdet Liebster Awards. ^_^


1. Apakah tujuan anda dalam kehidupan ini?

Menjadikan dunia sebagai jambatan menuju akhirat. Beramal selagi mampu.

2. Apakah yang anda ingin capai dalam masa 10 tahun dari sekarang?

Miliki keluarga sendiri, suami dan anak. Menjadi isteri yang boleh buat 10 kerja dalam satu masa. Haaa.. Terer tak? Haha.

3. Sanggupkah anda tinggalkan kerjaya sekarang demi mengejar impian anda?

Takde alasan untuk ana meninggalkan kerjaya sekarang demi mengejar impian. ^_^

4. Kalau diberi pilihan samada keluarga atau karier, apakah pilihan anda?

Keluarga. Ana tak boleh hidup tanpa keluarga. Sebab mereka bagaikan tulang belakang ana.

5. Pernahkah anda menyesal dalam membuat sesuatu keputusan?

Pernah. Dan keputusan tu tak boleh berubah sekalipun ana menyesal dengan air mata darah. Hm......

6. Anda pilih kekayaan atau kebahagiaan? Atau kedua-duanya?

Kebahagiaan! Kebahagiaan mampu membeli kekayaan. Tapi kekayaan tak mampu beli kebahagiaan biarpun harta segunung emas.

7. Apakah pendapat anda tentang kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari muda?

Sangat2 penting. Ana tanak nanti ana dah tua kerepot menyusahkan orang lain. Ana nak sihat macam mak ana, wpun dah 53tahun tapi still boleh buat keje sana sini.

8. Pentingkah suplemen pada pandangan anda?

Penting sebenarnye! Tapi setakat ni ana belum pernah amalkan apa-apa suplemen lagi. Hehe.

9. 3 hajat yang anda ingin kecapi sebelum menutup mata selamanya.

I) Ana nak minta maaf kat semua orang yang ana kenal mahupun tidak.
II) Ana nak bayar semua hutang jika ana ade hutang kat sesiapa tanpa ana sedari.
III) Ana nak tutup semua akaun laman sosial; facebook, twitter, email dan blog. Termasuk offkan semua nombor telefon yang aktif.

10. Apakah yang anda suka tentang blog Nad? Any tips to improve? :p

Blog kak Nad santai. Banyak tips yang sangat2 berguna. Terutama untuk wanita yang bakal bergelar ibu mahupun sudah bergelar ibu. Ana tumpang sekaki sebab satu hari nanti ana jugak bakal bergelar ibu. ^_^

Eh korang. Jom terjah belog kak Nad ni. Banyak tips-tips kesihatan yang boleh korang dapat. Singgah sini tau, Nadirah Mohamad



Dan yang ni ana dapat tag dari CikLa. Maafkan ana tau cikLa, lambat respon Liebster Awards. Btw thank you so much sebab tag ana.

1. Sejak bila anda berblogging?

Sejak tahun lepas, bulan 10. Sebenarnye dah lama, tapi asyik taip padam, taip padam. Jadi laa budak baru dalam dunia blog. Haha..

2. Siapa blogger favorite anda? Bagi 3 orang.

3 org je? Alaa..tak cukup! Ana suka kat semua blog yang ana selalu komen. Perasan? Yes, blog korang la tu. Hehe.

3. Apa tabiat pelik yang anda rasa anda tak boleh nak buang?

Sebelum keluar jauh wajib gi tandas dulu. Haha.

4. Tempat paling jauh anda pernah travel?

Setakat ni ana tak pernah travel lagi ke mana2. Selalu plan tapi tak pernah menjadi. Banyak sangat hal mendatang. Hurm..

5. Apa filem pertama anda tengok kat panggung wayang?

Papa I love you.

6. Apa tujuan anda berblogging?

Ana ni pelupa orangnye. Selalu lupa kejadian lepas. So dgn blog ana boleh simpan semuaaa catitan harian ana. Kira cam diari online la. Nanti bila baca balik post2 lama, boleh kenang2 balik kejadian tu. Haa..centu ah alkisahnye. Sekali sekala selitkan manfaat untuk pembaca belog ana. :)

7. Siapa yang paling rapat dengan anda selain dari keluarga?

Ana takde rapat dgn sesape pun. Semua biasa2 je. Sebab ana jenis tak mudah percaya orang.

8. Cerita sikit apa yang menarik pada diri anda?

Menarik? Hm..nothing special about me.

9. Apa makanan dan minuman favorite anda?

Udang & ikan keli dan jugak makanan yang bersambal2. Itu my febret! Air? Coconut shake & teh o ais limau. Mabeles!

10. Komen ikhlas pasal blog cikla... 

Blog cikLa simple, bahasa pun sempoi2. First ana singgah terus rasa nak follow semua story pasal cikLa sebab best. Pengakuan jujur kot. Hehe.

11. Siapa penyanyi dan pelakon favorite dan sebab apa suka bebenor dengan deme?

Pelakon KIM SOO HYUN! I like oppa Kim Soo Hyun sebab dia bebas kontroversi lelaki gay di korea. Dan paling suka sebab dia hero drama febret ana; The Moon Embrassing The Sun. Beliau sangat comel!!

Penyanyi of kos laa my ENCIK MIMPI! Tanak curang. Setia pada yang satu. Keh3. Suara dia tu yang best. Muka tak ensem? Tolak ketepi. Asalkan suara sedap. Leh buat dodoi untuk tidur. Nama pun 'mimpi'. Btw Encik Mimpi adalah artis paling sporting ana pernah jumpa. Lawak lak tu. Hihi.

12. Bila birthday date anda? Manalah tau tetibe cikla termurah hati nak bagi present... hehehe...

8hb April. Dah tahu? Haaaaa..kasi adiah eh. Promise tau! :P

Pastu singgal pulak belog cikLa. Banyak story mory best-best dalam belog cikLa nih tau. Rugi korang tak singgah. Jomlah terjah BLOG CIKLA SHAHRIL


Baiklah, for the first time ana telah pun menyiapkan 8 soalan paling sengal abadi untuk di jawab sempena memanjang mendekkan Liebster Awards nih.

1. Berapa umur anda?

2. Masih belajar? Atau sudah berkerja?

3. Kenapa anda berblog? Adakah ia hobi?

4. Apakah hajat yang anda ingin kecapi tapi tak pernah dapat?

5. Ceritakan something yang menarik tentang blog anda.

6. Bagi anda, berblog membawa manfaat atau sebaliknya?

7. Ada yang anda tak suka mengenai blog ana? Luahkan.

8. Apa komen anda tentang ana?

First time ana tag orang. Ini kali pertama ana nak tag 5 orang blogger. Untuk soalan kat atas.

1. Blog Kak Sal 2. Kak Fuza Musa
3. Kak Scha Nazri
4. Kak An
5. Husna Abd. Malek

Nota Tambahan : sesape ade tag ana, sila ngaku di ruangan komen. Jangan malu-malu nak ngaku. Heehee. Korang memang nakal tau tag-tag kita. Opss.. Dah 3 hari tak bw! BlogWalking Time! Yabedaa beduuu..!!

Rabu, 17 September 2014

Beza nasi lemak dulu-dulu dan sekarang

Assalamualaikum...

Dulu nasi lemak harga murah-murah belaka, kan? Zaman ana dulu ada nasi lemak 20sen kat belakang sekolah.

Takde telur. Ada nasi, sambal dan timun. Tapi rasa dia berbaloi-baloi. Nak ada telur? Ada je. Tapi mahal sikit 50 sen. Taklah mahal mane, kan kan?

Bila loceng terakhir sekolah berbunyi je. Semua pakat turun laju-laju nak beli nasi lemak 20sen. Haha. Kalau lambat kang habis. Pasal semua bukan beli satu. Ada yang beli seringgit. Dapatlah 5 bungkus.

Bestnye zaman sekolah doluu doluuu!

Adalah satu hari tu, umi ana try suruh jual nasi lemak kat sekolah. Ana pun bawak laa gi sekolah 10 bungkus. Hari pertama lakulah. Habis semua. Ana jual 50sen je.

Murahnyee! Kalaulah ade nasi lemak 50sen, hari-hari macik ni beli! Muahahaa.

Pastu hari kedua, terkantoi ngan teacher Wong. Isk! Boleh pulak aroma nasik lemak tersebar satu kelas.

Teacher : Awak jual nasi lemak?
Me : a'ah. (Muka innocent weh!)
Teacher : berapa satu bungkus ni?
Me : 50 sen
Teacher : awak tahu, kan. Kat sekolah tak boleh menjual? Takpelah. Hari ni saya bagi awak can woo.
Me : (diam)
Teacher : saya beli satu.

Maka urusniaga laa ana ngan teacher nih. Then masa tu kami tengah belajar, teacher tu makan kat kelas. Cehh..tak displin punye cikgu. Sekali teacher Wong beli lagi sebungkus. Kata dia tak cukup, sikit.

Balik uma terus ngadu kat umi. Tetiba umi ketawa; “Hahaaha. Tu untuk budak-budak sekolah cukuplah, untuk perut dewasa memang rasa sikit.”

Pastu esok lagi tu kat perhimpunan teacher Wong buat pengumuman dilarang menjual. Hampeh betul teacher ni. Dia dah beli, makan sedap-sedap pastu nak halang. Time tu ana bawak jugak ke sekolah. Lagi banyak, 20 bungkus. Hamek kau!

Sekali cikgu Helmi datang mengajar. Dia terbau-bau sambil jalan ikut aroma. Macam upin ipin kejar bau aroma ayam. Haa..gitu ah rupe cikgu helmi. Wakakaka. Mohon cikgu Helmi kalau terbaca, silalah ingat anak muridmu ini. XD

Cikgu : awak bawak bekalan nasik lemak ke jual nasik lemak?
Me : jual cikgu.
Cikgu : Oo..ni yang teacher Wong cakap, nasik lemak sedap kat kelas 3 Anggerik. Cikgu beli semua. Berapa? Kira cepat-cepat.

Masa tu happy sangat. Sebab cikgu beli semua. Ana gi kantin. Tengok cikgu2 lain bawak nasi lemak bungkus yang ana jual.

Zaman sekarang? Nasi lemak bukan 20 sen tapi RM1.20. Mahal kot! Nak yang ada telur mata kerbau, harga dia Rm2.00. Nak yang ada paru, sambal kerang, ayam sambal atau sotong sambal harga menceceh RM4.00.

Nanti zaman GST, camne pulak agaknye harga nasi lemak. Mungkin sepinggan RM6.00?

Isnin, 15 September 2014

Akhirnya...!

Assalamualaikum...

Akhirnya keinginan nak makan Baby Pavlova tertunai gak semalam. Ada akak sorang ni, macam kenalan analah jugak. Dia buat majlis makan-makan semalam kat bakeri dia.

Menu utama dia nasi mandy. Fuh! Lama tak makan nasi mandy. Pastu di selangi dengan desert. Ade kek Red VelvetCheese Cake, Muffin, Cup Cake, Donut. Semua dessert ade! Tapi ana tak makan semua. Sebab kebanyakannya rasa cheese.

Fyi, ana tak suka cheese. Kecuali cheese wedges kepci. Tu je boleh telan. ><

Kalau gi bakery kakak ana yang kat Subang tu pun, ana selalu rekues nak kek Ice Cream dan kek Tiramitsu. Ahaha. Memilihkan?

Sebenarnya banyak ana nak cerita, tapi kalau taip satu entri je, kang panjang lak macam karangan SPM. Haha.

Tak lama lagi keluarga ana akan bertambah lagi 2 orang serentak. Ana bakal dapat abang ipar. Yeayy! Insya-Allah majlisnya tahun depan bulan 2, sebelum GST! Hehe.

Selamat bercuti sekolah pada yang cuti!

Jumaat, 12 September 2014

Minat Sdn. Bhd.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kali ni khidmat PosLaju betul2 laju. Kelmarin kak Ain email, baru pos. Then semalam ana terus dapat. Dah lama poslaju tak buat servis laju cenni. Selalu lembap dan menyakitkan hati.

Thanks kak Ain atas pemberian hadiah top komentator ogos. Ceh..top komen konon. Padahal ana selalu ngat skip komen. Hihi. Dapat buku MPH, 'Ya Allah Jagakan Dia Untukku.'

Alaaa! Takleh upload gambar. Line slow cam itik! -_-'

Okeylah, hari tu kan ana ada post pasal '10 fakta & 10 auta tentang saya'. Ada orang tanye, share la kat blog pasal cerpen yang ana buat tu. Sebenarnye dah share. Tapi bukan kat sini. Blog lain. Btw blog tu tak follow sesape pun. Bahkan guna utk komen orang pun belum lagi. Widget 'Join this site' pun takde lagi. Haha. Foyoo je lebih kan.

Setakat ni baru 6 cerpen ana berjaya hasilkan kat blog tuh. Banyak merapu je citer tuh. Haha.

Dulu pun masa ana sekolah menengah, bila ada kelapangan masa kat asrama ana akan buat cerpen. Buku yang biasa orang buat diari. Ana penuhkan dengan cerita imaginasi tersendiri.

Pastu buku-buku tu ana dah pun buang setelah hampir satu asrama baca cerpen ana. Haha. Tetiba rasa rugi je buang. Banyak kot. Satu beg sekolah penuh buku cerpen tu.

Ana pernah dapat tawaran ada syarikat penerbitan nak terbitkan karya ana, namun dengan rasa kedekutnya ana cakap TAK BOLEH. Haha. Berlagak kan? So sekarang kene carik balik idea nak buat cerpen. Mane la tahu feymes cam blog Ria Natsumi tuh! Atau cam kak Isha Idiaz, Aisya Sofea ke! Wuuu~

Insya-Allah nanti ana bagi link! Korang mesti kena singgah tau. Pleasee support me! Ahahaha.. Ayat foyoo ku keluar lagi. -,-

Selasa, 9 September 2014

Good luck untuk peserta UPSR !

Assalamualaikum...

Hancuss berkecai diet ana setelah melantak udang yang entah berape ekor semalam. Haha. Hampeh betul! Konon nak diet, tapi makan makanan berkolesterol tinggi. Wakakaka.

Bak kata kakak :

Lagi kita nak diet, lagi banyak makanan sedap datang menghampiri kita. Ibarat ayam golek melambai sambil berkata: "makanlah aku! Makanlah aku!" Hahaha. ><

Okeylah, sebenarnye hupdate entri ary ni. Nak ucap 'Selamat Menjalani UPSR 2014' khas untuk adik ana serta anak buah ana.

Buat adik akak, Rabiatul Adawiyah. Goodluck Adah . Akak doakan yang terbaik punya. Usaha sebaik mungkin. Juga buat anak buah makwe, Nur Nailah Al-Farafiesya. Selamat Berjaya. Iesya cakap nak pandai macam Hanum ngan Piyah kan, so jawab dengan gigih. Makwe doakan yang terbaik untuk Adah dan Iesya. ^_^

Isnin, 8 September 2014

Siapa nak bertanggungjawab?

Assalamualaikum...

Sabtu hari tu, ana ngan kakak ana gi joging kat satu taman ni. Orang sini panggil 'PCP' (Puteri Central Park). Bawak bebudak uma ana sekali.

Awal kot kitorang pegi. Time tu lepas subuh. Kira-kira dalam 6.30 centu laa. Awalkan? Haha. Langit pun masih gelap lagi. Cer teka sebab pe kitorang gi awal?

Ahaha..main teka teki la pulak! Sebab sebelum sampai PCP tu, kitorang kene redah jalanraya. Kete laju2 bak ang! Tu yang gi awal2 tu. Takdelah terserempak ngan kete2 yang nak gi keje. Hehe.

Kan gelap, taklah nampak ngat kecacatan taman permainan tu. Maklum laa dah lama tak gi situ. Masa hari makin terang terang dan terang. Jeng jeng jeng. Terserlah gelongsor rosak. Alahai..bahaya sungguh! Ni kalau tak pantau ni, kang ade yang tercedera.

Bukan rosak sebarang rosak ni, ni mesti "budak-budak besar" yang main. Haihh..kalau dah taraf menengah tu, tak payahlah usik mainan kanak-kanak under 12 tahun. Tak paham betul. Bukan ana tak pernah nampak bebudak menengah tu naik buaian, lepak gelongsor. Ana perhati jek. Kali ni datang, taman mainan dah rosak!

Bila dah jadi camni, siapa nak bertanggungjawab?

Ahad, 7 September 2014

Tak sengaja

Assalamualaikum...

Serba salah sangat ni...

Ana dah terjatuhkan kura-kura kakak ana. T_T siyesly ana rasa bersalah. Akak..sorry! Bukan sengaja.

Masa ana tengah sapu luar tu, ana terlupa kura-kura ngah berjemur atas ampaian besi. So ana alihkan ampaian tu sebab nak menyapu. Tetiba masa ana nak tolak balik tempat asal, bekas kura-kura jatuh!

Bekas pecah! Kura-kura nampak cam tak jadik pape un time tuh. Ana terus angkat then cakap ngan kakak ana. Time tu lak, kakak ana tengah bancuh air koktail untuk bebudak uma. Mase ana cakap tu muka kakak ana rileks je, cool gitew.

Tak marah ke?

Tak pun! Pastu tetiba kakak ana panggil, cakap kura-kura kuar darah dari mulut. Sorry akak..!! T_T

Lala je yang paling lama duduk ngan kami. Kiti dah mati sebab kurang vitamin C, Bobo pun baru je mati sebab tercekik. Tinggal Lala dan Momo Albino jer sekarang ni. Isk! Baru niat nak carik kawan utk LalaFifi. :'(

Siyesly, jaga baby kura-kura paling susah dari jaga baby kucing.

Now; Lala asyik bukak tutup mulut macam ikan tercungap-cungap. Mungkin alami luka dalaman. Hope Lala tak mati. Lala kesayangan kakak ana! Hope Lala takde pape.

Jumaat, 5 September 2014

10 fakta & 10 auta

Assalamualaikum...

Disebabkan takde motif nak hupdate belog, so ana nak buat entri sesaje. Bukan segmen ke apa tau. Kalau sudi jom baca 10 fakta tentang ana. Kalau tak sudi, sudi-sudikanlah ye. Mueheheehe..

10 fakta tentang ana:

1. Anak ke 4 dari 8 orang adik beradik.
2. Benci susu tepung.
3. Gemuk pendek.
4. Suka warna merah.
5. Peminat tegar ENCIK MIMPI.
6. Tak pandai menjahit.
7. Ada bakat melukis tapi tak suka melukis.
8. Minat membaca.
9. Buat cerpen dikala keboringan.
10. Kuat berangan.

Okey, cukup 10 fakta tentang ana. Jom kita tengok plak 10 auta tentang ana. Pengakuan jujur kot! ><

10 auta tentang ana:

1. Rajin
2. Kurus tinggi
3. Hantu pink
4. Penyabar
5. Kaki shopping
6. Suka barang 'branded'
7. Terlalu peramah
8. Gila fesyen
9. Kaki drama melayu
10. Pandai mengait

Hahaa..korang pulak camne? Kita ade persamaan tak? Hik hok! Jujur je la, sambil jungkit kening sebelah! *ehem

Khamis, 4 September 2014

Sabar je laaa

Assalamualaikum...

Rutin harian ana akan bermula pukul 4pagi. Tapi pagi tadi terlajak sikit ke pukul 5pagi, balik lewat pasal malam tadi ade jamuan makan-makan ape sume.

Pastu pagi tadi ana kelam kabutlah sikit, dengan kejut budak2 uma ana lagi, diorang kene bangun pukul 5. Pasal mandi diorang ni makan masa 45 minit! Lamakan? Siap-siap nak sekolah lagi. Ahai..bukan sorang dua kita nak uruskan, 16 orang kau.

Ana pun sibuklah kemas dapur, basuh baju dan masak sarapan. Suruh diorang mandi sendiri, pasal ana dah tak sempat nak mandikan budak2 tu macam hari2 biasa.

Tiba-tiba....

Pang pung pang! Semacam jek bunyi atas tu! Lelaju ana naik, nak tengok apekehe bunyi macam perang dunia je kat atas tuh! Rupa2nye bergaduh. Alahai..anak-anak. Ape korang buat ni? Sampai tangga jamban pun patah.

“Dia tolak dia..”

“Tak..dia tolak dulu...”

“Mane de. Dia tolak sampai patah..”

Tu diaaa..sesi salah menyalahkan pulak. Mane satu betul ni? Tetiba rasa cam nak bertukar jadi incredible hulk! Dek kerana memasing wat muka comel baru bangun tidur, terpaksa laa ana sabar je.

Diorang memang cenni. Kita pang pung pang kat bawah, dia pang pung pang kat atas. Pepagi lagi dah bagi ana pahala tau bebudak ni. Sabar je laaa. -__-

Rabu, 3 September 2014

Wordless Wednesday : Kasih Sayang

Assalamualaikum...

“Kasih sayang bukan boleh dibeli,
tidak juga boleh dilobi-lobi.
Kerana ia anugerah ALLAH
pada seseorang yang miliki sesuatu
yang mulia dan berharga.”

Thanks to kak Aimi ^_^

Selasa, 2 September 2014

Cuti cuti dan cuti !

Assalamualaikum...

Mesti semua rasa hari ni cam malas nak keje. Kan kan? Eleh..tak ngaku la tu. Same je. Ana pun. Malas sikit-sikit. Ecehh..sikit-sikit laa sangat! *mata hitam ke atas gitew*

Baru hari ni start keje, ana dah sibuk hitung hari cuti yang akan datang. Nak cuti lagi la tu! Muehehee. Teruk betul perangai aku ni haa. Haha. Lagi 10 hari kot, hahahaaa (evil laugh). ><

Masa cuti merdeka semalam ngan kelmarin, ana tengok ramai yang balik kampung. Jeles tau tak. Berkhemah la, bakar2 la.. Wuuu~jeles2.

Ana pulak ahad baru-baru ni just keluar gi beli barang je, err..bukan shopping tau! Ade laa beli dress harga RM9+. Kasut pulak kebetulan ade sale 50%. Harga asal dari RM1++, ana boleh dapat harga RM6+. Boleh laaa..wpun agak mahal. Hihi. Yang penting selesa! Nak pakai setahun kot. :P

Sekianlah bebelan mak jemah hari ni! Wakakaka XD

Isnin, 1 September 2014

7 things you should know about me - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...

Ahai..macam Liebster Awards je bunyinye kan. Btw thanks kat Kak An sebab tag ana. Then disebabkan ana takut berhutang banyak entri, so ana pun buatlah entri ni. ^_^

1. Kuat merajuk
Ekceli ana ni sensitif orangnye. Kekadang orang cakap sikit dah tacing. Tapi di sebabkan sombong sokmo, tak mau la nampak merajuk tu. Nampak huduh! Haha. So merajuk tu ana simpan je dalam hati. Sejujurnya sampai sekarang rajuk tu ade, cuma one day kalau tak tahan sangat. Mungkin ana akan pegi jauh untuk lupakan semua. :)

2. Tak makan pujuk
Kekadang merajuk ana ni diperasan orang. Hihi. Di perasan bila orang cakap sikit, ana tacing lebih then lari masuk bilik sensorang. Nanti ade la orang whatsapp, pujuk. Takpun orang ketuk-ketuk pintu bilik. Alah, cam dalam drama tu. Haha. Tapi jenis ana, semua tu tak mampu pujuk ana. Melainkan bukak lagu kuat-kuat sampai tak dengar suara orang lain melainkan muzik, barulah ana rasa lebih baik. ^_^

3. Keras kepala
Kalau nak tahu, ana nih keras kepala tau! Ana suka buat something ikut kepala sendiri. Tak mau dengar cakap orang. Kalau ana kata 'A', 'A' lah jawabnye. Takde sape leh lawan. Haha. >< Kalau ana kata TAK NAK, jawapannya tetap sama sampai bebila. Nampak kedegilan di situ. Haha :D

4. Hati batu
Dahlah keras kepala, hati batu lak kan. Haha. Ana ni agak susah sikit nak menangis sebab hal remeh temeh. Kecuali kalau dah lama sangat simpan dalam hati, barulah ana nangis. Tu pun berkurung satu hari dalam bilik. Siyesly air mata ana susah ngat nak keluar, melainkan tengok drama korea! Hahaha. Yang ada part heroin dia nangis atau hero dia nangis. Time tu, memang eksited kot ana nangis. Wuuu~

5. Alergik
Ana alergik pada habuk. Kalau datang uma orang yang karpetnya dah setahun tak bertukar ganti, mula laaa ana ni tergaru-garu macam beruk montot merah. Camtu jugak dgn katil ana, kalau ade orang lain duduk datang bersembang kat situ. Ana memang takleh tidur satu malam melainkan tukar cadar. Sebab tu tiapkali kengkawan datang ke or whatever, perkara pertama yang ana warning jangan masuk bilik ana then duduk atas katil. Tak dibenarkan sama sekali!

6. Malas lipat baju
Err..err.. Ana ni memang laa pemalas yang amat bab lipat baju. Kekadang dah siap mendobi, pastu sidai. Lepas je da kering, angkat baju masuk bakul. Pastu biar selonggok 3 4 hari. Haha. Bila da berlonggok macam baju bundle, mulalah rase cam nak hantuk kepala kat dinding laju-laju. -_-

7. Masak ikut mood
Masak pun kene ikut mood gak. Kalau dah malas, memang tak berasap la dapur. Paling-paling pun beli yang dah siap masak kat luar. Tak pun makan roti/biskut je. Kalau tak lalu sangat, ade la masak megi cup. Tapi kalau mood masak tu tengah membuak-buak, rekues je apa nak makan bisa aja patik sediakan. Keh3

Nota Tambahan : ana tak tau nak tag sape, hihi. Rasenye macam ramai dah blogger wat entri pasal ni. Ana je kot yang lambat. ^_^