Selasa, 29 April 2014

Beli barang dari retis kegilaanku

Assalamualaikum...

Akhirnye! Hajat aku nak order barang Project Love dari Dreemers Club terLAKSANA. Yeahh!! Semuanyee sebab my bff yang tolong aku bank in kan.

Aku ni mane nak keluar rumah selagi takde urusan yang amatlah penting. Eceh! Macam budak baik je aku kan. XD

Sekarang aku just perlu duduk diam-diam then tunggu abam PosLaju hon kuat-kuat depan uma aku.

Agaknye ape respon beliau atas permintaan gila-gila aku. Sebenarnye aku tadi reply inbox dalam keadaan aku mamai, baru bangun tido kot time tuh.

Hahahaha!!

Paling penting, ape wish beliau untuk aku?

Ehem! Nantikan..

Yang bestnye Project Love ni, duit hasil jualan akan didermakan pada pesakit kanser. Tu pasal laa aku excited nak beli barangan jualan Dreemers.

Tapi jauh dalam lubuk aty aku sebenarnye nak lukisan beliau je. Aku jatuh CINTA dgn lukisan beliau!

Lawak tahap gaban

Assalamualaikum...

Tadi aku usha la fb jap. Sementara tunggu page Dreemers Club reply inbox aku. Aku terbaca status lawak senget ni ha. Hape lagi gelak golek-golek la jawabnye. Kopi pasta terus ke group family. Pastu abang aku lak reply lawak ni. Lagi ar aku gelak terkekek2 macam pontianak mengilai gitu.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang ayah
bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 7 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di
masjid tadi?".

Anak : "Faham..ayah.."

Ayah : "Apa yang adik faham?"

Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih
mengutamakan ibunya daripada ayahnya".

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Selepas tu barulah bapanya "

Ayah : " Jadi berapa ibunya? "

Anak : " Tiga "

Ayah : " ...dan berapa bapanya? "

Anak : " Satu "

Ayah : " Adik ada berapa ibu? "

Anak : " Satu "

Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "

Anak : " Kurang lagi dua "

Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."


Nih lawak yang abang aku reply. Rupenye ade sambungan. Lawak tahap gaban. Hahahahaaha!!


Jawaban sang ibu :

Sampai rumah, anak menghampiri ibunya yg sedang memasak di dapur.

Anak: Ibu, tadi kata Bapak, seharusnya aku punya tiga ibu, karena sekarang baru satu, jadi masih kurang dua.

Ibu: Nak, kamu tau ini sayur apa?

Anak: Terong, Bu.

Ibu: Bagaimana caranya agar satu terong ini bisa dinikmati oleh tiga orang?

Anak: Dipotong tiga Bu.

Ibu: Anak pintar. Nanti kamu bilang pada Bapakmu ya..


Boleh imagine tak pe respon bapak dia? Hahaa..aku tak tau la pulak kan kalau-kalau lawak gaban ni ade sambungan lagi.

Hahahaaaa..!! *gelak golek-golek atas katil

Ahad, 27 April 2014

Sakit perut sebab ape eh

Assalamualaikum...

Aduh, pehal lak ni sakit perut. Tetibe je. Aku makan ape eh? Hmm.. *pikir jap. FYI, petang ni je aku dah ulang alik keluar masuk bilik ayaq (loghat kedah) 5kali. pheuw! Da naek longgar lutut mak jemah ni haa..

Kekadang macam oke je, kekadang sakit tu datang. Dia datang macam jerit gini;

“I need toilet now!!! Faster bebeh!!!”

Boleh bayangkan?

Hahaha..! Camtu ah kelam kabutnye aku lari carik jamban. Dan-dan tu gak akak aku mandi manda pulak kan, memang terpakse la aku panjat tangga carik jamban atas. Wuuu~nangis!

[Carta aku.fm hari ni]

Mood : ••••
Rajin : •••
Kesihatan : ••

Eh, apesal mood lebih up dari rajin ni? Nampak sangat kemalasan di situ! Mohon bakal mak mentua mak jemah tak bace entri ni. XD

Spekulasi tersendiri

Assalamualaikum...

Terasa macam nak buat dua entri lak pasal Berak Obomba nih! Hahaha

Semalam mase tengok tv3 kan ade live dari Lapangan Terbang Subang. Pastu aku tengok muka orang yang sambut Berak Obomba ni. Ade yang senyum selebar yang mungkin. Ade yang muka bajek cool. Ah, entahlah!

Then aku terus buat spekulasi tersendiri. Muehehe..! Tu memang diri aku la kalau suke wat spekulasi.

Me: akak, mesti abang Jib cakap camni dalam aty. "Lihatlah! Aku berjaya bawak Presiden Amerika turun Malaysia."

Akak: pastu kak Mah pun sampuk. "Presiden Amerika pun sudi datang Malaysia sejak kes MH370. Kes MH370 memang bawak tuah!"

Me: orang kampung lak cakap. "Eh, tengok. Presiden Amerika datang negara kitalah! Malaysia memang hebat!"

Me: orang bandar bile tengok tv; keluar muka abam Jib ngan pencacai UMNO lalu berkata "eleh, eksyen jek sume ni. Hiprokrit! Padahal Obomba datang Malaysia tengah buat plan jahat. Dia nak perdajjal kita! Abam Jib da sepakat ngan Yahudi."

Akak: hahaha..bongok!

Komen tahap bangang abadi

Assalamualaikum...

Gara-gara Berak Obomba dtg Malaysia semalam, hindustan aku ending hok gitu je. Dan aku amatlah geram, sebab EM da bertukar jadik Berak Obomba. Haishh!

Muzik-muzik lesap gitu je??

Whateve la! If aku kecewa tonggeng terbalik pun, hindustan & muzik2 aku takkan ade punye laa.

Ni aku nak citer, yang aku dari tadi gelak golek-golek haa. Pasal baca status satu page dari Astro Awani;

Jika anda berpeluang untuk bertanya satu soalan kepada #Obama, apa yang ingin anda tanyakan? Sertakan #Obama1Soalan

Dan kat sini aku sertakan komen bangang tahap abadi;

-Ada whatsapp Celine Dion tak?
-Will you marry me?
-Pernah makan kangkung tak?
-you must eat belacan too..

Hahhaahaha..oke, ni je da cukup buat aku tak tahan ketawa. Kalau Berak Obomba tu pandai bahasa melayu konfem2 tacing terus lepas bace komen rakyat Malaysia!

Tiba-tiba aku perasan, azan Asar takde lak kat TV. Apekah Berak Obomba tu lebih penting dari sembahyang. Hmm..

p/s: pape pun beliau tetap tetamu kite hokey? Tak kesa la dia perdajjal kita, menganjing ke.

Jumaat, 25 April 2014

Supprise from my sister

Assalamualaikum...

Hari ni Tadika sambut birthday. Walaupun agak lewat dari tarikh yang kitorang plan, tp perancangan tetap JALAN. Tertunda sebab de masalah yang mendatang. Rasanye tak perlu kot aku citerkan.

Paling supprise, kat kek tu ade name aku! Oh my god, thanks you so much akak mushuk3. Terharu giler kau!

Taon lepas yang beria rai birthday aku pun dia. Tahun ni pun akak aku gak! Akak aku tak pernah lupe birthday aku. Aku jek selalu lupe. Isk!

Menu; mee goreng basah, chef dia aku! Weee~ peace yo! Pastu akak aku tolong goreng kentang and nugget dan paling best beliau buatkan air! Huhu

Air teh tarik ngan tembikai susu beliau laa paling tiptop! Tabik spring untuk beliau, kak Syirin!

Pastu karipap, aku serah pada Chef Firsyanie and Chef As Syuhada. De dua jenis karipap. Satu isi kentang. Satu lagi sardin. Inti sardin, aku buat. Inti kentang, Assyuhada masakkan. Kulit karipap Iz ngan Honey yang buat.

Kek pulak al hasil ciptaan kawan baik aku sendiri. TyPah. Kek coklat melimpah. Wuuu~ sedap giler babas. Ty so much kawan! Tak sangka lak kau pakat ngan akak aku letak name aku. Terharuu giler weh!

Pastu karamel, kak Nana buat! Aum! Sedap di pandang. Rasa? Belum lagi, petang nanti katanye. Hehe

Kak Nurul goreng keropok dan paling banyak tolong bahagian mengemas! Oh my~ walaupun simple, tapi aku puas hati. Sebab semua bagi kerjasama yang baik. Paling hepi, anak2 murid haku! Haha.. Selonggok gula2 diorg habiskan. Hari ni hari makan bebas sampai letop perut! Haha

Selasa, 22 April 2014

Maxis kuang asam

Assalamualaikum...

Arghh! Tidak! Tidak! Ape aku da buat ni. Amboi..amboi kau maxis..! Seronok ye kaut keuntungan.

Baru pagi tadi aku bace status kat page oh media dia kata, internet free 7hari. Then aku nak try je. Tak caye pun. So aku pun buat. Rupenye menjadi gak taktik serba bengong ni.

Belah malamnye aku bukak facebook lagi, aku terbaca status kawan aku dgn mengatakan; 

Pihak MAXIS Malaysia telah membuat satu laporan polis kerana pas internet khas telah disebarkanoleh individu tidak bertanggung jawab. Pihak maxis juga akan menuntut ganti rugi kepada sesiapa yang telah berjaya membuat plan tersebut. Pihak polis juga telah menerima SENARAI NAMA dan MAKLUMAT TERPERINCI setiap pengguna sim maxis bekenaan untuk tuntutan ganti rugi.

Kebangangan apekah ini?

Yang jadik masalah, aku pun terlibat!

What the..pish! Erghh! *pasrah je la wei.

Dan aku rase, akulah penjenayah paling dikehendaki. Serius! Ni pengajaran buat aku. Wuuu~ insaf guwa!

Isnin, 21 April 2014

very tired okey

Assalamualaikum...

Hai, lame pulak tak bukak blog. Mood menulis takde tu satu hal, busy punye pasal pun satu hal. Masalah mendatang lagi. Huh!

Ary sabtu tu, aku de meeting pagi. Pastu gosip sok sek sok sek ngan staf lain, pastu kene bekejar balik rumah masak. Maklum laa anak-anak jagaan mak jemah kan ramai. *mata ke atas gitu

Ahad pulak majlis sumbangan amal freeRiders, diorang datang memang ramai. Tapi..tapi..program diorang..SS! Whatever laa..malas nak ingat! Wat sakit aty jerk!

Dan hari ni, aku penat giler2. Badan sakit kau! Ade sekali tu, semalam aku jalan macam nak pengsan. Sebab serius! Aku dah sakit time tu. Tapi aku gagah jugak buat keje bahagian aku.

Then ary ni bile aku rehat tu pepaham je la kalau anak ramai kan. Tetap fenat sampai macam nak fengsan p0n ader! Zzzz

Sabtu, 19 April 2014

Tu pasal laaa...

Assalamualaikum...

Hehe..sengih kambing dulu jap! XD

Umah aku ni harap je depan padang, nak lepak? Malas giler. Kekadang dalam 2 3 bulan belum tentu aku jejak kaki kat padang depan uma aku ni tau. Hehe

Nak tau sebab?

Sebab banyak giler kemuncup! Muahaahaa..aku paling malas cabut kemuncup. Tajam baq ang! Haha

Tapi sebab ary ni aku de janji nak tengok rehearsel bebudak ni, aku turun padang gak ar. Sekali balik, tengok kat baju aku..nak terjojol mata! Haahaa..banyak giler kemuncup lekat.

Ala!

Malasnyer nak cabut! Tu pasal laa aku malas jejak kaki kat padang depan uma aku ni.

Yang aku tak paham tu, pasal ape DBKL mesin rumput tempat tertentu je. Dan, kenapa ade je jambul yang tak mesin. Dia ingat comel agaknye! -_- haha! Tak paham haku.

Hape agi, aku p0n buat pertandingan tahap paling bengong di abad ni. "Sape cabut kemuncup paling banyak dia menang!" Bebudak uma aku terus rebut2. Hahaa

Bile dah siap.....

"Yeayy..sume menang!" Pastu budak uma aku turut YEAY. Apakah? -_- hahahaaa...hepi bersame mungkin!

#kemusykilanmenerpa

Khamis, 17 April 2014

Di racuni politik

Assalamualaikum...

Topik hari ni bila aku bukak whatsapp, facebook, twitter, blogger, yang off sejak pukul 7 adalah:

KARPAL SINGH MATI KEMALANGAN DI LEBUHRAYA

Ohh..karpal singh? Sape tu? Aku tak kenal oke. Lantaklah kau YB sape pun. Yang penting takde kene mengena dalam hidup aku. Yang nak di jadikan citer aku dapat satu link blog yang mengatakan:

KARPAL SINGH MATI SEBAGAI SEORANG SYUHADA

Untuk baca lanjutan klik di sini klik di sini

Oii..melebih nampak! Siap dapat AL-FATIHAH lagi tu! Dah terang tang tang kapir, lagi pulak beliau menentang hukum hudud di Malaysia. Berikut adalah petikan kata-kata Karpal Singh sebelum mati:

“Islamic state? Over my dead Body!”
(Nak tegakkan negara ISLAM? Langkah mayat aku dulu!)

Lihatlah! Awal-awal lagi Tuhan dah tunjuk kuasanya. Kemalangan tu adalah SEBAB kejadian untuk berlaku. Takkan nak buat mati tiba-tiba pulak kan, tak strategik la camtu.

Takkan laa orang yang mengutuk agama Allah ni dapat gelaran mati syahid kot. Ape perjuangan dia untuk ISLAM? Sebenarnya Allah sedang membela agama-Nya.

Bila aku cakap dalam group family bahawa Karpal Singh kapir. Ade pulak yang membela. Ayat paling tak tahan; "pembetulan, dia bukan kafir. Cuma belum Islam, lahir dalam keluarga tidak Islam."

Ooo..kalau camtu, jiran aku yang india ni bukan kafir laa? Camtu? Diorg belum Islam? Huh! Ayat tak munasabah!

TIDAK!!!

Ape ni? Arghh! Aku dah diracuni dalam koncoh politik! Euww..yalks! Arwah ayahanda aku cakap, politik ni KOTOR. Jangan salahkan aku k. Aku cuma makan kata-kata ayahanda aku je. ^^

Selasa, 15 April 2014

Mane lagi sedap..?

Assalamualaikum...

Hari ni Encik Mimpi ade upload video baru tau. Then aku lambat 4 jam bukak fb. I think em upload time lepas temubual hotfm.
Whateverlah!

Ni video lagu asal "ayuh tinggalkan dia" by encik mimpi. Mase ni beliau tak feymes lagi. Main pakai gitar, petik kentang je tapi suara sedap tu yang maen peranan.

Yang ni video baru dan muzik yang dah di pop jazz segala. Ini la video yang baru EM officialkan dan di upload hari ni (14.4.14) kire adiah birthday dari em la kan.

Bagi yang tak kenal encik mimpi, dalam video tu yang pakai topeng tiba2 ade kat celah2 tu laa encik mimpi. Muahahaha!!

Video tu nampak lebih pada santai. Dan kelakar. But itu sangat comel, bagi aku. Dear brothers; dont worry. I not forget your message.

“Jangan taksub sangat ngan artis dik, diorang ni semua palyboy terbesar kat Malaysia ni.” -Zul-

Isnin, 14 April 2014

Makan semut agaknye

Assalamualaikum...

Aku yang nga leka main facebook tetibe rase terganggu bile bebudak uma aku si cenonet yang tengah sembahyang subuh terdiam dari membaca bacaan sembahyang.

Me: eh? Kenapa diam? Da abis da ke?

Teyqa: dah dua dah (maksudnye da dua rakaat da)

Me: paih tu? Bace la tahiyat akhir.

Pica: tapi baru sujud satu.

Me: -_-' laa..bace laa bacaan duduk antara dua sujud. Rabbi fighrli..bla..bla..bla..bla..

Budak2 tu wat muke innocent je. Hahaha..aku mane la tahu. Selalu diorang expert je berapa rakaat sujud semua2 tu. Tak tahu la makan ape sampai bebudak uma aku ni jadi pelupe jap pagi ni. ^^

Ni le bebudak uma aku, si comel! Pakai baju kurung hari ni. Ade ramai lagi, nanti next time aku try masukkan reramai. Lalala~ Nabila, Pica, Teyqa, Ecah, Diba.

Ini malang

Assalamualaikum...

Aku terlupe lak nak citer al kisah kami ke TS kelmarin. Ahahaha..pasal malang sangat, tu pasal ar aku wat2 lupe.

Dahla monorail sedang dikemaskini, pastu tengok wayang citer tak best. Uculous kut name citer tu. Haha..

Paling aku benci, bile panggil teksi pastu teksi tu hon macam orang gila. Hei, aku pelanggan okey. Kau nak makan sesuap nasi dgn duit yg aku bayar. So tak payah gelabah sangat nak hon bagai. Sekali aku penampar buaya baru kau tahu. Grr..!!

Dahla mencekik darah!

Padahal sebelum ni, aku panggil teksi rm25 je kut! Kali ni panggil teksi rm40. Nampak tak perbezaan?

Aku ni takde laa kaya, so bab duit ni aku lebih teliti okeh. Supaya bajet aku tak lari. Orang kaya laen ar..tak cukup duit cucuk je bank.

Titt titt!

Duit keluar 500 600 gitu. Tapi muke wat selamba badak. Muke "wa takda hal!" Ngeeee~

Kecewa yang amat

Assalamualaikum...

Laju je tau EM bergerak. Semalam kat mall Johor, hari ni dah kat Sg.Buloh. Sikit je lagi nak dekat ngan tempat aku.

Wuuu~

Sedih!

Baru tadi aku bace post beliau, bahawa encik mimpi de wat show kat Mall The Store Sg. Buloh. Aku selalu gi situ kot. Kalau laa aku bace semalam, mesti ary ni sungguh2 aku gi sane sebelum pukul 3. Nak tengok Encik Mimpi wat show.

Seriuosly..sedih sesangat!

Mood:: kuciwa gile babeng

Jumaat, 11 April 2014

Penyakit aku

Assalamualaikum...

Perkara paling aku suke, keluar merayau sesuka suki. Dan bila tiap kali nak keluar gi mane-mane je, dalam otak aku mesti pikir camni..

Aku nak pakai baju ape?

Kalau pakai baju tu nak padan dgn tudung ape?

Pastu kasut ape yang sesuai?

Bukan aku sorang je yang camni! Aku yakinlah sangat bahawasanye, kaum2 hawa kat luar tu mesti ade perangai macam tu gak! Hahaha!!

Kan? Kan..?

Eleh! Tak ngaku la tu. Okey, pastu kepala akan pening macam baru lepas maen roller coaster. Bukak almari rabak-rabak then cakap;

“Alah, takde baju laa..!” Padahal baju berlambak je.

Tu la masalah aku sekarang! Esok nak turun TS. Objektif, nak sambut birthday aku. Yang tak logik, turun satu family. Hahaahaaa..ni lawak k!

Oke, serius balik! Huishh..aku nak pakai baju hape ni? Em..pikir punye pikir. Maybe sarung2 je la kut. Nampak sangat kemalasan aku di situ. Argh! Pedulik sume tu. Pakat pakai ape yang takyah iron. Pakai je ape yang selesa. Tu lebih baik. *sigh*

*Pening kepala ngalahkan PM je aku kan!

Present my bufday 8hb 4 2014

Assalamualaikum...

Aku dah dapat dah adiah dari Paiz aku! Nak tau tak hape? Agak-agak ape? Hmm

Adiah dyer...

Alaa..adiah yang aku idam2 kan tu laa..

TELEKUNG LYCRA idaman aku! Tapi waner itam. Wuuu~ its okay. Asalkan telekung idaman aku, dan soal waner tu i dont care. Ape salahnye sekali sekala aku pakai telekung bewarna kan.

Hik3

Kan best kalau dapat adiah dari 'orang tu' lagilah hati ni teruja yang parah!

Thanks Paiz sebab bagi adiah! Adiah idaman aku kot! Tak tau nak respon ape. Maybe nangis? Or ketawa sampai pengsan? Hahaha

Episod promote EM

Assalamualaikum...

Oleh kerana lapa..aku, Paiz ngan Jaja pun singgah mc'D giant Shah Alam. Sebelum tu kitorg shuping siket. Beli barang2 goreng. Pastu..pastu gi mc'D tu kitorg p0n order GSB eh GCB eh..entahlah! Pape je la.

Nyum nyum!

Layankan saja. Walaupun time tu sebenarnye aku lapa nasik. Tapi dah orang nak belanje, takkan aku nak cakap aku nak makan nasik lak kan. Isk3

Aku tengok je la dua beradik tu bla bla pasal family. Aku? Macam tunggul! Hahaha..biaselaa tu. Bila adik beradik bertemu, mesti banyak citer nak share kan.

Pastu aku dengar si Paiz nyanyi; “daku ingin cinta sejatimu, daku ingin harapan hatimu..” Terus rasa nak citer pasal my mr.dreaming!

Me: hari tu Encik Mimpi ade pegi UiTM kan?

Jaja: Eh?? Encik Mimpi? Sape tu?

Me: Aik, takkan tak tau kot. Kan Encik Mimpi ramai peminat budak student.

Jaja: haha..ntah! Artis2 selalu je datang tempat kitorg. Kadang2 nyanyi sorg2 je.

Erkk! Dalam aty aku cakap, harap2 Encik Mimpi aku takde laa kene nasib camtu. Huhu~ tak sanggup makk! Ahahha ><

Paiz: dia nyanyi lagu ape?

Me: yang tadi awak nyanyi laa..

Paiz: daku ingin cinta sejatimu, daku ini harapan hatimu..

Me: a'ah. Lagu tulah! Lagu rindukanlah.

Paiz: ape tajuk dia? Rindukanlah? Orang mane tu?

Me: orang sarawak. Dia nak keluarkan lagu baru 14hb ni. Lagu ciptaan dia sendiri. Lagu tu dah lama ade, tapi tak di official kan. So ni dia baru nak lancarkan album baru dia.

Paiz: iye?

Jaja: amboi, tau je kau eh.

Me: eh, mestilah! Peminat tegar Encik Mimpi kot. Hahaha

See!! Aku dah promote Encik Mimpi dalam tak sedar. Hahaha.. Maklumlah mak jemah ni pen-stalker tegar EM! Encik Mimpi kita tak peymes lagi, so ni la guna mak jemah macam aku ni kan.

Dear, Encik Mimpi! Awak, kene bagi upah c0kelat nih. Saya dah promote awak tau. Baru la adil! Ngeee~

Ahahaha!!

Niy lagu peberet encik mimpi! c0mel kot! → "nini cokelat celop celop! Nini cokelat celop celop! Nini c0kelat cel0p cel0p!" Lalala~

NotaDahi: rupenye Encik Mimpi tak gi UiTM lagi. Baru jelajah UKM. Saye salah oke. Hek h0k hek h0k *bunyi semut berdengkur! wakakaka!

Ni la niat aku yang sebenarnye

Assalamualaikum...

Dalam pukul 6.30 petang camtu, baru aku gerak gi UiTM, Shah Alam. Pasal Faiz baru bangun tido. Mase tu sebenarnye aku nga lapar, tak makan tengahari ag.

Memula ingat dia nak gerak pukul 6 ke. Beria la aku mekap sesyumel yang b0ley, upenye gerak lambat. Hampeh jerk! Pastu terus la gi UitM. Sampai je situ, da maghrib da p0n.

Faiz terus call adik dia, suruh amek aku. Tumpang solat kat dorm dia. Hehe..niat aku sebenar memang teringin nak tengok camne rupe asrama UiTM. Sekali tengok..hahaha..ala2 asrama menengah aku dulu je. *gelak jahat

Suasana maghrib, mandi sambil basuh baju. Tu lumrah asrama. Hahaha!

Sampai je dorm tu, aku pun solat. Pakai telekung Lycra. "Kan best kalau telekung tu milik aku." Kata aty aku. Warna jingga gitu. Selesa je telekung adik Faiz ni.

Khamis, 10 April 2014

ILY MR. DREAM

Assalamualaikum...

Malam tadi aku de mimpi seseorang! Mula2 tu aku cam tak kesa je sape gerangan lelaki manis depan aku tu. Pastu tiba-tiba aku tengok persis bibirnya macam seseorang, matanya macam orang yang aku kenal..

Encik Mimpikah?

Pastu aku tengok rambut dia. Eh! Dah ala-ala EM ni! Seriuosly aku mimpi Encik Mimpi?

Aku tanya dalam aty aku "encik mimpi ke niy?". Hati aku yakin, yang depan aku adelah encik mimpi tanpa TOPENGnya.

Dia tak cakap, dia senyum je. Senyuman je dah buat aku agak! Ni memang Encik Mimpi. Gambar ENCIK MIMPI takyah cakap la, berlambak dalam henpon aku. De satu gamba EM yang akan aku buat wallpaper. Agaknye aku telek sangat muke EM sampai ke dalam mimpi.

Orang kata; kalau kita mimpi dgn seseorang, dia tak cakap. Maknanya roh kita dgn roh dia sedang bertemu.

Alolo..sweetnya! Encik Mimpi datang dalam mimpi aku!! Ni baru betul-betul Encik Mimpi..

Persoalan aku sekarang, camtu ke muke Encik Mimpi aku di sebalik topengnye?? Adekah betul??

Persoalan aku maybe terjawab lagi 4 hari, katanye Encik Mimpiku akan bukak topeng.

*ILY so much EM

Aku dan azam ^^

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..aku kini sudah 21 tahun! Semoga aku lebih matang hadapi ujian.

Tekad aku untuk kali ni, aku nak jadi seorang yang penyabar. Aku nak jadi wanita terbaik.

Dan azam paling takleh blah, nak diet! Aku kene kuruskan badan. Hu3 da demok sangat da badan aku ni. Sehingga semalam jalan kaki gi kedai, pinggang aku sakit. :(

Ty so much sape2 yang wish kat fb aku, group wsapp, bbm. aku terharu sesangat.

Petang kang nak kua dgn boyfie, nak jejalan amk present aku kat Jaja. Bulan depan insyaAllah, ma fren nak ajak shuping. Present katanye. Sebab dia tak tau nak bagi aku ape.

Aku?

Its okey je!

Paling best, kalau jadi. Sabtu ni akak2 aku ngan aku nak turun TS. Ape lagi, layan ape yang ade sampai lebam! Best2! Sempena birthday katanye. Hahaha

Love you all manyak2! *muah muah muahhhh

Isnin, 7 April 2014

Akulah bakal calon 21 tahun

Assalamualaikum...

Start aku umur 16tahun sampai nak 21tahun, maxis tak pernah lupe wish aku. Walaupun aku tak kenal maxis, tp maxis sentiase wish aku. Lebih awal dari orang laen kut. 7hb 4. Haha!!

Selamat Harijadi! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 08-04-14. Ganjaran hotlink utk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan utk servis lain. -hotlink-

Hahaha..begitulah adiah yang aku dapat tiap2 tahun selama 6 tahun kau! Hahaahaa.. Thank you so much maxis!

Jangan kau buat hal esok suda la yer MAXIS. Maklum laa line maxis kat tempat aku ni macam line utan. So kalau ujan ribut sket, line terus SOS. Bukan sos cili ke sos tomato. Tapi S.O.S.

Nak gune adiah maxis la ni. Oke, esok aku da 21. Untuk makluman 21thn yer. Erkk?! Macam dapat banyak adiah je. Ramai janji nak bagi ni. :') ty korang. Aku terharu giler2.

Really?

Assalamualaikum~~

Aku dalam tak sihat tu nak pegi satu tempat. Aku ade la mintak tolong adik aku hantarkan, tapi dia ade keje sikit katanya. So dia suruh aku tunggu jap.

Yelah, takkan aku lak drive kan. Aku mane pandai drive kete. Aku tak pandai kawal stering kete ag.

Sementara tunggu tu, aku gi jumpe buah hati aku. Sape lagi lau bukan EM. Heee~

Me: nak sangat tengok muke EM tanpa topeng. Boley ker?

EM: serius? Nak tengok? Tapi jangan jerit tau!

Me: yela..janji tak jerit.

EM: nanti kalau EM tak hensem camne?

Me: tetap sayang. Sebab ana jatuh cinta ngan EM sorang je. Takde lelaki lain.

EM: okey.

Belum sempat Encik Mimpi bukak topeng misteri beliau tibe-tibe......

"Ku benar-benar sayang pada dirimu oh kasihku.. Janganlah engkau ragu pada diriku. Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan..dari terbitnya sang suria hingga tenggelam. Daku ingin cinta sejatimu..Daku ingin harapan hatimu, oh janganlah engkau bersedih..."

Ehh..??

Alaaa!! Mimpi jek rupenye! Eee..mencii. Ingatkan betul2. Hm... Rupenye alarm phone aku dah berdering-dering lagu Encik Mimpi. Sedih je rase..baru nak tengok muke incik mimpi. Takpe laa..ade jodoh ade la..kan..kan?

Okey, pastu nak jadi citernye..aku bukak facebook. Perkara first aku buat, bukak inbox! Kot Encik Mimpi balas ke tak text aku yang semalam. Pastu baru stalker page fb beliau. Hehe.. perangai buruk.

Encik Mimpi ade status baru update la!

Music Video #Ayuhtinggalkandia telah pon siap dan akan di lancarkan pada 14 April 2014.. apakah EM akan membuka topeng di MTV tersebut..sama sama kita menghitung hari ke 14 April 2014. Thanks to Benang Emas Production. -7 April 2014-

Eh? Adekah same ngan mimpi aku? Wahhh..teruja sgt! Tapi aku harap sangat EM tak bukak topeng. Aku jatuh cinta dengan penampilan rahsia EM. Please dear Encik Mimpi, dont do this! Wuuu~

Bengang dengan SYABAS punye pasal

Assalamualaikum...

Tengah nak basuh pinggan tibe2 air stop! Eh? Apehal ni? Takkan catu air kot! Agak2 ar. Kata dua hari ade, dua hari takde. Ciss..penipu.

Maka aku pun pe lagi, gi kat fb syabas terus inbox. Marah okey! Hahaha..padan muke kome bace mesej aku. Siap aku cakap, kasi ar lori air kat rumah aku. Aku jage anak yatim kot! Ramai giler budak2. 17 orang kau!

Masalahnye mengejut giler. Yang buat aku susah aty sangat tu sebab, air minum tak tadah. Baju 2 bakul tak basuh. Masak tengahari dan malam pun tak siap lagi. Pinggan mangkuk berlonggok!

Aku mule tertekan!

Satu keje aku takleh buat. Bingung abis. Pastu aku gi la kat group Tasik Puteri. Sape tah Izzat Paat. Aku tak kenal. Beliau laa bagitahu ade paip pecah kat Maple. Begitu citernye. Hahaha..!

Tak malu jerk aku sergah Syarikat Bekalan Air Selangor tu tak pasal2 kan. Hahaa..buat pe nak malu. Sebab aku memang tak malu p0n.

Dalam pukul 8 camtu, ade sorang akak ni kire jiran jauh aku. Dia cakap ade dua lori syabas datang. Eh?? Takkan dia datang betul2 kut! Hahahaa..hamek kau!

Sabtu, 5 April 2014

Resdung menyerang

Assalamualaikum...

Mule3 tu jerawat tumbuh. Tapi satu tumbuh, satu ilang, satu tumbuh, satu ilang. Begitulah rutin jerawat2 aku.

Pastu selsema pun datang. Selsema yang cair macam air ni, konpem2 ar sebab resdung. Ia menyeksakan oke!

Then datang batuk-batuk. Sakit tekak aku. Mak aku cakap sebab banyak sangat minum air sejuk time cuaca panas. She is right!

Hadoi..

Ni dah dekat 2 minggu aku kene. Kejap teruk, pastu oke. Pastu teruk balik, pastu oke. Eh?? Ape yang teruk?! Batuk3 selsema laa..

*hagagaa ><

Ini mende buat aku tertekan

Assalamualaikum...

Perkara pertama, budak2 uma aku makin ramai. Dah 17 orang semua sekali. Kalau semua baik2, dengar cakap takpe gak. Ni kang kejap sorang nangis, sorang lagi ter itu ini. Aish..macam2.

Perkara kedua, catu air di teruskan sampai 31hb 4 2014. Oke, itu GILA! Apak ah! Penat giler-giler. Dgn budak ramainye. Hadoii..syabas ni tak pikir orang agaknye! Syabas kerana anda telah banyak menyusahkan aku!

Perkara ketiga, 20hb 4 ni..kitorang ade program sikit. FreeRiders tu ade buat majlis amal. So nak persembahan. Jadi kene siapkan tarian budak2 uma aku lagi.

Perkara keempat, siapkan skrip! Oh my~ tak tau la nak start dari mane. Skrip pengisian pun takde, watak lakonan pun takde. Nak siapkan rakaman suara lagi. Dengan kak Wiyah balik Singapore nye..ngelak la tu.

Oke, cukup takat tu je yang buat aku tertekan sesangat. Agaknye orang yang bace p0n stress. Muahahaha!!

Bila Allah hampir tarik nikmatnye...

Assalamualaikum...

Aku baru nak cucuk earphone kat telinga. Then aku pun on laa radio ERA FM kat hp cikai aku nih, nak dengar lagu Encik Mimpi yang baru beliau edit la katakan. Tu semangat nak dengar Era FM.

Semalam baru je EM upload promo kat youtube. Bapak best! Tajuk lagu 'Ayuh Tinggalkan Dia'. ><

Tiba-tiba..jeng jeng jeng..!! Telinga kanan aku macam tak dengar. Camn nak nangis wei. Serius! Aku try letak earphone, tapi telinga kanan aku bunyi slow nak mampos.

Ah, sudah!

Sekali umi aku bbm, tnye kenapa? Aku jawab laa maybe taik telinga penuh kot! Pastu umi aku cakap lagi laa sejarah aku kecik2 dulu. Baru aku tau.

Jangan laa Allah tarik nikmat telinga kanan. Nauzubillah min zalik.. Ni pun kadang2 dengar jelas..kadang2 tak.. :'(

Saat kencanggg

Assalamualaikum...

Saje laa aku nak bukak sket story semalam, kali ni nak pergi kenduri cukur jambul anak sedara aku yang boy tu, Nur Muhammad Farris.. Di sebabkan tak reti drive, so aku terpakse tunggu abang aku datang ambik.

Menunggu tu penat ye! Dekat 2 jam setengah gak aku ngan akak aku tunggu. Sudahnye aku mencarut. Tunggu abang aku tak sampai2. Jammed katanye. Hmm

Sampai je Sg. Penchala, makanan semua dah siap. Pada asalnye, aku ngan kak mia nak tolong masak, tp sebab lambat. Kitorg pas keje kat orang laen. Penat woi masak 2 jenis lauk 1 sayur 1 sambal utk 100 org dgn tenaga tukang masak 3 orang je. Di ulangi TIGA ORANG JE. Apak ah!

Eh, lupe nak cakap! Aku ngan kak Mia ni sebenarnye sakit perut. Hahaha.. Yak2. Ceyet beyet lak uh. Sakit kau. Pastu sakit tu suke la datang kejap, pastu tenang. aku dah risau, kalau2 rase nak ter tu kang datang, bilik air mane aku nak cekau! Aku dah ar tak bese ngan kawasan kampung kt situ, wpun dulu tecik2 membesar kat situ.

Tapi malang! Sg.Penchala takde air! Tak laen tak bukan, ni sume keje S Y A B A S. Catu air la hape laa..

Wuii..merata kau kitorg cari air. Gi masjid At-Taqwa, pastu nampak org angkut baldi berisi air. Sah! Takde air. Pastu gi Masjid ape tah lagi satu kat belakang petronas tu.

Mujurlah ade air tadahan. So..aku pun 'melabur' kat situ. Lega kaw! Hahaha

Dan aku terpikir..kenapa eh aku kene yak2 cair ni..? Pastu teringat, dalam pukul 11 malam gitu, aku ngan kak mia melantak nasi waner kuning ntah pe name, ngan ayam masak sos pastu sayur tumis. Maybe sebab tu kitorg ceyet.

Mujur dak2 uma aku tak makan. Lau tak, berebut bilik air laa deme nanti. Hahaaahaa

Rabu, 2 April 2014

Assignment punye pasal

Assalamualaikum...

Aku dah start pening kepala, mane aku nak siapkan asingment ni. Sebab tugas ni, amanah untuk aku dan kak Wiyah! Omg!

Huh!

Mane aku nak cekau skrip ni, nak siapkan V.O lagi.. Wuuuu.. Umi, mengertilah. Aku tidak tahu bagaimana lagi. Benda camni melibatkan minda kut. Dah lame dah aku pencen jadi penulis skrip!

Otak bercelaru!

Tadi pikir..pikir..last, last tertidur! Aduh..nape laa tak renew je skrip lama tu. Then tambah-tambah. Aish.. Satu keje lagi. Nak kene kait ngan itu ini.

Aku search-search gak kat abam google, tp takde yang boleh aku buat inspirasi.