Jumaat, 31 Januari 2014

Bercuti sempena raya...cina?

Kepala aku da start pening gini2. Bese pening gini2 dtg tu bile aku asyik pikir dan pikir jalan penyelesaian. Huh! Esok pepagi, aku kene bgn awal. Mandikan budak2 bucuk jagaan aku, pastu nak siapkan diorg pakai baju c0mel2. Then aku kene masak roti gulung sardin. Waduh2. Penat2! Pukul 9 gitu aku nak kene gerak turun kL. Pastu bile balik uma, family aku nak datang pulak. Haihh~ aku p0n tak tau pe m0tif diorg nak dtg bermalam kat cni. Adekah ini di namakan dtg berhari raya cina? -_-"

Oke! Kat atas tu sume plan aku untuk esok. Aku just plan jerk! Banyak betul rencana aku 2 3 ary ni. Hari sabtu lak, aku ade jemputan kenduri kat Country Homes. Malam ahad, aku ader meeting ngan incik Fadilah Kamisah! Arhh.. incik Fadilah kamisah! Sebut nama kau jek buat aku serabut+rimas. Asyik2 meeting jer sejak kau pegang jawatan PEMANTAU. Ahad pulak ade kempen pe tah lg. Sh0w bagai nak rak pulak. Hadoii..! Pape je laa..

Nampaknya malam sudah jauh pekat. Bintang malam ini pula begitu cantik. Ecehh, berbahasa2 pulak aku! Cam nyampah je kan. Hahaha..sebenarnye nak gtau, aku nak tido ler. Ngantok. Tambahan plak ngah denga lagu a..a..a..a..a..a..aishiteru cover by Encik Mimpiku. Huk3 >< ehh..jap2! Tadi kat twitter encik mimpi de cakap, yang dia nak upload vdeo lagu baru dia kat youtube. Nak usha jap lahhh..!! ^^ #wahhh (trus mata segar balik gitu kau! Buruk je perangai aku) ><

Rabu, 29 Januari 2014

kunyit busuk??

Aku bukak balang kunyit, bau la kejap elok ke tak. Sekali bau perghh..! Busuk! Panggil kawan aku tlg bau dgn muka rileks dia tu, dia cakap;

“Bau biase je la.” Katanya

“Eee..yulkss! Nak muntah aku bau. Kunyit ni elok ke tak?” Tanye aku lagi, tak puas aty. Haha

“Eloklah sgt nyee.” Aduss.. Pastu suruh akak aku bau, muke dia rilek je. Dia cakap bau macam something. Tapi setahu aku sama je bau mcm sebelum ni. Cuma aku tak tahan bau serbuk kunyit. Busuk!

Tapi bila tanye orang laen sume cakap tu bau kunyit biase. Sudahnyee aku yang sangsi. Haha ><

Hei awak kunyit! Nape saya tak tahan bau awak ni? Sebelum ni elok je bau kunyit kat idong aku. ke idong aku yang problem? Errk!! Sekali aku letak hidung nak bau. Tekak aku terus loya. Eeee!! Hate bau kunyit!

Selasa, 28 Januari 2014

Tak sangka woi

Assalamualaikum..hi..hai..

Wahhh! Tak sangke!! Tak sangke!! Aku mampu siapkan cerpen satu hari. Tak sampai satu hari pun. Setengah hari je. (Mempoyokan diri sendiri). Dan..paling utama cerpen tuuu..aku amek lagu2 incik mimpi. Aduduuu..mampuihh la aku kalau nanti dia nak saman aku. Pasal aku buat citer pakai nama dia. Amik lagu pakai lagu dia..

Aku habiskan hari ni aku dgn cerpen. woi, lame kut aku tak buat cerita. Dah 8 tahun aku tinggalkan dunia menulis ni. Semua gara2 kebizianku, busy la sgt (mata juling ke atas). Teruja tahu tak! First teruja bangun pagi kat twitter aku ade follower terbaru rupanye encik mimpi. Waaaa!! Terus senyum tahu tak. Teruja sgt. Aku minat kut kat lagu dia. Tak sangka orangnye sp0rting. Btw, kalau dia kekalkan macam ni..serius..aku support dia 100% gitu..

Tapi kan kepala aku plak tetiba pening. Haha! Inilah masalah aku. Kalau asyik fokus satu mende mmg cepat je kepala ni nak pening. Adoyaii..apelah nasibku. Huuuu~

Isnin, 27 Januari 2014

Eh, tersangkut pulak!

Assalamualaikum..hi, eh sape EM ni?

EM?

EM?

EM?

Buat pertama kalinyee..ecehh..aku minat kat someone. Yang pasti dia berjantina LELAKI yerk! Huuu~ tak malu jek aku kan..

Aku jatuh cinta? Maybe not, but aku suka dia. Aku tak pernah fall in love ok. Ini serius. Sepanjang tengok artis2 kacak ke, aku sekadar ucap;

“Wah! Kacaknyee dia.” Tu je la ayat aku. ><

Tapi tak pernah laa d0k teringat. Tapi yang someone ni..laen macam sket..aku asyik teringat dia. Ah, ntah kenapa jadi cmni. Angau agaknye! Oh tidak!! Berkali-kali aku stalker dia kat Facebook, Twitter dan Blogger. Kalau aku ada insta dah lame aku stalker abis2. Then bila aku bukak google taip 'encik mimpi'. Mak oiii..ramai nak mampoih minat mamat ni. Alaa.. (Dah kuciwa). Yelah! Orang tak hot macam aku ni, mane laa EM tu perasan.

Aku tak tau tang mana aku minat dia, pada suara diakah? Atau pada wajah dia? Atau pada style dia? Misteri tentang ENCIK MIMPI ni lah agaknya yang menarik minat aku. Serius! Nama dia aku tak kenal. Aku suka tengok dia bertopeng. Takyah bukak pun takpe. Aku suka misteri dia. Aku carik email dia tak jumpe p0n. Aku carik kut2 boleh contact private dgn nya. Tapi takde la plak. so dgn sedih aty nye aku hanya stalk dia je laa tiap2 minit. Huhu

Encik Mimpi, suara awak sedap! Suka suara dia yang rilex2 gitu. Aku tak suka suara laki rockers2 ni. Tak kene dgn jiwa laa.. Rasa stress ade laa. Semalam aku tengok AJL28 tiap kali kamera shoot EM aku terjerit kejap. suka tengok. Nampak tangan p0n jadi laa..pastu nak pejam mata dengar lagu Rindukanlah dan Ayuh tinggalkan dia, sampai aku terlena. Haa..dahsyat gituu..

Aku harap sangat dapat jumpe live depan mata. 10 saat pun jadilah. dapat say 'assalamualaikum' then dia reply 'waalaikumsalam' pun jadi laa.. Ecehh..berangan je aku kan. Hehe.. Oke, tu jee laa aku nak cakap. *lelah jap*

[EM:: kalau anda perasan, hari ni sy follow twitter anda. Ary ni sy like page anda di fb.]

Ahad, 26 Januari 2014

Hiburan dalam ujian dariNya

Today; air tadak! Arhh! Benci betul situasi ni. Dahla tadek n0tis mai uma aku, alih2 takde air. Aduii.. Mane la sempat aku tadah air buat air simpanan. Mujur aku sempat bermandi manda awal pg tadi. Haha ><

Dalam jam pukul 8:30pagi gitu, aku da gerak blah tinggalkan tasik puteri. Sampai je Bandar Utama Damansara, ambik orang jap. Maka bermulalah xpdc kami. Huhu

Sebelum gi xpdc tu sempat la melantak nasik lemak. Huuuu.. Nak nangis aku. Tak tahan! Haha. Sedaya upaya aku t0lak nasik pagi2. Oleh sebab tak tahan nafsu melantak, aku p0n j0in pelahap nasik lemak teh o. Hahaha. Best2. Bese la makan free, org blnje.

Kitorg xpdc menuju ke Kampung Api-api. Di mana tempat tu adalah tempat pertama persinggahan Imam Mahdi. Di situlah beliau mandi, bwhuduk, solat. Tapi sekarang kerajaan da kambus kolam kegunaan Imam Mahdi tu dgn simen utk bina Masjid. Sedih je denga. Kalaulah orang tahu tu tempat pertama persinggahan Imam Mahdi, dah lama k0lam itu dikekalkan utk ambil berkat. Nama masjid tu Masjid Jama' Ul-Huddin, kg api-api. Boleh la kalau sape2 nak ambik berkat gi sana. Wpun xpdc singkat, namun isinya padat. Thank you Encik Lah sebab bawak kami pegi ziarah tempat berkat Imam Mahdi. Paling aku teruja, keluarga anak, cucu, cicit duduk kat sebelah surau ni. Tempat persinggahan Imam Mahdi suatu tika dulu. Tanah sebesar itu masih di bawah nama Abdullah Muhamad As-Suhaimi. Tak boleh ditukar ganti nama waris. Sebab tadek surat kematian.

Lepas lawat kampung api-api kitorg pun baliklah. Sampai jek uma mood aku jadi sedikit bengang pasal pinggan mangkuk berlonggok2 dalam singki, rumah sepah tak bersapu. Wohoo.. Budk2 ni..geram p0n tarak guna laaa. Gara2 takde air, beginilah jadinyee..air xde nak basuh pinggan mangkuk. Kang 8malam baru semua pulih. 8malam p0n, nak tunggu air naik tangki..hanye Tuhan je yang tahu..emm :( penatnyee camni. Aku baru berangan nak layan AJL dgn best malam ni. Ni kalau dah takde air..mesti jiwa rasa tak tenang jee. :'(

Jumaat, 24 Januari 2014

Gegata menyerangku semalam

GATAL? Garu, garu dan garu. Sudahnye kaki aku ade kesan bengkak. Eh? Peliknyee! dari mane pulak datang penyakit bengkak membengkak nih! Bila aku dekat dan dekat, aku teliti. Weh! Ade gegata la! Sejak bile pulak aku dijangkiti penyakit gegata ni. Aku tak pernah alergik sampai gegata. -_-

I think kene pegi klinik la amik ubat. Aku tak tau la aku alergik ape sampai gegata naik. Hmm..mujurlah gegata ni bukan penyakitkan! Huhu. Lega aty ni. Tapi nak amek ubat gegata ni macam tak s0mpek jer. Banyak keje la pulak sabtu ahad ni. Huhu. Alamatnyee bergaru2 laa aku tika memalam buta. Ehh!

Now aku dengar suara orang mengajilah. Kat masjid agaknye. Tengok jam 4.46 pm. Da nak azan asar. Moh s0lat m0h. Sat gi ade time kite taip2 agi eh. Aiyarkk! lupe angkat baju. oke ar..takat ni je la dlu. Chow dulu! ^^

Ahad, 5 Januari 2014

Episod sakit pinggang!

Adoiii...sakit weh pinggang aku! Cam nak patah je rase. Wuuu~ sakitnyee.. Sibuk sungguh aku kali ni. Bila pikir2 blk jadual rutin harian, padat la giler. Rase cam xde time rehat. Arhh..aku tak kuat la lau ary2 camni. Tiap2 malam nak kene iron baju uniform skolah seramai 9 org. Anak2 ku..penat sungguh aku iron baju korg. Akak aku ni bukan nk tlg, em tgk je. Dah siap sume bende maka mata aku ngantok. Nak dengkur da ni. Good night all.

Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru depan TV!

Sume orang sibuk turun KL nak gi sambut tahun baru, aku lak sibuk duduk depan TV. k0non2 aku nak tengok tv8, citer Switch At Birth. Tetiba terbukak tv3. Citer TRANSFORMERS Dark Of The Moon! Waaa~ suke la gile² citer tuh. Ahai, rindu kat abg2 Transformers! Ah, lantaklah nak cakap aku ni suke citer khayalan ke hape. Yg pnting, Transformers..u're the best! Wpun aku sedar citer tu da lame, nak wat camne. Aku baru jatuh cinta kt Transformers. Pape pun Twilight still pujaan aty ku. Oh~ Robert Pattinson, kalaulah kau tahu. Aku jatuh cinta kat kau. Ahaks~ kini Transformers mendapat tempat kedua di aty aku. The Moon Embrassing The Sun, tempat ketiga. Muahahaha! Syok betul aku layan sens0rg malam tadi. Tak sia-sia aku bersengkang mata depan tv tau. Memula ingat citer tu malam semalam. Tapi tunggu punye tunggu, takde pun. Upenye malam tadi. Rezeki aku lah kan. Bayangkan depan tv tu aku sorg je, nak jerit nak gelak ikut suke aku la! Hehe~ lepas tamat jer Transformers terus kua berita pasal rusuhan kat depan sogo. Takde keje ke k0me ni selain x buat kacau kat Malaysia ni. Katanya ramai penyokong PAS. Salah seorg penyokong PAS yang dikenali ramai → Abby Abadi. Alahai, kak Abby oi. Perangai tu wat sopan sket boleh dak? Xyah laa buat kje x dtg faedah pun. Tak lama lg kerajaan yahudi ni pupus gak! Boring betul aku tgk berita rusuhan tak abis2. Ah~ Zzzz lagi bagus! Rehatkan badan.