Isnin, 31 Mac 2014

Perkara last minit memang membengangkan

Assalamualaikum...

Firstly aku nak cakap yang aku sgt2 suke masakkan ape yang akak aku nak makan atau adik2 aku nak makan. Aku suka masak ikut selera orang lain, tapi selalunye ape adik2 aku nak atau akak aku nak memey kene ngan tekak aku.

Kekadang terlebih rajin, budak2 yang dulu ex-housemate aku mintak masakkan. Aku masakkan je la. Ngeeee~

Citernye aku ni sebenarnye agak bengang tadi. Tapi lepas dapat explain dari pihak yang bertanggungjawab, so bengang tu blah camtu je. Aku paling paling paling benci bila buat something tu last minit. Melainkan aku dah sedia maklum hal tu.

Contoh macam ary ni, td aku ingat diorg yang bahagian dapur masak tengahari. Rupanye sekali dia hantar ayam mentah je!

What? Ayam mentah je?

Ini benar2 mencabar kesabaran aku. Mujur aku cukup tido, so mood tu lebih kepada flying2 gitu. Hahaha.

Bile last minit, aku pun pakai bahan ape ade je la. Ayam masak kicap pun jadi laa.. Ngeee~ budak2 aku pun selera je makan. Aku harap hari camni tak berulang la yer.

Ahad, 30 Mac 2014

Aku bukan cikgulah

Assalamualaikum...

Celah kau panggil aku cikgu! Hahaha...bebudak ni la. Aku bukan cikgu laa.. Aku dah pencen jadik cikgu. Pencen muda! ^^

Zaman aku jadik cikgu dah berlalu. Ngeee~ Kisah 3 tahun yg lalu kut! Tapi pelik, budak2 yang baru masuk tadika ni tibe2 panggil aku cikgu. Ehem..

Takpe laa..kire halal laa panggil aku cikgu. Sebenarnye aku ni keje sukarelawan je. Keje sebagai 'kakak' penjaga rumah anak yatim JE. Heeee~

Agaknyee ade aura cikgu lagi kut. Err..aku tanak dah jadik cikgu! Fening kepala~

Dulu pun aku jadi cikgu sebab kene ganti cikgu yg nak bersalin dan berpantang. Aku amek subjek math ngan jawi je. Senang betul. Paling penat sebab nak buat buku latihan budak2. Em..part tu paling tak best! Tu pasal la aku pencen.

Best lagi jaga baby ataupun jaga budak2 dari mengajar. Wuuu~ please dont tell me 'teacher'! T_T

Sabtu, 29 Mac 2014

Berhantu betul laguu EM

Assalammualaikum...

Mule2 minat lagu tuu AKU. Aku memang sy0k betul dengar suara em. Sekali akak aku dengar, dia kata aku jiwang. Oke, fine! *cedih.

Tiba2 tgh aku bace blog, aku dengar muzik rindukanlah. Rupanyee diam2 akak aku minat. Hahahaha..kata beliau sedap. Tau pun kau kak! Kutuk aku lagi.

Adik aku yang gile kpop, yang jenis tak suke lagu2 melayu terus jatuh cinta ngan lagu em, rindukanlah.

Adik: mase pestday mule2 eka antar budak gi skolah, radio asyik ulang je lagu encik mimpi. Sampai eka marah2 lagu tu.
Me: hm..pastu?
Adik: hari kedua pun camtu gak pasang rindukanlah ulang2. Hari ketiga takde, eka dah resah. Hari ke empat pun takde, eka gelabah! Last2 carik2, pastu ade lagu tu terus suka. Hahaha..
Me: sedapkan lagu em?
Adik: huhu..aku da kene virus kau.

Tu la kau, kutuk2 aku lagi. Kan da fall in love lagu dari Encik Mimpi aku. Hahahaaa.. XD

kisah satu malam

Assalamualaikum...

Semalam aku gi kenduri akikah anak sedara aku yang baru tuh, Jauzaa. 2.3 kau! Ringan nak mampus. Berat lagi bantal aku.. Haha.. Takut-takut je aku dukung. Dahla ringan, kecik, pendek lak tu. Boleh dukung sebelah tangan je. Masuk beg aku pun muat. Hahahaha

Lepas kenduri akikah tu, kitorang terus ke destinasi seterusnyee. Uptown! Serius aku cakap, PANAS bak ang! Bukan aku tak pernah gi uptown situ. Tapi takla seteruk panas camtu. Parah giler aku berpeluh-peluh.

Tak sempat cuci mata weh. Hahaha.. Aku tengok pun orang lalu lalang kibas-kibas baju. Paling tak tahan first aku lalu satu kedai baru bukak tu, akak tu mekap comel lote. Lalu lagi tengok mekap akak tu dah luntur. Wakakakaka XD

Penat? Hmm..penat la sesangatnyee..! Adik aku tu haa, nak kasut yang cenggitu cenggini. Perghh! Kasi wa bengang je la. Last2 dia cakap, "carik kat pasal malam je la.."

What the pish..?

Aku yang kunun2 nyee nak tolong carik barang adeq aku, last2 jumpe baju utk diri sendiri je.. Pastu lalu lagi tengok handbag.. Wahhh! *Rahang guwa terjatuh

CANTIKnye handbag PINK HITAM tuuu!!!! Nak!!!!

Bajet takde lagi laa. Cedih! So simpan je la hasrat nak beli tu. Serius wei. Cantik giler. But handbag aku still elok lagi, so takyah bazir duit. Tunggu keluaran laen je laa..

Jeng jeng jeng! Aku nampak purse! Lawa..lame dah aku simpan impian nak beli purse panjang. Pastu aku tengok de offer rm10. Aku pun terus buat pencarian. Tiba-tiba aku nampak waner fevret Encik Mimpi, merah hitam. Lawa kau! Terus hulur kat pacik penjual tu.

Carik barang adeq konon. Sudahnye aku jumpe barang utk aku je! Muahahaha! Padan muke korang. Cerewet sangat bab kasut, kan.. Haa..amek kau! Ape p0n tadak! Nak kasut legend macam aku katanye. Ape boleh buat? Takde stok sekarang. Aku beli pun stok terhad, owner kedai kasut yang cakap!

Cam bese laa kalau rerayau uptown, balik memang tak sah lepas pukul 12. Aku sampai uma pukul 1 lebih. Ngantok giler. Jalan terhuyung hayang. Hahaha

Rabu, 26 Mac 2014

Malaysia sudah tahap kritikal

Assalammualaikum...

Aku bengang betul laa ngan surat khabar CNN ni. Agak-agak ar burukkan Malaysia. Aku sebagai rakyat Malaysia, terasa hati giler ah dengan negara lain.

Semalam cina serang kedutaan Malaysia sebab marahkan malaysia. Kononnya pilot mh370 adalah pengganas. 'Mereka' laa pembunuh semua penumpang kapal terbang. Ish..ape ni buruk-burukkan orang yang dah takde.

ISLAM bukan MILITAN!

ISLAM IS NOT A TERRORIST!

Aku sedih dengan ape yang dah terjadi dgn Malaysia. Mula2 hujan lebat sampai banjir, then kemarau sampai empangan kering. Pastu di gemparkan dgn berita kehilangan kapal terbang. Kini Malaysia dikutuk.

Sabtu, 22 Mac 2014

stress

Assalammualaikum...

Ini buat aku fedap! dua entri aku terdelete! Erghh! Gara-gara blackberry jem and gila!

Huh!

Sedih laaa..

Penat tau aku taip-taip. Padam tu dalam sekelip mata jee ilang. Benci laa cenni.

Rasa nak nangis je. Isk!

Selawat Perdana 2014

Assalammualaikum...

Semalam sebaik je aku sampai kat dataran Putra Presint 1, mata aku terus gerak kiri kanan depan. Cuci mata k!

Fuyoo!

Ramai giler orang berjubah serban berrida' lagi tu. Allah! Cantiknye ISLAM! Teruja sangat sebab dapat peluang gi majlis keagamaan camni. Dengan gerai kiri kanan, eh..macam expo pulak!

Bas kene berhenti jauh dari dataran, then me and rombong berjalan kaki ke dataran. Apak ah! Jauh baq ang! Tapi seronok.. Hehe.. Sepanjang perjalanan tu, aku cuci mata. Kut-kut de mamat hensem leh buat husband ke kan.. Ramai hensem tapi aku tak berkenan. Hehe #gatal

Pastu sampai je kat dataran tu, anak2 yatim yang di jemput di himpunkan di dewan. Sebab nak bagi makan dulu katanyee. Suwettt!

Tepat jam pukul 9.15 pm, barulah Habib Syech Abdul Qadir Aseegaf & Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid mulakan alunan 'qasidah'.

Sebelum tu ade abang Jib ngan kak Ros datang. Alhamdulillah.. duduk dengan rakyat di atas lantai. Kak Ros dengan bertelekung, duduk dekat dengan tempat anak2 yatim di termpatkan.

Apakah beliau sudah berubah?

Insya-Allah...

Sampai laa pukul 11.30 baru habis..dek kerana tunggu bas. Sudahnyee lajak balik pukul 12 lebih nak dekat pukul 1. Aku dengan rasa nak terkucil ni. Tahan je laa.

Bila dah penat, naik bas jee terus lena Tak hengat dunia dah. Padahal aku nak tak tahan pipis. Aku tak tau mase bila bas berhenti utk buang air. Sudahnyee aku yang tak tahan nak pipis, lepaskan hajat kat uma.

Bayangkan dari pukul 1 sampai pukul 2.45 baru sampai. Mujurlah aku tak 'terbabas' dalam bas! HAHA

Jumaat, 21 Mac 2014

On the way to Putrajaya! Yeayy

Asslammualaikum...

Sementara perjalanan aku dari Rawang ke Putrajaya tu, aku pun sumbat laa telinga aku ngan earphone. Mase part lalu sg. Buloh tu. Hujan lebat2 gitu. Pastu kebetulan lagu aku tengah play lagu 'Menunggu' dari Akim.

Eh..macam kene jer kan! XD

Alolo..mood swing swing gitu! Wakakaka.. Dengan susana sejuk! Allah..bersastera pulak beta! Hahaha

Aku ni ngah excited gile nak gi Selawat Perdana kat Pjaya. Mau tak excited kalau akak aku asyik cite. Pastu tengok pulak kat youtube. Aduii..

Macam best je! Macam best je!

Heh! Nanti next time aku citer laa ye. Kut-kut dapat cuci mata gitu! Hahaha

Khamis, 20 Mac 2014

Gawat di malam hari

Assalamualaikum...

Malam tadi anak sedara aku yang baby tuu (Jauzaa) tiba2 je berak berdarah. Then ibunya (kakak aku) & abg ipa aku terus berkejar ke hospital sg.buloh.

Sape penah gi hospital sg buloh?

Eh? Tak penah?

Oke2..hospital kerajaan?

Paham2 je la kan, hospital kerajaan ni kan kebanyakkannye servis dia agak slow sikit. I am right? Dktor kata keputusan darah lagi 2 jam, sementara tunggu tu akak aku n abg ipa blk jap la kejap. Nak amek anak2 kat uma, ade laa akak aku lg sorg tlg tgk kan budak2 tu.

Tibe2 je polis datang!

Cari Siti Sarah katanya. Lari dari hospital. Huh! Entahlah. Pastu si akak aku yg lg sorang tu kat uma. Dgn rupa bedak sejuk tepek kat muka, ngan baju kelawar lagi tu. Siap ngaku bibik lagi tu. Hahaha

Agaknyee doktor gelabah cari pattient, panggil2 tak muncul2. Tu yg suruh polis datang tuh! Hahaha

Polis blurr! XD

Jauzaa kene kuning je. Hope Jauzaa cepat sihat.. ^^

TERKINI! Dilucutkan jawatan

Assalamualaikum...

Kelmarin aku di lucutkan jawatan sebagai adik sepanjang zaman. Wuuu~ a.f. tak baek woo..

Gara-gara aku tak dapat bukti sahih bahawa Khayla tu bermaksud CANTIK. Hmm..aku google, banyak mengatakan Khayla tu cantik. Tapi bile aku tanye orang pakar bahase arab, semua tak tahu menahu.

Sudahnye...

Nama Siti Jauzaa Laila jugak di catit kat dalam surat beranak! Iskk! *cedih

Selasa, 18 Mac 2014

Baby boy here!

Assalammualaikum...

Semalam...17-mac-2014, tarikh aku dapat anak sedara lagi. Mula2 ingat baby girl. Lepas abang aku datang singgah rumah, cakap hal sebenar. Baru aku tahu baby boy. Kononnya nak supprise kat group wsapp! Wow..!

Tahniah!

Teruja sangat! Dah lama tak dapat anak sedare boy! Selalu girl jek, kan. Alhamdulillah..

Nama beliau, Nur Muhammad Faris. Sedap di sebut! Yang penting nama tu sesuai utk 'abang long'. ^^

p/s: lambat update la pulak, aku pun. XD

Ahad, 16 Mac 2014

Alamak! terKANTOI la pulak..

Assalamualaikum

Aku terTANGKAP! Jeng jeng jeng! Hahaahaaa.. Opss! Citer dia camni, aku nih jenis beli cili api tak tau mane pedas, mane tak pedas. So cili kampung dgn cili api biase aku campur adukkan jea. hehe..

Dah lame dah aku amalkan kegiatan tak berapa sehat ni.. Cume orang kedai jek tak perasan. Kasi halal ye bang! Wakakaka ><

Tibe-tibe jek ary ni, aku...

terKANTOI!

TerTANGKAP!

Ergh! Malu sia.. Dah ar ramai orang. Nasib baik aku tengok orang laen wat dek je. So aku p0n buat dono jugak la.

Mat cashier: campur cili ke?

Me: a'ah. Apsal? Beza ke cili tu ngan cili ni?

Mat cashier: ye. Kalo yang ni harga rm5, tu harga rm10.

(Aku sebenarnyee tau jek! Tapi saje buat bongok2! Haha)

Me: Oo..yeke? Tak tau plak sy.. *blurr

Mat cashier: *senyum

Oke, point sebenar! Aku harap takde la yer orang buat macam aku buat skrg ni. Insaf k tanak buat dah! Hihi

Malu ah aku nak gi kedai tu lagi. Yela, da KANTOI..kan.. Wat malu jee..kalau boleh tanak lalu situ daaa.. Uwaaaa.. T_T

Sabtu, 15 Mac 2014

Maybe KHAYLA, maybe LAILA

Assalammualaikum...

Aku ingat semalam dah selesai dah pasal nama utk baby akak aku tu. Upernye sambung lagi hari ni. Abg ipa aku macam ubah fikiran pulak!

Mane taknye; kakak2 Jauzaa siap protes lagi sebab ayah dia nak bagi name LAILA. Gila katanyee..sebenarnye takla gila. Tapi di salah ertikan kisah srikandi LAILA, yang sebenarnye asyik dgn Tuhan-Nya. Bukan gila.

Then aNum ngan Piya setuju name KHAYLA tuu.. Sweet kot name tu.. HiHi.. Katanyee lembut and manjee.. Anak bongsu kan..oke! Itu syumel!

Aku sebagai tukang suggest merasa B A N G G A ..! Hihihi.. Mau tak bangga, kat fb pun ramai jerk setuju nama Khayla. Wuuuu~selamat tinggal "malam" (laila)

Abg ipa aku start mulekan keGILAan beliau.. Dengan memberikan carta adik sepanjang zaman katanyee..

HaHaHaHaHa ><

• Carta adik sepanjang zaman •


1- Qay***, ia selalu bersetuju dan sependapat dengan abg didalam banyak hal walau ada sedikit berbeza tetapi pandangannya hampir sama. *thums up
2 - A***, ia simple dan tidak menonjol, jarang bersuara tetapi ideanya bisa merubah dan bijak melontar kata kata. *tepuk tangan
3 - Mia & Estella, mereka degil dan sependapat inginkan kelainan untuk kebaikan masa hadapan tetapi perubahannya tidak mengecewakan. ?*angkat kening
4- Tma & Ejja, lebih suka menghormati orang dan tidak mempeduli sangat janji ada kebaikkan ia ikutkan sahaja. Dan lebih utamakan hobi. *senyum

Jumaat, 14 Mac 2014

Cadang NAMA punye pasal!

Assalammualaikum...

Aku memang tak brape puas aty sebab abg ipa aku nak letak name anak sedare aku yang lahir semalam Siti Jauzaa Laila. Pasal bagi aku, name tuu selebet. HAHA *terus terang k

Pastu hujung dia 'Laila'. Aku bukan pe, ramai je kenalan aku name Laila..tapi orang name Laila ni, watak dia OTAI laa. Oke! Whateve, anak depa bukan anak aku pun. Yang kelakarnyee aku la gegatal bg cadangan name kat group wsapp. Hihi

Lau name Siti Jauzaa Khayla pun sedap gak -me-

Khayla ma maknahu a***? -a.f-

Khayla maksud dy cantik. Hehe -me-

Abg nak malam sbb Jauzaa lahir malam -a.f-

Bintang malam. Cahaya bintang kerinduan..keindahan -a.f-

Khayla tu bahase ape -estella-

Bahase arobb laa.. -k.mia-

Lorh..tak tau ke? Bhse arab ler, takkan korea lak kan. -me-

Unik laaa name dia, setuju. -ct-

Jgn salah sebut suda ler. Zaujiah (isteriku) haha -me-

Yang salah sebut tu a***. Haha -ct-

Yang typo tu kak m**. -me-

Haha..khayla tu sedap jee utk ank aku nanti -estella-

M** aku nak tukar name, khayla..sila panggil aku khayla. -k.mia-

I*** ko pun nak gak? Takle2. Tu aku punye. -estella-

Ko amek Kailan je la. -ct-

Kailan..em..sedap! Nyum2.. -estella-

Eh! Macik2 perasan cantik ni laa.. -me-

I***_kailan. -T.Ma-

Gelak golek2 aku bacee..hahaha..kakak2 aku memang lawak2 belaka. Boleh pecah perut kau!

Hahahaha..terjatuh gigi haku gelak! -estella-

a*** dengki! -T-Ma-

Erkk?!

Korang support la a.f. Sian abg. -ct-

Supportlah abg, sian beliau... -k.mia-

Setuju 99% *dengki -me-

Hahahaaa..bongok! Gelak golek2 aku bace mesej2 kat group wsapp tadi. Lawak sia..

*aku da tapis mesej2 tuu..kang pengsan lak org baca kegilaan family aku. Hahaha..

Episod balas dendam sebab dengki

Assalammualaikum...

Eh? Apehal ni ade bengkak kat bawah mata ni? Apekah aku kurang tidur? Pelik jee macam!

Pastu semalam nak tido nampak SEMUT lintas cadar aku. Aku agak, maybe dari semut la kut aku dapat 'adiah' bengkak ni. Weh, kau dari mane eh semut?! Aku pun follow la mane semut tu pegi. Sekali tengok tepi katil aku daa..

Ngan penuh yakinnye, aku gaya ala2 superhero takde sijil terus spray guna Shieldtox Attack! Zasssss!! Wangii betul bau shieldtox attack nih. Hehe.. Wpun dia kata utk nyamuk, tapi hape aku heran. Spray kat semut, mati gak!

Lepas je spray hampir separuh botol, aku pun tidur dengan lena nye. Terima kasih Shieldtox Attack! >< Siap krooh krooh lagi bunyiknye. Hihi

Esok tuu, tengah aku lepak atas katil rase ade mende gigit lengan aku. Erk! Semut zombikah? Aduii, apehal laaa wujud lagi semut ni. Grrr..!

Ni tadi aku makan tengahari sandar kat dinding, rase ade mende gigit leher aku. Terus terbantut niat aku nak makan perabih. Semut lagi! Hish!

Ohoii..kau ni pehal semut? Carik gaduh ke beb? Hok alorh~ dengki ar tuh aku bunuh kaum kerabat dia malam tadi. Ooo..! Ni kire balas dendam la ni yerk!

Aku tak paham betul laaa ngan semut uma aku ni. Tak paham bahase agaknye..aku dah bagi peringatan, tapi lagi dia datang. Balas dendam ler tuu.. Kire family 'si mati' la ni dtg tuntut kematian. Ah, kau! Lantak ler. Sape suruh kacau kawasan aku. Kan dah kene 'NGaP!' ngan shieldtox.

Hahaha *muke tak bersalah

Breathless and Chest pain

Assalammualaikum...

Ah..Sakit dada ni.. *gaya ala2 perempuan gedik gituu

Sesak nafas la wei! Macam dah takde udara yang segar boleh di hirup. Dengan mata pedih sesangat. Batuk2 pulak, tekak pun sakit! Cuaca jerebu makin melampau kat Tasik Puteri takat petang tadi. Bacaan IPU pun dah 170 per 200. Apak ah!

Aku ni dahla tak pernah ade simpanan mask utk jerebu. Tibe2 je aku teringat kat t0peng jerebu. Lalu hati aku pun cakap;

"Kan best kalau aku ade simpanan topeng!"

Ah, blah ah! Dulu pun mase era Malaysia jerebu teruk, aku rileks je. HAHA! Idong siput la katakan. Kebal! Ehh..jap! Jap! Siput ade idong ker? Oke, aku temberang!

Kali ni je aku tak tahan. Last2 wsapp kawan aku, kut2 dia tau katne jual. Aku bukan nak beli pun. Kewangan aku bulan ni bankrap la weh. Hihi..eksyen je tanye.

Tau tak katne jual mask jerebu tu? -me-

Biase ade jual kat farmasi. -him-

Oh, mahal tak? -me-

Ehehehe..banyak tanye lak kan. Sebenarnye saje tanye banyak sebab takde point nak cakap.

Tak mahal kut -him-

Hmm..klu mahal tanak la beli. Beli topeng ultraman la kut. Murah je kat pasar. Rm2! -me-

Ade duit tak? -him-

Tu laa point aku sebenarnyeee.. Ngeee~~ nak kecek kat kau. Jangan mareee kalau bace blog aku eh.

Sebab bajet tak byk. Tu la nak tau harga. -me-

Bagi no bank. -him-

Yess! Tu diaaa.. Thankz dear! Akhirnyee ade yang sudi tolong aku. Aku tak tahan weh dengan jerebu, lagi2 time tengahari. Bayangkanlah! Panas bak ang pastu jerebu berasap2 bagai. Pheuww! Kata bomba, ladang kelapa sawit terbakar. Hm.. Macam2 laa..

Selasa, 11 Mac 2014

Misteri kehilangan MH370 bakal terungkai

Assalammualaikum...

Pernah tak dengar satu kisah ni, pasal helikopter hilang di radar lepas 3 minit terbang ke udara? Dah lama dah citer ni, mase tahun 2004 dulu. Tak silap aku, kes tu sama dengan tahun terjadinya tsunami. Tau tak kisah ape?

HELIKOPTER TERHEMPAS DI BARIO

Tapi kisah tu sengaja di tenggelamkan. Sebab yang selesaikan kes tu katanya orang Ustaz Ashaari.

Aku tak nak cerita lebih-lebih, sebab kalau nak cerita tentang kejadian tuu panjang. Tentang surat minta izin dengan kerajaan untuk bantu cari helikopter. Tentang penemuan demi penemuan.

Eh, macam sama kisah 10 tahun yang lalu dgn sekarang. Kan..? Dulu pun helikopter tiba2 hilang jejak lepas 3 minit ke udara. Sekarang pun kapal terbang tiba2 hilang isyarat selepas 2 jam di udara.

Macam same je..macam same jee.. :')

MUNGKIN misteri kehilangan 'kapal terbang MH370' sama kes dengan kehilangan 'helikopter Bell 206 Long Ranger'.

Klik DI SINI

Bezanya yang hilang tu dulu HELIKOPTER je. Helicopter Bell 206 Long Ranger milik Hornbill Skyways. Yang sekarang KAPAL TERBANG, besar. Kapal Terbang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS).

Aku BENCI JAM PASIR

Assalammualaikum...

Pernah pakai BlackBerry tak?

Erghh! *Stress

Gara-gara pakai bold 4, henpon aku asyik jem jee. Dulu pakai bold 2 lek je. Takde pun keluar JAM PASIR.

Paling bengang kalau time tu aku tengah hupdate blog tibe2 jee kuar JAM PASIR. Kekadang time hamek gambar. Aduii..potong stim betul laa..

Ni dah 2 3 hari aku bengang ngan bb ni. Rase macam tanak dah pakai hp. Nak beli lappy terus boleh? Then ade broadband sendiri. Dengan kamera Sony Alpha5000. Dengan henpon cikai seketul! Baru hidup bahgia. HAHA

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengkufuri (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. 14:7)


Oke! Aku patut bersyukur... *insaf :'(

Ahad, 9 Mac 2014

Aku yang tak mampu tahan NAFSU AMARAH

Assalammualaikum...

Ohoii...patah laaa pinggang aku lau ary2 camni. Sakit hati ni tau tak! Aduii..budak2 ni laa.. Boleh pulak terbabas ta*k kat dalam seluar.

Tak tahan agaknye...

Hmm..serba salah sangat! Tadi aku termarah budak tuu. Aku baru selesaikan kerja tadah air. Esok takde air. Pastu masak makan malam hape bagai..

TIBA-TIBA...!!

“Kak a*** , Oneb berak dalam suar!” What? Berak? Arghh! Stress..!! Huh! Aku pun naik atas marah laa budak tu. Sebab ta*k dalam bilik air tuu..SEPAH! Kat tudung budak tu pun ade, baju ade, seluar kompon2 laa ade. Erghh! Menguji kesabaran aku betul laa budak ni.

Lepas je marah2 tadi, aku nangis. Rasa bersalah sangat aku marah dia kaw-kaw tadi. Emm..aku takleh kontrol langsung nafsu AMARAH aku ni.. :'( maafkan kak a*** ye Onib.

Jap gi kene mandi gak laa aku pun. Pasal bau ta*k dia lekat kat aku. Takmo ilang lak tu.. Wuuuu~Tuhan...ampunkan aku... T_T

Sabtu, 8 Mac 2014

Hari ini aku penat gile babeng

Assalammualaikum...

Hari ni aku operasi baju! ^^ Dah dua hari takde air woi. So baju memang bersepuk bagai segala. aigooo! Pening kepala aku tengok. Dengan baju hariannya. Baju sekolah lagi. Pheuwww..itu memenatkan!

First bangun tido, masak sarapan. Then kemas pinggan mangkuk. Maklum laaa air baru ade. Time ni ler aku nak pesta air. Hahaha

Pastu rendam baju sekolah, basuh dgn tangan. Baju yang lain tu aku basuh mesin. Tapi lambat start, sebab tunggu tangki penuh. Lepas je selesai tuu, aku masak utk tengahari. Bilas baju, then sidai. Perghh! Sampai pukul 1 tengahari kau baru selesai uruskan baju2..

Lepas zohor tu, aku siap2 nak gi tadah air minum utk budak2 aku. Memang penat gile2. Tadi release tengok cd, penat tak ilang2. Ni aku taip2 mata aku da berair. Ngantuk maybe? Hmm

Khamis, 6 Mac 2014

Takde selera

Assalammualaikum...

Kaki aku mula sakit2 yang entah kenapa aku pun tak tau.. Pagi tadi, aku jalan nak naik tangga. Kaki aku menggigil. So aku pun terpikir, apesal kaki aku sakit..?

Maybe semalam aku jalan kaki ngan Nadeeya turun gi Medan Puteri Shop. Maklum laaa dah lame tak berjalan kaki. Sekali jalan. Aduduuu~ sakit baq ang!

And maybe gak..

Sebab aku kurang makan. Badan aku kurang vitamin. Kemungkinan je laa.. Aku tak sure betul ke tak! Hmm

Aku tak selera makan laaa sekarang. Rasa macam makan tuu tak best! Makan ni tak best! Entah aku nak makan ape, aku pun tak tau. -____-'

*aku takde nafsu makan daaaa........

Merajukkah aku?

Yesterday..

Me: akak, aku de beli cd (cd cetak rompak je pun!)

Kakak: iye? Cd ape?

Me: jangan pandang belakang boleh?

Kakak: nak tengok bile?

Me: esok pagi kalau ikutkan.

Kakak: haa..ok jugak tu. Lgpun aku nak tengok gak. Sambil buat kertas periksa.

Yahuu, dapat tengok esok! Dapat green light dari akak aku. Punye seronok sampai pejam mata terbayang2 iklan trailer citee tu. ><

Today..

Me: akak, aku nak tengok ni. (Sambil tayang cd)

Kakak: aku pening laa..kau tengok tengahari la eh.

Me: alaa..

Time tuu terus aku jadik sedih. Sedih gile babeng. Semalam kata BOLEH. Hari ni lak kata TAKLEH. Fineee!! Aku terus masuk bilik! Tutup pintu then tidur. Mogok tak mau makan!

bayangkan k. Tengahari, pukul 12 mesti akak aku nak rehat sebab..dah penat ngajar! Takkan laa aku nak kacau kan? Lepas jee akak aku cakap camtu. Terus aku masuk bilik. Then pejam mata pura2 nak tido.

Now; sampai sekarang tak tegur akak aku. *tacing sia :(

Selasa, 4 Mac 2014

Syukur tak terhingga

Sape nak jadi imam aku ni? Angkat kaki please..!

Muehehehe~~ #JustKidding

Oke2! Solat..! Dah nak 6.30 da ni. Lewat suda..!

Continue..,

Tengah aku gembira air ade, tiba-tiba...! Aku dengar bunyi 'tap..tap..' Macam hujan je, macam hujan je. Sekali bukak pintu, waaa~betul2 hujan laa.. Lagi sekali Allah hiburkan aku. Terasa angin lepas hujan tu, dingin.

Agaknya hujan tak turun ni sebab dosa aku kut. Ampunkanlah hamba-mu ini ya Allah. :'(

Syukur alhamdulillah.. Setelah sekian lama hujan tak turun di tanah Tasik Puteri, turun juga akhirnya. Walaupun sedikit, sekejap. Tapi itu dah sebesar-besar nikmat. Terima Kasih Tuhan..

Ku sangka ini rompakan....

Jam pukul 5pagi, aku baru nak kejut budak2 uma aku. Tiba2 aku dengar bunyi air paip luar terbukak besar!

Aku suspen!

Sebab baru2 ni aku ade baca satu artikel ni pasal taktik terbaru rompakan. Yang aku ingat; Jika selepas J A M 1 2 , kedengaran bunyi air paip di buka di luar. Jangan anda keluar pergi menutupnya. Kerana itu taktik terbaru perompak. Ekoran kejadian di bla..bla.. Sumber dari bla..bla..

Okey! Aku saje besarkan tulisan tu sebab aku nak bagi lebih jelas and nampak. Then yang aku tulis 'bla..bla..' tu sebab aku tak ingat kat mane berlaku dan dari sape aku dapat info ni.

Then aku suruh budak uma aku yang mamai2 baru bangun tido tutupkan air. Comel je. HAHA!

"Dah tutup air dah," eh?? Lek je. Takde pape pun.

Dengar pulak air paip kat dapur tengah mengalir deras! Yahoo!!! Ade air dah..! Hepi tak terkata weh! Ade air rupanya. Aku gi kat tangga, dengar bunyi air naik masuk tangki. Alolo~hepi sgt!

Ya Allah, besarnya nikmat engkau pada kami. Alhamdulillah!! Ade air..! Terharunya aku ya Allah. Terima kasih Tuhan...

[Subuh → 4 mac 2014]

Ahad, 2 Mac 2014

Panas giler kaw-kaw

Ni yang rasa nak bertukar jadi HULK ni! Panas giler ar selangor ni. Selangor betul2 KEMARAU..!

Tak tahan dah! Nak mandi pun tak boleh, pasal air takdak. Hari ni kan giliran Zon B lak takde air. Kalau Zon B tu, zon aku ler. Panas yang amat.

Tuhan, nak hujan! Nak hujan lebat2 tu. Nak hujan malam2 tu. Allah tolonglah. Hujankan selangor. Panas tak tahan ni, ya Allah. Lama dah tak nikmati hujan..

Sedihnyee.. :(

Lama dah selangor tak hujan. Lama tu jugak kerajaan tak berhenti2 gaduh pasal hak selangor. Kita2 ni jugak tak berhenti2 buat dosa. Manalah nak turun hujan rahmat.

Ya Allah! Tolonglah..tolong turunkan hujan lebat selebat2nya..!

Sabtu, 1 Mac 2014

Bola punye pasal

Bukak acc twitter aku yang ketiga, hmm..boring! Sikit sangat aku follow. Keje aku perli2 orang je la.

Bukak second acc twitter, boleh laa jugak nak update. Wpun aku follow tak sampai 100 pun. So idea tu kureng. Yang ni pasal luah perasaan je.

Bukak acc twitter aku yg first, oh my! Citer ape yang gempak ni? Aihh..! Manusia2.

Bola rupanye!

Selangor lawan Filiphina katanye; entah! Aku bukan minat sangat bola ni. Cuma suka tengok semangat pasukan penyokong je.

Yang kali ni aku tengok kecoh, Ultras Malaya baling bom asap. Rupanyee marahkan FAM. Haihh..udah2 ler tu. Dia takmo turun. Nak buat camne kan. Nyanyi lagu bangs*t ape bagai pun tak gune laa kalau dia wat taik je.

Bila aku pikir2 balik. Ni agaknyee yang akak aku cakap. Diorang nak buat plan baik punyee. Hoho~

*citer dua jam yang lalu